BAB 95

Romance Series 55690

Aku kembali menyentuh cincin emas bermata delima merah yang ada di jariku.

“You masih pakai cincin yang I berikan kepada you dulu?” terdengar Zach menyoal.

Terkejut juga aku. Dia bagaikan tahu-tahu saja yang aku sedang menyentuh cincin pemberiannya itu.

“Tidak,” aku berbohong kepadanya.

“Kenapa tak pakai?”

“Menyemakkan mata, menyakitkan hati I saja,” jawabku selamba. Aku kira Zach akan tersinggung mendengarnya, sebaliknya dia tergelak besar.

“Kenapa gelak?”

“You langsung tak berubah, masih kelakar tetapi sinis seperti dahulu. I will miss you for this, Shitah,” ujarnya.

Aku tersenyum kelat. Tahukah dia, di sebalik sikap kelakar dan selambaku ini, ada tangisan bisu yang sukar untuk aku hentikan.

“Kehilangan cinta bukan bererti kehilangan segala-galanya, Zach. Takkan I hendak berubah sifat dan sikap hanya kerana sebuah kekecewaan. I bukannya orang yang tidak berani bangkit daripada kejatuhan,” ujarku kepadanya.

“I tahu you seorang yang cekal, sebab tu I tahu dan cukup yakin yang you boleh membina hidup baru sekalipun tanpa adanya I di sisi you,” balasnya pula.

Aku menghela nafas. Tersentuh hatiku mendengar kata-katanya itu. Dia yakin yang aku boleh membina hidup baru tanpa dirinya. Dia juga yakin yang aku boleh mencari sebuah cinta yang baru. Dan sememangnya aku tahu yang dia mahu aku berbuat sebegitu.

Hatiku terasa sayu dengan tiba-tiba.

“Good night, Zach,” ucapku kepadanya, mahu menamatkan perbualan kami. Rasa sayu kian melimpahi hati dan aku tidak mahu menitiskan air-mata di ketika ini.

“Masih awal lagi ni,” dia cuba membantah.

“I penat dan mengantuk sangat, Zach,” tipuku kepadanya.

Dia terdiam tetapi dia masih belum memutuskan talian di antara kami.

Aku bagaikan terdengar desahan nafasnya. Adakah dia menyangka aku tersalah tafsir kata-katanya tadi lantas menjadi marah atau tersinggung sehingga mahu menamatkan perbualan dengan tiba-tiba? Tidak, aku bukannya marah. Aku hanya terasa sedih kerana bicaranya mengingatkan aku yang cinta kami yang telah terkubur.

Selain itu, aku menjadi takut dengan harapan yang diletakkan oleh Zach kepadaku, harapan agar aku mencari cinta baru yang membahagiakan. Aku takut kalau-kalau aku tidak menemui cinta yang sebegitu lagi.

“Okay, good night, Shitah, and thanks for calling,” Zach kemudiannya hanya bersuara sebegitu.

Terputus sahaja panggilan, aku segera membenamkan muka ke bantal, menyembunyikan kepedihan hati. Juga menyembunyikan tangisan agar tidak sampai ke telingaku sendiri. Nyata, antara kami sememangnya telah tiada lagi cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience