Rate

The Almighty Devil Of Underworld_11

Action Completed 38206

Apartment, NYC.

Derapan langkah kaki terus bergema di telinganya membuatkan Mely yang sejak tadi berlari di dalam kegelapan diselimuti oleh rasa panik dan ketakutan

Shit! Shit! Shit! Shit!....

Makinya dalam hati ketika merasakan langkah kaki yang mengejarnya sudah semakin dekat. Rasa risau, panik dan takut menyelimuti seluruh tubuhnya. Pandangannya bergerak dari arah depan ke kiri dan kanan.

Pokok.

Hanya ada pokok-pokok yang mengelilinginya saat ini, namun pada masa yang sama dia seperti merasakan beberapa pasang mata sedang memperhatikannya dari pokok-pokok yang ada di sekelilingnya. Pokok yang seharusnya memberikan dia tempat perlindungan malah memberikan dia rasa panik yang berlipat kali ganda. 

Mely yang merasakan langkah kaki yang semakin dekat dari setiap arah, tanpa sedar tangannya bergerak cepat untuk menarik keluar objek hitam yang tersembunyi di tali pinggang seluar yang dipakainya. Belati tajam yang berada di dalam genggamannya bersinar ketika terkena cahaya bulan purnama yang bersinar terang seakan menjadi saksi pada kejadian malam ini. Tubuh Mely yang sudah siap menghadapi lembaga berpakaian hitam yang mengejarnya tiba-tiba satu tenaga yang kuat menghempas tubuh mungilnya yang membuat tubuhnya melayang beberapa meter dari posisi sebelumnya.

Rasa sakit menyerang seluruh tubuhnya sebelum merasakan darah segar keluar dari mulutnya dan terbatuk beberapa kali. Pandangannya yang kabur bergerak ke arah sekelilingnya. Dadanya yang terasa sakit membuat Mely mengambil kesimpulan pahit yang tulang rusuknya patah atau pun retak kerana setiap kali dia menarik nafas, rasa sakit itu menyerang seluruh tubuhnya yang membuatnya meringis kesakitan.

Bayangan hitam yang perlahan-lahan menghampirinya tanpa sedar membuat Mely mengecilkan kedua matanya, berusaha memfokuskan pandangannya sebelum melihat sepasang kasut Boots altama military dengan rekaan khas terlihat di hadapannya yang membuatkan semua darah dalam tubuhnya membeku serta merta.

Boots altama military yang sangat familiar.

Ketakutan menjalar ke seluruh tubuh Mely seperti air sejuk yang di simbah padanya sehingga membuatkan seluruh tubuhnya menggeletar.

"Hello, baby darling"

"HAAAAAAH!!!!" jeritan penuh ketakutan itu bergema di seluruh apartmen sebelum di gantikan oleh suara nafas terengah-engah dari perempuan mungil yang saat ini terduduk di atas katilnya. Seluruh tubuhnya menggeletar kuat dengan peluh yang membasahi tubuhnya. Tangannya yang saat ini begegar perlahan-lahan naik dan memegang dadanya untuk mengatur degup jantungnya yang berdegup kencang.

Shit!

Mely masih berusaha memfokuskan pandangannya dan melihat ke arah sekelilingnya dengan pandangan waspada seakan takut sekiranya ada sesuatu yang tiba-tiba menyerang dirinya, namun ketika dia menyedari keadaan apartmennya masih baik dan tiada yang pelik akhirnya Mely menghembuskan nafas lega.

Mimpi itu lagi.

Huh, mahu sampai bila mimpi itu akan terus menghantuinya!?

Perlahan Mely bangun dari katilnya dan berjalan ke dapur untuk membuat teh hangat kegemarannya. Satu-satunya yang dapat membuatnya tenang setiap kali dia dihantui oleh mimpi buruk. Kejadian ini adalah perkara biasa terjadi kerana hampir setiap malam dalam beberapa tahun ini mimpi buruk itu akan selalu datang menghantuinya. Gambaran mimpi buruk itu juga selalu berbeza, tidak hanya dalam satu kejadian dan itu membuat Mely hanya dapat menerimanya dengan hati yang berat.

Hati yang sangat-sangat berat jika Mely dapat tambah.

Apa yang dapat dia lakukan?

Bukan dia yang menetapkan semua mimpi itu, bukan?

Walaupun, dia sudah mengambil pelbagai jenis pil tidur untuk membantunya berehat, namun semuanya sama sekali tidak pengaruhnya. Mengingatkan hal itu membuat Mely tersenyum pahit. Rasanya, dia benar-benar ingin memprotes kepada semua kilang ubat yang menghasilkan ubat tidur dan berteriak di hadapan mereka. 'Ubat yang kalian jual tidak berkesan!! Kembalikan duit aku!!!,

Perlahan Mely menggelengkan kepalanya sebelum meneguk gelas teh yang dipegangnya dan duduk di salah satu kerusi meja makan sebelum mengalihkan pandangannya ke arah tingkap yang mempunyai pemandangan New York City dengan pandangan kosong.

Cuaca malam ini di New York terlihat sangat buruk. Awan gelap menyelubungi seluruh bandar dengan hujan lebat dan ribut petir. Semua orang di New York memutuskan untuk tinggal di dalam rumah atau berteduh disalah satu tempat yang menyediakan tempat perlindungan, sama ada restoran, pawagam ataupun cafe. Jalan-jalan yang biasanya dipenuhi dengan kenderaan yang menyebabkan kesesakan saat ini terlihat kosong. Semua siaran televisyen di penuhi dengan amaran cuaca yang memberi peringatan kepada semua orang untuk tinggal di tempat yang selamat dan berhati-hati.

Hujan, keheningan dan sendiri.

Tiga kata i membuatkan fikiran Mely melayang ke arah yang tidak dia inginkan. Tanpa sedar Mely menutup kedua matanya, berusaha menghilangkan bayangan memori yang tidak ingin dia ingat.

Haaa...

Sepertinya tiada lagi kata untuk tidur ...

Starhouse Production, NYC.

Mely benar-benar merasa pelik, ini adalah kali pertama dia merasa seperti berada di pasar selama dia berkerja di Starhouse. Bising. Semua orang yang dilaluinya sejak dia melangkah masuk ke dalam lobi sehingga dia berada di dalam lif orang-orsng sibuk berbisik. Tidak jarang juga dia mendengar pekerja perempuan menjerit yang membuat Mely meringis ketika mendengar suara bernada tinggi di sekelilingnya itu.

Kenapa dengan semua orang?

Masih pagi sudah menjerit-jerit...hump!!

Kejadian yang lebih pelik lagi ketika Mely masuk ke kawasan tempat kerjanya. Di mana biasanya ruang kerja yang terletak di tengah-tengah dipenuhi dengan orang-orang yang sibuk menyiapkan dokumen untuk dikerjakan, tetapi hari ini terlihat sangat sunyi.

Kemana semua orang?

Keningnya berkerut ketika melihat ruangan tersebut terlihat sunyi, melihat jam tangan yang selalu ada di tangan kirinya yang sudah menunjukkan pukul 8 lebih semakin membuat kening Mely berkerut dalam.

Sudah jam berkerja tapi kenapa tiada seorang pun disini? kata Mely dalam hati sebelum akhirnya melihat ke arah sekelilingnya. Mely dapat melihat salah satu ruang kerja yang tidak asing dalam ingatannya saat ini terlihat di penuhi oleh rakan-rakannya.

"Apa yang mereka buat?" Gumamnya perlahan sambil berjalan ke arah ruang kerja Vhina yang berada tidak jauh dari posisinya saat ini. Suara perbincangan rakan-rakannya yang terdengar samar itu semakin jelas ketika langkah kakinya semakin dekat dengan ruangan yang ada di hadapannya.

"Ini seperti mimpi, bukan?"

"Adakah kau yakin ini bukan hanya khabar angin? Ianya, terdengar seperti sangat mustahil. Kau salah dengar, mungkin?"

"Bodoh! Bagaimana aku boleh salah dengar!?"

"Hey, Dan. Adakah kau lupa kalau Vhina adalah ratu gosip kita?"

"T-tapi ini sangat tidak masuk akal"

"Tiada yang tidak mustahil, Dante. Aku tidak bohong!! Kau tidak nampakkah semua orang sibuk menunggu dia di depan lobi?!"

Apa yang mereka gosipkan pagi-pagi?

Ekspresi Mely menjadi masam ketika mendengar perbualan rakan-rakannya yang sudah bermula tanpa dirinya. Bergosip tapi tidak mengajaknya! Kurang ajar, marah Mely dalam hati sebelum membuka pintu pejabat tersebut dengan kuat.

BAM!!

"Kamu semua bergosip tanpa aku!?" jerit Mely dengan nada kuat, membuat semua mata memandang ke arahnya dengan ekspresi terkejut. Semua orang yang ada di dalam ruang kerja Vhina hanya mempunyai satu pemikiran yang sama ketika melihat perempuan mungil yang berada dibelakang mereka.

"Melysah!!! Bolehkah kau membuka pintu dengan cara perlahan!? Kami boleh dapat serangan jantung tahu, tak!!!"

"Aku fikir bos yang masuk!!"

"Aiyaaaa ...adik Mel!! Aku sangka Mr. Andrewson tadi!!! Aiyo, aiyo, jantungku rasanya seperti ingin melompat keluar," keluh Vhina sambil mengusap dadanya.

"Astaga ...Mely, kalau mahu masuk, janganlah main rendah saja. Kami semua terkejut," kata Sara dengan nada lembut dengan wajah sedikit pucat kerana terlalu terkejut.

"Damn it. Aku rasa jantungku sudah sampai ke tingkat satu saat mendengar pintu dibuka," kata Fredrick perlahan sambil mengusap dadanya.

Melihat respon dari rakan-rakannya membuat Mely cemberut. Dengan tangan di silang didepan dada, dia memandang semua rakannya dengan pandangan penuh kekesalan.

"Lagi pula, siapa suruh bergosip tanpa aku. Hump!" kata Mely sambil mendengus kesal.

"Sini ...adik kecil kami semua... jangan marah. Duduk sini, aku akan menceritakan semuanya. Berita ini terlalu mengejutkan untuk di tunda-tunda!" kata Vhina sambil melambai tangannya dan mengalihkan posisi duduknya untuk Mely duduk di sebelahnya.

"Adik, adik, adik. Siapa yang kau panggil adik, hah!? Aku bukan adikmu!" marah Mely, namun kedua kakinya tetap melangkah ke arah sofa dimana Vhina memberikan ruang untuknya duduk sebelum akhirnya dia duduk diantara Vhina dan Sara yang saat ini memandangnya dengan pandangan humor.

Ya ampun ...Mely kalau marah memang tetap comel!!!

"Mengapa datang lambat?" tanya Dante yang akhirnya membuka mulutnya.

"Ya, terlambat," jawab Mely perlahan. "Sebenarnya ada apa? Apa yang kamu semua gosipkan pagi-pagi tanpa aku!?" tanya Mely sambil mencebikkan bibirnya.

"Sebelum aku cerita aku mahu tanya. Tepatnya ketika kau datang, ramai kah orang berkumpul didepan lobi?" tanya Vhina sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Hm ..." gumam Mely sambil memikirkan jawapannya kerana pada dasarnya dia merasakan lobi hari ini dipenuhi oleh pekerja. Terutama pekerja perempuan sehinggah dia terfikir yang dia masuk ke dalam bangunan yang salah. "Ya. Tadi ramai. Ada apa sebenarnya?"

"Kau dengar!? Ini yang aku maksudkan!! Aku tidak berbohong, Dante!!" jerit Vhina dengan nada kesal sambil memandang tajam ke arah Dante yang membuatkan kedua mata Dante membesar sebelum menaikkan kedua tangannya.

"Okay, okay, Miss Vhina. Hamba percaya" katanya dengan cepat saat melihat pandangan tajam yang diarahkan Vhina kepadanya.

"Ada apa!?" tanya Mely dengan kesal ketika menyedari hanya dirinya yang masih berada dalam kegelapan kerana tidak mengetahui apa-apa.

"Ah, ya. Jadi, adik kecil kami yang merajuk kerana tidak tahu tentang berita besar ini. Sebenarnya berita ini sudah tersebar sejak semalam," kata Vhina dengan nada teruja yang membuat Mely semakin kesal mendengarnya. Semalam? Tidak hairanlah kalau dia tidak tahu apa-apa. Dia tidak membuka telefonnya dari semalam dan juga tidak memegangnya.

"Jadi?" tanya Mely ingin tahu. Walaupun, dia kecewa kerana terlambat mendengar berita yang dapat di jangka adalah berita besar kerana kesannya benar-benar mempengaruhi semua pekerja di dalam syarikat dan juga kesal kerana Vhina masih memanggilnya dengan panggilan adik kecil kerana perempuan ini tahu bagaimana caranya membuat Mely kesal. Namun, dia tetap bersemangat untuk mendengar kesinambungan cerita Vhina kerana dia benar-benar ingin tahu.

Berita apa sebenarnya sehinggah membuatkan semua perempuan berbisik-bisik dan berteriak?

"Baiklah, khabarnya adalah ...syarikat kita akan di ambil alih!!" jerit Vhina dengan kedua matanya yang bersinar terang, membuatkan Mely speechless seketika.

Di ....ambil alih?

Huh?

"Apa maksud kau?" tanya Mely bingung. Adakah dia salah dengar? Bagaimana syarikat ini boleh diambil alih!? Greg Muray adalah lelaki berkarisma yang sangat tegas dan juga keras kepala. Starhouse adalah anak syarikat yang dia bina dengan keringat perjuangannya. Untuk Greg Muray menjual syarikatnya sama saja seperti dia menjual anaknya sendiri.

Rasanya seperti sangat... mustahil, bukan?

"Ya. Seperti yang aku katakan tadi!! Starhouse kini telah diambil alih oleh pihak lain! CEO Muray bukan lagi pemilik Starhouse," kata-kata Vhina benar-benar membuat Mely terdiam. Dia terlalu terkejut untuk memberikan tindak balas, seakan otaknya berhenti berfungsi ketika mendengar penjelasan Vhina tadi.

"Bagaimana? CEO Muray sangat menyayangi Starhouse ini seperti anaknya sendiri, jadi ...bagaimana mungkin?" kata Mely dengan nada bingung. Dia masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"Bukan melepaskan Starhouse, Mely. Astaga, Vhina, kalau kau mahu beri maklumat, berilah maklumat yang lengkap dan jelas!" kata Sara kepada Vhina dengan ekspresi kesal sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Mely.

"Bukan melepaskan, Mely. Tapi, sebahagian besar saham Starhouse diambil alih oleh pihak lain dan pemegang utama Starhouse bukan lagi CEO Muray. Setahu, aku dia hanya memegang 25% saham Starhouse. CEO Muray masih memiliki Starhouse ini tetapi bukan lagi sebagai pemegang utama" jelas Sara kepada Mely kerana dapat di lihat dari penjelasan yang diberikan oleh Vhina selalu membuat Mely terkejut.

Beberapa saat berlalu sebelum Mely akhirnya mengedipkan kedua matanya sebelum memandang Sara dengan pandangan tidak percaya. "Kamu pasti?" pertanyaan yang diajukan Mely bukan hanya kepada Sara tetapi kepada semua rakannya yang berada di ruangan tersebut. Melihat wajah rakan-rakannya yang serius, membuatkan Mely mengambil kesimpulan yang berita ini adalah benar.

"Betul. Kalau tidak. Tidak mungkin semua perkerja berkumpul dibawa?" kata Dante sambil meneguk kopi yang dipegangnya.

"Aku tidak sangka orang seperti Greg Muray yang sangat bertekad untuk mengembangkan syarikat ini tanpa bantuan sesiapa akhirnya melepaskan kekuasaannya" gumam Mely sambil bersandar di sofa.

Berita ini benar-benar membuatnya terkejut. 

"Jadi, kenapa semua pekerja berkumpul di lobi?" tanya Mely lagi sebaik saja dia menyedari semua pekerja berkumpul di lobi yang benar-benar terlihat pelik. Walaupun, CEO Muray ingin meninggalkan jawatannya sebagai CEO dan pemegang saham terbesar dalam syarikat ini. Tetapi, mengapa semua pekerja sibuk berkumpul di lobi? Adakah mereka semua ingin mengucapkan selamat tinggal kepada bekas CEO mereka? Bukankah itu akan terdengar sangat pelik?

"Ah ... itu kerana ada pihak ketiga yang akan buat pengumuman rasmi pada mesyuarat pemimpin hari ini. Semua pekerja terutama perempuan bersaing untuk menunggunya di lobi. Huh! Adakah mereka terlalu bodoh. Apa mereka ingat dapat menarik perhatian lelaki itu jika mereka menunggunya dilobi?" kata Fredrick dengan nada penuh dengki.

Ditunggu oleh semua pekerja perempuan, lelaki mana yang tidak suka, bukan?

"Aish....Kau hanya cemburu, Rick! Aku tahu kau tidak akan dapat bersaing dengan lelaki itu," kata Vhina dengan nada mengejek yang membuatkan Fredrick memandangnya dengan tajam.

"Huh? Siapa pihak ketiga?" tanya Mely dengan nada ingin tahu.

"Giovano LinDenhof," dua kata dari Dante itu membuat mulut Mely terbuka luas kerana terkejut.

Hah? Giovano LinDenhof?

The Giovano LinDenhof?

"Kamu bergurau, kan?" kata Mely dengan nada mengejek. Menganggap semua rakan-rakannya ini cuba memperdayakan dirinya. Sudah tentu Mely tidak percaya dengan penipuan yang sangat jelas ini. Namun, bukan seperti apa yang Mely bayangkan saat melihat semua orang yang ada di dalam pejabat Vhina saat ini memandangnya dengan serius sebelum semuanya menganggukkan kepala. Terutamanya, Vhina dan Sara dengan kedua mata bersinar menganggukkan kepala mereka dengan sangat teruja.

What ...Jadi ini benar-benar serius?

"Giovano LinDenhof? The almighty president director of LinDenhof Corporation?" tanya Mely dengan nada penuh keraguan yang sekali lagi di balas dengan anggukan oleh dua rakannya yang saat ini berada di sebelah kanan dan kirinya.

"Tidak hairanlah kalau semua orang teruja" gumam Mely sambil menganggukkan kepalanya perlahan.

"Tapi, bukankah itu terdengar pelik? Lagi pula President LinDenhof belum pernah melirik bidang ini sebelum ini" kata Dante yang memberi komen dengan wajah serius seakan dia sedang berfikir.

Mendengar kata-kata Dante membuat Vhina mendengus kesal sebelum melambai tangannya. "Kenapa pelik? Kau tahukan LinDenhof Corporation kini bergerak di semua bidang. Untuk LinDenhof Corp ingin masuk ke dalam bidang pengeluaran beg itu bukanlah sesuatu yang pelik" kata Vhina dengan nada sarkastik.

"Hm. Tapi, kalau yang dipilihnya adalah Starhouse itu sangat pelik, Vhina. Adakah kau bodoh untuk tidak menyedari kejanggalan ini?" balas Fredrick yang membuatkan Vhina memandangnya dengan tajam.

"Apa kau kata!? Aku bodoh? Aku cabar kau ulang semula!" kata Vhina dengan nada penuh ugutan, membuatkan Fredrick segera menaikkan kedua tangan sambil menggelengkan kepalanya dengan cepat.

"Sangat pelik sebab kalau dalam pembuatan beg ...bukankah syarikat nomor satu adalah Venus company? Kalau pun, LinDenhof Corporation mahu memasuki pasar pengeluaran beg dan mahu mengambil alih syarikat, bukankah ia seharusnya mengambil ahli Venus? Kenapa mengambil ahli syarikat Starhouse yang masih berada di tempat ketiga?" komen Mely yang menganalisis keadaan yang terjadi.

Mendengar komen Mely kedua mata Fredrick terus bersinar dengan penuh teruja sebelum jarinya menunjuk ke arah Mely dan memandang Vhina dengan pandangan penuh kepuasan.  "Itu!! Itu yang aku maksudkan!! Mely pun dapat menganalisis keadaan itu dengan cepat!" kata Fredrick dengan teruja.

Huh! perempuan ini terlalu yakin kalau dia adalah yang terbaik. Sedangkan adik kecil mereka dapat menganalisis semua itu dengan mudah! 

Ekspresi Vhina menjadi gelap ketika mendengar kata-kata Fredrick sebelum menukar ekspresi yang menyedihkan sambil menggerakkan tangan Mely. "Mely, Mely. Kenapa kau membelanya? Bukankah, ada baiknya kalau syarikat yang diambil alih itu adalah Starhouse? Kita, juga akan mempunyai masa depan untuk menjadikan syarikat ini nombor satu," katanya sambil merengek perlahan.

Mely menggelengkan kepalanya perlahan saat melihat kelakuan Vhina. Umur sudah menghampiri akhir 20 tahun tetapi tingkah lakunya masih seperti budak kecil. Kata Mely dalam hati yang membuatnya tersenyum samar. "Ya. Sudah tentu itu peluang yang baik! Walaupun, pelik mengapa LinDenhof Corporation mengambil alih Starhouse ...dan ini juga adalah peluang yang baik untuk kita," kata-kata Mely membuat Vhina membalas pandangan Fredrick yang seakan berkata 'See? Sebenarnya, maksud Mely sama seperti yang aku maksudkan. HaHa! Aku menang!'

"Aiyah, kamu berdua" kata Sara ketika melihat tingkah laku Vhina dan Fredrick yang tidak pernah akur. Dia hanya dapat menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tunggu. Jadi pejabat ini tenang sebab ...Giovano LinDenhof akan datang ke sini?" tanya Mely yang baru menyedari keadaan yang terjadi. Astaga, seberapa besar pengaruh Giovano LinDenhof sehingga membuat hampir semua pekerja di syarikat ini berkumpul di tingkat satu hanya untuk melihatnya?

"Ha-ah. Adakah kau lupa kalau President LinDenhof adalah lelaki termuda yang menduduki posisi tertinggi dalam senarai business tycoon di seluruh negara yang mempunyai gaya hidup yang sangat tertutup? Malah, dia juga tidak pernah sekalipun masuk berita. Semua pengumuman selalu diambil alih oleh sepupunya Raffael LinDenhof. Dapat melihat Giovano LinDenhof depan mata adalah satu keberuntungan untuk kita bukan?! Dan keberuntungan itu datang ke syarikat kita hari, ini!!" kata Vhina dengan nada penuh excitement.

Astaga, bagaimana Mely boleh lupa yang Vhina selama ini sangat memuja-muja, Giovano LinDenhof? Terkadang, Mely merasa kesian dengan suaminya. Memikirkan itu membuatkan Mely menggelengkan kepalanya. Dia benar-benar kesian dengan nasip suami rakannya ini.

Giovano LinDenhof memang merupakan lelaki yang dapat di samakan dengan Dewa di dalam dunia perniagaan. Kerana kemampuannya yang dapat membawa LinDenhof Corporation menjadi syarikat terkemuka dalam pelbagai bidang dan juga membuatnya dikenali sebagai The God of Wealth atau The King of Business Empire. Walaupun, lelaki itu menduduki posisi tertinggi dalam keluarga LinDenhof yang merupakan keluarga yang hidup dengan low key lifestyle sehingga membuatkan keluarga itu tidak terlihat kerana tidak pernah menerima wawancara. Namun, pada masa sama yang tidak ada seorang pun disini yang mengenali Giovano LinDenhof seperti dirinya. Nama belakang itu sudah seperti sumpahan yang menghantui kalangan tertentu, seperti hantu yang mempunyai mata di mana-mana untuk memperhatikan keadaan persekitarannya.

Kilatan yang sukar diertikan itu terlihat untuk sesaat di kedua mata Mely sebelum akhirnya menghilang seolah-olah kilatan itu tidak pernah ada. "Baiklah, baiklah. Giovano LinDenhof akan datang, jadi?" kata Mely sambil menghela nafas berat.

"Kau tidak mahu melihat dia? Bila lagi kita dapat peluang melihat Giovano LinDenhof secara langsung?" kata Sara dengan nada penuh semangat.

Huh...

"Jom, jom, jom!!" Vhina menolak semua orang di dalam pejabatnya untuk segera turun ke tingkat bawah.

Tanpa ada yang menyedari ekspresi Mely sudah menjadi gelap ketika melihat tingkah laku Vhina saat ini.

Shit.

Siapa kata dia mahu bertemu dengan The Almighty Giovano LinDenhof?

Hellooo?! Adakah pendapatnya tidak dipedulikan?

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience