Rate

The Almighty Devil Of Underworld_37

Action Completed 38206

Study Room, LinDenhof Mansion, NYC.

Cahaya matahari petang menyinari kedua pasang mata biru yang saat ini saling berpandangan. Tidak seorang pun diantara mereka membuka suara, sekiranya salah seorang dari mereka adalah orang lain, pasti mereka akan merasa janggal dengan keadaan seperti ini namun tidak untuk keduanya.

"Are you sure about this, brother?"

Kedua mata Gio memandang lelaki yang merupakan seperti salinan dirinya, melihat adiknya yang menghilang kerana kesibukannya selama beberapa bulan dan saat ini duduk di hadapannya dan mempersoalkan hal-hal yang tidak penting seperti itu membuatkan Gio menaikkan sebelah keningnya seakan bertanya.

Dilahirkan dari rahim yang sama dan membesar bersama, sudah tentu Nick memahami maksud dari isyarat yang Gio lakukan dan melihat isyarat itu Nick hanya menggerakkan bahunya dengan tidak acuh. 

"Adakah kau dirasuk? Ini tidak seperti diri kamu, brother" sambung Nick, menyatakan apa yang ada di dalam fikirannya. Sejak dia melihat abangnya ini memeluk perempuan asing yang asal usulnya tidak jelas. Nick menyangka ketika Raffael menghubunginya dan memberitahunya mengenai 'sister-in-law' dia menyangka itu hanyalah satu gurauan. Namun, ketika dia melihat keadaan seperti tadi sememangnya jauh dari dugaannya.

Ekspresi Gio menjadi gelap ketika mendengar pertanyaan bodoh dari adiknya. Kedua matanya memandang tajam ke arah lelaki tersebut. Pandangan tajam yang selalu membuat orang-orang yang melihatnya menggeletar ketakutan.

Melihat pandangan itu membuatkan Nick menaikkan sebelah keningnya, perlahan dia mengambil cawan kopi yang berada di hadapannya dan meminum minuman kegemarannya.

"Aku pergi hanya beberapa bulan dan tiba-tiba Raffa mengatakan bahawa aku akan mendapat sister-in-law. Aku fikir Raffa hanya main-main. Lagi pula semua ini terjadi secara tiba-tiba, apa lagi kalau kau bukan kena rasuk?" gumam Nick perlahan. Dia tidak faham apa yang ada di fikiran abangnya ini.

Apa maksudnya membawa perempuan asing itu ke sini?

Malah perempuan yang asal-usulnya tidak jelas!

Bagaimana Nick tahu?!!

Sudah tentu dia tahu! Nick tidak pernah melihat wajah perempuan asing itu sebelum ini. Mereka berdua dibesarkan dalam komuniti berkelas yang mempunyai status yang tinggi. Di mana orang-orang munafik yang berfikiran kotor mengelilingi mereka. Gio dan Nick dibesarkan dalam lingkungan yang di didik untuk sentiasa bersikap waspada agar tidak seorang pun dari mereka mudah terjerat dalam perangkap yang sering diatur oleh orang-orang terkutuk itu.

Entiti Giovano LinDenhof seperti raja yang berada di puncak tertinggi. Sikap dingin dan terasing, namun jika dia sudah mula bergerak dia akan menamatkan musuhnya dengan gerakan pantas, efisien dan kejam. Giovano LinDenhof dapat disamakan seperti singa. Raja hutan yang selalu memerhati setiap pergerakan yang terjadi dalam kerajaannya dalam diam. Namun, sekali dia bergerak tidak ada yang dapat melepaskan diri dari genggamannya.

Sedangkan entiti Nicholas LinDenhof seperti musang. Dengan wajahnya yang selalu tersenyum, dia dengan mudah memikat semua kalangan, baik perempuan atau lelaki yang dengan mudah jatuh dalam pesonanya. Namun, disebalik senyumannya itu ada kekejaman yang siap menerkam mereka. Seperti musang, sememangnya menawan dan menarik namun pada masa yang sama penuh dengan kelicikan dan kekejaman. Baginya selain dari orang-orang yang berada disekitarnya orang itu hanyalah sebuah permainan.

Oleh kerana itu, Gio dan Nick adalah dua entiti yang sangat berbeza dalam memburu. Gio selalu bermain dengan pantas dan cekap, sedangkan Nick selalu bermain dengan perlahan. Nick menikmati setiap saat yang ada untuk mempermainkan setiap mangsanya, untuk membuat mereka berlari ketakutan, untuk menyeksa mereka, untuk membuat mereka diambang rasa putus asa dan dengan itu Nick akan menyelesaikan pemburuannya.

Satu persamaan antara dua bersaudara ini adalah kedua-duanya selalu menyelesaikan pemburuan mereka dengan cara yang mengerikan. Penuh dengan kekejaman tanpa sedikitpun rasa belas kasihan.

Sikap mereka yang efisien menjadikan mereka berdua terkenal sebagai ahli perniagaan yang mampu membuat apa saja yang ada ditangan mereka sebagai satu kejayaan. Namun, walaupun begitu bergaul dengan masyarakat lain bukanlah satu perkara yang disukai oleh Gio. Jika itu bukan perkara yang penting dia tidak akan menghadiri acara-acara tersebut seperti acara amal, lelong, social function dan lain-lainnya.

Berbeza dengan Gio, Nick masih menyukai pergaulan sosial dengan para penjilat yang menjengkelkan itu kerana baginya itu adalah merupakan hiburan tersendiri untuk dapat berurusan dengan tikus-tikus menjijikkan seperti mereka. Selama ini, Nick selalu menghadiri social function dan dia tidak pernah melihat perempuan mungil ini.

Bukankah, itu dapat disamakan dengan mengatakan bahawa perempuan itu tidak memiliki asal-usul yang jelas? Dia bukan anak dari pewaris syarikat-syarikat terkenal, bukan juga anak dari ahli politikus yang terkenal atau tokoh penting lain.

Oleh itu, mengapa abangnya ini membawa perempuan asing itu ke dalam LinDenhof Mansion?

LinDenhof Mansion mempunyai penjagaanya yang sangat ketat. Terutamanya perihal perempuan kerana abangnya ini tidak menyukai lawan jenis. Semua orang yang bekerja di LinDenhof Mansion adalah lelaki dan hampir semua tetamu yang ingin berunjung di tolak dengan tegas oleh abangnya, walaupun tetamu perempuan itu adalah sebahagian daripada Keluarga LinDenhof.

Namun, lihat sekarang!

Selain perempuan asing itu, ada juga pelayan perempuan yang selalu berada di sisi perempuan itu!

Dimana status LinDenhof Mansion yang selalu menolak perempuan untuk masuk ke halaman rumahnya?!!

Merasakan pandangan dingin dari Gio, Nick segera menaikan kedua tangannya. "Well, sudah tentu aku ikut gembira yang kau membawa perempuan pulang ke mansion dan bukannya lelak-" kata-kata Nick tertahan di ujung lidahnya ketika melihat ekspresi Gio yang semakin gelap.

"Hey, Jangan salahkan aku? Siapa suruh kau menjadi seperti tok sami? Adakah kau tidak sedar banyak yang bergosip tentang kau? Apatah lagi mereka yang tidak pernah melihat kau bersama perempuan. Jadi mereka berfikir yang kau... " sekali lagi, kata-kata Nick terhenti ketika melihat reaksi yang diberikan oleh Gio.

"Sudah habis?" kata Gio dengan nada dingin yang membuat tubuh Nick bergetar perlahan. Damn, abangnya ini kalau sudah marah benar-benar menyeramkan!!

"Eh. Ya, sudah, sudah, sudah, sudah" kata Nick dengan cepat. "Tapi ...kembali ke topik perbualan awal kita. Apa tujuan kau melakukan ini?" sambungnya sambil menaikkan sebelah keningnya, kedua matanya memandang abangnya yang sudah terlihat tenang.

Sangat tenang.

Dan itu malah membuat seluruh tubuh Nick semakin menggeletar.

"Apa maksud kau?" balas Gio yang bertanya semula kepada adiknya yang saat ini memandangnya dengan penuh kekesalan kerana dia tidak mendapat jawapan yang dia inginkan.

"Sudah tentu tujuan kau membawa perempuan itu!! Giovano LinDenhof tidak pernah melakukan sesuatu tanpa sebab. Semua yang dia lakukan memiliki sebab. Jadi, apa alasan kamu melakukan ini, Giovano?!"

"Nothing. I just want her" jawab Gio dengan santai sebelum meneguk minumannya dengan santai seakan apa yang baru dia katakan merupakan perkara yang biasa dia katakan. Gio sama sekali tidak mempedulikan dengan reaksi adiknya yang saat ini memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

"Uhuk ... uhuk ... uhuk .... shit ...." maki Nick di sela batuknya. Rasa panas dan nyeri menjalar diseluruh tekaknya kerana tersedak kopi yang diminumnya. Kedua matanya masih memandang Gio dengan pandangan tidak percaya.

Adakah ini benar-benar abangnya? Di mana abangnya yang dingin yang tidak pernah tertarik dengan lawan jenis itu? Kenapa sekarang abangnya jadi begini? Dia hanya pergi selama beberapa bulan dan sekarang dia seperti tidak mengenali lelaki di hadapannya ini!!

"You...love...her?" tanya Nick dengan ragu-ragu. Kedua matanya mengecil sambil memandang Gio dengan pandangan yang terlihat seperti sedang berusaha mencari makna dari tingkah laku Gio saat ini.

Sebaik saja Gio mendengar pertanyaan itu dahinya berkerut, ekspresi wajahnya terlihat seperti sedang berfikir sebelum kedua matanya memandang cawan yang dipegangnya dengan pandangan yang sukar digambarkan.

"I don't know. I don't think it's love. I have no idea, i just feel this urge to have her" jawab Gio perlahan. Mendengar itu membuat pandangan Nick berubah menjadi melamun untuk beberapa saat.

"Mm. Love is indeed just a bullshit thing," jawab Nick. Kedua matanya dengan perlahan melirik ke arah Gio yang saat ini terlihat seperti seorang bangsawan yang sedang menikmati minumannya. Dari apa yang dia dengar dari jawapan abangnya, dia seakan memahami situasi yang ada. Gio tidak mengakui bahawa dia menyukai perempuan itu. Mungkin itu hanya dorongan untuk memilikinya dan itu bermaksud perasaan itu hanya sementara dan akan hilang.

Baguslah.

Itu lebih baik.

Mungkin, ini memang fasa lain yang harus abangnya lalui kerana dia tidak pernah melakukan hubungan seksual walaupun sekali.

Jadi, ini hanya sebuah dorongan dari hasrat yang tidak pernah terpenuhi itu, bukan?

Fuhhh ...syukurlah.

Jika begitu tinggal tunggu masa untuk Gio bosan dan meninggalkan perempuan itu dan dia tidak perlu pening-pening untuk memikirkan masalah itu. Lagi pula, Gio adalah seorang yang teliti, dia juga sangat memahami dengan jelas bahawa dalam komuniti hidup mereka, menggunakan perempuan untuk menghancurkan seseorang bukanlah sesuatu yang pelik.

Dia hanya berharap perempuan itu tidak memilik niat buruk.

Jika kenyataannya dia memilikinya...

Kilatan mengerikan terlihat untuk beberapa saat di kedua mata biru Nick sebaik saja dia memikirkan kemungkinan buruk yang ada, namun dia segera menutupi hal tersebut sebelum kedua matanya kembali normal seakan kilatan yang baru terlihat di kedua matanya hanya lah satu ilusi.

"Asalkan kamu tidak terlalu bergantung dengannya, brother"

"Mm. She's different"

"Jangan lupa apa yang perempuan boleh lakukan! Jangan mudah terperangkap. Don't forget what happen in the past, brother!" kata Nick dengan nada dingin yang membuat ekspresi Gio menjadi gelap ketika mendengar kata-kata tersebut.

"I won't" jawab Gio dingin dengan aura menyeramkan yang membuat tubuh Nick menggeletar.

Bagus, jika abangnya tidak terlalu bergantung dengan perempuan itu dan tidak lupa dengan apa yang terjadi pada masa lalu. Kerana bagaimanapun, perempuan adalah merupakan sesuatu yang licik didalam dunia mereka dan tugasnya saat ini adalah melindungi abangnya.

Ya ...dia harus mengawasi perempuan itu dengan lebih teliti, mungkin dia akan mengetahui sebab sebenar dari sikap perempuan itu.

Suara pintu diketuk bergema diseluruh ruangan, membuat Gio dan Nick mengalihkan pandangan mereka ke arah sumber suara tersebut dimana terlihat Butler Chong berjalan dengan pandangan penuh kerisauan. Kedua mata Gio menjadi gelap ketika melihat ekspresi wajah Butler Chong, dia seakan dapat meneka situasi apa lagi yang terjadi saat ini.

"Uncle Chong, ada apa?" tanya Nick, kedua matanya berubah tajam seakan waspada. Apa yang membuat Butler tua ini terlihat risau?

"Master, young master Nicholas. Maafkan saya menganggu waktu anda. Saya hanya ingin beritahu keadaan young miss tiba-tiba demam. Suhu badannya sangat tinggi dan saya sudah menghubungi young master Lau Fhang beberapa saat yang lalu" kata Butler Chong yang menyampaikan situasi yang terjadi saat ini.

Hujung bibir Nick berkedut menahan senyum terbentuk di bibirnya. Semua kepanikan ini hanya kerana perempuan itu? Dan apa panggilannya? Young miss?
Astaga, dia hanya pergi selama beberapa bulan tapi kenapa rasanya dia seperti sudah pergi seumur hidup, ya!!!?

Kenapa keadaan mansion sekarang seperti sudah ada head mistress baru!?

"Hm" gumam Gio sebelum bangkit dari tempat duduknya dan berjalan keluar yang di ikuti oleh Nick dan Butler Chong yang tidak jauh dari posisinya saat ini. K

Ketika menyedari situasi ini, senyum samar terbentuk pada wajah Nick.

Sepertinya ...perempuan ini benar-benar menarik.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience