Rate

The Almighty Devil Of Underworld_35

Action Completed 38206

Untuk chapter ini, lebih ke point of view pelayan dan pengawal kesalamatan LinDenhof Mansion. Agar anda semua dapat merasakan perubahan yang mereka rasakan, apa yang terjadi di dalam LinDenhof Mansion, sooo enjoooy!!

***

Beberapa minggu berlalu semenjak young miss tinggal di Mansion LinDenhof, sikap dan tingkah laku master benar-benar berubah dalam sekelip mata, itu pun ketika berurusan dengan young miss.

Mereka semua masih ingat ketika kali pertama young miss di bawa masuk oleh young master Raffael dan betapa menakutkan wajah dan aura majikan mereka ketika young miss masuk ke dalam keadaan vegetatif. Belum lagi setiap malam master selalu pulang dengan pakaian yang berlumuran darah, seolah-olah pakaian yang dipakainya adalah bukti atas kekejaman yang dia lakukan.

Sudah tentu mereka sebagai pelayan Keluarga LinDenhof akan selalu setia kepada master, kerana hanya 3 hari itu adalah kali pertama mereka semua melihat majikan mereka hilang kawalan. Bagaimanapun, 3 hari itu adalah hari yang paling menakutkan yang pernah mereka rasakan. Suasana mansion utama juga diselubungi oleh aura gelap yang membuat sesiapa pun yang masuk ke dalam mansion itu seperti masuk ke dalam neraka. Hampir semua pelayan di sana ketakutan setiap kali masuk ke mansion utama itu.

Sekiranya ada pepatah yang mengatakan bahawa suasana rumah setiasa berkaitan dengan suasana hati pemiliknya, maka mereka semua akan setuju dengannya.

Namun, semuanya berubah ketika young miss mula membuka matanya. Itu adalah kali pertamanya mereka melihat seorang perempuan di dalam mansion, selama ini majikan mereka tidak pernah membenarkan perempuan masuk ke dalam mansionnya, termasuk sebahagian dari keluarga LinDenhof. Dan ketika young miss di bawa masuk ke dalam mansion pada malam itu hampir semua pelayan yang bertugas di mansion utama tercengang melihatnya. Terutama melihat tubuhnya yang berlumuran darah.

Mereka selalu berfikir bahawa master menyukai perempuan dewasa yang mempunyai keperibadian yang sama sepertinya.

Dingin, berdikari dan kejam dalam melakukan sesuatu.

Namun, siapa sangka bahawa perempuan yang berjaya menarik perhatian master adalah perempuan mungil bermata kelabu besar dan wajah kecil yang membuatnya terlihat sangat comel.

Benar-benar jauh dari jangkaan mereka semua!!!

Walaupun begitu, young miss selalu melayan mereka dengan baik dan sopan. Dia selalu menganggap mereka sebagai manusia, bukan hanya alat yang dapat di arah seperti orang lain. Bahkan, sebilangan dari mereka sering berinteraksi dengan young miss dan mereka merasa bahawa young miss melayan mereka seperti orang yang memiliki status yang sama dengannya.

Tiada tanda-tanda niat jahat, sombong, angkuh atau sikap negatif yang lain.

Hanya...

Sikap young miss sangat-sangat berbeza setiap kali berurusan dengan master mereka. Tiada hari tanpa perdebatan setiap kali master dan young miss berada dalam satu ruangan yang sama. Satu penuh dengan kekesalan dan satu penuh dengan humor.

Sudah dapat diagak, bukan? Siapa yang paling sering dibuli dan siapa yang sering membuli?

Tidak ketinggalan ... sikap young miss yang tidak pernah lelah, seperti kucing yang baru di suntik steroid. Sama sekali tidak pernah lelah dan tentunya dalam hal melarikan diri.

Malahan, hampir semua pelayan dan pengawal keselamatan yang bekerja di LinDenhof Mansion sudah terbiasa dengan kebiasaan young miss. Mereka sudah diperintah oleh Butler Chong dan Rayden untuk selalu berjaga-jaga setiap kali young miss berusaha melarikan diri.

Mereka selalu berfikir, adakah young miss tidak sedar juga bahawa meninggalkan mansion ini adalah perkara yang sangat mustahil? Walaupun begitu, young miss sepertinya tidak pernah berputus asa ataupun menyerah dan hal itu merupakan satu bentuk hiburan untuk mereka semua.

Seperti sekumpulan kucing yang berusaha mencari seekor tikus yang melarikan diri.

Mereka selalu menemui young miss dari posisi biasa sehingga ke posisi yang sangat luar biasa yang kadang-kadang membuat mereka semua berusaha menahan tawa ketika mereka menemuinya.

Seperti percubaan kedua.

Mereka menemui young miss sedang merangkak dibawah semak-semak di parimeter dalam atau beberapa percubaan yang lain ketika mereka menemui young miss yang nekad memanjat pagar pembatas mansion. Sekiranya bukan kerana pusat keselamatan CCTV yang mengawasi pagar pembatas dan pengawal keselamatan yang melihat young miss menghampiri pagar dan segera mematikan voltan elektrik yang melindungi pagar pembatas itu entah apa yang akan terjadi.

Mereka semua tidak dapat membayangkan bagaimana masa depan mereka jika hal itu terjadi!!

Namun, walaupun begitu, sudah tentu melihat young miss yang sibuk memanjat dengan kaki kecilnya dan gaun yang dipakainya ketika itu adalah pemandangan yang sangat menghiburkan untuk mereka semua. Sehingga suatu hari, mungkin setelah berkali-kali young miss berusaha untuk melarikan diri dan sentiasa gagal, akhirnya young miss mencuba untuk keluar dari pintu depan yang jelas-jelas di tahan oleh Rayden dan beberapa pengawal yang lain.

Ekspresi young miss yang berhadapan dengan Rayden saat itu benar-benar tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pandangannya ketika melihat Rayden mendekatinya berubah seakan mengatakan 'ya, ya, ya ...kena tangkap lagi. Aku tidak dapat melarikan diri. Aku tahu. Jadi, diam!'

Rayden yang melihatnya berusaha menahan ekspresi yang datar dari berubah. Astaga ...young miss mereka ini!!

Semenjak young miss tinggal di LinDenhof Mansion, hari-hari mereka sebagai pekerja, menjadi semakin menarik dan menyenangkan.

Majikan mereka sememangnya menarik dalam mencari pasangan hidup yang terbaik!!!

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience