Rate

The Almighty Devil Of Underworld_1

Action Completed 38230

Mai Apartment, NYC.

"Mely..."

"Hei, Melysah!!"

"Ugh ... Ada apa? Kau tidak nampakkah aku sibuk mengemaskini laporan ini, Cath?" marah perempuan tersebut dengan pandangan yang masih tertumpu pada skrin komputer riba yang ada di hadapannya. Melysah Regina Chandravina - perempuan bermata kelabu, rambut perang panjang dan bentuk wajah yang sangat menarik, walaupun dengan keadaannya yang seperti sekarang. Wajah perempuan tersebut terlihat letih dengan kedua matanya yang terlihat hitam di bawahnya kerana terlalu sering berjaga sepanjang malam. Namun, semua itu tidak menutup kecantikan yang dipancarkan oleh perempuan yang ada di hadapan Cath yang merupakan sahabat baik Mely semenjak dia menjejakkan kaki ke tanah ini.

"Aku sejak tadi memanggil kamu, Mely! Kerja apa lagi yang lelaki tua itu berikan?" tanya Cath dengan nada kesal ketika melihat keadaan fizikal perempuan yang ada di hadapannya ini. Bagaimana, dia tidak risau dan kesal kepada sahabatnya yang satu ini saat melihat keadaannya yang sangat tidak kemas seperti saat ini. 

Adakah, Mely tidak sedar yang dia bukan Superwoman yang boleh melakukan apa saja tanpa berehat?

Perbezaan usia mereka yang agak jauh, membuatkan Cath seperti ayam betina yang sangat melindungi keturunannya. Walau bagaimanapun, Mely sudah seperti adik perempuannya dan melihatnya letih seperti ini benar-benar membuat Cath risau. "Biarkan aku tolong, Mely. Kau boleh berehat dulu" minta Cath untuk kesekian kalinya.

Sudah tentu, ini kali pertama Mely menolak tawaran Cath, walaupun tawaran itu sangat menggiurkan. Dia tidak berehat sepanjang malam dan sudah 48 jam dia sama sekali tidak tidur. Walaupun, kedua matanya terasa berat dan seluruh tubuhnya menjerit untuk memintanya berehat namun, Mely masih belum dapat memenuhi permintaan tersebut. Laporan yang ditugaskan oleh penyelianya, Mr. Andrewson masih belum dia selesaikan, walaupun dia sudah mengerjakannya selama dua hari tanpa henti.

Laporan ini menyangkut hasil prestasi syarikat dan hubungan kerjasama dengan semua supplier bahan asas untuk pengeluaran selama satu dekad. Sama sekali tidak mudah untuk di ingat, pada tahun-tahun awal semua data di simpan dalam bentuk hardcopy sehingga Mely harus membuat semua data pengeluaran pada tahun-tahun awal dan menyimpannya di dalam komputer dengan cara menaip semula dari dokumen yang diarkibkan yang saat ini bertimbun di hadapannya.

Lelaki tua sialan!!

Tugas yang diberikan kepadanya bukanlah tugas yang penting melainkan hukuman untuknya. Sudah lebih dari tiga kali Mr. Andrewson menggodanya dan ingin mengajaknya ke hotel. Adakah, dia fikir Mely perempuan murah yang akan menuruti semua permintaannya!?

"Kenapa kamu tidak berhenti dari syarikat itu? Walaupun, gaji yang diberikan cukup lumayan tetapi risiko ini tidak berbaloi" kata Cath sambil mengemas semua dokumen yang tersebar di atas meja makan yang ada di apartmen Mely.

"Aku tahu, Cath. Kau fikir aku tidak mahu? Aku sudah cuba berkali-kali untuk mendapatkan persetujuan untuk keluar tetapi, mereka kata aku mesti membayar wang pampasan jika aku ingin berhenti kerja sebelum kontrak itu tamat. Aku tidak mempunyai wang untuk membayar wang pampasan itu, Cath" kata Mely sambil mengurut kedua matanya perlahan. Semua bahagian tubuhnya terasa letih kerana dia terlalu memaksa tubuhnya untuk menyelesaikan laporan tersebut.

Bayangkan, dia diberitahu mengenai laporan ini pada hari khamis dan Mr. Andrewson mahu semua laporan itu selesai dan siap diedarkan untuk mesyuarat pada pagi Isnin. Bukankah ini sama dengan membunuhnya secara tidak langsung!?

"Berapa banyak pampasan yang harus kamu bayar?" tanya Cath dengan nada penuh tanda tanya.

"Dua juta dolar" kata Mely dengan nada lemah. Ugh ...gila, kenapa dia harus setuju dengan kontrak kerja ini!? Lihat sekarang bagaimana ia berakhir! Dia, benar-benar berada dalam keadaan yang sangat sukar, rugut Mely dalam hati.

"What the fuck!? Seriously? Gila! Adakah mereka fikir mendapatkan wang semudah memetik daun dari pokok!?" jerit Cath ketika mendengar jawapan Mely. Dia memandang sahabatnya dengan pandangan tidak percaya.

It's daylight robbery!!

"Ugh. Kalau, mendapatkan wang semudah memetik daun dari pokok, aku sudah tidak berada di sini, babe" jawab Mely sambil menggelengkan kepalanya perlahan. "Lagipun, aku tidak pernah memikirkan pampasan itu saat menerima tawaran kerja ini kerana pada saat itu aku sangat-sangat memerlukan wang. Adakah, kau lupa bagaimana aku dipecat dari tempat kerjaku sebelum ini?"

"Ya. Kau dipecat dengan alasan paling tidak masuk akal yang pernah aku dengar! Bagaimana tidak, kau dipecat hanya kerana enggan tidur dengan atasanmu? Orang kaya gila. Mereka fikir mereka boleh melakukan apa saja yang mereka inginkan hanya kerana mereka memiliki wang dan segalanya!" Kata Cath dengan nada kesal.

Mendengar kata-kata Cath membuatkan suasana hati Mely menjadi lebih baik. Senyuman nipis terbentuk di wajahnya, membuatkan wajah Mely saat ini terlihat semakin menawan dengan senyuman yang terlihat di bibir kecilnya.

Sahabatnya yang satu ini memang terbaik! jerit Mely dalam hati.

"Dan sekarang kau berada dalam keadaan situasi yang hampir sama seperti sebelumnya! Berurusan, dengan atasan miang yang mengerikan! Sepertinya, kau telah melakukan kejahatan dalam kelahiran lepas sehingga kau mendapat nasib buruk seperti ini." sambung Cath sambil mendegus kasar.

Or not ...

Mendengar kata tambahan Cath membuatkan Mely mengerutkan keningnya dan memutarkan kedua matanya dengan kesal. "Kau fikir aku mahu berada di posisi ini?" katanya sambil mendengus kesal. "Tenang okay, sahabatmu ini bukan orang yang lemah. Setelah semua ini selesai, aku akan cuba bercakap dengan human resource untuk memindahkan aku ke bahagian lain" kata-kata Mely membuatkan Cath tersenyum sambil menganggukkan kepalanya perlahan.

Mely tersenyum melihat Cath yang berada di hadapannya ini. Fikirannya kembali ke masa lalu di mana pertama kali mereka bertemu.

Tanpa terasa...

Tanpa terasa sudah empat tahun Mely menjejakkan kakinya di sini, dari tidak memiliki apa-apa yang hanya berbekal dengan barang seadanya dan kemampuannya untuk bertahan hidup. Dia, sedar betapa sukarnya untuk bertahan hidup di nagara orang terutama jika anda sama sekali tidak mempunyai saudara atau kenalan. Tahun pertama Mely tinggal di Manhattan adalah masa terburuk baginya, dia sukar untuk hidup, tidak mempunyai kerja tetap dan sering diganggu oleh kaum lelaki kerana paras wajahnya yang menarik perhatian.

Nasib baik dia berjumpa dengan Cath.

Catherine Damington - perempuan bermata biru dan berambut coklat, Cath bekerja di syarikat Diora Enterprises. Syarikat parfum terbesar di Amerika. Awal pertemuan mereka saat seorang lelaki mencuri beg yang dipegang oleh Cath dan ketika lelaki itu cuba melarikan diri, Mely yang melihat kejadian itu dengan sengaja menghulurkan kakinya sehingga membuatkan lelaki itu terjatuh. 

Pada masa itu Mely baru saja selesai dengan shift bekerja dan berjalan pulang. Setelah kejadian itu Mely dan Cath berkawan baik. Walaupun, umur mereka berbeza lima tahun kerana pertama kali Mely menjejakkan kakinya di Amerika ketika dia berusia 19 tahun dan Cath berusia 23 tahun. Namun, itu tidak menolak kemungkinan yang mereka tidak dapat bergaul, bukan? Kerana perbezaan usia merekalah yang membuat hubungan mereka semakin erat sehingga sekarang.

Cath adalah orang yang selama ini menolong Mely, dari pekerjaan, keperluan hidup dan semua keperluan lainnya. Mely sedar tanpa Cath, dirinya mungkin tidak akan menjadi seperti sekarang. Mahu bagaimanapun dia berusaha membalas kebaikan Cath, dia tetap tidak akan dapat membalas budi yang selama ini Cath berikan kepadanya.

"Kenapa? kenapa kamu melamun?" tanya Cath yang melihat Mely yang masih memandang dokumen-dokumen yang tersusun rapi di atas meja dengan pandangan melamun seolah-olah fikirannya berada di tempat lain.

Mendengar pertanyaan Cath membuat Mely terkejut dan tertawa perlahan. Dia, menggelengkan kepalanya sambil memandang Cath dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya. "Aku teringat pada kali pertama kita bertemu. Jika bukan kerana kamu, aku tidak akan menjadi seperti sekarang" kata Mely dengan nada lembut.

Yap, tanpa Cath mungkin dia sudah menjadi seorang pengemis dan gelandangan.

Cath tertawa perlahan sebelum meletakkan dua cawan teh yang baru saja dibuatnya untuk mereka berdua dan duduk di hadapan Mely. "Ya. Sudah empat tahun tanpa kita sedar ya. Jangan seperti orang kaku Mely. Kita sudah bersama sejak dulu dan kau juga sudah seperti adik aku sendiri" kata Cath sambil mengusap kepala Mely yang membuat Mely mendengus.

Dia tidak suka diperlakukan seperti budak kecil!

Dia bukan budak kecil!

"Ugh ...sudah, sudah! Kau tahukan, aku paling tidak suka diperlakukan seperti budak kecil. Aku bukan budak kecil," kata Mely sambil menjauhkan tangan Cath yang membuat Cath tertawa melihatnya.

Akhirnya setelah bergelut dengan Microsoft Word, Microsoft Excel dan sebagainya tugas yang diberikan oleh Mr. Andrewson akhirnya selesai. Rasanya, dia benar-benar seperti ingin menangis kerana sangat gembira. "Aiya, akhirnya siap juga tugas gila ini!!" jerit Mely sambil merenggangkan kedua tangannya. 

"Damn right. Setelah bertungkus lumus kerja sehidup semati ini akhirnya kamu menyelesaikan juga tugas orang tua miang itu," balas Cath sambil menjeling kesal.

"Sudahlah, Cath. Aku tahu atasanku begitu tetapi, aku bukan seperti pekerja perempuan lain di pejabat yang suka melemparkan diri mereka kepada bos mereka atau menyerah saat atasan mereka cuba memanfaatkan mereka" kata Mely perlahan, berusaha menenangkan kerisauan perempuan di hadapannya ini yang dapat disamakan dengan ibu-ibu mengandung.

Mendengar kata-kata Mely membuat Cath mendengus kesal. "Bagaimanapun, kau harus menjaga diri. Sama ada atasan atau rakan sekerja atau sesiapa pun! Jika mereka sudah mula melakukan hal-hal yang pelik, tendang terus kaki ketiga mereka!" kata Cath dengan nada penuh semangat.

Mely hanya memutarkan kedua matanya bosan ketika mendengar ceramah Cath yang selalu diulanginya berulang kali. Malah, Mely juga dapat mengulang setiap kata yang di ucapkan oleh Cath, lengkap dengan nota sekali. "Ya ...pasti. Sudah Cath? Kalau sudah aku mahu masuk tidur. Akhirnya!! Aku dapat tidur!!!"

Tilam aku datang!!!

Bunyi telefon bimbit yang bergema di seluruh ruang tamu tersebut, membuatkan Cath dan Mely mengalihkan pandangan mereka ke arah dua telefon bimbit yang berada di atas meja depan televisyen. Skrin telefon Mely berkelip, menunjukkan ada panggilan masuk yang membuatkan ekspresi gembira Mely di wajah Mely berubah menjadi kesal.

NOOOO!!! Aku mahu tidur!!

Seakan dapat membaca fikiran Mely dari ekspresi wajahnya membuat Cath tertawa. Dengan ekspresi yang penuh dendam Mely meraih telefon bimbitnya sebelum dia meluncurkan tangannya di skrin telefon bimbit untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hello!!?"

Starhouse Production NYC.

Mely yang kelihatan lesu ketika memasuki ruang pejabatnya berjaya menarik perhatian beberapa rakan sekerjanya.

"Kenapa lagi, Mely? Kau nampak macam ada masalah besar saja?" tanya Sara yang merupakan salah seorang rakan kerja Mely, ketika dia melihat keadaan Mely yang terlihat tidak kemas. Rambut panjang yang biasanya berkilau di belakangnya saat ini terkulai lemah dan kusam. Kedua matanya terlihat seperti tiada semangat dan apa yang menonjol dari penampilan Mely saat ini adalah wajah pucat dan hitam di bawah matanya. 

Bagaimanapun, penampilan Mely benar-benar boleh dikatakan sangat-sangat tidak kemas.

"Hmm ... biasalah" jawab Mely perlahan sambil berjalan menuju ke ruang kerjanya. Ugh ...atasannya yang satu itu sungguh keterlaluan, marah Mely dalam hati.

Tubuh mungil Mely tiba-tiba melantun ketika berlanggar dengan dada bidang seseorang yang tiba-tiba muncul di hadapannya namun, belum sempat tubuh mungil Mely hilang keseimbangan. Sepasang tangan dari orang di depannya dengan cepat menahan tubuhnya agar tidak terjatuh ke belakang.

"Woow ... Mely, slow down" suara berat yang datang dari atas kepalanya membuatkan Mely mengalihkan pandangannya ke arah sumber suara tersebut. Rambut perang dan sepasang mata biru familiar menyambut pandangannya yang membuat Mely mendengus perlahan.

"Kenapa kau tiba-tiba muncul disitu?" kata Mely dengan nada kesal sambil merapikan pakaiannya, sedangkan Dante yang mendengar omelan Mely hanya menaikkan sebelah keningnya kerana pelik.

Perempuan ini salah makan apa tadi sarapan? Atau jangan-jangan ini lah yang dikatakan tingkah laku perempuan yang berubah menjadi monster ketika minggu itu datang lagi?

"Mely, aku sejak tadi berdiri disini. Kau yang di panggil-panggil tidak sedar dan terus melanggar aku. Kenapa minggu berdarah, ya?" tanya Dante.

Mendengar itu membuatkan Mely membesarkan kedua matanya sebelum memandang ke arah Dante dengan pandangan tajam. Apa maksudnya minggu berdarah!? Adakah dia garang sangat sehingga dia dapat disamakan dengan orang yang datang bulan!?

Merasakan pandangan tajam Mely yang penuh dengan pandangan membunuh, Dante segera menaikkan kedua tangannya. "Woah, Mely ...tenang, okey? Sorry ...sorry aku salah cakap. Jangan meletup, okey?" kata Dante dengan cepat, seolah-olah dia sedang menenangkan budak kecil yang sedang melakukan tantrum.

"DANTE!! Apa maksud kau, hah!? Bagaimana aku tidak meletup kalau pagi-pagi kau sudah cari pasal! Kau mahu rasa penumbuk aku, ini!?" jerit Mely dengan nada penuh amarah sebelum memukul dada Dante yang merintih kesakitan.

"Ouch..ouch, maaf ...maaf, ampun" kata Dante sambil merintih kesakitan. Tangannya tidak berhenti mengusap dadanya yang Mely pukul.

"Siapa suruh ganggu orang pagi-pagi," kata Mely sambil mendengus kesal.

"Hey, pagi-pagi sudah bergaduh. Macam suami, isteri" usik lelaki tinggi dengan rambut coklat, mata hijau dan paras wajah Itali yang membuatkan Federick atau biasa di panggil Rick menggerakkan keningnya dengan pandangan humor.

"Humph, ini lagi. Apa kau cakap? suami isteri? Ada-ada saja kau Rick" balas Mely malas. Suasana hatinya sejak beberapa hari ini benar-benar buruk. Terutamanya, kerana tugas keterlaluan yang diberikan oleh Johnson Andrewson, atasannya yang sangat menjengkelkan itu.

Telapak tangan besar tiba-tiba menutup dahi Mely yang membuatnya terkejut sebelum memandang ke arah Dante yang sedang memandangnya dengan pandangan risau. "Kau kenapa garang sangat? Pucat semacam lagi. Sakit? Mahu aku temankan jumpa doktor?" kata Dante lembut.

Dahi Mely berkerut sebelum tangannya menepis tangan Dante dari dahinya. "Aku tidak apa-apa dan aku tidak lemah. Masalahnya adalah kerana Mr. Andrewson," jawab Mely.

"Kenapa lagi dengan Mr. Andrewson? Kau buat masalah lagi?" suara perempuan yang familiar itu membuat Dante, Fredrick dan Mely mengalihkan pandangan mereka ke arah perempuan yang saat ini berjalan ke arah mereka. Vhina memandang Mely dengan pandangan kesal ketika melihat penampilan Mely yang sangat kusut.

"Aiyah, kamu tahukan kalau aku tidak suka tangan gatal itu menyentuh personal space-ku. Jadi, aku refleks menolak dan membuat gerakan pertahanan diri...hehehe" kata Mely sambil mengelus hidungnya yang merupakan tindakan gugup yang sering dilakukannya tanpa dia sedar.

"Pertahanan diri kau sama dengan memukul orang sampai lebam" kata Fredrick sambil menggerakkan kedua bahunya tidak acuh.

"Sudah ...sudah. Sebenarnya itu boleh dikatakan bagus. Mely tidak mudah untuk di manfaatkan oleh lelaki tua itu" Dante mengalihkan pandangannya ke arah Mely. "Betul kau baik-baik saja?" tanya Dante sambil mengerutkan keningnya kerana risau.

Semua orang tahu yang Johnson Andrewson adalah lelaki tua yang terkenal dengan tingkah laku miangnya, dia selalu berusaha mendekati perempuan single yang bekerja di bawah perintahnya, terutama perempuan muda yang cantik. Dengan statusnya yang mempunyai perlindungan daripada tokoh-tokoh politik, dia selalu menggoda atau mungkin boleh dikatakan mengancam pekerja perempuan yang menarik perhatiannya ke tempat tidur dan memberikan janji-janji kejayaan yang dia tawarkan. Entah kenapa lembaga pengarah tidak begitu peduli dengan semua ini, malah mereka kadang-kadang menutup mata dan telinga sekiranya terdapat kes pekerja perempuan yang membuat bantahan ke jabatan sumber manusia. Mungkin kerana latar belakangnya? Atau kekuatan tokoh penting yang melindunginya? Entahlah, Mely sendiri tidak tahu dan tidak faham. Namun, hampir semua pekerja perempuan sudah menjadi mengsanya. Semua perempuan ...kecuali Mely. Memang, di antara rakan-rakan sekerja Mely, dia adalah salah satu perempuan yang masih tergolong muda dan belum berkahwin.

"Aku tidak apa-apa. Sudahlah, kamu semua ini terlalu berlebihan. Walaupun, aku perempuan tetapi aku tahu seni mempertahankan diri, jadi aku boleh mengatasi lelaki tua miang itu. Selain itu, ini juga bukan kali pertama aku mendapat tugasan" jawab Mely dengan senyum nipis sebelum melangkah masuk ke dalam ruang kerjanya.

"Adakah kau memerlukan apa-apa? Ubat? Kau terlihat sangat pucat, Mely," kata Vhina sambil bersandar di pintu pejabatnya. Mendengar itu, Mely menganggukkan kepalanya perlahan sambil mengeluarkan komputer riba dan dokumen yang dibawanya dari apartmennya.

Dokumen yang harus dia siapkan untuk mesyuarat jam 1.00 nanti.

Humph, Mely benar-benar harus membuat persediaan mental untuk mesyuarat nanti. Dia percaya Mr. Andrewson pasti akan melakukan sesuatu yang akan menyukarkannya. Atasannya, yang satu itu semenjak dua kali dia enggan menemaninya minum setelah jam habis bekerja dia selalu memperlakukannya dengan sangat buruk.

Bunyi panggilan interkom membuat Mely mendengus perlahan. Astaga, dia baru saja duduk untuk menyediakan fail-fail ini. Marah Mely dalam hati sambil mendengus kesal.

"Ms. Chandravina," jawab Mely sambil menekan butang untuk menjawab panggilan interkom tersebut.

"Ms. Chandravina ini adalah kaila. Setiausaha Mr. Andrewson. Dia meminta anda untuk menyiapkan dokumen untuk mesyuarat dan meletakkannya di setiap meja di bilik mesyuarat 01 sekarang," kata suara perempuan dari panggilan tersebut.

Mely mengerutkan dahinya. Sekarang pukul 10. 25 mengapa dia mesti menyediakan dokumen mesyuarat sekarang?

Adakah ini hukuman lain dari Mr. Andrewson?

"Um ... Ms. Kaila, bukankah mesyuarat pukul 1.00 nanti? Bukankah terlalu awal jika saya menyiapkannya pada masa ini? Bagaimana jika dokumen ini hilang?" tanya Mely perlahan.

"Tapi, Mr. Andrewson meminta anda untuk segera menyiapkan tugasnya dan mesti sekarang juga," jawab Kaila dengan nada memaksa.

Seperti ada sesuatu yang pelik dari permintaan Kaila, tingkah lakunya sekarang sangat ...ramah? Dan, keramahan bukanlah sesuatu yang dilakukan kaila kepadanya kerana perempuan ini selalu sering menyusahkannya.

"Baiklah, saya akan siapkannya dengan segera," jawab Mely sebelum akhirnya dia segera menyiapkan dokumen-dokumen untuk mesyuarat hari ini.

Hm ... ada sesuatu yang pelik ...

TO BE CONTINUED.

Share this novel

MazwinBtHashim Hasyim
2022-10-27 08:47:32 

bila sambungannya


NovelPlus Premium

The best ads free experience