BAB 14

Romance Series 55700

Ini hari kedua aku berada di daerah yang asing tetapi mesra ini. Pagi-pagi lagi aku sudah terpacak di tepi pantai, mahu melihat laut yang tenang. Terlihat Redza, kenalan baruku sedang berdiri tegak di gigi air; merenung jauh ke tengah laut. Seperti sedang mengenang sesuatu. Entah apa yang dikenangnya.

Melihat dia termenung jauh dengan mata yang tampak sayu sekali, aku enggan menegur dirinya, membiarkan dia terus tenggelam ke dalam lamunannya. Dia kemudiannya berlalu pergi. Aku lihat dia melangkah ke arah pintu masuk kampus UiTM.

Hai! Kan malam tadi aku ternampak dia di dalam kawasan kampus itu. Masih tidak puas-hati melihat lagikah? Mungkin dia mahu mencari serpihan kenangan yang manis yang tersimpan di dalam kawasan kampus itu.

Rasa sayu dan sepi dirinya bagaikan terjangkit kepada diriku pula, membuatkan aku teringatkan Zach dan juga Haezade. Hati terasa pedih, lantas perut menjadi sebu. Sudahnya aku terus berdiri di tepi pantai ini, tidak mempedulikan perut yang belum digalas sebarang makanan. Rasa pedih membuatkan diri terus diusik kenangan.

Ingat lagi, Haezade mula baik dengan aku selepas aku menjamunya dengan nasi lemak yang aku sediakan sendiri.

“Kau taruh apa di dalam nasi lemak tu?” soalnya sebelum dia bertolak pergi membuat rakaman di sebuah kilang yang menjadi bahan produksi kami.

Tugasku sebagai seorang penulis skrip membuatkan aku terperuk di dalam pejabat sahaja, tidak dapat pergi ke lokasi rakaman rancangan seperti dirinya.

“Tak taruh apa-apa pun, cuma taruh bahan yang sememangnya diperlukan untuk menyediakannya saja,” jawabku pantas.

“Kau mesti ada taruh jampi dalam nasi lemak tu,” gelaknya pula.

“Mana ada!” balasku keras. Jampi serapah atau tangkal bukanlah barang mainan aku walaupun nenek sebelah emak aku adalah seorang bomoh yang terkenal.

“Habis, apasal aku rasa aku semakin ketagih dengan nasi lemak kau tu,” dia bersuara selamba, tersenyum nakal sambil merenung tajam. Kata-katanya mengusik perasaan aku.

Rasa bangga berkembang di dalam hati. Tetapi kemudiannya perasaan itu aku buang jauh-jauh. Dia menyakat, bukannya memuji. Dan selama ini, aku cukup benci apabila diri disakat orang.

“You dah ada hati dengan dia?” gelak Zach kepadaku apabila kami bersua pada malam minggu di restoran KFC di Jalan Universiti.

“Mana ada,” gelengku.

“Yalah tu,” Zach terus mengusik.

“Seluruh hati I sudah diberikan kepada you, sehingga tidak ada ruang untuk sesiapa pun,” ujarku tegas.

Zach lantas tergelak kecil, tetapi tersenyum senang.

Ya, kepada pemuda yang tinggi lampai, berkulit putih-kuning, bermuka segi empat dan bermata kecil ini aku serahkan semua ruang di hatiku untuknya. Bukan pada sebulan-dua yang lepas tetapi bertahun-tahun yang lalu. Daripada kawan sekampus, kami menjadi sebahagian daripada pasangan merpati universiti.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah hubungan Mashitah dan Zachary akan berkekalan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience