BAB 41

Romance Series 55690

Aku mendiamkan diri, tidak menjawab. Bukan sekali dua aku berhadapan dengan lelaki yang tewas kepada janji yang dilafazkan mereka. Dan aku takut kalau Zach akan menjadi sebahagian daripada golongan lelaki yang sebegitu.

“You tak yakin dengan kesetiaan I?” dia mengulangi soalannya itu.

“You dah tempah tiket penerbangan?” soalku kepadanya, lantas tidak menghiraukan soalannya tadi. Dia merenungku lama, kemudiannya mengeluh perlahan.

“Sudah, I dah tempah semalam. Dalam seminggu dua ni, I nak kena selesaikan hal rumah sewa I tu dan beberapa urusan lain,” beritahunya.

“You nak I bantu tak?” aku menawarkan budi baikku kepadanya.

Zach menggeleng, menolak tawaranku itu.

Seketika, kami sama-sama membisu. Tidak tahu bagaimana hendak berbual mesra seperti selalu. Aku masih lagi terkejut, tidak menduga yang dia dengan tiba-tiba akan pergi jauh dari mataku. Sangkaku, masa masih lagi panjang untuk kami berdua menyulam mesra bersama.

“I tahu you sedih dengan perpisahan ini. I tahu you berat hati hendak lepaskan I pergi,” terdengar Zach bersuara.

Aku membatukan diri, hanya mendengar.

“Tapi keluarga I kuat mendesak supaya I pulang ke Sabah. Lebih-lebih lagi ayah I. I tak sampai hati hendak menolak permintaan ayah, tambahan pula dia sedang sakit sekarang ni. I mahu menyenangkan hatinya,” beritahunya.

“I tahu,” anggukku.

Zach memang rapat dengan ayahnya. Dia juga anak kesayangan keluarganya. Kerana itu, dia tidak sampai hati hendak mengingkari kemahuan mereka.

“Apabila I balik nanti, I akan berbincang dengan keluarga I tentang hubungan kita,” dia menjanjikan harapan itu kepadaku.

Kata-katanya itu membuatkan aku kembali tersenyum, walaupun resah di hati tidak mereda. Sekurang-kurangnya kata-katanya itu membuatkan aku yakin untuk melepaskannya pergi dari sisiku.

“You masih simpankan alamat kampung I kan?” soalnya kepadaku.

Aku mengangguk.

“Nanti you poskan semua buku-buku tu ke sana,” suruhnya.

“Tak perlu. I akan serahkan kepada you semasa I menghantar you di airport nanti,” gelengku.

Zach tersenyum senang mendengarnya. Oh! Agaknya dia ingat yang aku tidak sanggup menghantar kepulangannya, sekaligus merelakan perpisahan wujud antara kami.

“I harap, bila you balik ke Sabah nanti, you teruslah mempelajari tentang Islam. Carilah guru-guru agama di sana untuk membantu meningkatkan kefahaman you,” pintaku kepadanya.

“Insya-Allah.”

“Hah?!” terkejut juga aku mendengar dia menyebut sebegitu.

“Betulkan apa yang I sebut tu, kena pada keadaan kan?” dia kelihatan gusar apabila melihat aku terkejut sebegitu.

“Ya, ya. Betullah tu,” anggukku.

Zach lantas tergelak riang.

Melihat dia tertawa sebegitu, hati semakin berombak resah. Entah kenapa, aku menjadi semakin bimbang untuk melepaskannya pergi sekalipun aku akur yang perpisahan akan tetap terentang di antara kami sekalipun kami tidak meinginkannya.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah keresahan yang menyelubungi hati Mashitah itu menjadi kenyataan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience