BAB 5

Romance Series 55690

?“Redza Ahmad,” aku memberitahu namaku sambil menghulurkan tangan kepadanya.

“Armiza Rahmat,” dia memberitahu namanya sambil tersenyum lebar.

Huluran tangan aku tidak bersambut olehnya. Segera aku menarik tanganku kembali, tetapi mengerti yang dia bukannya tidak sudi menyambutnya tadi. Gadis ini ingin menjaga batas dan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

“Awak ambil course apa?” soalnya.

“Hot cat,” jawabku.

“Kucing panas? Apa tu?” dia terpinga-pinga.

Ai! Takkan dia tak tahu? Nama singkatan pengajianku ini rasa-rasanya sudah cukup terkenal di kampus kecil kami itu.

“Hotel and catering. Awak pula, ambil kursus apa?” aku menyoalnya pula. Bunga-bunga kemesraan kian berkembang di dalam perbualan kami berdua.

“Business. Tak sangka kita sekampus,” gelaknya.

“Kenapa pula?”

“Sebab saya tak pernah perasankan awak sebelum ni,” dia menjawab malu.

“Tetapi saya selalu ternampak awak,” balasku pula.

“Habis tu, kenapa tak tegur saya?”

“Takut nanti awak atau orang lain fikir saya ni nak mengorat awak pula,” jawabku selamba. Dia spontan ketawa.

Apabila dia sudah tertawa sebegitu, aku yakin perkenalan kami tidak akan berakhir setakat malam ini sahaja. Bunga-bunga kemesraan antara kami akan terus mekar sehingga ke dalam kampus nanti.

Petang itu, aku kembali berjalan menyusur pinggiran pantai. Melihat ombak menderu menghempas ke pasir, menghirup bayu laut yang bertiup, membuatkan hati agak terhibur. Terlupa sebentar aku kepada hatiku yang sedang berdarah.

Dari kejauhan, terlihat sesusuk tubuh yang sedang duduk di perdu pohon kayu, sambil merenung ke laut lepas. Entah gadis mana yang sedang melayan angan-angan di pinggir pantai ini.

Apabila hampir dengannya, aku segera mengenali. Dia adalah gadis yang sama yang duduk di sebelah aku di dalam bas pada malam tadi. Gadis yang aku sedari hanya membisu seribu bahasa, langsung tidak mempedulikan persekitarannya. Gadis yang aku lihat sesekali menyapu pipinya yang basah.

Dia mengangkat kepala apabila menyedari aku terlalu hampir dengannya. Barangkali dia mengenali yang aku adalah pemuda yang duduk di sebelahnya pada malam tadi kerana dia dengan tiba-tiba mengukir senyum buatku.

“Hai!” Hendak tak hendak, terpaksalah aku menegurnya.

“Hai! Awak kan yang duduk di sebelah saya pada malam tadi kan?” soalnya, dengan tiba-tiba sahaja menjadi ramah.

“Ya,” anggukku.

“Tak sangka dapat berjumpa awak kembali.”

“Saya pun,” aku mengangguk sahaja, membiarkan dia mesra berbicara.

“Stay di mana? Saya tinggal di Hotel UiTM tu,” ujarnya lagi, sambil berpaling ke belakang, menunjukkan Hotel UiTM yang terletak di antara padang golf dan kampus Universiti Teknologi MARA cawangan Dungun. Ketika aku di akhir tahun pengajian, hotel itu baru hendak dibina.

“Dungun Beach Club Resort,” aku menjawab lewa.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah hubungan mesra mereka akan berlanjutan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience