BAB 42

Romance Series 55700

Aku di sini, dia di sana. Keluarganya pula akan mendapat tahu tentang hubungan sebenar kami. Mungkin mereka akan merestui, mungkin juga mereka akan menentang. Dan kami sepatutnya berada berdekatan bagi saling menyokong antara satu sama lain ketika menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Dan kalau pun keluarganya tidak menentang, aku takut kalau hatinya berubah. Melepaskannya pergi bererti aku perlu memberikan sepenuh keyakinan terhadap dirinya, sedangkan aku takut kalau keyakinan itu akan disia-siakannya. Hancur hatiku kalau dia mempermainkan keyakinanku itu.

Ah! Tiada apa-apa yang boleh aku lakukan ketika ini, kecuali berdoa kepada Allah s.w.t agar apa yang aku bimbangkan itu tidak berlaku.

Ada masalah yang berlaku di kampung. Aku tidak tahu apakah masalah itu kerana emak yang menelefon enggan bercerita panjang akan perkara itu. Aku cuma diberitahu yang masalah itu adalah berkenaan dengan anak sepupu ayahku, Natrah yang tinggal berselang dua buah rumah dari rumahku. Natrah adalah pelajar di sebuah maktab perguruan di Melaka.

Sebenarnya, emak dan ayah bukanlah seseorang yang gemar mencampuri urusan peribadi saudara-mara yang lain. Tetapi tidak tahu kenapa kali ini mereka membabitkan diri di dalam masalah Natrah. Kerana itu, naluriku mengatakan ada suatu masalah besar yang sedang menimpa keluarga sepupu ayahku itu. Dan emak yang menelefon memintaku untuk pulang seberapa segera ke kampung, seperti separuh memaksa.

Aku akur dengan kemahuan keluarga, lantas membeli tiket bas untuk pulang ke Tongkang Pecah. Kemudian, baharu aku sedari yang tiket itu bertarikh sama dengan tarikh kepulangan Zach ke Sabah.

“You tak dapat nak menghantar I ke airportlah?” Zach agak kecewa apabila hal itu aku maklumkan kepadanya.

“I’m sorry,” aku memohon maaf kepadanya. Bukan dia seorang yang berasa hampa, aku juga turut berasa hampa kerana tidak dapat menghantarnya pulang. Tiket bas itu pula tidak dapat ditukar tarikh. Dan emak berkeras mahu aku pulang ke kampung, juga mahu aku bercuti panjang bagi membantu apa-apa yang patut.

Membantu apa-apa yang patut… bunyinya seperti hendak mengadakan majlis perkahwinan. Kalau ya, kenapa Natrah hendak berkahwin secepat yang mungkin? Setahu aku, kebanyakan pelajar perempuan maktab perguruan mahu berkahwin demi mengelak daripada dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak. Tetapi tidaklah sampai berkahwin sebegini mengejut.

“Tak apalah. You pulanglah ke kampung, tengok-tengokkanlah apa masalah yang berlaku tu,” Zach rela beralah.

“Buku-buku tu…” keluhku, teringatkan buku-buku agama yang sudah berbalut kemas.

“Apa susah, you poskan sajalah ke kampung I,” ujar Zach.

“I poskan dari kampunglah nampaknya,” beritahuku pula.

“Tak kisahlah dari mana you nak poskan, janji sampai ke tangan I,” balasnya pula.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Zach bersungguh-sungguh untuk mempelajari Islam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience