The Almighty Devil Of Underworld_12

Action Completed 39702

"Mr. President, dalam 5 minit lagi kita akan tiba di Starhouse. Untuk keselamatan, saya sudah menyiapkan 6 pengawal peribadi," kata Ziro kepada Gio yang saat ini duduk di kerusi belakang Mercedenz Benz Maybach hitam yang saat ini melewati orang ramai di bandar, menuju ke salah satu syarikat yang baru di ambil alih olehnya.

"Hm," jawab Gio sebelum kembali sibuk dengan dokumen yang sejak tadi dipegangnya.

Melihat bosnya ini dengan ujung matanya membuatkan Ziro teringat dengan kejadian beberapa hari lalu yang membuatnya benar-benar terkejut. Bagaimana dia tidak terkejut?! Gio menghubunginya secara tiba-tiba pada pukul 2 pagi untuk meminta senarai pemegang saham syarikat Starhouse. Mengapa, seorang businessman seperti Giovano LinDenhof meminta data pemegang saham untuk syarikat yang berada di kedudukan ketiga?

"Sebaik saja anda tiba, anda akan disambut oleh beberapa pengarah yang sudah menunggu anda didepan lobi," sambungnya dengan nada yang sama.

Gio menganggukkan kepalanya perlahan sebelum membalas dengan kata yang sama. Perlahan pandangannya diarahkan ke arah bangunan yang berada di hadapannya.

Pada dasarnya, Gio tidak pernah ambil peduli dengan urusan perniagaan yang dia jalankan. Baginya, semua urusan perniagaan itu adalah sama. Tiada yang menarik perhatiannya. Tetapi, untuk pertama kalinya semenjak dia mengambil alih LinDenhof Corporation beberapa tahun yang lalu dia merasakan seperti ...perasaan tidak sabar untuk segera mengambil alih Starhouse. Hal itu membuatkan Gio mengerutkan keningnya, pandangan yang sukar untuk difahami itu membuatkan ekspresi Gio yang biasanya terlihat tenang dan datar menunjukan ekspresi baru yang sukar digambarkan.

Ziro yang melihat atasannya ini terpana untuk beberapa saat. Kedua matanya terbeliak kerana terkejut melihatnya. Ap...-apa yang Mr. President fikirkan sehingga membuat ekspresi wajahnya seperti begitu. Ini adalah kali pertama Mr. President menunjukkan ekspresi itu!! Soalan demi soalan muncul di dalam fikirannya. Dia cuba mengedipkan kedua matanya beberapa kali untuk meyakinkan diri yang dia tidak berhalusinasi.

"Mr... President? Adakah Mr. Presiden baik-baik saja?" tanya Ziro perlahan, membuatkan Gio mengalihkan pandangannya ke arahnya.

Damn. It...

Makian demi makian terdengar kuat di dalam fikiran Ziro sebaik saja dia melihat kedua mata biru yang memandangnya dengan tajam. Hawa dingin tiba-tiba menyelimuti seluruh tubuhnya membuat rasa takut memenuhi hatinya.

Mr. President, apa salah saya!? Bahkan, pertanyaan yang saya ajukan tidak melanggar pantang larang anda ...huhuhu.

Tapi ...adakah tanpa sedar dia sudah melanggarnya!? Memikirkan kemungkinan tersebut membuatkan wajah Ziro menjadi pucat.

"M-Mr. President?" gumam Ziro dengan nada perlahan.

Gio yang melihat ekspresi gugup Ziro akhirnya mengalihkan pandangannya ke arah pintu masuk Starhouse yang berada di hadapannya. "Buat kerjamu. jangan pedulikan hal lain," kata Gio perlahan.

Double shit!!

"Ba..baik Mr. President. Maafkan kebodohan saya," Ziro mengalihkan pandangannya ke arah bawah untuk menghindari pandagan tajam Gio.

Akhirnya Mercedes berwarna hitam tersebut memasuki kawasan lobi syarikat yang dipenuhi oleh pekerja, Ziro segera memberi arahan kepada semua pengawal yang berada di dalam kereta yang terpisah melalui earpiece yang dipakainya.

"Mr. President ...adakah anda ingin melalui pintu lain?" tanya Ziro dengan ragu-ragu ketika melihat suasana lobi yang tidak kondusif.

Adakah mereka sudah gila!? Mengapa, keadaan boleh jadi seperti ini!? Apa yang dilakukan oleh pengawal keselamatan syarikat ini!? Adakah mereka semua makan gaji buta selama ini!? Ziro mengomel dalam hati.

"Di sini," kata Gio sambil mengalihkan pandangannya ke arah lobi yang penuh sesak. Tanpa sedar kedua matanya mencari sesuatu yang dia harapkan, namun disebabkan banyak wajah yang dilihatnya, dia tidak menemui apa yang dicarinya. Mungkin nanti fikir Gio sebelum melangkah keluar dari kenderaannya.

Suara bisikan memenuhi lobi syarikat sebaik saja Gio melangkah masuk ke dalam bangunan yang berdiri di hadapannya. Dengan sekatan pengawal peribadi dan pembantunya Ziro Harmada yang selalu berada di belakangnya membuatkan Gio menonjol di khalayak orang ramai.

"President LinDenhof, selamat datang ke Starhouse. Nama saya Kennedy Jonas," kata lelaki bernama Kennedy Jonas yang merupakan salah satu pengarah syarikat Starhouse.

Gio memandang lelaki tersebut sebelum menganggukkan kepalanya perlahan. "Hm," jawabnya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah perempuan dengan wajah tersipu malu yang berdiri di belakang Mr. Jonas. Perlahan Gio mengerutkan keningnya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain seakan keberadaan perempuan itu membuatnya merasa jijik.

"President LinDenhof ...kami mohon maaf dengan ketidakselesaan anda ini. Kami sudah memaksimumkan keselamatan kerana kami tahu yang anda tidak menyukai orang ramai tetapi ..." kata-kata pengarah Jonas berubah perlahan ketika merasakan pandangan dingin Gio yang membuatnya gugup. Butiran peluh dingin yang terbentuk di pelipis wajahnya membuatkan penampilan lelaki tersebut menjadi cukup menyedihkan.

Merasakan tidak ada tanda-tanda yang atasannya ini akan memberi respon balas dari kata-kata pengarah Jonas yang menyambut mereka, Ziro mengambil inisiatif untuk menganggukkan kepalanya perlahan dan membalas kata tersebut sebagai wakil atasannya. "Tidak apa, Mr. Jonas. Kami faham." jawab Ziro dengan sopan.

"Kalau begitu izinkan saya menghantar anda ke bilik mesyuarat. Ketua Pegawai Eksekutif Muray sudah menunggu anda," kata pengarah Jonas yang segera mengarahkan Gio ke lif peribadi yang berada tidak jauh dari posis mereka saat ini.

Sekali lagi Gio mengalihkan pandangannya ke arah semua pekerja yang sibuk berbisik sambil memandang ke arahnya sebelum berjalan mengikuti pengarah Jonas yang berada di hadapannya.

Blue and grey.

Biru dan kelabu saling bertembung antara satu sama lain, membuat pergerakan mata Gio terhenti ketika melihatnya. Kedua mata kelabu jernih itu memandangnya dengan kening berkerut. Senyuman nipis terbentuk di bibir Gio untuk beberapa saat sebelum menghilang yang membuatkan senyuman tersebut terlihat seperti ilusi di wajah dinginnya.

"President LinDenhof, adakah ada orang yang anda kenal?" suara pengarah Jonas terdengar tidak senang ketika menyedari Gio yang tetap diam sambil memandang ke arah salah satu sisi lobi yang dipenuhi dengan jeritan pekerja perempuan ketika melihat lelaki pujaan mereka memandang ke arah mereka.

Gio mengalihkan pandangannya sebelum berjalan mengikuti langkah pengarah Jonas tanpa membalas pertanyaan tersebut.

Di mata orang Gio sememangnya memiliki sikap yang dingin dengan aura dominan yang selalu menyelimuti dirinya, namun untuk Ziro yang sudah berada di sisi Gio sejak dia mengambil alih LinDenhof Corporation mengetahui dengan jelas perbezaan dari sikap Gio. Walaupun, ini sukar untuk dipercayai, namun suasana hati Gio saat ini terlihat sangat baik. Kedua mata birunya menunjukkan yang dia terlihat puas.

Apa yang menyebabkan ekspresi Mr. President seperti begitu? Ekspresi Mr. President terlihat seperti orang yang akhirnya menemui apa yang dicarinya selama ini.

Melihat itu kedua kening Ziro berkerut, sangkaan demi sangkaan timbul di dalam fikirannya sebelum dia mengalihkan pandangannya ke sisi lobi yang menjadi tumpuan pandangan atasannya. Ziro tercengang ketika melihat seseorang yang tidak asing lagi yang dapat dilihat diantara semua pekerja yang berdiri di sisi lobi.

Ah ... Ternyata ini.

Ziro memiliki ingatan yang tajam, sudah tentu dia ingat siapa perempuan itu. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain kerana atasannya ini tidak pernah membahas tentang perempuan itu, tetapi Ziro masih ingat. Ketika dia mengemas meja kerja Gio dia melihat satu keping gambar perempuan yang cukup membuatnya terkejut.

Sudah tentu hal itu melekat di dalam ingatannya. Bagaimana tidak? Itu adalah kali pertamanya semenjak dia bekerja dengan Gio, dia melihat Gio menyimpan gambar perempuan di ruang kerjanya. Terutama, gambar itu mempunyai lingkaran merah di atas permukaannya. Sudah tentu Ziro bukan orang bodoh, dia sudah cukup memahami cara pandang dan pemikiran Gio dan ketika dia melihat bulatan merah di permukaan gambar tersebut membuatkan Ziro sedar yang perempuan di dalam gambar itu bukan lah perempuan sembarangan.

Seperti pemburu yang sudah mensasarkan sasarannya.

Ziro tiba-tiba teringat pada kedua mata kelabu jernih yang memandangnya. Kedua mata yang dapat memikat sesiapapun yang melihatnya, terutama senyumannya yang menawan itu. Ah, perempuan ini benar-benar menarik. Selera atasannya sememangnya tidak dapat diragukan lagi! Dan sekarang dia menemui perempuan itu secara nyata yang hanya beberapa langkah dari tempat berdirinya.

Bagaimana dia tidak terkejut?

Senyuman nipis perlahan terbentuk di wajah Ziro ketika semuanya sudah jelas. Ziro menggelengkan kepalanya perlahan sebelum memandang ke arah perempuan tersebut untuk kali yang terakhir sebelum mengikuti langkah Gio menuju ke ruang mesyuarat yang sudah diarahkan oleh pengarah Jonas.

President LinDenhof meminta dokumen pemegang saham Starhouse, President LinDenhof tiba-tiba memintanya untuk menguruskan beberapa dokumen pertukaran hak milik, President LinDenhof mengambil alih Starhouse dan yang paling penting adalah kerana perempuan itu. Nampaknya Ziro sudah mulai memahami alasan Gio yang cuba mengambil alih Starhouse dalam waktu yang begitu singkat dan sekarang hanya tinggal satu masalah yang tersisa.

Sebab apa atasannya mensasarkan perempuan itu?

Memikirkan itu Ziro hanya dapat menghela nafas perlahan, memandangkan hanya ada dua kemungkinan yang dapat menarik naluri pemangsa atasannya ini untuk menyasarkan mangsanya.

Satu kerana rasa minat.

Atau kedua ...

Kerana rasa dendam dan haus darah.

Ziro hanya dapat berdoa yang alasan Gio melakukan semua ini adalah untuk alasan yang pertama kerana dia dapat merasakan yang atasannya ini akhirnya memiliki emosi seperti manusia normal.

Dan kalau ternyata alasannya adalah dugaan yang kedua. Ziro tidak dapat membayangkan masa depan perempuan menawan itu.

Poor young lady!!

Suasana bilik mesyuarat pada petang itu penuh dengan ketegangan. Semua pengarah dan beberapa pemegang saham utama dan kecil menghadiri mesyuarat hari ini. Mereka semua merasa tidak selesa dan bingung kerana kejadian yang tiba-tiba berlaku dalam beberapa hari ini. Semuanya terasa seperti mimpi. Satu ketika seperti ini dan di waktu seterusnya semuanya berubah.

Beberapa langkah kaki dapat didengar dari koridor, membuat semua orang yang hadir di bilik mesyuarat ini membetulkan posisi duduk mereka sambil memperhatikan tiga lelaki yang masuk ke dalam ruangan tersebut.

Seorang lelaki yang sudah berusia 50-an dan dua lelaki yang mungkin berada di umur sekitar akhir 20-an yang mengenakan pakaian kemas, membuat semua mata memperhatikan tiga tokoh tersebut, terutama lelaki yang berjalan di tengah. Auranya seperti raja yang menguasai sekeliling tubuhnya yang membuatkan semua mata memandangnya dengan pandangan bingung seakan tidak percaya dengan lelaki yang berada di hadapan mereka saat ini.

"Selamat pagi, semuanya. Saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini ingin membuat pengumuman penting yang berkaitan dengan kelangsungan syarikat ini," suara Greg Muray bergema di seluruh ruangan, membuat semua orang di ruang tersebut menghela nafas seolah mereka sudah menjangka pengumuman yang akan dibuat oleh atasan mereka ini.

"Pengumuman yang ingin saya kongsikan ini adalah maklumat mengenai pemindahan hak milik syarikat kepada Mr. Giovano LinDenhof yang berada di sebelah saya. Mr. LinDenhof sudah memiliki 60% saham Starhouse, sebahagian daripadanya dari saya dan selebihnya dari pemegang saham kecil yang lain. Dengan ini menjadikan Mr. LinDenhof berkuasa ke atas Starhouse sehingga di masa akan datang. Pengerusi syarikat ini akan diambil alih oleh Mr. LinDenhof untuk jawatan CEO saya akan serahkan kepada Mr. LinDenhof untuk kesinambungan" suara lantang itu bergema diseluruh ruangan yang disambut oleh suara perbincangan dari semua ahli mesyuarat.

Semua orang yang berada di dalam ruangan tersebut selain dari tiga tokoh yang duduk di barisan pemimpin mesyuarat terpana mendengar pengumuman bos mereka.

Untuk jawatan Pengerusi kami faham CEO Muray tetapi, untuk perkara ini ...adakah CEO Muray pasti?

Selama ini CEO berusaha mengembangkan Syarikat ini. Bukankah ini sudah seperti membuang anak sendiri?

Semua orang yang berada di bilik mesyuarat seperti tenggelam di dalam pemikiran masing-masing. Ekspresi risau terlihat di wajah mereka, membuatkan Greg yang melihat wajah mereka menggelengkan kepalanya perlahan. Senyuman nipis terbentuk di bibirnya sebelum berdeham untuk menarik perhatian semua ahli mesyuarat.

Mendengar suara batuk dari atasan mereka ini membuatkan mereka semua tersedar.

"Kalian semua tidak perlu risau. This old man masih merupakan salah satu pemegang saham syarikat ini, jadi bagi anda yang berharap lelaki tua ini pergi. Jangan harap!" kata Greg dengan nada humor yang membuatkan sebahagian orang yang berada di ruangan tersebut tertawa.

Syarikat Starhouse memang syarikat yang dibina berdasarkan impiannya dan mendiang isterinya. Di mana isterinya berharap dapat membina syarikat yang mempunyai atmosfera kekeluargaan. Dimana semua orang saling menghormati antara satu sama lain tanpa melihat status yang berbeza. Oleh itu ramai pekerja yang bekerja di Starhouse memutuskan untuk bertahan. Kerana rasa kekeluargaan ini lah yang mengikat semua pekerja untuk berganding bahu menghadapi setiap masalah ekonomi yang dihadapi oleh Starhouse.

Bagaimana mereka tidak sedih, tokoh yang selalu menjadi tonggak dan ketua pemimpin untuk mengarahkan Starhouse akhirnya memutuskan untuk mengundurkan diri?

Terutama pengumuman yang begitu tiba-tiba seperti ini!

"CEO Muray, kita selalu berusaha bersama-sama selama ini. Ah, akhirnya anda memutuskan untuk turun. Ini tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya benar-benar terkejut mendengar pengumuman ini"

"CEO Muray, kami harap anda sering-sering datang untuk memantau kami semua."

"Ya CEO Muray"

"Betul CEO Muray"

Mendengar komen dari semua rakan sekerjanya yang sudah bekerja selama bertahun-tahun, membuat Greg Muray yang selama ini terkenal memimpin dengan tangan besi dan tegas tersenyum nipis. Pandangannya terarah kepada semua orang di dalam ruangan tersebut sehingga akhirnya pandangannya terhenti pada salah seorang yang selalu membuat kepalanya sakit.

Seperti duri didalam daging, sangat mengganggu.

Melihat ekspresi jijik lelaki tersebut membuatkan ekspresi Greg menjadi gelap seketika sehingga sukar untuk difahami. Johnson Andrewson sememangnya bukan orang yang mudah untuk dia hadapi. Sikapnya yang mementingkan diri itu selalu membuat syarikat ini bermasalah. Adakah dia fikir dia dapat memperbodohkan Greg Muray dari segala kebusukan yang dia lakukan? Terutamanya kepada pekerja perempuan yang ada di syarikat ini?

Memikirkannya, sudah membuat kepala Greg sakit. Masalah dalam dunia perniagaan dan politik, menghadapi orang-orang tertentu tidak lah begitu mudah, begitu juga untuk orang yang seteguh Greg Muray. Latar belakang Johnson selalu menyukarkan Greg untuk mengatasi masalah yang di timbulkan olehnya. Dan memandangkan seseorang yang akan menggantikannya sekilas harapan terlintas di kedua matanya.

Ya ...kalau lelaki ini pasti dapat mengatasi Johnson Andrewson.

Dia berjanji dengan dirinya sendiri untuk menjelaskan keadaan ini kepada Gio sebelum dia kembali ke kediamannya.

"Kalian tenang, pengganti lelaki tua ini sangat dipercayai. Saya yakin anda boleh menjadi lebih produktif di bawah kepemimpinannya daripada ketika anda berada di bawah pemerintahan saya," kata Greg dengan nada yang tenang.

"Saya dengan ini pengunduran diri dan kedudukan saya akan digantikan sepenuhnya oleh Giovano LinDenhof. Dari struktur strategi syarikat dan semua masalah yang ada akan diambil alih sepenuhnya oleh Mr. LinDenhof," sambungnya dengan nada tegas dan penuh berwibawa.

Pandangannya beralih ke arah lelaki yang sejak tadi terlihat terasing dengan wajah tanpa ekspresi yang saat ini duduk di sebelahnya. "Adakah anda mahu menambahnya Mr. LinDenhof?"

Semua mata memandang ke arah lelaki dingin tanpa ekspresi yang duduk di sebelah kanan Greg. Kegelisahan membuatkan semua ahli mesyuarat yang berada di bilik mesyuarat terlihat sibuk menyesuaikan posisi tempat duduk mereka untuk mengalihkan perhatian mereka dari sepasang mata tajam yang sejak tadi memperhatikan setiap tingkah laku mereka.

"Tiada. Saya akan menghantar seseorang untuk memegang jawatan CEO. Siapkan, semua data selama satu dekad yang lalu. Mesyuarat, isnin" kata singkat, padat dan jelas itu bergema di seluruh ruangan yang penuh dengan keheningan membuatkan Greg tersenyum nipis sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.

Hanya Giovano LinDenhof yang mampu membuat suasana bilik yang penuh dengan kehidupan berubah dengan penuh ketegangan seperti ini.

"Sebarang pertanyaan?" soalan yang diajukan Gio tersirat nada berbahaya yang membuat semua ahli mesyuarat tersentak mendengarnya.

"Tiada President LinDenhof," jawab mereka dengan serentak.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience