Rate

The Almighty Devil Of Underworld_13

Action Completed 38206

CEO Office, 45th floor, Starhouse company, NYC.

Pemandangan yang dapat di lihat dari tingkat tertinggi bangunan ini terlihat sangat menakjubkan. Warna jingga yang mewarnai langit kota petang ini membuat suasana Manhattan hari ini terlihat lebih indah. Greg, yang sejak tadi berdiri di depan tingkap yang menghadap ke arah pemandangan Manhattan menghembuskan nafas perlahan sebelum meneguk wine yang sajak tadi berada di tangannya.

Siapa sangka hari ini akan tiba?

Anaknya, Starhouse akhirnya terlepas dari genggamannya. Anak yang dijaganya dengan segala perjuangan dan keringat dari semua pekerja yang ada, anak yang dibesarkan dari tidak mampu melakukan apa-apa sehingga kini menduduki tempat ketiga, anak yang telah melalui semua masalah yang ada untuk menjadi yang terbaik.

Selama beberapa hari dia selalu menyakinkan dirinya sendiri.

Ini yang terbaik.

Ya, Greg tahu itu. Dia lebih suka mempertahankan Starhouse untuk dirinya sendiri, berjuang sehingga ke titisan darah terakhir daripada dia menjual Starhouse kepada pengusaha licik yang hanya ingin membeli Starhouse untuk dijual semula. Dia mahu Starhouse menjadi seperti makna namanya. Walaupun bintang itu kecil, namun mampu menjadi sumber cahaya untuk menjadi pusat trend aksesori dan beg yang akan menjadi teladan bagi semua orang, untuk menjadi pencetus, menjadi nombor satu dalam barisan syarikat pengeluaran beg nasional, terutama di kelas internasional.

Sudah tentu Greg tahu yang ini hanyalah agan-agan yang sukar untuk menjadi kenyataan, dengan persaingan sengit di pasaran industri dan tahap pilihan pengguna yang berbeza-beza, membuatkan Starhouse berada di bawah bayang-bayang dua syarikat yang menjadi saingan terbesarnya.

Namun, siapa sangka Giovano LinDenhof mengulurkan tangan. Dengan semua tawaran dan business plan terperinci dan jelas untuk membawa Starhouse menjadi peneraju industri beg dalam beberapa tahun akan datang. Untuk menjadi syarikat beg nombor 1 dengan pengeluaran terbaik pada skala nasional dan menjadi sebahagian daripada 3 posisi terbaik untuk syarikat beg dengan pengeluaran skala antarabangsa.

Hanya membayangkannya sudah membuat Greg berasa emotional.

Sudah berapa lama dia berusaha untuk mencapai itu semua?

Dan sekarang seorang pemuda yang kini berdiri tiga langkah dari posisinya, lelaki yang merupakan business tycoon nombor satu mengulurkan tangan dan akan memastikan bahawa anak yang dia rawat selama ini akan mendapat tempat itu dalam beberapa tahun.

Greg masih ingat dengan jelas ketika tiba-tiba sekertaris peribadinya berjalan dengan tergesa-gesa memasuki ruang kerjanya dengan nafas terengah-engah dan memberitahu yang Giovano LinDenhof menghubunginya untuk mengadakan perjumpaan peribadi selepas waktu bekerja. Untuk beberapa saat Greg terpana di tempat duduknya, bahkan gelas coffee yang sudah diangkatnya untuk di minum tersekat di tengah sebaik saja dia mendengar laporan dari sekertaris peribadinya.

Ketika hari perjumpaan tiba, Greg tidak pernah menyangka lelaki yang penuh berkarisma yang menjadi topik perbualan semua orang duduk di hadapannya. Sejujurnya, dia lebih takut dari gembira kerana dia tahu yang seorang Giovano LinDenhof tidak mungkin memintanya bertemu secara langsung tanpa tujuan tertentu dan dia takut dia tidak dapat memberikan apa yang dia inginkan. Kerana Greg sedar walaupun dengan pengalaman dan kekuatan yang dia miliki hari ini, namun untuk mengalahkan seorang Giovano LinDenhof sangatlah mustahil.

"Adakah, anda masih ingat alasan anda ketika saya bertanya mengapa anda memberikan tawaran ini, Giovano LinDenhof?" suara Greg bergema di seluruh ruang kerja yang akan dia rindukan ini. 

Gio yang sejak tadi berdiri di sebelahnya hanya tersenyum nipis sebelum meneguk minumannya. Pandangannya memandang ke arah langit dan Central Park yang jelas terlihat dari ruang kerja CEO tempat mereka berada.

"Woman," kata Greg dengan tenang tanpa menunggu jawapan dari lelaki yang berada di sebelahnya.

"Dunia perniagaan terlalu gelap, Giovano. Banyak orang terlena hanya kerana wang, keuntungan dan kuasa. Saya juga termasuk di antara mereka. Saya ingin menjadikan Starhouse menjadi yang terbaik, menjadi pemimpin dalam industri ini. Terlalu taksub sehingga saya melupakan satu perkara yang penting. Ketika mendengar alasan kamu, entah mengapa membuat saya terdiam untuk beberapa saat. Tiba-tiba saya teringat kepada mendiang isteri saya. Sebelum dia meninggal, dia berharap Starhouse anak yang kami bina dari titik 0 memiliki persekitaran di mana semua orang memiliki rasa ikatan yang kuat, tanpa ketakutan, tanpa diskriminasi, tanpa tekanan daripada status. Selain menjadi pemimpin dalam industri ini, isteri saya selalu berharap Starhouse akan menjadi rumah bagi semua pekerja. Bukan hanya sebagai syarikat, pejabat, kewajipan. Melainkan sebagai tempat di mana mereka selesa untuk bekerja, tinggal dan mencari nafkah tanpa merasakan bebanan. Saya rasa walaupun saya berusaha sekuat tenaga. Saya masih kurang. Walaupun, orang lain melihat hubungan pekerja di Starhouse sangat baik dan produktivitinya stabil, namun orang lain ketahui hanyalah kulit luarnya. Di dalamnya terlalu banyak masalah yang terjadi dan saya rasa ...saya sudah tidak dapat membawa Starhouse ke permintaan terakhir yang isteri saya inginkan" nada suara Greg terdengar suram, penuh dengan kesedihan setiap kali dia membahas mengenai isterinya yang sangat dia cintai.

"Ketika saya bertemu dengan anda. Saya rasa mungkin ini sudah saatnya saya turun. Untuk memberikan peluang kepada generasi seterusnya untuk membawa Starhouse kepada kejayaan yang selalu saya dambakan. Dengan prospek dan rancangan perniagaan serta pengurusan terperinci mengenai struktur organisasi yang lengkap serta sikap dan pendirian anda yang tegas. Saya percaya yang saya membuat keputusan yang tepat," sambungnya dengan tenang.

Keheningan menyelimuti mereka dengan suasana tenang yang membuatkan Gio melayangkan fikirannya ke arah seseorang yang baru saja di lihatnya beberapa jam sebelumnya. Seseorang dengan mata kelabu yang jelas memandangnya dengan pandangan polos. Senyuman nipis terbentuk di wajah dinginnya yang membuat pandangan Gio terlihat lebih hangat dari biasanya.

"Saya akan menjadikan Starhouse seperti yang anda impikan dan isteri anda," kata Gio dengn nada tegas. Tekad yang kuat dapat dirasakan dari nada bicaranya yang membuatkan Greg tersenyum, namun dapat di lihat, kedua matanya memandang lelaki muda di sebelahnya dengan penuh kebahagiaan yang tidak dapat dia ungkapkan.

Akhirnya.

Akhirnya, Starhouse berpeluang untuk terbang.

Untuk menjadi yang terbaik.

Untuk menjadi seperti yang kamu mahukan, Casandra.

Kamu pasti sangat gembira mendengar ini.

Aku akan bertahan di sini.

Untuk melihat Starhouse menjadi yang terbaik.

Untuk melihat bintang kecil kita menjadi seperti yang kamu inginkan.

Dan sehingga saat itu tiba aku akan bertahan.

Agar ketika waktunya tiba, aku dapat berhadapan dengan kamu tanpa rasa malu dan kecewa.

Tetapi rasa bangga dan bahagia atas kejayaan yang selama ini kita impikan.

***

"Ada apa, Mel? Mengapa sejak tadi kau melamun?" tanya Vhina yang memperhatikan ekspresi serius Mely yang saat ini duduk di hadapannya.

Mely mengalihkan pandangannya ke arah perempuan yang duduk di hadapannya dengan kedua kening diangkat sebelum tersenyum nipis. "Tiada. Hanya, banyak berfikir" kata Mely dengan tenang sebelum menghirup kopi yang baru dibuatnya.

"Tapi, kau hanya diam sejak kita pergi lobi," kata Sara dengan pandangan risau yang menyentuh hati Mely.

"Betul, aku tidak apa-apa. Serius," kata Mely perlahan berusaha meyakinkan dua rakannya yang sibuk mengganggu kerjanya. Huh! Mentang-mentang kerja mereka hari ini sedikit, katanya dalam hati. Namun, itu semua tidak membuatkan Mely marah melainkan membuat hatinya terasa hangat kerana dia merasakan dua orang ini terlalu ambil berat padanya.

"Adakah kau, yakin? Atau jangan-jangan kau tergoda melihat President LinDenhof ketika kita berada di lobi, tadi? Hahaha, siapa yang tidak tergoda dengan dewa seperti dia!!" kata Vhina dengan nada mengusik yang membuat Mely tertawa kaku.

"Herm, tak adalah! Kalau handsome sangat itu, ya...." kata-kata Mely terhenti, ingatannya kembali melayang ke sepasang mata biru yang di lihatnya beberapa saat yang lalu. "Untuk orang seperti dia hanya dapat dilihat dari jauh. Giovano LinDenhof seperti sebuah teka-teki. Sangat misteri. Tiada yang tahu apa yang dia fikirkan. Orang begitu benar-benar mengerikan, kita tidak dapat meramalkan apa-apa dari setiap tindakan mereka. Seperti lautan. Permukaannya mungkin terlihat tenang tetapi kita tidak tahu apa yang ada di dalamnya. Seberapa kuat arus yang ada di bawah permukaan itu," kata Mely sambil memandang cawan kopinya dengan pandangan yang sukar.

Mendengar jawapan Mely yang serius itu. Bukannya Vhina dan Sara menganggap kata-katanya itu serius malah membuat mereka berdua tertawa sebelum mengusap puncak kepala Mely dengan lembut.

"Mely ... kenapa kau seperti doktor cinta? hahaha" kata Vhina di tengah tawanya.

Doktor cinta? Kata Mely dalam hati dengan pandangan sedih sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Memang itu adalah kenyataannya. Mereka semua hanya mengenali Giovano LinDenhof sebagai lelaki tampan dengan jawatan sebagai ketua pemimpin syarikat yang berjaya menduduki peringkat tertinggi dalam semua ekonomi.

The number one business tycoons in America and Europa. Itulah yang mereka semua ketahui. Tetapi, berbeza dengan Mely.

Dia jelas-jelas tahu siapa Giovano LinDenhof. Julukan apa dan status apa yang di milikinya baik dari dunia atas mahu pun dunia bawah. Mungkin benar Giovano LinDenhof yang Mely ketahui di dunia atas adalah seperti bagaimana semua orang ketahui siapa Giovano LinDenhof ...tapi dia juga tahu siapa lelaki itu di dunia bawah.

Underworld, atau yang biasa disebut dengan Dunia Bawah yang merupakan sisi gelap masyarakat yang tidak diketahui oleh masyarakat secara umum. Komuniti ini terdiri daripada persatuan tentera bayaran, pasar gelap, perdagangan haram, persatuan pembunuh dan banyak lagi. Semua pekerjaan mereka dan kehidupan bertentangan dengan norma masyarakat dan peraturan pemerintah. Keluarga LinDenhof sangat terkenal dalam dunia bawah. The guard dog adalah sebutan yang diketahui oleh semua orang dalam komuniti dunia bawah.

Untuk menggambarkan keluarga ini?

Keluarga ini menjaga keseimbangan antara dunia atas dan dunia bawah. Bertugas seperti penjaga yang mengawasi setiap pergerakan aktiviti dunia bawah untuk menjaga keamanan antara kedua-dua belah pihak agar tidak terjadinya kekacauan. Sekiranya, keluarga LinDenhof mengesan pergerakan yang mampu mengancam kestabilan dua dunia, keluarga ini akan segera campur tangan untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, Keluarga LinDenhof juga memiliki peranan tertinggi dalam komposisi kasta yang ada di dunia bawah. Semua kekuatan dan status yang di miliki keluarga ini berasal dari pengorbanan darah yang mereka berikan untuk menduduki posisi nombor satu dalam komuniti ini. Dan Giovano LinDenhof adalah ketua pemimpin LinDenhof sekarang. Tonggak dari keluarga tersebut. Seorang raja yang menduduki kerusi tertinggi untuk mengawasi setiap pergerakan yang ada.

Raja yang dikenali oleh orang sebagai.

The Don.

Bratva.

El Diablo.

The Devil.

Syaitan.

Sang Iblis.

Giovano LinDenhof living for his name. Cara kerjanya adalah cekap, kejam dan sadis tanpa memandang status, usia atau jantina yang membuatnya ditakuti oleh orang-orang kebanyakan. Giovano LinDenhof merupakan kewujudan yang tidak dapat di sentuh atau di lawan, lelaki itu memimpin dunia bawah dengan tangan besi tanpa menunjukkan kelemahannya sedikitpun.

Lelaki itu benar-benar sangat menakutkan.

Lelaki yang Mely sendiri harapkan untuk tidak pernah berhadapan bahkan berurusan dengannya.

Sekiranya itu terjadi!!

Kematian adalah satu-satunya jalan keluar untuknya! 

Rasa tidak senang menyelimuti seluruh tubuh Mely, setiap kali dia teringat kejadian beberapa saat lalu ketika dia melihat Giovano LinDenhof secara langsung. Jantung Mely tiba-tiba terasa berhenti berdegup ketika kedua mata biru yang tajam itu akhirnya memandang ke sisi lobi, tempat Mely berdiri di tengah-tengah pekerja yang masih berbisik dan menjerit saat melihat lelaki yang mereka puja itu mengalihkan pandangan ke arah mereka.

Masa seakan terhenti seketika ketika kedua mata mereka bertembung.

Grey meets blue.

Untuk beberapa sebab, Mely merasakan sepasang mata biru itu memandang tepat ke dalam matanya, walaupun saat itu dia berdiri di antara begitu ramai pekerja perempuan namun firasatnya mengatakan yang lelaki itu sememangnya memandang ke arahnya. Hal itu membuatkan Mely merasa dirinya terdedah seolah-olah kedua mata biru itu mengetahui semua rahsia yang disimpannya. Tubuhnya menggeletar perlahan semakin lama dia memandang kedua mata biru itu.

Di tengah jeritan pekerja perempuan yang lain, Mely hanya terpaku ditempatnya berdiri. Dia tidak dapat menggerakkan seluruh tubuhnya. Masa seakan berhenti berputar untuk beberapa saat. Dia tidak dapat mengalihkan pandangannya dari mata biru itu. Mata tajam dengan warna biru yang indah. Seperti lautan yang memiliki permukaan yang tenang namun, memiliki kedalaman yang sukar untuk diukur dan ditafsirkan. Mely seolah merasakan dirinya terhipnotis oleh mata tajam itu.

Seakan tersedar dari lamunannya, Mely menyedari siapa lelaki yang memandangnya, tanpa sedar Mely menahan nafasnya yang membuatkan wajahnya terlihat pucat.

Giovano LinDenhof.

Giovano LinDenhof memandangnya.

Astaga!!

Lelaki itu benar-benar memandangnya!!?

Adakah, dia menyedari sesuatu yang pelik?

Adakah dia mengenali siapa dirinya?

Soalan demi soalan, sangkaan demi sangkaan dan rasa takut semuanya memenuhi fikirannya sehingga menyukarkan Mely untuk menarik nafas kerana rasa sesak yang dia rasakan. Dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya, apatah lagi untuk bergerak, dia bahkan tidak dapat mengalihkan pandangannya dari sepasang mata biru yang masih memandangnya itu.

Jangan terperangkap dengan warna mata itu Melysah!!! Jeritnya dalam hati.

Kilatan familiar terlihat beberapa saat sebelum kedua mata biru itu mengalihkan pandangannya namun hal itu membuat Mely mengerutkan keningnya. Bahkan sehingga akhirnya kedua mata biru itu tidak lagi memandangnya dan berjalan meninggalkan lobi yang membuatkan Mely mengalihkan pandangannya dari susuk tubuh yang tegap itu.

Mengapa lelaki itu memandangnya seakan mengenalinya?

Kilatan familiar?

Kedua mata itu memandangnya seakan dia mengenali dirinya dan itu membuatkan Mely mengerutkan keningnya. Adakah dia pernah bertemu dengan Giovano LinDenhof?

Tidak!!!

Itu tidak mungkin, bagaimana dia dapat bertemu dengan orang seperti Giovano LinDenhof dan melupakannya? Untuk lelaki seperti Giovano LinDenhof, dia pasti akan sangat sukar untuk di lupakan kerana wajahnya dan aura yang terpancar dari tubuhnya.

Jadi, mungkin dia hanya tersilap?

Yap. Mungkin. 

Mely tidak pernah bertemu atau berurusan dengan lelaki yang mengerikan itu kerana setiap orang yang berurusan dengan Iblis itu hanya akan memilih satu kata.

Kematian.

Hey!! Dia mempunyai banyak potensi untuk masa depannya, terlalu banyak rancangan yang ingin dia lakukan sehingga kematian bukanlah pilihan yang akan dia pilih.

Jadi?

Jadi ...jangan pernah berurusan dengan Giovano LinDenhof!

"Hey!! Melysah? Kau melamun lagi?" jerit Vhina dengan nada kesal. Sejak tadi mulutnya bergerak tanpa henti untuk bercerita ... eh, malahl lawan bicaranya ini melamun dan tidak memberikan perhatian sedikitpun!

Humph!

Jeritan Vhina menyedarkan Mely dari lamunannya, perlahan kedua mata kelabunya memandang Vhina yang mengalihkan pandangan kesalnya ke arahnya. "Hm, maaf. Ada apa?" tanya Mely dengan ekspresi rasa bersalah.

"Hump! Menjengkelkan!" Vhina mula mengomel sambil mengalihkan pandangannya agar terlihat seperti sedang merajuk.

Mely tertawa ketika melihat tingkah laku Vhina seperti budak berusia 5 tahun yang melakukan tantrum. Cuba bayangkan untuk perempuan dewasa yang sudah berusia 27 tahun melakukan tantrum seperti kanak-kanak sangat menghiburkan bukan?

"Sudahlah Vhina. Mungkin Mely tidak berapa sihat. Mely mau aku buatkan teh panas? Jadi badanmu akan terasa lebih baik," tanya Sara dengan nada lembut. Kebiasaannya menjaga buah hatinya membuatkan sifatnya menjadi lembut dan penuh kebimbangan sehingga kadang-kadang sikap itu terbawa-bawa di persekitaran pejabat, terutama kepada Mely yang dia anggap sebagai adik perempuan yang dia dambakan.

"Penghawa dingin ruang ini terlalu sejuk. Bagaimana kalau kau tambah sakit nanti?" kata Sara sambil mencapai alat kawalan jauh penghawa dingin yang terletak di atas rak buku berhampirannya.

Vhina memutarkan kedua matanya ketika melihat tingkah laku Sara yang menurutnya terlalu berlebihan. Mely sudah dianggap oleh mereka sebagai adik kecil mereka tetapi, tingkah laku Sara kadang-kadang tidak tahu batasnya. Walaupun, seperti adik mereka, Mely kan sudah berusia 23 tahun dan di layan seperti kanak-kanak. Nampak sangat Sara agak berlebihan dan Vhina hanya dapat menggelengkan kepalanya perlahan. 

"Hey, Ra. Dia hanya rakan kerjamu. Bukannya, anakmu. Kau, kadang terlalu berlebihan," kata Vhina dengan nada kesal yang dibuat-buat yang dibalas dengan pandangan tajam oleh Sara. Vhina refleks mengangkat kedua tangannya sebagai tanda menyerah.

Astaga, Sara sememangnya perempuan yang mempunyai perawatakan perempuan anggun, tenang dan sabar, tetapi percayalah sekali Sara marah Vhina sendiri tidak dapat membayangkan betapa menakutkan sahabatnya ini. Seperti kata pepatah, kemarahan dari orang yang paling sabar mempunyai kesan yang paling menakutkan.

Mendengar kata-kata Vhina, membuatkan Mely mendengus kuat. "Baguslah, kalau kau masih ingat yang aku adalah rakan sekerjamu dan bukannya adikmu," kata Mely dengan nada kesal sebelum memandang Sara dengan kedua matanya bersinar. "Tenanglah, Ra! Aku akan selalu membelamu dan ... terima kasih kerana selalu ambil berat" katanya dengan rasa bersyukur yang dibalas dengan senyuman lembut dari Sara.

Kedua mata Vhina terbeliak ketika melihat Mely yang melayannya dengan sikap yang berbeza dari Sara. "Hey! Hey! Kau tidak boleh pilih kasih!!" katanya yang cuba mempertahankan diri. Mengapa adik kecilnya boleh pilih kasih dengannya!? Dan melayannya lebih teruk dari Sara!?

Bukankah ini namanya sangat tidak adil.

"Humph! Salah sendiri, siapa suruh memperlakukan aku seperti budak kecil," kata Mely dengan nada merajuk. Kedua pipinya di kembungkan untuk menunjukkan kekesalannya.

"Sudah, sudah. Kamu berdua selalu saja bertengkar. Kau, Vhin. Kalau tidak bertengkar dengan Fredrick dengan Mely. Kau kan lebih tua jadi mengalah dengan Mely," kata Sara kepada Vhina yang membuat Mely memandang Vhina dengan penuh kemenangan seakan berkata 'Lihat? Sara akan sentiasa berada di sisiku!'

"Kau berat sebelah, Ra," Vhina mengomel, seperti orang yang diperlakukan tidak adil. Sedangkan lawan bicaranya hanya memilih untuk diam dan tidak membalas kata-kata Vhina tadi.

"Oh ya, Mely. Adakah kau mengenali President LinDenhof?" pertanyaan Sara yang tiba-tiba itu membuatkan Mely yang sedang menghirup kopinya terkejut dan refleks menyemburkan kopi yang di minumnya sebelum terbatuk untuk beberapa saat.

Respon yang tidak disangka itu membuat Sara dan Vhina tercengang sesaat sebelum bangun dari posisi duduk mereka dan mendekati Mely dengan ekspresi penuh kerisauan. Melihat tindak balas Mely membuatkan keduanya tidak mempersoalkan mengapa Mely memberikan respon yang berlebihan ketika mendengar pertanyaan Sara.

"Kau tidak apa-apa?" tanya Sara dengan nada risau sambil mengusap tubuh belakang Mely yang masih terbatuk-batuk di hadapannya. Rasa bimbang memenuhi wajah Sara ketika melihat wajah Mely merah kerana batuk yang tidak berhenti.

"Cuba minum dulu," kata Vhina sambil memberikan gelas air putih yang baru diambilnya. Setelah beberapa saat, batuk yang tidak berhenti itu akhirnya redah yang membuatkan Mely akhirnya dapat bernafas dengan mudah.

Astaga ...pertanyaan itu benar-benar membuat Mely yang lengah.

Pertanyaan menyeramkan!

"Adakah pertanyaan Sara tadi, benar? Kalau tidak mengapa kau memberikan tidak balas sampai begitu?" kata Vhina perlahan, mengingati pertanyaan yang diajukan Sara dan reaksi yang diberikan Mely, membuatkan Vhina berspekulasi mengenai hubungan antara mereka berdua. Walaupun, dia merasa sangat mustahil kerana ...orang mereka bualkan ialah Giovano LinDenhof! Bukannya, orang sembarang yang hanya memiliki perniagaan kecil atau pekerjaan biasa seperti mereka. Walaupun tidak menolak kemungkinan yang adik kecilnya ini benar-benar mengenali Giovano LinDenhof.

Perlahan Mely mengalihkan pandangan tajamnya ke arah Vhina sebaik saja dia mendengar pertanyaan tersebut.

Hihs! Perempuan yang satu ini!!

Mengapa masih perlu membahas soalan itu!!

Sudah tentulah dia tahu siapa Giovano LinDenhof tetapi untuk mengenalinya!!?

Bukankah itu sama dengan namanya bunuh diri!!?

Bagaimana mungkin dia boleh mengenali lelaki yang menakutkan itu!!

Dia masih menghargai kehidupannya!!

"Kalau, aku mengenali Giovano LinDenhof tidak mungkinkan aku akan bekerja di Starhouse. Aku tidak mungkin berada dalam lingkaran pergaulan ini. Selain itu, adakah kau lupa? Dia adalah the most wanted bachelor" kata Mely yang menekan setiap kata yang dia katakan agar Vhina tidak membuat dugaan yang tidak dia harapkan.

"Hm ... betul juga. Sudah tentulah lingkaran pergaulan Giovano LinDenhof sangat eksklusif. Tidak semua orang dapat bergaul dengan orang begitu. Lagipun, kita bukan siapa-siapa. Dapat melihat Giovano LinDenhof secara langsung sudah boleh dikatakan sangat beruntung, bukan?" kata Vhina dengan teruja.

Of course, Woman!!

He's not someone we can afford to offend!!

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience