BAB 22

Romance Series 55700

Tetapi Armiza tidak menyenangi kemesraan itu. Dan aku pula tidak menghiraukan rasa tidak senang hatinya itu. Bagiku, dia tidak perlu mencemburui apa-apa. Sewajarnya dia tahu hanya dia yang mengisi ruang di hatiku ini. Tiada orang lain lagi. Tiada Juita di sisinya seperti yang diuar-uarkan oleh orang lain.

Egokah aku?

“Jagalah batas pergaulan,” Sazali bersuara kepadaku pada suatu malam.

“Apa kau cakap?” soalku pula, terkejut juga mendengarkan tegurannya itu.

“Kau dan Juita tu…” Sazali tidak menghabiskan kata-katanya, tetapi aku cukup mengerti.

“Armiza mengadu kepada kau?” soalku sinis.

“Dia cuma bercerita kepada aku tentang perkara yang tidak disenanginya dan daripada ceritanya itu, aku faham yang dia mahu engkau menjaga hatinya sebaik mungkin,” Sazali bersuara perlahan.

Aku mendengus kasar, tidak menyenangi kata-katanya itu. Armiza pun satu, kenapa harus menjadikan Sazali sebagai orang tengahnya untuk meluahkan ketidak-puasan hatinya. Kenapa tidak berterus-terang dengan aku apakah yang dimahukannya.

“Memang kau dan Juita sekadar saudara angkat, tetapi sekalipun sudah mengaku bersaudara, kau tetap bukan muhrimnya. Bermakna masih ada batas pergaulan yang perlu dijaga antara kau dan dia,” Sazali menyambung tegurannya.

“Tak perlu nak menasihati aku. Aku tahu apa yang aku buat dan aku tahu bagaimana hendak menjaga hati kekasih aku,” aku pula bersuara tegas, mematikan bicara Sazali daripada terus menegur dan menasihati.

Sazali hanya mengeluh kecil, mengangkat bahu tetapi terus menguncikan bicaranya. Dia kembali sibuk dengan buku notanya, manakala aku kembali berbaring di tilamku.

Aku berasa marah sebenarnya apabila mendengarkan teguran Sazali itu. Marah kepada Armiza yang mahu aku berubah mengikut acuan pilihannya. Juga marah kepada Sazali yang cuba menasihati dan menegur setiap apa yang aku lakukan, seolah-olah aku ini masih lagi seorang budak kecil dan perlu diajar segala-galanya kembali.

Teguran Sazali itu tidak aku pedulikan. Sakit hati dan cemburu Armiza pula aku biarkan. Dan tanpa sedar, itu menjadi permulaan kepada kehancuran hatiku sendiri.

HUJAN yang turun pada tengahari tadi berlarutan sehingga ke malam. Tetapi titisnya tidak lagi selebat siang tadi. Sewaktu lebat hujan menjadi renyai, aku segera meredah titis hujan itu untuk pulang ke resort. Lencun juga badan aku apabila sampai di Villa Kapas yang menjadi tempat penginapanku.

Terburu-buru aku memanaskan air dengan cerek elektrik yang disediakan oleh pengurusan resort, kemudiannya mencampurkan air panas itu ke dalam air paip yang ditadah ke dalam baldi. Di dalam keadaan sejuk sebegini, aku tidak sanggup hendak mandi air paip semata-mata. Sejuk!

Perut masih lagi terasa kenyang. Aku memasang TV, menonton sambil berbaring. Tetapi tiada apa-apa rancangan yang menarik untuk ditonton pada malam ini.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah itu bermulanya kehancuran hubungan Redza dan Armiza?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience