Rate

The Almighty Devil Of Underworld_28

Action Completed 38230

"Kau!!! Kau ... kau ..." jerit Mely yang sangat tertekan. Dia tidak tahu apa lagi yang dapat dia katakan. Apa yang dapat dia katakan? Bahawa Giovano LinDenhof tidak punya hak untuk melakukan itu? Malah orang bodoh pun tahu bahawa Giovano LinDenhof dapat melakukan apa saja!

Melihat wajah speechless Mely membuatkan pandangan Gio menjadi lembut. Suasana hatinya berubah menjadi baik seakan situasi saat ini sudah kembali berada dalam genggamannya. Dalam kawalan tangannya. Sekiranya, kucing kecilnya ini tidak ingin berada di sisinya, maka dia tidak masalah jika dia harus melakukan kekerasan asalkan kucing kecilnya tetap di berada sisinya.

Maybe with breaking her paws will makes her stay. Dengan satu perkara itu, Gio sudah menetapkan tujuannya.

"Aku tidak boleh berada di sini lebih lama lagi. Semua keluarga aku akan risau kerana aku pergi tanpa memberitahu mereka selama tiga hari ini. Aku harus segera pergi. Terima kasih atas kebaikan kamu. Selamat tinggal, Vano!" kata Mely dengan cepat sebelum belari kecil menunju ke pintu keluar yang berada tidak jauh dari posisinya.

Dia harus segera pergi dari sini, berada di tempat ini lebih lama akan mendatangkan masalah kepadanya!!

Gio memperhatikan tingkah laku Mely yang tergesa-gesa menjauhkan diri darinya dan itu membuat bibir Gio terangkat dengan senyuman penuh makna.

Tepat sebelum tangan Mely menyentuh gagang pintu, dua tangan besar melingkar erat di pinggangnya sebelum mengangkatnya keatas bahu pemilik tangan tersebut.

 "AAA!!!"

Jerit Mely sebaik saja merasakan tubuhnya melayang. Pandangannya terasa kabur kerana perubahan situasi yang terjadi dengan cepat yang membuatkan kepalanya terasa pening. Menyedari posisinya yang tidak baik di atas bahu Gio, Mely memandang tajam ke arah belakang kepala lelaki tersebut sebelum tangan kecilnya bergerak untuk memukul belakang Gio yang tidak sedikitpun menimbulkan rasa sakit pada lelaki tersebut.

"HEY!!!! GIOVANO LINDENHOF!!!!" jerit Mely dengan nada penuh tertekan. Apa yang lelaki ini inginkan!? Adakah dia sudah gila!?

"Vano, lepaskan! Aku tahu kau memiliki segalanya tetapi itu tidak bermakna kau boleh berbuat suka hati!!!"

"HEY LEPASKAN AKU BASTARD! TURUNKAN AKU ATAU AKU MELAPORKAN KAU KEPADA POLIS!"

Tanpa mempedulikan jeritan Mely yang bergema di seluruh mansion, Gio dengan santai berjalan keluar dari ruang kerjanya menuju ke salah satu ruangan yang berada di sayap timur. Mereka memerlukan beberapa saat untuk sampai ke tempat tujuan mereka.

Dengan posisi Gio yang berjalan dengan santai dengan tubuh mungil yang tergantung di atas bahunya, membuat semua pelayan yang berada di sekeliling mereka melihat pemandangan yang mereka anggap sebuah halusinasi. Belum lagi suara jeritan perempuan yang bergema di sepanjang perjalanan yang membuatkan semua orang yang melihatnya hanya ternganga kerana terkejut.

Semua pelayan: "...."

Pengawal peribadi yang berada di dalam mansion: "...."

Butler Chong: "...."

Astaga, apa yang mereka lihat? Ini bukan sekadar muslihat, bukan!?

Mas... Master mengangkat young miss di atas bahunya!?!?!

Majikan mereka yang gila dengan kebersihan dan sangat benci perempuan saat ini mengangkat tetamu perempuan yang dibawa oleh young Master Raffael beberapa hari yang lalu?!

Di tengah jeritan dan makian young miss bukannya majikan mereka merasa kesal, malah sebaliknya mereka dapat melihat bahawa mood majikan mereka ini sangat baik!

Bahkan mereka semua dapat melihat senyuman di bibir nipis majikan mereka!

Astaga!!!

Ada apa ini sebenarnya??!!

Adakah ini majikan mereka yang sudah mereka layan selama bertahun-tahun?

Butler Chong memandang majikannya yang berjalan dengan santai dengan pandangan tidak percaya. Tangannya tanpa sedar mencengkam kemeja bahagian depan di mana tempat letak jantungnya. Kalau bukan kerana keadaan tubuhnya yang kuat walaupun di usianya sudah tua, Butler Chong yakin dia akan mendapat serangan jantung kerana sangat terkejut melihat majikannya bertindak seperti ini.

"VANOOO!!! BASTARD, IDIOT, STUPID! TURUNKAN AKU!!!" jerit Mely dengan kedua tangan yang masih sibuk memukul belakang lelaki tersebut sebelum tanpa sedar dia menggerakkan tubuhnya dan menggigit belakang Gio.

Yo....young miss!?!?!?!

Young miss menggigit be... belakang Master!?!?

Situasi apa ini...

Belum lagi makian-makian kasar kepada majikan mereka...

Adakah young miss sudah penat hidup!?

Kejadian ini benar-benar membuat semua penghuni LinDenhof Mansion merasakan emosi bercampur yang membuat mereka semua pening kerana kejadian ini.

Tanpa menyedari reaksi orang-orang di sekeliling mereka, Gio dengan santai terus berjalan ke arah sayap timur dengan langkah yang santai sebelum langkahnya berhenti saat dia merasakan kesakitan yang tiba-tiba terasa di belakangnya. Belum sempat otaknya memproses apa yang terjadi, Gio merasakan rasa geli dari gigi kecil yang Mely gunakan dan itu membuatkan Gio terpana untuk beberapa saat.

"Vina, aku boleh bantu kau melakukan kegiatan yang lebih bermanfaat dengan gigimu kalau kau terus menggigit belakangku" gumam Gio perlahan dengan makna tersirat. Nada suara Gio tiba-tiba berubah menjadi serak seakan dia sedang berusaha menahan sesuatu.

Menyedari perubahan suara Gio dan kata-kata yang dia ucapkan dengan penuh makna tersirat membuatkan Mely segera melepaskan giginya sebelum wajahnya berubah menjadi merah.

Astaga, benar-benar lelaki yang tidak tahu malu!!!!

"Ma...makanya turunkan aku!" kata Mely yang tergagap. Wajahnya terasa panas kerana rasa malu yang dia rasakan.

"Tidak," jawab Gio dengan nada datar, namun semua orang dapat melihat kedua mata birunya penuh dengan humor.

Mely memandang penuh kekesalan ke arah belakang kepala lelaki yang membawanya tanpa mempedulikan posisi tubuhnya. Ketika hujung matanya menangkap susuk tubuh Butler Chong yang berada tidak jauh dari posisinya saat ini, kedua mata kelabunya terus bersinar terang seakan dia baru saja bertemu dengan penyelamatnya.

"Grandpa Butler!!! Tolong saya!!!" jerit Mely dengan nada sedih dengan kedua mata yang berkaca-kaca.

Gio: "...."

Butler Chong: "...."

Young miss ...kenapa anda mesti bawa-bawa nama saya ...apa yang perlu saya buat? Adakah anda tidak sedar pandangan dingin Master yang diarahkan kepada saya ketika anda memohon kepada saya. Keluh Butler Chong sambil menghela nafas berat.

Hatinya terasa goyah antara dia harus memberikan kata-kata tenang kepada young miss atau lebih memilih untuk diam agar dia tidak menyinggung perasaan majikannya.

"Grandpa butler, adakah anda tidak kesian dengan saya? Bagaimana majikan anda boleh memperlakukan saya sebegini!! Ini adalah jenayah! Dia malah mengancam saya! Dia cuba menculik saya!" jerit Mely lagi berusaha meyakinkan Butler Chong.

Melihat ekspresi ragu-ragu Butler Chong, hati Mely terasa di cengkam. Sudah tentu ... grandpa Butlerkan bekerja untuk Vano tidak mungkin dia akan menolongnya, fikir Mely sambil memandang Butler Chong dengan air mata yang terus mengalir.

"Jangan ganggu uncle Chong. Dia sudah tua," kata Gio dengan nada dingin sebelum kembali berjalan, meninggalkan semua pelayan yang berada di sana.

Butler Chong: "...."

Master saya tidak melakukan apa-apa, mengapa saya juga kena!!?

"Kau!!! Kau benar-benar melampau! Kau fikir aku takut dengan kau!? Jangan hanya kerana wang dan status kau memiliki aku takut!" jerit Mely dengan penuh amarah, namun kedua matanya membulat sebaik saja dia melihat isi ruangan tempat yang mereka tuju begitu Gio membuka gagang pintu dengan satu tangannya.

"VANOOOO! LEPASKAN AKU! Mr. LinDenhof ple - GOD DAMN IT! Kenapa kau bawa aku masuk bilik!? Hey! Awas kalau kau buat bukan-bukan aku tendang junior-mu! Aku tidak takut dengan statusmu, Giovano - AAAAA!!!"

Shit, kenapa jadi begini!!?

Jantung Mely seakan berhenti berdegup ketika Gio memasuki bilik tidur yang terlihat asing baginya. Kepalanya bergerak ke sana sini dengan pandangan panik, berusaha mencari celah untuk segera melepaskan diri dari situasi berbahaya ini. Tangan Mely masih tidak berhenti memukul belakang lelaki menjengkelkan ini.

Apa yang Vano mahukan sebenarnya!?

Jangan-jangan kebaikan yang lelaki ini berikan kepadanya ingin di balas dengan tubuhnya saat ini juga. Memikirkan hal itu membuatkan wajah Mely menjadi pucat, pandangan yang penuh ketakutan itu diarahkan pada pintu masuk bilik seolah-olah harapannya untuk melarikan diri sudah hilang.

Tubuh Mely menegang saat merasakan permukaan lembut di bawah tubuhnya. Belum sempat Mely bergerak untuk melarikan diri dari tempat tidur tiba-tiba beban berat menimpa tubuhnya yang membuatkan tubuhnya tidak dapat bergerak sedikit pun. Degup jantungnya berubah menjadi tidak senang ketika kedua tangan besar itu menggenggam kedua tangannya dan menahannya tepat di sisi kepalanya. Aroma maskulin secara tiba-tiba menyerang deria baunya yang membuat tubuh Mely membeku seketika sebelum berusaha meronta untuk keluar dari posisi tersebut. Rasa panik menyerang seluruh tubuhnya.

Mely benar-benar kesal mengapa dia harus berada dalam situasi ini, kesal kerana dia ditolong oleh lelaki ini dan sedih kerana dia lemah. Kalau keadaan tubuhnya seperti sediakala Mely yakin dia dengan mudah dapat keluar dari posisi ini. Bahkan, Mely yakin dia dapat memberikan sedikit pengajaran kepada lelaki sialan ini, namun kerana keadaan tubuhnya yang baru beberapa hari mengalami vegetatif membuatkan seluruh tubuhnya tidak dapat melakukan aktiviti yang berat.

Argh!!!

Bagaimanapun, dia tidak boleh menyerah begitu saja!!

Dia tidak boleh memberikan kesempatan berharga kepada lelaki ini!!

Ini bukan hal kecil! Walaupun, dia terlalu old-fashion atau bagaimana. Itu tidak bermakna dia bodoh!

"Sudah habis tantrum?"

Suara itu akhirnya menyedarkan Mely. Kedua mata kelabu yang dipenuhi oleh rasa panik dan ketakutan itu tiba-tiba berubah dengan penuh amarah. Dia memandang lelaki yang berada di atas tubuhnya dengan penuh kekesalan. Ekspresi, datar Gio dengan kedua mata birunya memandang Mely seperti sedang memandang budak kecil yang selalu membuat kesalahan.

"What..-"

"Dengar, Vina. Aku tidak akan mengulang semula kata-kataku lagi. Aku tidak akan melepaskan kau. Seperti yang aku katakan tadi, cara kau membayar hutang adalah kau menjadi milikku. So, you're mine now"

Mendengar kata-kata Gio membuat hati Mely terbakar dengan api kemarahan. Dia fikir dia siapa? Adakah lelaki ini fikir yang dia seperti perempuan-perempuan bodoh yang dengan mudah menyerah?

Jangan mimpi!

"Siapa kata, hah!? Sejak bila aku menjadi milikmu!? Lagipun, aku tidak minta kau tolong aku!" balas Mely dengan penuh amarah.

Gila, adakah orang kaya selalu memiliki pemikiran gila seperti ini?

"But i did"

Tiga kata itu membuat tahap kesabaran Mely hilang. Dengan kemarahan memenuhi hatinya, dia memandang tajam ke arah mata biru yang sialnya selalu membuatnya kagum dengan warna mata lelaki sialan ini.

"But! Ugh! Kau fikir, kau siapa!? Kau lupa apa yang kau buat ini namanya menculik!! Kalau orang tahu reputasi kau akan hancur dan aku akan pastikan semua orang tahu!!"

"Terus?"

Mely masih dalam keadaan sukar: "...."

"My little kitten, i am LinDenhof. Adakah kau fikir yang aku akan membiarkan kau menghubungi orang lain? Bukan hanya itu melarikan diri pun tidak. Aku tidak akan membiarkan kau keluar dari mansion ini. You belong to me, Vina" kata Gio dengan nada berbahaya yang membuat jantung Mely skip berdetak untuk beberapa saat ketika mendengar ugutan Gio.

Gio benar-benar tokoh yang mengerikan ...

"DAMN! Aku akan melarikan diri!! Aku akan tetap melawan! Jangan disebabkan kau memiliki status dan wang aku takut! Mungkin kau seorang ahli perniagaan yang kaya tapi juga kau tidak jauh berbeza dengan penjahat! Bastard!"

Mendengar jeritan Mely yang terdengar seperti hiburan untuk Gio, membuatkan Gio memandang Mely dengan pandangan terhibur. Bagaimanapun Gio tahu yang Mely tidak akan dapat meninggalkan tempat ini. Mahu perempuan mungil ini berusaha dan mencuba, kucing kecilnya tidak akan dapat pergi.

Semuanya dalam kawalannya.

Perlahan-lahan dia memandang wajah Mely dengan pandangan yang sukar di ertikan. Wajah kucing kecilnya saat ini terlihat sangat menggoda. Kedua mata kelabu itu memandangnya dengan penuh amarah seperti api yang menyala yang membuatnya terlihat hidup. Apatah lagi wajahnya yang merah kerana kemarahan yang dia rasakan dan bibir kecilnya yang tidak berhenti memakinya. Kucing kecilnya ini benar-benar terlihat sangat menawan.

Sekarang yang harus dia lakukan adalah menjaga kucing kecil. Seperti seekor burung yang di kurung didalam sangkar. Seperti kucing betina yang tidak boleh keluar rumah. Gio tidak suka jika orang lain melihat apa yang dilihatnya dari kucing kecilnya saat ini. Apa pun yang sudah menjadi miliknya hanya dia yang boleh melihatnya. Gio tidak ingin Mely diperhatikan oleh orang lain, terutama lelaki yang memandang kucing kecilnya dengan pandangan lapar.

Hanya membayangkan kemungkinan itu sudah membuat kemarahan di hati Gio tiba-tiba timbul yang membuat tangannya terasa gatal untuk membunuh lelaki yang memandang kucing kecilnya dengan pandangan lapar atau pandangan menggoda.

Tidak. Dia tidak akan membiarkan hal itu terjadi. Dia tidak akan membiarkan kucing kecilnya lepas dari genggamannya.

"I keep what's belong to me, Vina. You're mine. I keep what's mine. Kalau kau ingin cuba, silahkan. Larilah. Aku tidak akan halang. Tapi, kau harus tahu satu perkara. Aku akan selalu menemukan kau dan akan membawa kau semula. Tempat kau mulai sekarang dan selamanya adalah..." Gio mendekatkan wajahnya ke wajah Mely yang berada tepat di bawah wajahnya.

Melihat wajah Gio yang tiba-tiba mendekat ke arahnya membuat jantung Mely seperti berhenti berdegup. Walaupun, dia benci lelaki ini kerana sikapnya, namun Gio juga merupakan lelaki paling tampan yang pernah dia temui dan berhadapan dengan wajah tampan ini sudah tentu membuat wajahnya merah dan juga membuat jantungnya berdegup kencang.

"Berada di sisiku"

Mely: "!!!!!!!!!!"

Kedua mata Mely membulat besar sambil memandang lawan bicaranya. Rasa tidak percaya memenuhi wajah kecilnya. Apa yang baru saja dia dengar?! Adakah dia tidak salah dengar? Adakah lelaki ini gila!?

"Jadi ...silahkan mencuba. Aku akan menikmati masa itu untuk menjinakkanmu, little kitten"

Mely"!!!!!????"

"Adakah kau gila?" kata Mely yang menyuarakan isi fikirannya. Semua tenaganya habis kerana berurusan dengan Gio. Terlalu banyak yang terjadi dalam beberapa jam sejak dia sedarkan diri. Otaknya, jantungnya dan juga mentalnya sukar untuk mengimbangi semua perubahan yang terjadi dalam masa 24jam ini.

"Kau nampak aku bergurau?"

Mendengar itu malah membuat Mely terdiam. Walaupun, keadaannya ini sudah boleh membuatnya gila namun jauh di lubuk hatinya. Mely tahu bahawa seorang Giovano tidak mungkin akan bergurau dengan hal-hal seperti ini tetapi apa yang membuat Mely bingung adalah mengapa dia!?

Hujung bibir Gio tertarik dengan senyuman nipis saat melihat ekspresi sedih di wajah Mely. Melihat tidak ada perlawanan dari perempuan ini, akhirnya Gio melepaskan tangannya. Terlalu menahan kucing kecilnya mungkin akan membuatnya tertekan dan akan membuatnya melarikan diri. Gio tidak akan melepaskannya untuk pergi kerana keadaan kucing kecilnya masih belum stabil dan dia harus merawat kucing kecilnya.

Sebaik saja tangan dan badan Gio menjauh dari tubuhnya, Mely segera menjauhkan diri dari Gio seolah-olah dia adalah penjahat yang harus dia elak dan kekal berwaspada.

"Kau tidak akan dapat menjauhkan diri dari aku, Vina," kata Gio perlahan seperti satu janji yang membuat dada Mely terasa berat. Hal itu membuat Mely sedar bahawa lelaki di hadapannya ini sangat serius. Mely sedar sekuat apa pun dia melawan, melarikan diri dan bersembunyi, dia yakin Gio akan mencarinya dan menariknya semula.

Dan atas sebab-sebab tertentu Mely merasa benar-benar takut.

Gio adalah lelaki yang perupakan observant, untuk hal sekecil apa pun dia dengan mudah mengetahui setiap perubahan kecil yang terjadi di ekspresi wajah Mely yang menunjukkan takut, walaupun Gio tidak menafikan yang perempuan ini sangat pandai menutup perubahan ekspresinya yang terlihat samar.

"Kau tidak perlu takut. Aku tidak akan menyakitimu," kata Gio sambil menepuk lembut atas kepala Mely yang segera di tepis oleh tangan kecil itu. Pandangan penuh kekesalan yang diarakan Mely kepada Gio membuatkan Gio menaikkan sebelah keningnya.

"Lepaskan aku Vano. Biarkan aku pergi! Keluarga aku akan risau kalau tahu aku tiba-tiba hilang! Kau mahu polis datang sini dan menggeledah tempat tinggalmu ini!?" kata Mely dengan nada kesal.

"Keluarga? Keluargamu tiada di sini, Vina. Able Gainesville dan isterinya berada di Itali. Mereka membuka restoran kecil untuk meneruskan kehidupan mereka di sana. Dan kau tidak pernah mengunjungi mereka selama beberapa tahun. Kau hanya mengirim wang untuk mereka. Kau sendiri di sini bersama rakan-rakan sekerjamu di Starhouse yang sudah aku urus. Jadi kau tidak perlu risau lagi" 

Kata-kata Gio membuat tubuh Mely menegang. Pandangan tidak percaya di arahkan pada lelaki yang saat ini masih memandangnya. Jantung Mely seperti ingin meletop kerana rasa takut dan bimbang menyelimuti seluruh tubuhnya.

Ini benar-benar melampau!

Mengapa Giovano LinDenhof mencari tahu tentang latar belakangnya!? Adakah lelaki ini menemui sesuatu yang pelik? Oh tidak!! Mely harap tidak!! Semuanya sudah dirancang agar tidak seorang pun yang mengetahui tentang siapa dirinya!!

Tetapi ... ini adalah Giovano LinDenhof!?

Semoga dia tidak menemui sesuatu yang mencurigakan. Jika ya, maka dia akan mati!!

Kedua mata Mely memperhatikan setiap pergerakan Gio dengan pandangan penuh waspada. Berusaha melihat tanda-tanda mencurigakan dari kedua mata biru itu.

"K-kau menyiasat latar belakang aku!?" jerit Mely dengan tergagap. Jantung Mely berdegup kencang, bahkan dia dapat mendengar suara jantungnya sendiri. Ugh! Tenang Melysah, kau harus terlihat normal! Kalau tidak, Vano akan curiga!

"Ya. Bukankah itu perkara biasa yang orang buat? You're my woman. Aku harus tahu segala-galanya tentang kamu, bukan?" jawab Gio dengan santai, seakan melanggar privasi orang bukan lah sesuatu yang perlu dipersoalkan. Belum lagi kedua matanya yang memandang Mely tanpa rasa bersalah.

Mely benar-benar ingin mencakar wajah lelaki di hadapannya sekarang!

Sejak bila mencari latar belakang orang tanpa izin merupakan perkara yang biasa!? Cara orang kaya berfikir sememangnya pelik dan gila! Tetapi, bukan itu fokus Mely sekarang. Buat masa ini yang perlu dia tahu ialah seberapa banyak maklumat yang diketahui oleh lelaki ini.

"Tidak semudah itu mencari tahu tentang latar belakang orang lain termasuk aku!!!" jerit Mely dengan pandangan kesal.

"Kalau bukan background check bagaimana aku boleh tahu tentang kau?" tanya Gio dengan nada tanpa rasa bersalah yang membuat Mely ingin menarik semua rambut Gio kerana terlalu kesal berurusan dengan lelaki seperti Giovano LinDenhof.

"Ya ... secara umum. Jika kau ingin tahu tentang kehidupan seseorang, kau seharusnya bertanya kepada orang itu!"

"Tapi, bagaimana jika kau menipu? Mungkin kau hanya menceritakan permukaannya tetapi bukan semuanya. Jadi, bagaimana caranya untuk aku ketahui tentang kau secara terperinci?"

Oh my god...

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience