Rate

The Almighty Devil Of Underworld_32

Action Completed 38206

LinDenhof Mansion, NYC.

"Ugh!!! Sampai bila aku kena minum ini!?!? Ramuan dari mana ini? Majikanmu mahu racun aku, ya!?" kata Mely sambil memandang pelayan perempuan yang selalu berada disisinya sejak dia tinggal di mansion ini. 

Opss... salah.

Penjara maksudnya.

Senyuman nipis terbentuk di wajah Bella, dia memandang Mely dengan pandangan geli sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. "Tubuh anda masih lemah, young miss. Ini adalah salah satu ramuan ubat tradisional yang disediakan oleh Young Master Lau Fhang. Semua ini untuk kesihatan anda. Immune Booster untuk anda. Terlalu banyak ubat kimia tidak baik untuk anda," jawab Bella dengan senyuman yang masih terlihat di wajahnya. 

Perempuan ini benar-benar comel walaupun dia sedang marah!! 

Astaga, baru kali ini Bella bertemu dengan orang seperti ini.

Tingkah laku young miss yang berubah-ubah selalu membuat Bella yang berada di sisinya terasa terhibur. Suatu ketika dia terlihat dewasa dan pada masa lain dia juga terlihat seperti budak-budak. Kehadiran young miss di mansion ini membuat suasana LinDenhof Mansion menjadi lebih ceria. Lebih hidup. Terutama, ketika young miss dan master berdebat antara satu sama lain. Kadang-kadang semua pelayan termasuk dirinya dan Butler Chong merasa bimbang akan keselamatan young miss.

Young miss memiliki sikap agresif dan keras kepala. Sekali meletup baik itu kepada Butler Chong mahu pun master, semua akan habis terkena amukannya.

Bella sangat berharap agar young miss segera menjadi pasangan hidup master. Untuk segera menjadi Head Madam LinDenhof, agar young miss akan sentiasa berada di mansion ini untuk membuat kehidupan seharian di mansion ini menjadi lebih hidup.

Apatah lagi jika dimasa depan akan ada kaki kecil yang berlari-lari memenuhi mansion ini.

Ah!! Bella benar-benar sudah tidak sabar!!!

Master harus berusaha untuk membuat young miss jatuh cinta dengannya!

"Hey ...Bella apa yang kamu fikir? Kenapa ekspresimu begitu?" tanya Mely dengan nada dingin sambil mengecilkan kedua matanya ketika melihat Bella memandangnya dengan ekspresi pelik. Terutama dengan senyumannya yang lebar.

Astaga ..hal itu benar-benar membuat Mely merasakan perasaan buruk saat melihatnya!

"Tiada apa-apa, young miss" jawab Bella dengan sikap yang sama, namun hal itu malah membuat Mely semakin mengecilkan kedua matanya.

Dengan pandangan menuduh Mely memandang Bella yang saat ini terlihat seperti orang yang berusaha menahan tawa. "Kenapa? Apa yang kau fikir? Adakah itu tentang aku? Adakah itu sesuatu yang lucu? Kenapa kau terlihat seperti orang yang berusaha menahan tawa? Adakah, kau tidak sedar wajahmu merah kerana menahan tawa? Kau fikir aku apa? Badut?" tanya Mely bertubi-tubi dengan ekspresi yang akhirnya membuat Bella tidak dapat menahan tawanya lebih lama. 

Tawa kuat yang memenuhi seluruh ruang makan itu membuat Mely cemberut. Apatah lagi melihat ekspresi gembira di wajah Bella yang saat ini tertawa kuat.

Hah! Benarkan, pasti ada sesuatu yang difikirkan Bella sehingga membuatnya ketawa begitu!

Langkah kaki terdengar dari pintu masuk ruang makan tempat Mely dan Bella berada sebelum susuk tubuh Butler Chong terlihat memasuki ruangan tersebut. Bella yang melihat Butler Chong masuk segera menenangkan dirinya dan kembali berdiri dengan sikap profesional. Sikap santai dan ramah Bella hanya ditunjukkan disaat dia bersama Mely kerana young miss selalu memintanya untuk dilayan seperti rakan, jika tiada yang melihat mereka dan Bella dengan senang hati memenuhi permintaan tersebut.

"Selamat pagi, young miss" kata Butler Chong dengan senyuman lembut sebelum berjalan ke arah Mely yang saat ini menjawab ucapannya dengan senyuman manis.

"Selamat pagi, grandpa Butler!" balas Mely dengan nada ceria. "Oh ya, di mana Vano?" sambungnya.

Pertanyaan Mely yang tiba-tiba itu membuat Bella dan Butler Chong terpana untuk beberapa saat. Senyuman penuh makna terbentuk di wajah lelaki tua itu sebelum dia menjawab pertanyaan Mely tadi. "Master keluar kerana ada urusan, master kata dia akan kembali sebelum waktu makan tengah hari" jawab Butler Chong dengan cepat.

Young miss sangat jarang bertanya tentang keberadaan majikan mereka, hanya sekali dia bertanya dimana master kerana master tidak kembali ke mansion dalam beberapa hari. Semenjak itu, Young miss tidak pernah lagi bertanya mengenai keberadaan master kerana setiap kali mereka bertemu Young miss dan Master selalu berakhir dengan perdebatan dan Young miss yang berakhir dengan penuh kekesalan. Oleh itu, ketika Young miss bertanya dimana Master hal itu membuat Butler Chong dan Bella sangat terkejut.

"Mm" gumam Mely sambil menganggukkan kepalanya perlahan. Dengan perlahan dia mengangkat cawan teh yang ada di hadapannya dan meneguk perlahan. Aroma teh yang mempunyai gabungan teh hijau, bunga chamomile dan bunga sakura membuat semua saraf ditubuh Mely menjadi santai dan tenang.

Ah, dia sangat menyukai teh ini....

Melihat young miss yang masih sibuk menikmati minumannya, membuat Butler Chong mengambil kesimpulan bahawa young miss saat ini sedang berada dalam mood yang sangat baik. Jika seseorang itu berada dalam mood yang baik di saat dia mendengar sesuatu mungkin kesannya tidak akan terlalu buruk, bukan?

"Young miss" panggil Butler Chong perlahan sambil memperhatikan ekspresi di wajah young miss dengan teliti.

"Mm?" balas Mely perlahan.

"Young miss, master sudah menyediakan gaun untuk anda. Nanti malam master akan mengajak anda untuk makan malam bersama di luar"

Pffftt...

Tepat setelah Butler Chong menyelesaikan pesanannya, Mely yang sangat terkejut mendengar kata-kata tersebut tanpa sedar tersedak dan menyemburkan teh yang di minumnya sebelum terbatuk tanpa henti.

"Young miss!!" jerit Bella yang terkejut sebelum berjalan pantas ke arah Mely dan perlahan mengusap belakangnya yang masih bergetar kerana batuk yang terus dia alami. "Young miss, anda tidak apa-apa?" tanya Bella dengan ekspresi risau ketika melihat wajah Mely yang merah kerana batuk.

"Young miss!" kata Butler Chong dengan nada risau. Dia benar-benar tidak menyangka akan mendapatkan reaksi ini. Sepertinya, memberikan maklumat ketika young miss menikmati minumannya adalah pilihan yang sangat buruk. Ekspresi Butler Chong berubah penuh kerisauan ketika melihat warna wajah Mely yang berubah menjadi merah. Rasa bersalah mencengkam seluruh hatinya membuatkan Butler Chong memandang Mely dengan pandangan penuh rasa bersalah.

"Uhuk...uhuk...uhuk"

"Aku...tidak...apa-apa" balas Mely perlahan ketika akhirnya batuk yang dia rasakan semakin reda. Sial, Butler Chong menyampaikan hal itu disaat yang tidak tepat sehingga dia menyemburkan minuman yang di minumannya.

Uh..memalukan.

"Saya hanya terkejut, Butler Chong" gumam Mely perlahan sambil mengusap dadanya.

Melihat itu rasa bersalah yang Butler Chong rasakan semakin meningkat. "Young miss, maafkan Butler tua ini kerana bersikap seperti tadi. Saya benar-benar minta maaf. Saya bersedia menerima apa pun hu -" belum sempat Butler Chong menyelesaikan kata-katanya, tangan kecil Mely segera memberi isyarat yang membuat Butler Chong terdiam untuk sesaat.

"Tidak apa-apa. Ini bukan salah, grandpa Butler. Saya yang terlalu tergesa-gesa minum dan tersedak" kata Mely tanpa ingin mendengar alasan Butler Chong. Mely benar-benar tidak menyukai orang bersikap seperti itu, walaupun itu bukan kesalahan Butler Chong mengapa Butler Chong minta maaf kepadanya?

"Tap-"

"Tiada alasan, grandpa butler. Ini bukan salah anda. Tenanglah, lagipun saya sudah tidak apa-apa. Lihat? Sudah kembali ke asalkan" kata Mely dengan senyuman lebar, berusaha menenangkan hati lelaki tua yang risau dengannya.

"Ba.. baiklah, young miss. Kalau begitu saya pergi dulu kerana saya harus meneruskan kerja saya" kata Butler Chong perlahan sebelum berjalan meninggalkan ruang makan tempat mereka berada saat ini.

Kedua mata kelabu Mely masih memandang susuk tubuh belakang lelaki tua itu dengan pandangan bercampur, keningnya berkerut. Menahannya disini dan sekarang apa? Mengajaknya untuk keluar makan malam? Hal itu benar-benar membuat perasaan Mely menjadi cemas.

Apa yang sebenarnya diinginkan Vano darinya? Mereka berdua tidak rapat jadi kenapa mengajaknya makan malam bersama. Sikap lelaki itu benar-benar penuh misteri, fikir Mely dengan pandangan yang sukar di gambarkan.

Ini tidak boleh dibiarkan. Dia tidak boleh berhubungan dengan Vano lebih jauh dari ini. Dia tidak boleh berada disini lagi.

Dia harus segera pergi!!

Hari ini!!

Ya ...rancangan untuk melarikan diri harus dia laksanakan saat ini juga.

***

Ruang kerja yang berada di tingkat 3 sayap barat LinDenhof Mansion itu terdapat satu mesyuarat perjumpaan. Biarkan semua itu Ziro yang urusakan, lagi pula inikan adalah sebahagian daripada tugasnya.

Sekiranya, Ziro mengetahui apa yang ada di fikiran Gio saat ini, pasti lelaki itu tidak tahu sama ada dia ingin menangis atau ketawa. Atasannya ini memang benar-benar kejam, bagaimana dia boleh membiarkannya mengurus semua hal penting itu sendiri!?

Oh ...well, bekerja sebagai pembantu Giovano LinDenhof sememangnya sangat berat dan Ziro sudah terbiasa. Walaupun, kadang-kadang Ziro terasa seperti ingin menangis, meratapi nasibnya yang ada kalahnya penuh dengan penderitaan sama seperti sekarang.

Langkah kaki yang tergesa-gesa terdengar bergema di sepanjang koridor, membuat Gio yang mendengarnya mengerutkan keningnya. Pintu ruang kerja yang tertutup rapat itu tiba-tiba terbuka luas. Suara yang cukup kuat itu membuat Gio mengalihkan pandangannya ke arah sumber suara tersebut sebelum melihat Butler Chong yang berdiri dengan nafas terengah-engah. Ekspresi di wajah Butler Chong yang penuh dengan rasa panik dan risau itu membuatkan Gio menaikkan sebelah keningnya yang seakan bertanya, apa yang berlaku.

Butler Cheng menyedari sikapnya yang tidak sopan itu segera membetulkan sikapnya, perlahan dia menghela nafas untuk mengawal emosi panik dalam dirinya. Perlahan dia melangkah ke arah majikannya yang sejak tadi memperhatikan setiap pergerakannya. Dalam hati dia berdoa berharap majikannya ini tidak mengambil hati dengan sikapnya yang tidak sopan tadi, kerana Butler Chong yakin bahawa majikannya ini pasti akan memberi reaksi yang sama jika dia mendengar apa yang akan dia sampaikan nanti.

"Nampaknya, uncle terlena kerana saya jarang berada di rumah sehingga sikap anda menjadi tidak sopan" gumam Gio perlahan sambil menaikkan sebelah keningnya. Tiada yang dapat meneka apa yang Gio fikirkan saat ini ketika dia mengatakan kata-kata tersebut.

Butler Chong yang memandang Gio dengan pandangan penuh ketakutan sebelum menundukkan tubuhnya. "Maafkan Butler tua ini, master. Saya sudah melakukan kesalahan kerana mengganggu ketenangan anda" kata Butler Chong perlahan.

Hanya ada satu jalan penyelesaian yang dapat dia lakukan dan itu adalah mengakui kesalahannya.

Gio memandang tajam ke arah lelaki tua yang saat ini berdiri di hadapannya. Lelaki yang sudah mengabdikan seluruh hidupnya untuk keluarganya selama beberapa dekad yang lalu. Pada dasarnya Gio tidak begitu peduli dengan tingkah laku pelayannya ini. Butler Chong adalah seorang yang sangat profesional dan sangat hormat kepadanya, namun untuk Butler Chong yang tiba-tiba berjalan dengan langkah tergesa-gesa dan masuk ke dalam ruangannya tanpa menunggu arahannya adalah luar prinsip Butler Chong.

Jadi, apa yang menyebabkan Butler Chong bersikap seperti ini?

"Hm. Jangan diulang" akhirnya tiga kata yang keluar dari mulut Gio membuat Butler Chong diam-diam menghela nafas lega sebelum menegakkan tubuhnya dan memandang ke arah majikannya.

"Jadi ada apa?" tanya Gio sambil melirik Butler Chong sebelum kedua mata birunya kembali fokus pada dokumen yang ada di tangannya. Dokumen perjanjian ini harus dia selesaikan secepat mungkin, jika tidak ini akan menjadi masalah yang berpanjangan. Hanya memikirkan hal itu membuat Gio menghela nafas perlahan.

Baru kali ini Gio merasakan keputusan untuk memasuki pasaran Asia adalah satu kesalahan. Dengan adanya projek baru ini, itu tandanya dia akan sering keluar untuk memantau perkembangan yang ada dan itu bermakna dia harus meninggalkan kucing kecilnya untuk beberapa waktu. Memikirkan kemungkinan itu sudah membuat mood Gio menjadi buruk.

Perubahan suasana hati Gio tanpa sedar mengubah suhu ruang kerja tersebut. Tubuh Butler Chong tanpa sedar bergetar ketika merasakan hawa dingin yang menyelubungi ruang kerja majikannya.

Master ...saya bahkan belum menyampaikan informasi penting ini tapi kenapa suasana hati anda sudah berubah begini?

Kalau begini, bagaimana caranya dia menyampaikan informasi ini?!!

Diam-diam Butler Chong menghembuskan nafasnya untuk menenangkan degup jantungnya yang berdegup kencang sebelum memandang majikannya yang masih memandang dokumen yang berada di tangannya.

"Saya mendapat khabar dari Rayden bahawa young miss menghilang dari biliknya sejak 30 minit yang lalu dan saat ini dia terlihat di perimeter luar. Rayden dan pengawal yang lain sedang menuju ke lokasi."

Pandangan Gio terhenti sebaik saja dia mendengar laporan dari Butler Chong. Kedua keningnya berkerut sebelum mengalihkan pandangannya ke arah tingkap besar yang berada di sebelah kanan. Pandangannya terlihat seakan berfikir sebelum kedua mata birunya berubah menjadi pandangan penuh humor.

Melihat perubahan majikan yang tidak dijangka ini membuat Butler Chong tercengang seketika.

Adakah saat ini dia sedang berhalusinasi?

Um ...master... adakah ini reaksi yang tepat dalam menangani masalah ini?

Bukannya majikannya ini terlihat marah malah majikannya saat ini terlihat sangat ...senang?

Butler Chong benar-benar ingin mengetuk kepalanya ketika melihat tingkah laku majikannya. Bukankah, seharusnya master marah? Biasanya semua yang berkaitan dengan young miss akan selalu menjadi keutamaan master dan jika young miss melakukan tantrum atau sesuatu, master akan segera bertindak.

Kejadian minum ubat itu adalah contoh yang sangat sesuai, bukan?

Ah..sudahlah... Butler ini sudah terlalu tua untuk mengikuti perubahan yang sangat drastik ini. Fikiran dan hatinya sudah tidak dapat mengikuti perubahan emosi anak muda zaman sekarang.

Semenjak young miss tiba di LinDenhof Mansion, terlalu banyak perubahan dan kejutan yang dia dan semua pelayan dapatkan. Hanya memikirkan itu sudah membuat Butler Chong menggelengkan kepalanya perlahan.

Walaupun begitu dengan adanya young miss, Butler Chong dengan jelas dapat melihat perubahan majikannya ini dan tentunya perubahan yang sangat bagus.

"Melarikan diri?" gumam Gio perlahan, namun Butler Chong dapat mendengar nada humor dari suara majikannya.

Kedua mata Gio memandang ke arah hutan yang dipenuhi pokok maple yang berada tepat di hadapannya. Dia seakan dapat membayangkan kejadian yang saat ini sedang terjadi di perkarangan rumahnya. Senyuman nipis perlahan terbentuk di bibir nipisnya.

As expected, his little kitten really an interesting one.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience