Rate

The Almighty Devil Of Underworld_104

Action Completed 38206

3 Days later,
River Banks, East River, Manhattan, NYC.

Suasana, pinggir sungai yang biasanya di lihat tidak begitu ramai namun, selama tiga hari ini dikunjungi oleh orang ramai yang ingin mengetahui apa yang sedang berlaku di sungai besar yang bersempadan dengan Manhattan dan Brooklyn ini. Suasana, sungai yang selalunya hanya di lalui oleh beberapa kapal seperti kapal pelancongan dan kapal sampah, selama beberapa hari ini di lihat dipenuhi oleh pelbagai jenis kapal besar yang dilengkapi dengan alat penyelam untuk melakukan aktiviti pencarian. Selain dari kapal besar tersebut terdapat juga beberapa kapal kecil yang memenuhi sungai besar ini untuk melakukan aktiviti yang sama.

Jumlah kapal yang memenuhi sungai besar ini tentunya akan menarik perhatian orang ramai, apatah lagi wartawan yang ingin menjadikan kejadian ini sebagai topik berita untuk mereka. Namun, sayangnya seberapa gigih mereka mencari maklumat, mengapa kapal-kapal ini di lihat memenuhi sungai ini? Mereka sama sekali tidak mendapat apa-apa jawapan seakan semua maklumat mengenai maksud, tujuan dan alasan kapal-kapal yang memenuhi sungai besar ini telah ditutup rapat oleh sumber utama untuk menjaga kerahsiaan mereka.

Berbeza dengan seberang sungai yang selalu dipenuhi oleh ramai pengunjung, di salah satu sisi area yang sudah ditutup untuk orang awam ini terlihat dipenuhi oleh orang-orang yang memakai seragam hitam. Sementara di atas dermaga kayu yang di buat sementara untuk memudahkan orang-orang memasuki kawasan perairan sungai tersebut, saat ini terlihat seorang lelaki yang berdiri di atas dermaga kayu tersebut sambil memandang ke arah sungai yang terbentang luas di hadapannya dengan pandangan dingin mewarnai kedua mata birunya seperti seorang raja yang sedang mengawasi semua anak buahnya untuk bekerja dengan lebih serius.

"Brother"

Panggil Nick perlahan sambil berjalan ke arah lelaki tersebut yang masih berdiri di posisi yang sama selama lebih dari dua jam. Kedua mata birunya memandang ke arah Gio dengan pandangan penuh kerisauan yang mewarnai kedua mata birunya. Lingkaran hitam dan garis lelah yang memenuhi wajahnya benar-benar menunjukkan betapa letihnya dia selama tiga hari ini namun, Nick tahu semua itu tidak setanding dengan apa yang sudah dilakukan oleh abangnya ini.

Selama tiga hari ini Gio terus menggerakkan lebih dari 10 kapal layar, 30 kapal kecil dan 10 kapal milik institusi kerajaan Amerika Syarikat dengan syarat setiap kapal harus dilengkapi dengan peralatan khas yang dapat membantu mereka untuk menyusuri sungai besar tersebut. Sudah hampir tiga hari ini juga abangnya tidak berehat dan terus melakukan analisis untuk semua kemungkinan yang boleh terjadi kepada penyihir menjengkelkan itu. Malah, Nick sendiri sudah tidak sanggup untuk mengikuti cara kerja abangnya yang tidak ada henti-hentinya ini.

"Hm" jawab Gio sambil mengawasi beberapa kapal yang berada dalam jangkauan pandangannya. Wajah dinginnya terlihat sedikit pucat kerana dia terus memaksa tubuhnya untuk melakukan aktiviti pencarian ini.

Melihat reaksi Gio, membuat Nick menghela nafas lelah. Perlahan, tangannya bergerak untuk mengurut kepalanya yang terasa sakit sebelum dia melirik ke arah sisi wajah abangnya. "Brother, kau seharusnya beristirahat. Sudah tiga hari kau tidak tidur. Waktu makanmu juga sudah tidak menentu. Aku tahu ini adalah masa sukar untuk kita semua. Aku juga merasakan tekanan yang sama kerana aku juga merisaukan penyihir menjengkelkan itu tetapi, bukan bererti kita harus mengabaikan kesihatan kita, brother" kata Nick perlahan sambil memberi nasihat kepada abangnya ini yang hanya dibalas keheningan olehnya.

Kedua mata biru Gio perlahan bergerak ke arah sepasang mata biru adiknya yang dipenuhi oleh kerisauan untuk beberapa saat sebelum dia menghela nafas perlahan. Pandangannya, kembali beralih ke arah sungai di hadapannya sebelum dia meraih kotak rokok yang ada di dalam poket seluarnya.

Melihat Gio yang tidak peduli dengan kata-katanya tadi, kilatan kesal memenuhi kedua mata birunya, terutama melihat Gio yang ingin menyalakan rokok yang entah keberapa kali. Semenjak, penyihir menjengkelkan itu dinyatakan hilang, sikap dan kebiasaan abangnya ini benar-benar berubah, dia tidak lagi peduli dengan kesihatannya dan terus tenggelam dalam aktivitinya untuk melakukan pencarian, bahkan dia lebih banyak merokok dibandingkan sebelum ini dan juga lebih sering minum minuman beralkohol yang saat ini sentiasa ada didekatnya.

Mungkin, ini adalah salah satu cara untuk Gio melupakan hakikat bahawa perempuan yang dia cintai menghilang atau mungkin juga tidak kerana Nick sendiri tidak begitu memahami akan perkara seperti itu. Tetapi, apa yang jelas kebiasaan abangnya ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatannya bahkan nyawanya sendiri. Apa yang membuat Nick kesal adalah ...abangnya ini sama sekali tidak peduli dengan semuanya.

Sebaik saja Nick melihat Gio menyalakan pemetik api yang ada di tangannya, tangan Nick terus bergerak untuk meraih batang rokok yang berada di bibir Gio dan membuang rokok tersebut ke atas permukaan dermaga dan menginjaknya dengan kuat. "Giovano LinDenhof, berhentilah merokok! Sekiranya, kucing kecilmu mengetahui sikap gila ini aku yakin dia akan marah!" jerit Nick dengan nada penuh amarah. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah merasakan kemarahan ini terhadap abangnya namun, melihat sikap Gio saat ini benar-benar membuat Nick dipenuhi oleh kekesalan dan kemarahan yang semakin memenuhi dadanya.

Dia tidak menyalahkan penyihir menjengkelkan itu.

Tidak.

Baginya dan mereka semua kehadiran Melysah Chandravina adalah salah satu anugerah kepada mereka. Walaupun, sikap Melysah sering memprovokasi dirinya namun, dia mengakui bahawa Melysah Chandravina adalah perempuan yang dapat membuat hari-hari mereka terasa lebih baik dari sebelumnya.

Dalam kes ini dia benar-benar menyalahkan abangnya yang terlalu tenggelam dalam pergolakan emosi yang memenuhi tubuhnya sehingga dia menumpukan semua fikiran dan hatinya kepada pekerjaan yang menurutnya penting dan melupakan segala yang lain seperti kesihatannya sendiri dan hal itu benar-benar membuat Nick marah.

Pandangan, Gio perlahan-lahan berubah tajam sebelum kilatan gelap terlihat pada kedua mata birunya sebaik saja dia mendengar kata-kata Nick tadi. "Ini bukan urusanmu, Nicholas. Jangan pernah bawa-bawa nama Vina dalam hal ini. Lakukan tugasmu yang sudah aku berikan" kata Gio dengan nada dingin sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah sungai di hadapannya.

Tangannya kembali bergerak untuk meraih rokok baru sebelum menyalakan rokok tersebut. Kepulan asap putih memenuhi jarak penglihatannya yang membuat Gio terlihat lebih misteri, terutama dengan tubuhnya yang diselimuti oleh asap rokok dengan pakaiannya yang serba hitam. Penampilan Gio saat ini benar-benar mampu membuat setiap kaum perempuan yang melihatnya akan jatuh cinta. Namun, disebalik penampilannya yang mengagumkan ini hatinya selalu dipenuhi kegelisahan dan ketakutan yang memenuhi seluruh tubuhnya selama tiga hari ini.

Gio tidak dapat berehat dan dia juga tidak ingin berehat kerana setiap kali dia memejamkan matanya, bayang-bayang kucing kecilnya yang jatuh dari jambatan itu terus berputar di dalam fikirannya. Bayangan, itu terus berulang seperti mimpi buruk yang menghantuinya yang menyebabkan Gio lebih memilih untuk tidak berehat.

Dia tidak ingin melihat bayangan itu.

Dia tidak sanggup melihat wajah ketakutan kucing kecilnya itu.

Gio benar-benar benci dengan dirinya kerana tidak dapat meramalkan kejadian itu terjadi, dia benci dirinya kerana tidak memaksa kucing kecilnya untuk ikut menemaninya dan yang paling dia benci dari semua itu.

Dia benci dengan dirinya sendiri kerana tidak berada di sisi kucing kecilnya di saat dia memerlukan dirinya.

Satu-satunya yang membuat Gio terus bertahan adalah naluri yang dia rasakan bahawa kucing kecilnya masih hidup. Satu-satunya benang harapan yang mengikat semua kewarasannya adalah nalurinya. Entah bagaimana, dia merasakan bahawa kucing kecilnya selamat dan berjaya keluar dari semua malapetaka itu. Entah bagaimana tetapi apa yang jelas dia benar-benar merasakannya dan mempercayai nalurinya.

Melihat sikap Gio yang tidak mempedulikan dirinya, membuat Nick menggelengkan kepalanya perlahan sambil mendengus kesal sebelum dia meninggalkan abangnya yang keras kepala dan berjalan ke arah Leo yang masih mengawasi pergerakan orang-orang dari CCTV yang tersebar disepanjang sungai besar tersebut. Sedangkan, Deekson masih memantau pergerakan arus sungai untuk meramalkan kemungkinan keberadaan Mely dan semua potensi yang boleh terjadi seperti pertolongan yang dia dapatkan dari orang asing atau semua kemungkinan yang ada termasuk kemungkinan buruk yang boleh terjadi.

"Bagaimana perkembangannya?" tanya Nick dengan nada lelah sambil memandang ke arah dua sahabatnya yang masih terlihat sibuk di hadapannya sebelum dia merebahkan tubuhnya di kursi yang berada di dekatnya.

Mendengar pertanyaan Nick tadi, tidak satu pun diantara mereka yang melirik ke arahnya. Dengan kedua mata yang masih tertumpu pada skrin laptop yang ada di hadapan masing-masing, keduanya menjawab pertanyaan Nick secara bergilir.

"Aku masih cuba mengenal pasti struktur wajah yang sesuai dengan sister-in-law namun, sehingga kini aku masih belum menemui apa-apa" kata Leo perlahan sebelum menghela nafas lelah. Dia benar-benar merasakan separuh otak geniusnya ini akan meletup kerana terlalu dipaksa untuk bekerja, terutama dengan setiap tekanan yang Gio berikan kepada mereka yang membuatnya benar-benar terlihat menyedihkan. Kedua mata hijaunya yang terlihat dipenuhi oleh lingkaran hitam itu bergerak ke arah Deekson yang masih terlihat sibuk di sebelahnya dengan ekspresi lelah yang mewarnai wajah pucatnya. "Bagaimana dengan kau, Deeks?" tanya Leo sambil menguap.

Mendengar pertanyaan Leo tadi, Deekson menganggukkan kepalanya perlahan. Kedua mata hitamnya masih fokus ke arah tiga skrin di hadapannya dengan tangan yang bergerak lincah di atas papan keyboard yang ada di hadapannya. "Aku mendapati ada beberapa titik yang berkemungkinan sister-in-law hanyut di lokasi tersebut. Aku sudah menyerahkan beberapa koordinat lokasi kepada Gio dan sisanya aku serahkan kepada kau. Cuba kau cari, apakah ada CCTV di sekitar daerah itu" kata Deekson dengan nada serius sebelum dia mengirimkan beberapa daftar koordinat lokasi yang membuat Leo menjerit kecewa sebaik saja dia menerimanya.

Kedua mata hijau yang terlihat sedikit merah kerana kurang tidur itu memandang ke arah lelaki menjengkelkan di sisinya ini dengan pandangan penuh dendam. "Deekson Davidson, you're one hell of an asshole man. Dengan kau mengirim koordinat itu! Tugasku akan semakin berlipat kali ganda bastard!! kau ...kau benar-benar sahabat yang menjengkelkan, Deekson!" jerit Leo dengan nada penuh kekesalan sambil mengutuk Deekson dalam hati dengan beribu bahasa. Namun, dengan wajah merajuk yang mewarnai ekspresi wajahnya, tangannya tetap bergerak untuk melakukan pemeriksaan CCTV dari setiap lokasi yang baru saja dihantar oleh Deekson kepadanya.

Melihat kesibukan kedua sahabatnya ini, membuat Nick mengurut kedua matanya perlahan. Tiga hari ini benar-benar terasa seperti neraka, mungkin lebih buruk daripada neraka. Terutama, dengan setiap tekanan yang Gio berikan kepada mereka namun, mereka tahu selelah apa pun mereka rasakan, semua itu tidak setanding dengan apa yang Gio rasakan selama tiga hari ini.

"Adakah, Gio masih menolak untuk beristirahat?" tanya Deekson tiba-tiba dengan pandangan yang masih tertumpu pada skrin yang dipenuhi dengan peta koordinat dan data statistik yang ada di hadapannya.

"Hm, aku tidak tahu seberapa lama dia dapat bertahan jika dia terus begini" gumam Nick perlahan sebelum menjawab panggilan masuk dari telefon bimbitnya.

"Ada apa?" tanya Nick sambil menekan loudspeaker sebelum meletakkan telefon bimbit tersebut di atas permukaan meja yang ada di hadapannya.

"Komander LinDenhof, saya sudah melakukan pencarian di daerah DUMBO (Down Under Manhattan Bridge Overpass) dan melakukan penyiasatan dikawasan tersebut termasuk dibeberapa lokasi hospital yang berdekatan. Namun, sampai sekarang saya masih belum menemui keberadaan young madam dan saya akan meneruskan pencarian di daerah Brooklyn Heights" kata Kapten Travis yang ditugaskan untuk menyiasat kawasan Long Island.

Keheningan menyelimuti mereka bertiga setelah Nick menutup panggilan tersebut. Laporan yang membawa berita buruk itu membuat suasana yang mengelilingi tiga lelaki yang saat ini duduk di sekitar meja besar ini dipenuhi oleh ketegangan yang membuat orang-orang yang melihat mereka saat ini kesukaran untuk bernafas. Tidak satupun diantara mereka yang membuka mulut, ketiganya terus tenggelam dalam pemikiran mereka masing-masing sebelum akhirnya Leo membuka mulutnya untuk menyatakan kenyataan pahit yang mulai memenuhi fikirannya.

"Hey ...kita sudah tiga hari melakukan pencarian di sungai besar ini. Keluasan dan kedalamannya sendiri tidak dapat dinafikan, bukan? Bukankah, dengan seiring berjalannya waktu kemungkinan untuk sister-in-law selamat daripada tempat ini semakin ...rendah?" gumam Leo perlahan sebelum melirik ke arah kedua sahabatnya yang dipenuhi ekspresi pahit di wajah mereka.

"Aku juga memikirkan hal yang sama. Tetapi, di satu sisi aku tidak ingin mempercayainya. Aku masih berharap ada harapan yang menyatakan bahawa sister-in-law akan selamat, walau sekecil apa pun harapan itu ada. She's too sweet to suffer this kind of things" gumam Deekson sebelum menghela nafas perlahan. Dia benar-benar tidak menyangka kejadian malang seperti ini akan menimpa perempuan sebaik dan semanis sister-in-law-nya.

Angin yang bertiup perlahan dan matahari yang terlihat cerah ini membuatkan suasana petang ini terasa lebih baik dari hari-hari biasanya. Semua orang yang selama tiga ini merasakan tekanan mental dan fizikal merasa lebih santai sedikit. 

Di saat semua orang merasakan ketenangan petang ini, lelaki yang masih berdiri di atas dermaga kayu ini akhirnya menutup kedua matanya perlahan sebelum bibir nipisnya mengucapkan satu kata yang selalu memenuhi hati dan fikirannya selama tiga hari yang terasa seperti neraka untuknya. "Kucing kecilku ..." gumamnya lembut dengan nada yang dipenuhi kerinduan.

Tiada yang mengetahui betapa rindunya Gio dengan kucing kecilnya, dia merindui semuanya mengenai kucing kecilnya terutama senyumannya dan kedua mata kalabu yang bersinar penuh kebahagiaan itu.

Dua perkara yang selalu menerangi hari-harinya yang dipenuhi kegelapan.

Satu-satunya cahaya yang dapat membuatnya hidup.

Satu-satunya perempuan yang dapat memenuhi seluruh hatinya.

"Aku merindukanmu" bisik Gio perlahan sebelum membuka kedua matanya. Satu tangannya perlahan bergerak ke salah satu poket seluarnya untuk meraih sekeping gambar ultrasound yang selalu dibawanya. Pandangannya, berubah lembut sebaik saja dia melihat gambar ultrasound tersebut. Senyuman, penuh kesedihan terbentuk di bibirnya sebelum dia membawa gambar tersebut ke bibirnya dan menciumnya dengan lembut.

"Be good both of you. Aku tahu kamu kuat. Aku tahu kamu akan bertahan" bisik Gio perlahan dengan kilatan tekad terlihat mewarnai kedua mata birunya. "Kamu harus bertahan untuk aku. Tunggu aku untuk membawa kamu kembali" sambungnya dengan nada yang sama namun kali ini nada penuh tekad itu terdengar sangat jelas.

Beberapa saat berlalu Gio kembali meletakkan gambar tersebut ke dalam poket seluarnya sebelum dia menggerakkan tubuhnya untuk berjalan ke arah meja yang dikelilingi oleh tiga lelaki yang masih terlihat tenggelam dalam perbincangan penting mereka. Belum sempat Gio membuka mulutnya untuk bertanya kepada Leo dan Deekson, suara jeritan kuat itu membuat keempat lelaki yang ada di sana mengalihkan pandangan mereka ke arah Raffael yang berlari ke arah mereka dengan ekspresi panik memenuhi wajahnya.

"GUYS THIS IS BAD!!!" jerit Raffael sambil berlari ke arah mereka dengan satu tangan yang memegang tablet ipad. Sebaik saja, dia sampai ditempat mereka berempat, dia segera meletakan tablet tersebut di atas permukaan meja di mana terdapat banyak gambar yang mengandungi mangsa pembunuhan yang terlihat dibunuh dengan sangat kejam dan sadis.

Melihat gambar-gambar mengerikan itu, membuat Deekson dan Leo mengerutkan kening mereka. Berbeza, dengan reaksi Deekson dan Leo, ketika Nick melihat gambar-gambar tersebut kilatan terkejut memenuhi kedua mata birunya. "Ini ...bukankah ini salah satu ahli organisasi yang sudah bersumpah setia kepada Keluarga LinDenhof?" tanya Nick dengan nada tidak percaya yang menyemai ekspresi wajahnya.

Orang bodoh mana yang berani memprovokasi Keluarga LinDenhof secara terang-terangan seperti ini? Organisasi ini bukan sekadar organisasi biasa, mereka adalah salah satu organisasi mercenaries dan setiap anggota memiliki status Assassins rank (B) dan mereka semua mati dengan cara di sembelih begini.

Mendengar kata-kata Nick tadi, membuat Raffael segera menganggukkan kepalanya. "Gio memberikan aku tugas untuk sentiasa memantau pergerakan komuniti dunia bawah dan menggerakkan beberapa pasukan untuk memburu orang-orang yang bekerja sama dengan Romanceks dan aku mendapatkan berita ini!!" kata Raffael dengan nada serius sebelum dia menjentikkan kedua jarinya dengan cepat. "Ah, aku baru ingat! Kalian juga harus melihat ini" sambungnya masih dengan nada yang sama sebelum dia mengalihkan beberapa gambar dan memaparkan gambar dinding putih yang terlihat dipenuhi dengan tulisan yang dibuat dengan menggunakan darah segar diseluruh permukaan dinding tersebut.

"Giovano LinDenhof, not only you took my lovely target,

you also tried to hunt my people.

So,

I hunted your people back as a payback for the latter

but, for the first one...i will ruin you for that"

Melihat ayat ancaman itu, membuat kelimanya tenggelam dalam pemikiran mereka masing-masing. Apa yang membimbangkan mereka bukanlah kerana darah merah yang digunakan untuk menulis ayat itu melainkan kandungan dari ayat tersebut.

"Jelas-jelas ancaman ini datang dari Christan Romanceks" kata Leo dengan nada yakin sambil memperhatikan gambar yang mengandungi ayat ancaman tersebut. "Nampaknya, dia sudah mulai bermain secara terbuka dan tidak lagi main secara sembunyi-sembunyi seperti lelaki pengecut" sambungnya dengan senyuman nipis yang terbentuk di ujung bibirnya.

Mendengar kata terakhir Leo tadi, membuat Nick memutar kedua matanya dengan kesal. "Bukankah itu bagus!? Aku sudah bosan memburu Christan yang pengecut itu. Memburu lelaki pengecut itu benar-benar menghabiskan semua tenagaku, apa lagi lelaki sialan itu terlalu sukar untuk di tangkap" kata Nick dengan nada penuh kekesalan.

"Tapi, apa maksud ayat 'took my lovely target'? Adakah sasaran yang dia katakan adalah sister-in-law? Mr. Stan yang selama ini memburu sister-in-law adalah Christan Romanceks, bukan?" kata Deekson yang menyuarakan apa yang ada di dalam fikirannya yang dibalas anggukkan cepat oleh Raffael dan Leo.

"Jadi, Penyihir menjengkelkan itu benar-benar memprovokasi Keluarga Romanceks? Damn, perempuan itu benar-benar berani. Tidak semua orang yang berani memprovokasi ahli keluarga senior itu dan dia berhasil memprovokasi pewaris Keluarga Romanceks yang psycho itu. That witch is not that bad" kata Nick dengan senyuman lebar sambil menganggukkan kepalanya perlahan seakan menyetujui sikap Mely yang berhasil memprovokasi Christan Romanceks.

Mendengar kata-kata tidak penting dari Nick, membuat Leo memutar kedua matanya dengan kesal. "Nick, bolehkah kau lebih serius dalam masalah ini?" katanya dengan nada kesal sebelum tangannya bergerak untuk menunjuk ayat terakhir di dinding tersebut. "Brother, dia akan menghancurkan kamu. Bukankah, kita seharusnya lebih berwaspada dengan hal ini?" kata Leo dengan nada serius yang membuat semua orang yang ada disana melirik ke arah Gio yang masih memandang gambar yang terpampang di skrin tablet tersebut.

"Let him try. Kita juga akan menghadapinya" jawab Gio dengan nada dingin sebelum senyuman nipis terbentuk di bibirnya. Ekspresi dinginnya yang dipenuhi oleh aura membunuh itu mau tidak mau membuat keempat lelaki yang saat ini melihatnya merasa excited.

Adakah, Gio akhirnya memutuskan untuk berperang secara terbuka?

Dan, tidak lagi memburu mereka dalam bayang-bayang?

Ah ...things will surely get more exciting.

Sinar penuh excitement itu memenuhi kedua mata mereka masing-masing. Setidaknya, mereka memiliki sasaran yang dapat mereka jadikan sebagai pelampiasan untuk semua rasa lelah dan kekecewaan yang mereka rasakan semenjak sister-in-law kesayangan mereka menghilang.

Namun, sinar excitement yang tadinya memenuhi kedua mata hijau Leo perlahan-lahan redup sebelum digantikan dengan pandangan penuh kerisauan dan kesedihan mewarnai ekspresi wajahnya. "Gio, bagaimana dengan semua ini? Sudah tiga hari kita ...kau sendiri tahukan peratus peluangnya bagaimana?" gumam Leo perlahan sambil memandang ke arah Gio yang saat ini menegang sebaik saja dia mendengarnya.

Ketegangan terus menyelimuti kelima lelaki tersebut. Tidak satu pun diantara mereka yang bersuara, semuanya menunggu jawapan yang keluar dari mulut Gio dengan pandangan penuh jangkaan.

Entah, bagaimana Gio ingin membalas kata-kata Leo tadi.

Beberapa saat berlalu dalam keheningan, akhirnya Gio membuka mulutnya. "Aku tidak akan berhenti sehingga aku menemui kucing kecilku. Aku tidak akan berhenti sehingga aku melihat kucing kecilku dengan kedua mataku sendiri tidak kira apapun keadaannya" jawab Gio dengan nada dingin yang saat ini bergema disekitar mereka yang membuat hati mereka semua tergerak begitu mendengarnya.

Ya. Mereka masih tidak menemui tubuh sister-in-law selama tiga hari pencarian ini.

Bukankah, itu menunjukan bahawa semua kemungkinan masih ada?

Jika, Gio tidak ingin berhenti maka mereka juga tidak akan berhenti. Bagi mereka sister-in-law seperti angin segar untuk mereka semua yang selalu membuat hari-hari mereka menjadi lebih menyenangkan dari sebelumnya.

Oleh itu, mereka tidak akan menyerah dan akan terus mencarinya.

Senyum penuh harapan perlahan terbentuk di bibir mereka masing-masing, kedua mata mereka yang tadinya dipenuhi oleh sorot lelah, perlahan dipenuhi oleh sorot penuh harapan yang membuat ekspresi wajah mereka terlihat lebih dingin dari sebelumnya.

Mereka percaya bahawa sister-in-law akan baik-baik saja.

Kedua mata biru Gio sepintas dipenuhi kilatan samar sebelum senyuman nipis terbentuk di ekspresi wajahnya yang terlihat lebih dingin dari biasanya. Aura membunuh perlahan terpancar dari tubuhnya yang membuat keempat lelaki yang berada di sekitarnya ini memandang ke arahnya dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Nampaknya, kita harus mengunjungi Johnson sekali lagi untuk mengetahui hubungan Christan dengan Vina" kata Gio dengan nada yang sama yang membuat keempat lelaki di sekitarnya ini semakin teruja.

Rasa lelah yang mereka rasakan selama tiga hari ini bagaikan neraka untuk mereka yang membuat mereka semua benar-benar tidak sabar untuk melampiaskan semua emosi yang memenuhi tubuh mereka dan saat ini Johnson Andrewson adalah sasaran yang sesuai untuk mereka kali ini.

Senyuman lebar terbentuk di bibir mereka masing-masing sebelum kilatan haus darah memenuhi kedua mata mereka.

"Ahh ...akhirnya aku dapat melampiaskan semua rasa ini" gumam Nick perlahan sambil merenggangkan tubuhnya perlahan.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience