BAB 57

Romance Series 55690

AKU cuba membantah cadangan Haezade itu.

“Kau tak suka?” tajam matanya memandangku, seperti marah. Dia benar-benar seperti seorang diktator yang mahu semua orang akur dengan kemahuannya.

“Kau sepatutnya bertanya kepada aku terlebih dahulu samada aku rela atau tidak untuk turut serta di dalam persembahan tu,” ujarku perlahan.

“Tapi ingat, sebelum kau bercuti dulu, kau juga yang berkata kau bersetuju dengan semua cadangan yang dikemukakan,” balas Haezade.

Aku terdiam. Terasa seperti terperangkap. Bukan! Aku telah diperangkap dengan persetujuanku sendiri.

Aku benar-benar tidak menyenangi cadangannya itu. Malu aku, apabila membayangkan aku bersanding di atas pentas dan dijadikan bahan persembahan untuk orang ramai. Aku bukannya suka diriku menjadi tontonan puluhan mata. Lainlah dia. Gila glamour!

Apa yang hendak dilakukannya itu juga boleh mengundang tanggapan yang bukan-bukan daripada semua orang terhadap kami berdua. Semua mereka pasti mengatakan yang kami sedang bercinta di dalam rahsia. Dan sekarang ini pun, aku sudah mula terasa rimas dengan senyuman dan usikan semua rakan-rakan di pejabat. Tambah-tambah lagi senyuman dan usikan daripada Puan Aliza.

Bukan aku seorang yang tidak menyenangi cadangannya itu. Malia juga. Betul telahanku dahulu, dia sememangnya menaruh hati pada Haezade. Malia mencintai Haezade di dalam diam. Dan dia cukup tersinggung apabila Haezade tidak memilihnya sebagai pengantin perempuan untuk menggandingi pemuda itu di dalam persembahan yang akan diadakan itu.

Dengan tiba-tiba, dia terasa tergugat.

“Sukalah kau,” ujar Malisa ketika kami duduk makan di gerai selepas selesai latihan askar wataniah. Ada nada cemburu pada kata-katanya itu.

“Apanya?” soalku, pura-pura tidak mengerti akan maksudnya.

“Tentang persembahan pada annual dinner tu nanti. Maklumlah, dapat bersanding dengan Haezade di atas pentas,” jelasnya.

“Kau ingat aku suka diri aku dijadikan bahan persembahan untuk orang ramai?” soalku, sinis.

“Siapa yang tak seronok apabila dapat digandingkan dengan Haezade?” balas Malia, enggan mengalah.

“Orang lain, ya. Aku, tidak,” tegasku. Apa yang seronoknya kalau digandingkan dengan Haezade? Menyemakkan otak lagi adalah. Kalau orang lain, mungkin juga mereka suka. Haezade tampan, anak orang berada; itu kata-kata mereka yang menggilainya. Pada pandangan mataku, dia seorang lelaki yang ego dan perasan kacak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience