Rate

The Almighty Devil Of Underworld_8

Action Completed 38206

Kliatan yang mereka fahami setiap kali mereka melihatnya. Kilatan yang menunjukkan pemangsa telah mensasarkan mangsanya. Sudah tentu mereka tahu siapa mangsa bernasip malang pemangsa sekarang.

Persoalannya adalah berapa lama pemangsa memerlukan masa untuk mendapatkan mangsanya? Dan sehebat apa mangsa yang sudah mempunyai sasaran di belakangnya? Kedua soalan itu hanya dapat di jawab pada saat mereka bertiga melihat pemburuan pemangsa di mulai. Buat pertama kalinya, Giovano LinDenhof berminat untuk memburu perempuan, sudah tentu hal itu menarik perhatian mereka. Perempuan seperti apa yang dapat menarik perhatian Giovano LinDenhof?

"Sepertinya kau menemui mangsa yang menarik, sahabatku?" kata Deekson dengan nada malas.

"Sangat," jawab Gio, mengakui minatnya tanpa ada niat untuk menyembunyikannya hal itu dari tiga sahabatnya.

"Hey, adakah kau sedar perempuan itu adalah perempuan yang aku temui di Starhouse!" kata Leo dengan nada penuh excited. Dia bersandar di belakang sofa lalu menyilangkan kakinya sebelum memandang Gio dengan senyuman nipis. "Dunia ini sangat kecil, bukan?" sambungnya.

"Hm" jawab Gio yang menunjukkan dia menyedari siapa perempuan itu sebelum mengalihkan pandangannya arah Leo yang masih menghirup minumannya.

"Ini pertama kali aku melihat kau bersentuhan dengan perempuan" kata Deekson dengan pandangan humor.

"Deekson Davidson! Dia tidak hanya bersentuhan! Dia malah memeluk! Me-me-luk!" kata Raffael, menekankan kata terakhir yang dia katakan dengan nada sarkastik.

"Adakah kau tidak merasakan dorongan seperti yang biasanya kau rasakan?" tanya Deekson dengan nada ingin tahu, mengabaikan kata-kata sarkastik yang diucapkan oleh Raffael.

"Ah ...betul juga. Kau tidak merasakan dorongan itu, Gio?" tanya Leo.

Gio yang mendengar pertanyaan dari dua sahabatnya hanya diam untuk beberapa saat sebelum akhirnya pandangannya di arahkan kepada dua lelaki yang saat ini duduk menghadapnya. "Tidak," jawabnya singkat namun, dari satu kata itu mereka bertiga dapat mendengar nada yakin yang membuatkan mereka bertiga terkejut dengan mulut yang terbuka luas.

Adakah mereka tidak salah dengar?

Atau jangan-jangan penyakit pelik sahabat mereka ini sudah hilang?

"Gila ...ini sukar untuk dipercayai. Mengapa boleh jadi begitu?" kata Raffael yang masih sukar untuk memproses jawapan Gio, dia tidak dapat memberi komen apa-apa. Empat kata terakhir itu adalah soalan yang mengungkap semua perasaan yang dia rasakan. Dia bingung dengan masalah yang rumit ini, dia juga senang kerana akhirnya sepupunya ini masih tergolong sebagai lelaki normal.

Dapat bersentuhan dengan perempuan masih boleh di golongkan sebagai lelaki normal, bukan?

"Apa mungkin ...Gio sudah tidak mempunyai masalah dengan perempuan?" kata Leo, mengatakan pendapatnya walaupun dia sendiri masih ragu dengan jawapan yang ada di dalam fikirannya.

"Aku tidak pasti Le. Kau pun tahu Gio seperti apa. Kita sudah bersama dia sejak kecil dan Gio tidak pernah suka disentuh oleh prempuan. Jangankan perempuan asing, ahli keluarga seperti mama atau sepupu perempuan kami tidak pernh lepas dari penyakitnya. Hanya Grandma yang dapat dia terima sentuhannya ... dan ... dan ...perempuan tadi" kata Raffael dengan penuh semangat sebelum suaranya berubaha perlahan di kata terakhir dengan penuh keraguan.

"Ini adalah sesuatu yang sangat menarik" kata Deekson yang sejak tadi mendengar perbualan Raffael dan Leo yang ada di sebelahnya. Kedua mata hitam itu akhirnya memandang subjek utama yang menjadi perbualan diantara mereka. "Kau berminat dengannya, bukan? Aku dapat melihatnya dari kedua matamu, Gio. Ini adalah pertama kali aku melihat matamu seperti itu," sambungnya.

Mendengar kata terakhir Deekson membuatkan Gio memandang kedua mata hitam tersebut. Biru dan hitam saling bertembung sebelum akhirnya Gio menganggukkan kepalanya dan kembali meneguk minumannya.

Pada mulanya Gio juga terpegun ketika menyedari rasa minat itu dan ketika dia teringat dia berinteraksi dengan perempuan mungil itu dia merasakan perasaan yang agak sukar dijelaskan. Sehingga akhirnya Gio membuat keputusan untuk mengikuti naluri yang dia rasakan. Sebenarnya dia bukan hanya minat. Entahlah, perempuan mungil itu telah membuatnya merasakan sesuatu yang asing dalam dirinya. Gio memejamkan kedua matanya, entah bagaimana dia dapat merasakan perasaan asing itu yang membuatkan sesuatu dalam dirinya terasa tersiksa dan kecewa, Gio sedar yang sebahagian dari dirinya menerima perasaan itu. 

"Adakah ini hanya nafsu?" Kata-kata Leo membuatkan tiga pasang mata terarah kepadanya. Tanpa sedar kedua tangannya diangkat, menunjukkan tanda penyerahan. "Tenang guys. Hanya satu pendapat" sambungnya berusaha mempertahankan dirinya.

"Apa maksud kau?" tanya Raffael dengan kening berkerut ketika mendengar kesimpulan Leo. 

Leo hanya menggerakkan bahunya dengan tidak acu "Cuba kamu fikir. Selama ini Gio tidak pernah tertarik dengan mana-mana perempuan dan sekarang umurnya sudah 30 tahun. Dia juga tidak pernah melakukan hubungan seksual. Bukankah itu bermaksud yang gairah seksualnya semakin meningkat? Dan perempuan itu ...woaah, aku sendiri boleh mengatakan bahawa perempuan itu adalah yang perempuan paling cantik yang pernah aku temui. Jadi, mungkin ini hanya satu tarikan ghairah sekual yang terpendam? "

Ketiga lelaki yang duduk di sofa terdiam, memikirkan teori yang di katakan Leo tadi. Walaupun, Leo merupakan lelaki yang kadang-kadang suka melakukan hal yang tidak masuk akal namun, kali ini kata-katanya terdengar cukup masuk akal. Bahkan, Deekson yang selalu menjadi otak berfikir di antara mereka bertiga ...kecuali Gio kerana, walaupun dia seorang pendiam, Gio dapat membuat spekulasi semuanya dan tidak memikirkan alasan yang seperti itu.

"Doesn't matter," kata-kata Gio, membuatkan semua mata memandang ke arahnya. Gio menaikan sebelah keningnya ketika melihat tiga pasang mata memandangnya dengan ekspresi terkejut.

Hello!!!

Kami di sini cuba membantu!!

Dan kau dengan tenang mengatakan doesn't matter!!?

IT DOES MATTER TO US BRO!!

Melihat ekspresi Raffael dan Leo yang memandangnya dengan pandangan kesal, Gio hanya meneguk minuman perlahan sebelum kedua matanya memandang ke arah Leo.

"It doesn't matter. The hunt still begin"

"Hah?" hanya itu yang Leo dapat berikan ketika mendengar nada bicara Gio yang penuh dominasi. Kedua mata Gio penuh dengan kilatan memburu. Senyuman nipis terbentuk dibibir nipisnya yang membuatkan jantung ketiga sahabatnya berhenti berdegup untuk sesaat.

The Devil only smile when he want to make a kill.

And now ...the devil is smiling..

Raffael merasa risau ketika melihat ekspresi Gio yang sudah menunjukkan naluri pemangsa. Oh tidak! Apa yang akan terjadi dengan bakal sister-in-law-nya jika Gio memburunya!? Adakah, lelaki ini secara tidak sedar akan menyakiti bakal isterinya?!

"Um ... kau tidak bermaksud untuk membunuhnya, kan?" tanya Raffael ragu-ragu.

"Astaga. Dia terlalu cantik untuk dibunuh, Gi. Show some mercy! Jangan buat populasi perempuan cantik semakin berkurang," keluh Leo.

"Siapa yang ingin membunuh?" tanya Gio dengan wajah tanpa ekspresi, lengkap dengan nada datar seakan senyuman yang baru saja di lihat di wajahnya hanyalah ilusi sesaat.

Entahlah, mereka terpegun kerana mendengar Gio melontarkan pertanyaan itu kepada mereka dengan satu kata lengkap atau kerana Gio tidak sedar kalau senyumannya itu hanya mempunyai satu makna?

Setelah keheningan yang terjadi di antara mereka bertiga akhirnya Deekson memecah keheningan tersebut dengan tawa perlahan sebelum dia menggelengkan kepalanya. "Kau adalah Giovano LinDenhof. You smile. Adakah kau lupa apa yang terjadi setiap kali kau tersenyum?" kata Deekson di tengah tawanya.

"Tidak lupa, tetapi bukan itu," mendengar jawapannya sudah cukup membuat Leo dan Raffael menghembus nafas lega diam-diam sedangkan Deekson masih tersenyum. Ekspresi relax mereka kembali terlihat diwajah mereka berdua.

"Kau serius dengan perempuan ini," tanya Deekson, menyuarakan kesimpulan yang ada di fikirannya dan tentunya Raffael dan Leo juga melihat tingkah laku Gio.

Gio terdiam beberapa saat sebelum akhirnya meneguk minumannya perlahan. "Ya," jawabnya untuk mengesahkan kesimpulan yang mereka fikirkan.

Mendengar jawapan Gio membuatkan mereka bertiga tersenyum. Rasa excited, ingin tahu, dan tidak sabar memenuhi hati mereka. Bagaimana tidak? Ini adalah kali pertama Giovano LinDenhof tertarik dengan seseorang. Dan seseorang itu adalah perempuan.

Yap! Pe-rem-puan.

Finally.

Gio memandang semula gelas minumannya, mengabaikan pandangan teruja dan penuh minat yang diarahkan kepadanya. Fikiran Gio kembali ke arah kejadian yang terjadi beberapa saat yang lalu.

"Jadi apa nama mangsa kecilmu, Gi?" tanya Deekson dengan nada penuh minat.

"Entahlah," jawab Gio dengan nada malas.

"Hah? Bagaimana mungkin kau tidak tahu nama perempuan itu? Sejak tadi kau berbual apa dengan dia, hah!?" kata Raffael dengan nada kesal sambil mengurut kepalanya perlahan.

Sabar ... sabar ... sabar ... kata Raffael dalam hati, berusaha menahan emosinya. Rasanya, dia sudah dapat meneka tingkah laku sepupunya ini. Dengan tahap IQ-nya yang boleh di katakan setara dengan garis lurus, bagaimana dia boleh mengharapkan sepupunya ini menggoda perempuan itu.

Gio tidak menjawab pertanyaan Raffael. Dia hanya memandang Leo dengan pandangan yang sukar.

Merasakan pandangan Gio membuatkan Leo tanpa sedar berkeringat. Gio mungkin sedikit ...memaksa. Ya, apa pun yang dia inginkan. Dan sekarang Gio sangat menginginkan sesuatu. Leo tersenyum pahit ketika menyedari kesukaran yang akan dia hadapi dalam beberapa hari yang akan datang. Nampaknya, hari-hari mendatang hidupnya akan suram sehingga dia dapat memuaskan keinginan Gio, katanya dalam hati.

"Baiklah. Aku akan memberikan datanya kepada kau. Serahkan semuanya kepada aku. Kalau tidak silap nama dia, Mel ..Melysah," jawab Leo yang berusaha mengingat nama perempuan tersebut.

"Melysah ... Khandravina?" kata Leo dengan nada ragu seakan tidak yakin dengan apa yang dia katakan.

"Ah, aku lupa. Aku akan cari datanya dengan lebih mendalam." sambung Leo sambil menggerakkan bahunya perlahan.

"Hm," jawab Gio sambil menganggukkan kepalanya perlahan. Cukup berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh sahabatnya ini.

"Khan... Khan apa?" tanya Raffael yang kesusahan menyebut nama belakang perempuan tersebut yang menurutnya pelik.

"Khandravina," jawab Deekson yang berusaha menguji nama belakangnya yang cukup unik baginya.

"Definitely bukan Spanish, Italy or even French," kata Raffael yang mengambil kesimpulan.

Leo menganggukkan kepalanya perlahan seakan mengingati paras wajah dan tubuh perempuan tersebut. "Ya. Perempuan itu tidak seperti orang sini. Seperti ada darah campuran. Paras wajahnya sangat unik. Pertama kali aku melihatnya aku terpana beberapa saat. Kecantikan perempuan itu benar-benar dapat menarik perhatian siapa pun yang melihatnya terutama wajahnya." katanya sebelum merasakan hawa dingin yang tiba-tiba menyelimuti tubuhnya. Tanpa sedar, Leo menelan liur gugup ketika merasakan pandangan tajam dan aura membunuh yang diarahkan kepadanya. Leo segera menaikkan kedua tangannya menunjukkan tanda penyerahan kepada Iblis yang saat ini duduk di hadapannya dengan pandangan panik.

"Tidak. Tidak. Kau tidak perlu risau, Gio. Aku sama sekali tidak berminat. Lagipun dia kan bakal jadi future-in-laws-ku juga," kata Leo dengan cepat.

Gio mengalihkan pandangannya, perlahan aura dingin yang mengelilinginya menghilang, terutama ketika dia mendengar kata terakhir yang diucapkan oleh Leo. ketika dia mendengar kata terakhir itu, Gio sangat-sangat puas mendengarnya.

"Find her,"

Leo menganggukkan kepalanya dengan cepat. "Tentu! Tentu! Aku akan mencari semua datanya mulai esok," jawabnya cepat.

Bagaimana aura membunuh Gio tiba-tiba boleh menghilang?

Leo bukanya ingin merasakan tekanan dari aura yang mengerikan itu kerana biasanya, memerlukan beberapa saat untuk lelaki ini puas melempiaskan emosinya sebelum aura yang menggerikan itu hilang dari seluruh tubuhnya dan saat ini hanya dengan mengatakan beberapa kata aura itu tiba-tiba menghilang.

Apa yang dia katakan?

Atau jangan-jangan kerana dia mengatakan future-in-lawa?

Oh god..

Rasanya Leo tidak tahu apakah dia harus menangis atau ketawa.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience