Rate

The Almighty Devil Of Underworld_29

Action Completed 38206

Seriously!?!?

Just kill me now...

Mely benar-benar menyerah berurusan dengan orang ini. Adakah lelaki ini orang terkaya di negara ini?

"Um ... ya ...kalau kau memulakan perbualan dengan baik, lawan bicaramu tidak akan menipu! Yang jelas kau tidak menyinggung perasaannya kerana kau ingin tahu tentang latar belakang kehidupannya!!"

"Hm. Tapi dengan cara ini lebih mudah, Vina. Aku boleh tahu semua tentang kau dengan lebih mendalam" jawab Gio dengan nada serius. Menunjukkan bahawa apa yang dia lakukan adalah pilihan yang tepat. Senyuman nipis terlihat di wajah Gio untuk beberapa saat sebelum menghilang. Kucing kecilnya benar-benar comel walaupun sedang kesal dengan dia. Adakah kucing kecilnya fikir dia bodoh? Katanya dalam hati sambil memandang Mely dengan pandangan humor.

Mely hanya dapat menghembus nafas dengan perlahan. Kepalanya terasa sakit yang membuatkannya mengurut kepalanya perlahan. Perlu kesabaran yang extra jika berurusan dengan orang seperti ini. "Jadi apa yang kau ketahui?" tanya Mely sambil memperhatikan ekspresi Gio dari ujung matanya.

Gio terdiam untuk beberapa saat. Pandangannya diarahkan pada perempuan yang tidak jauh dari posisi duduknya. Berusaha menimbang semua kemungkinan yang ada. Tiada yang dapat meneka cara pemikiran Gio dengan wajah poker face yang lengap dengan pandangan dalam.

"Maklumat biasa. Kau anak perempuan dari pasangan Gainesville. Seorang anak yang belajar dengan prestasi akademi yang memuaskan. Apa yang menjadikan kau istimewa adalah semua pencapaian akademi. Kau memutuskan untuk mengubah nasib di Amerika beberapa tahun sebelum ini dan berusaha mencari kehidupan yang stabil di New York. Bekerja di Starhouse selama setahun di bahagian Marketing." kata Gio dengan nada datar seperti dia sedang membaca maklumat di dalam surat khabar.

Mely diam-diam menghela nafas lega ketika mendengar kata-kata Gio. Hatinya terasa ringan saat menyedari bahawa lelaki ini tidak menemui sesuatu yang ganjil.

Nasib baik..

"Sudah, sudah! Tidak perlu membahas tentang maklumat aku lagi!" jerit Mely sambil menutup kedua telinga dengan tangannya. "Berapa lama aku akan berada di sini?" sambungnya lagi. Kalau memang dia harus berada di sini untuk beberapa hari dia akan terima. Mungkin dengan cara ini Gio ingin Mely membalas kebaikannya.

"Selamanya" jawapan Gio membuat isi kepala Mely menjadi kosong. Kedua mata Mely memandang lelaki yang menjawab soalannya dengan santai seakan menjawab ucapan selamat pagi.

Se.. selamanya? 

SELAMANYA?!

Lelaki ini benar-benar gila!!

"Selamanya!? Aku boleh berada di sini selama-lamanya!? Kenapa, kau fikir aku tidak punya kehidupan lain?! Aku harus berada di sini?! Di sini?! Kau ingin mengurung aku!? Bagaimana dengan pekerjaanku!? Apartmentku?! Kawan-kawanku?! Kau benar-benar sudah gila, LinDenhof! Aku benar-benar tidak menyangka kau seperti ini!" jerit Mely dengan nada tidak percaya.

"Ya selamanya. Aku tidak akan membiarkan kamu pergi, Vina. Mengurung kamu? Kalau itu dapat membuat kamu tetap berada di sisi aku, maka, ya. Apartment, keperluan harian dan kelas mengajar kamu semuanya sudah di urus. Untuk masalah pekerjaan, kamu tidak perlu risau, Starhouse adalah anak syarikat LinDenhof Corp. Jadi semuanya sudah aman"

BOOM!!!

Adakah ini yang di lakukan oleh semua orang kaya jika mereka sudah memiliki semuanya.

Gila.

"Giovano...LinDenhof.... kamu tidak boleh berbuat sesuka hati begitu!!" jerit Mely dengan nada tertekan. Tahap kesabarannya benar-benar sudah habis menghadapi lelaki ini. Mental dan fizikalnya sudah berada di ambang jurang. Rasanya dia ingin mencari mesin masa untuk mengembalikan masa, dimana dia tidak memerlukan pertolongan dari lelaki gila ini.

Mendapat pertolongan dari Giovano LinDenhof adalah nasib malang yang pernah dia alami!!

"Sudah tentu aku dapat. Kau berhutang dengan aku dan hanya dengan cara itu aku ingin kau membayarnya," kata Gio dengan nada dingin. Suasana hatinya bertambah buruk saat mendengar Mely ingin segera meninggalkan tempat ini.

Meninggalkan dirinya.

"Mr. LinDenhof.. um, maksud aku. Vano. Okey? Kamu tidak boleh memutuskan bahawa aku milik kamu. Lihat aku dan kau?" kata Mely yang berusaha menjelaskan secara perlahan kepada Gio yang saat ini mendengarnya dengan serius. Seperti seorang pelajar sekolah rendah yang fokus pada penjelasan cikgunya. Melihat betapa seriusnya wajah Gio yang mendengar, tanpa sedar Mely menghentikan penjelasannya. Hujung bibirnya berkedut keras, berusaha menahan senyum saat melihat lawan bicaranya. Entahlah dia harus menangis atau ketawa melihat keadaannya sekarang.

"Kita berada di dunia yang berbeza. Kamu kaya dan memiliki status. Sedangkan, aku? Ya ...hanya aku! Bukan siapa-siapa kalau dibandingkan dengan kamu. Kamu seorang Giovano LinDenhof. Kita tidak akan dapat bersama. Biar aku tanya mahu sebagai apa aku jika aku bersama kamu? Dengan latar belakangku yang sangat biasa ini, aku tidak akan dapat berada di sisimu? Kamu ingin menjadikan aku mistress? Dimana suatu saat kamu akan berkahwin dengan perempuan yang sesuai dengan statusmu? Oleh itu, aku mohon lepaskan aku. Menahan aku di sini hanya akan membuatmu dalam masalah, aku hanya akan menjadi titik hitam dalam hidupmu"

Kedua mata biru itu menjadi semakin gelap saat mendengar penjelasan Mely yang membuat api kemarahan dalam dirinya semakin menyala. Bagaimana perempuan ini boleh mengatakan bahawa dia akan menjadikan dirinya sebagai perempuan simpanan? Apa yang salah dengan status dan kekayaan? Bukankah biasanya perempuan ingin berkahwin dengan lelaki kaya dan tampan seperti dirinya? Kenapa perempuan ini tidak? Semakin Gio memikirkan betapa Mely ingin meninggalkan tempat ini semakin membuat suasana hati Gio menjadi buruk.

Pandangan Gio berubah menjadi tajam, Mely yang melihatnya tanpa sedar menelan liurnya kerana gugup. Kedua mata biru itu memandangnya seperti pemangsa yang siap menerkam mangsanya ... terlalu menakutkan .... apa lagi hawa dingin yang tiba-tiba menyelubungi bilik tidur ini. Tubuh Mely menggeletar kuat. Kedua matanya memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan takut. 

Giovano LinDenhof sememangnya wujud yang tidak dapat disentuh sedikit pun!!

"Apa. Maksud. Kau. Dengan. Mistress?" kata Gio dengan nada dingin yang penuh penekanan. Dia berusaha mengawal emosinya, namun kata-kata perempuan ini benar-benar membuat emosinya berada di ambang batas.

"Kau fikir jika kau bersama aku kau akan mendapat status itu? Adakah kau sebodoh itu, Vina!? Adakah harga dirimu hanya serendah itu!?" Kata-kata Gio membuat kemarahan dalam diri Mely semakin membara, kedua matanya memandang tajam ke arah lelaki yang berada di hadapannya saat mendengar kata-kata kejam dari Gio.

Bagaimana Vano boleh berkata semudah itu!?

Merendahkan dirinya sampai begitu!? 

Bukankah itu kenyataannya!?

Orang bodoh pun tahu kalau perempuan seperti dia tidak mungkin menjadi isteri untuk lelaki seperti Giovano LinDenhof! Hujung-hujung dia hanya akan menjadi mistress dan untuk dia menjadi perempuan dengan status itu? Dia lebih baik mati daripada menjadi perempuan yang memiliki status gelap itu!!

"Bastard! Apa maksud kau, hah! Kamu fikir hanya kerana kau orang kaya dan memiliki status paling tinggi, kau boleh merendahkan orang lain!? Kamu fikir apa yang kau lakukan ini bukanlah sesuatu yang merendahkan dirimu sendiri?!" jerit Mely dengan penuh emosi. Tanpa sedar tubuhnya bergerak sebelum tangannya mencengkam lengan kemeja Gio yang di balas dengan pandangan tajam dari lelaki tersebut.

Tangan besar Gio bergerak pantas untuk melepaskan cengkaman Mely yang baginya tidak terasa apa-apa. Namun, sikap Mely benar-benar memburukkan lagi emosi Gio. Selama bertahun-tahun dia selalu dilayan dengan penuh hormat, dimana setiap orang memperlakukannya dengan sopan dan tidak ada seorangpun yang pernah melawannya.

Baru kali ini.

Good. Very good.

Perempuan mungil yang bahkan tingginya hanya sebatas dadanya dengan mudah tidak menghormatinya. Nampaknya, kucing kecil ini perlu diberi pelajaran cara menghormati orang seperti dia.

Dengan gerakan pantas, Gio segera menolak tubuh Mely ke arah tilam dan menahan kedua tangannya yang saat ini berusaha mencakarnya untuk melepaskan diri di atas kepalanya. Kedua mata biru itu memperhatikan ekspresi perempuan yang saat ini berada di bawahnya. Kedua mata kelabu itu memandangnya penuh amarah, wajahnya terlihat sangat merah kerana emosi yang dia rasakan. Pergerakan dadanya berombak kencang kerana kemarahan yang dia rasakan, namun pada masa yang sama kucing terlihat sangat menawan.

Damn!!

Bagaimana dia boleh mengatakan bahawa perempuan ini sangat cantik walaupun saat ini dia sedang marah? Dari mana pemikiran gila itu datang? Tetapi, sikap Mely benar-benar sudah di luar batas dan Gio tidak tahan dengan membiarkan Mely melakukan perkara yang tidak hormat kepadanya.

"Woman. Do. Not. Disrespect. Me," kata Gio yang menekankan setiap kata yang dia katakan yang membuat seluruh tubuh Mely menegang ketika mendengar nada berbahaya yang digunakan oleh Gio. Melihat tiada perlawanan dari perempuan dibawahnya membuat Gio menghela nafas perlahan, berusaha mengatur emosi dalam dirinya.

Gio sebenarnya tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan Mely, tidak seharusnya kucing kecilnya ini bersikap tidak hormat kepadanya. Apatah lagi Gio adalah seorang lelaki yang memerlukan rasa hormat dari pasangannya.

"Cuba ingat apa yang kamu katakan tadi. Aku merendahkan kamu? Sejak bila? Sejak bila aku mengatakan yang kamu akan menjadi mistress? Kamu sendiri yang membuat kesimpulan begitu dan itu tandanya kamu merendahkan harga dirimu sendiri" kata Gio perlahan sambil memandang ke arah sepasang mata kelabu yang di miliki oleh perempuan mungil ini.

"Kerana itulah kenyataannya! Orang bodoh pun tahu bahawa orang seperti kau hanya memperlakukan perempuan seperti aku sebagai mainan! Yang tidak boleh di anggap serius! Tidak boleh dijadikan pendamping hidup! Dan aku tidak ingin menjadi perempuan simpanan kamu! Apa susahnya kamu lepaskan aku!? Hah!" jawab Mely dengan penuh emosi.

Menyedari maksud kata-kata Mely, perlahan pandangan Gio berubah lembut. Gio saat ini memandang humor ke arah perempuan mungil di hadapannya.

This silly little kitten...

"Jadi kamu ingin menjadi pendamping hidup aku? Hm?" kata Gio sambil menaikkan kedua keningnya dengan gerakan mengejek yang membuat wajah Mely berubah merah ketika mendengar kata-kata tersebut.

"Tidak! Sudah tentu tidak! Aku tidak berminat dengan kau!" kata Mely sambil mendengus kesal sebelum memalingkan wajahnya. Dia terlalu malu untuk berhadapan dengan Gio saat ini. Astaga, ini benar-benar memalukan!!! Mengapa sikapnya terlihat seperti perempuan yang ingin menjadi isteri lelaki ini?!

Sebenarnya, bukan itu maksudnya!!!

"Ah? Bukankah, tadi kamu terlihat seperti ingin menyandang status Mrs. LinDenhof? Aku tahu semua orang ingin menjadi seseorang yang dapat menyandang status itu."

A..-apa?!

M-Mrs. LinDenhof!?

Siapa kata yang aku ingin kahwin dengan kau!!! Jerit Mely dalam hati. Mely ingin menangis namun tidak ada air mata yang keluar.

"Siapa yang ingin menjadi Mrs. LinDenhof!? Aku bukan perempuan seperti itu, jangan fikir aku sama dengan perempuan-perempuan yang kamu kenal, Vano!" kata Mely dengan nada marah bercampur malu.

Bagaimana semua ini tiba-tiba menjadi salah faham!?

Dada Gio terasa sesak ketika mendengar kata-kata kucing kecilnya. Sepertinya dia benar-benar harus mematahkan semua cakar kucing kecilnya agar dia sedar dengan siapa dia berurusan, tapi ...pandangan Gio tanpa sedar terarah pada tangan kecil yang saat ini berada di dalam genggamannya, dahinya berkerut seakan berfikir.

Kalau dilihat ...her paws looks quite cute.

Mungkin dia harus memberi kesempatan untuk kucing kecilnya ini, fikir Gio sebelum dia kembali memandang mata Mely dengan pandangan humor. "Hmm ...kau satu-satunya yang akan menyandang status itu," kata Gio dengan nada serius seakan apa yang baru saja dia katakan adalah sebuah janji yang pasti akan dilaksanakan pada masa yang akan datang.

Mendengar kata-kata Gio membuat kedua mata Mely membulat sebelum terbatuk untuk beberapa saat. Dadanya terasa sakit kerana batuk yang masih tidak berhenti. Kedua matanya berubah merah dengan genangan air mata yang terbentuk di kelopak matanya yang membuat ekspresi Mely saat ini malah terlihat sangat menggoda.

Melihat nafas Mely yang terengah-engah kerana batuk yang tidak berhenti itu akhirnya membuat Gio berubah menjadi risau. Ekspresi di wajahnya menegang sebelum dengan cepat Gio menegakkan posisi tubuh Mely untuk duduk dengan tangannya menepuk belakang Mely dengan perlahan.

Mungkin, ekspresi wajah Gio masih tidak berubah dan masih terlihat tegang, namun kedua mata birunya yang melihat tubuh Mely yang terus bergetar kerana batuk yang di alaminya masih tidak reda dengan pandangan penuh kerisauan. Rasa panik tiba-tiba menyelimuti seluruh tubuhnya yang membuat dadanya terasa sesak saat melihat Mely yang terlihat seperti orang yang menderita. 

Dia tidak menyukai perasaan ini sedikitpun.

"Mmm ... pelan-pelan, Vina" kata Gio sebelum satu tangannya meraih telefon bimbit di dalam poket seluarnya dan segera menekan beberapa nombor di skrin telefon bimbit sebelum meletakkan telefon tersebut di telinganya. Kedua matanya masih fokus pada tubuh Mely yang saat ini melengkung di sisi tubuhnya. Melihat keadaan Mely membuat hati Gio seperti di cengkam dengan kuat yang membuatnya sukar untuk bernafas.

"Nathan, come now. Vina batuk" kata Gio dengan nada dingin yang penuh dengan desakan.

Bebelum sempat Gio mendengar jawapan dari lawan bicaranya, dia merasakan satu tangan memegang lengannya yang membuat Gio terpana untuk beberapa saat. Kedua matanya bergerak ke arah tangan putih yang menggeler sebelum mengalihkan pandangannya ke arah perempuan mungil yang saat ini menyandarkan dahinya di dadanya.

"Tidak apa-apa ... hanya ... batuk ... biasa ..." Mely tergagap di tengah batuknya. Dia benar-benar tidak menyedarinya bahawa saat ini dia sedang bersandar di dada lelaki yang baru saja diajaknya bertengkar.

Mendengar nada suara Mely bukannya membuat kerisauan Gio berkurang malah membuatnya semakin bertambah risau.

"Batukmu tidak berhenti. Kamu baring dulu. Nathan akan segera datang" kata Gio sambil mengusap tubuh belakang Mely.

Perlahan Mely menggelengkan kepalanya sebelum berdeham perlahan, berusaha menghilangkan batuknya. Akhirnya, setelah beberapa saat batuknya perlahan-lahan reda. Hanya nafasnya yang masih terengah-engah, dadanya terasa sakit akibat batuk yang baru saja dialaminya.

"Aku baik-baik saja. Tidak perlu panggil doktor. Hanya tersedak," kata Mely dengan nada lemah.

Melihat batuk perempuan mungil ini akhirnya reda, sebahagian rasa panik yang hati Gio rasakan seakan menghilang begitu saja, namun ekspresi tegang di wajahnya masih menunjukkan betapa risaunya dia dengan keadaan Mely yang masih terlihat pucat. Kedua mata kelabu itu terlihat dilapisi air mata ditambah dengan wajahnya yang pucat dan bibirnya yang kering yang membuatkan Mely terlihat sangat menyedihkan. JIka ada orang melihat keadaannya sekarang, pastinya mereka segera memeluknya dengan usaha memberikan kehangatan untuknya, namun Gio berusaha menahan godaan itu kerana dia tahu itu akan memperburukkan lagi keadaan.

"Masih pucat," gumam Gio dengan pandangan yang masih fokus pada wajah Mely, berusaha memperhatikan perubahan ekspresi yang terjadi pada wajah kecil tersebut. Sedikit saja dia melihat tanda-tanda tidak selesa atau kesakitan di wajah kecil itu, Gio akan segera meminta Butler Chong untuk membawa Lau Fhang ke mansion ini. Kalau perlu menyeret lelaki itu kembali ke sini untuk memeriksa keadaan Mely.

"Tidak apa. Aku hanya perlukan rehat" gumam Mely perlahan sambil membuka matanya perlahan. Benda pertama yang dilihatnya adalah kemeja putih yang memenuhi pandangannya yang membuat Mely tercengang seketika saat menyedari posisinya yang terlalu intim dengan Gio. Perlahan kedua telinganya berubah menjadi merah kerana rasa malu yang dia rasakan.

Astaga, apa yang sudah dia lakukan?

Adakah, dia berubah menjadi perempuan tidak tahu malu?

Bagaimana dia boleh bersandar di tubuh, Vano!?

Pandangan Gio berubah lembut ketika dia menyedari yang kucing kecilnya merasa malu kerana posisi mereka saat ini. Kedua mata biru itu memandang tubuh mungil yang saat ini perlahan-lahan menjauhi tubuhnya. "Kenapa? Bukankah, tadi kamu merasa selesa bersandar? Kenapa menjauh?" usik Gio dengan hujung bibir terangkat sedikit.

Seluruh wajah Mely menjadi merah ketika mendengar kata-kata Gio. Kedua mata kelabu itu terlihat dipenuhi dengan percikan api yang menunjukkan kekesalannya saat melihat Gio memandangnya dengan pandangan geli.

"Di... diam! Pergi sana! Jangan fikir aku akan menuruti permintaanmu dengan mudah. Aku akan melakukan segala cara untuk keluar dari mansion ini," kata Mely dengan kuat sambil memandang tajam ke arah Gio. Namun, belum sempat Gio membuka mulutnya untuk membalas kata-kata Mely, tiba-tiba satu suara samar-samar dapat didengar di antara mereka yang membuatkan mereka refleks mengalihkan pandangan mereka ke arah sumber suara tersebut yang ternyata...

Telefon yang masih digenggam oleh Gio.

Skrin telefon bimbitnya masih berkelip, menunjukkan panggilan yang tadi dibuatnya masih terhubung dengan lawan bicaranya. Suara samar seorang lelaki terdengar dari telefon tersebut.

"HELLO!? Gio? Hey!! Jawab panggilanku, jangan mentang-mentang kau sudah rujuk dengan isterimu, kau melupakan aku!!"

"Hey! Di sini masih ada doktor single yang menunggu jawapanmu! Giovano LinDenhof!!!"

"Astaga ...dia tidak peduli dengan statusku sebagai doktor. Hey! Setidaknya kau peduli yang aku masih sepupumu!!"

"God damn it, this public display affection benar-benar keterlaluan!"

"Ughh ... tolong pedulikan kehidupan bujangku, Yang Mulia Giovano!!!"

"Giovano LinDenhof! Jawab!!? Kenapa kau menghubungi aku tapi kau sibuk menggoda isterimu!!!"

Wajah Mely semakin merah saat mendengar suara jeritan lelaki yang terdengar asing di telinganya. Kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu benar-benar tidak ada keterlaluan, maki Mely dalam hati.

Siapa yang sibuk menggoda!? Apa yang dikatakan lelaki itu?

Isteri!? Isteri apa? Who? dia?

Pffft ... salah orang dia...

Dengan kedua matanya masih tertumpu pada Mely yang saat ini berada tepat di depannya, Gio kembali mengangkat telefon di tangannya ke telinga kanannya. "Hm. Nanti aku telefon" jawab Gio sebelum memutuskan panggilan tanpa menunggu jawapan dari lawan bicaranya.

Hujung bibir Mely berkedut menahan senyum saat melihat sikap Gio yang tidak acuh ini. Bagaimana dia boleh melakukan hal itu? Dia sudah mengganggu lelaki itu dengan menelefonnya kemudian mendiamkannya? Menamatkan panggilannya begitu saja?

Giovano LinDenhof memang benar-benar lelaki pelik.

Melihat pandangan geli Mely membuat hujung bibir Gio semakin tertarik sebelum tangan besarnya mengusap kepala Mely dengan lembut. "Rehatlah. Keadaan tubuh kamu masih belum stabil" kata Gio sebelum bangkit dari posisi duduknya dan segera meninggalkan bilik tersebut. Meninggalkan Mely yang masih memandangnya dengan pandangan bingung.

Kedua mata Mely masih memandang pintu coklat di mana susuk tubuh Gio menghilang beberapa saat yang lalu dengan pandangan kosong yang berusaha memproses peristiwa yang baru saja terjadi di antara mereka sebelum menghela nafas berat.

Akhirnya, Mely memutuskan untuk berbaring di atas katil yang selesa. Pandangannya masih terarah pada siling bilik yang terlihat kosong.

Situasi ini benar-benar menyukarkannya, Mely tidak boleh memandang rendah pada kemampuan seorang LinDenhof, terutama Giovano LinDenhof yang merupakan pewaris utama LinDenhof Corporation...

Dia hanya berharap semua rakan sekerja atau Cath tidak terlalu risau dengan keadaannya sekarang...

Kerana sepertinya dia harus berada di sini untuk beberapa saat..

Ya ... beberapa saat ... sebelum dia harus meninggalkan tempat ini.

Bagaimanapun caranya.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience