Rate

The Almighty Devil Of Underworld_18

Action Completed 38206

LinDenhof Corporation, NYC.

Pemandangan Manhattan pada waktu malam adalah pemandangan yang dapat membuat orang menarik nafas kagum, terutama jika pemandangan itu dinikmati dari tempat tinggi. Kombinasi kegelapan malam dan lampu yang menghiasi bangunan tinggi membuatkan suasana malam di kota Manhattan terlihat lebih menakjubkan.

Pantulan cahaya lampu membuatkan sebahagian wajah Gio bersinar di tengah kegelapan malam yang menambah kesan pada penampilan lelaki tampan yang penuh misteri ini. Jika ada perempuan melihat dirinya saat ini, pasti mereka semua akan tergila-gila melihatnya.

Berbeza dengan malam-malam yang lain, pada waktu ini rasanya pemandangan malam di Manhattan tidak membuat hati Gio menjadi lebih baik. Atas sebab-sebab tertentu dia merasakan rasa gelisah, walaupun ekspresi di wajahnya tidak menunjukkannya, namun dalam hati dia merasakan cukup risau. Dan hal yang membuatnya lebih kecewa adalah dia tidak tahu alasan kegelisahannya ini, hal itu membuatkan suasana hatinya menjadi semakin buruk.

Suara ketukan perlahan bergema diseluruh ruang yang sunyi ini dengan pencahayaan minimum yang tersembunyi. Suara pintu yang dibuka itu membuatkan Gio yang mendengarnya meringis perlahan. Waktu sudah menunjukkan pukul 11:00 malam. Tiada lagi pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini selain pegawai keselamatan yang mempunyai shift malam dan dua lelaki yang saat ini berada di tingkat teratas LinDenhof Corporationi.

"Mr. President?" panggil Ziro perlahan sebelum berjalan masuk ke ruangan redup ini. Langkah kakinya yang bergema di seluruh ruangan membuatkan Ziro menelan liurnya perlahan. Keheningan ini terlalu menyeramkan, fikir Ziro dalam diam. Dia kadang-kadang terfikir bagaimana majikannya ini boleh bekerja dalam keadaan sunyi dan senyap seperti ini? Terutama dengan cahaya lampu minimum ...Ziro sendiri tidak dapat bekerja dengan keadaan begini.

Melihat atasannya yang masih tenggelam dalam pemikirannya sendiri membuatkan Ziro menghela nafas dalam diam. Tugasnya sebagai pembantu sememang bukan mudah. Dia tidak dapat berehat sebelum atasannya ini memutuskan untuk kembali ke kediamannya. Namun, walaupun begitu kedua matanya masih memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan kagum.

"Mr. President?" panggilnya perlahan untuk kali yang kedua sebelum akhirnya dia mendengar jawapan singkat yang menunjukkan bahawa Gio sudah menumpukan perhatian kepadanya.

"Mr. President, adakah anda sudah menyelesaikan dokumen yang saya letakkan di meja anda, tadi?" tanyanya sambil memandang lelaki di hadapannya. Tidak kira seberapa sering dia berhadapan dengan Gio, dia selalu terpegun setiap kali dia melihat lelaki di hadapannya ini. Bagaimana Tuhan boleh menciptakan seorang lelaki yang sangat sempurna seperti ini? Seolah-olah Tuhan mengambil masa yang lebih lama untuk mengukir lelaki di hadapannya ini. Ziro mengakui bahawa Gio adalah lelaki yang paling sempurna yang pernah dia temui seumur hidupnya.

"Hm" gumam Gio yang merupakan jawapan yang difahami oleh Ziro. Dia cepat-cepat mengambil dokumen di sebelah kanan meja tersebut. "Adakah, ada perkara lain yang perlu saya siapkan?" tanya Ziro sebelum meninggalkan ruang pejabat Gio.

"Tiada. 10 minit lagi,"

Kedua mata Ziro bersinar dengan penuh kebahagiaan. Bos akhirnya anda membuat keputusan untuk pulang!!! Dengan rasa bersemangat Ziro meninggalkan Gio yang masih memperhatikan belakang pembantunya dengan pandangan humor.

Pintu ditutup kembali, ruang pejabat Gio kembali diselimuti oleh keheningan, membuat Gio bersandar di kerusinya sebelum menghisap rokok yang berada di antara dua jarinya. Pandangannya terpaku pada pemandangan malam, namun fikirannya kembali fokus pada satu perkara yang mengganggunya beberapa hari sejak kebelakangan ini. Asap rokok yang berada di sekelilingnya membuatkan Gio terlihat lebih misteri seakan sukar untuk meneka apa yang ada di dalam fikirannya saat ini.

Hanya beberapa saat dia menikmati ketenangan tiba-tiba pintu ruang kerjanya dibuka dengan suara yang kuat. Suara langkah kaki yang tergesa-gesa itu bergema dengan jelas di ruangan sunyi ini. Mendengar bunyi yang mengganggu ketenangannya ini membuatkan Gio membuka kedua matanya perlahan sebelum memandang tajam ke arah pembantunya.

Oh shit.. maki Ziro dalam hati saat menyedari kebodohannya.

Langkah Ziro terhenti ketika dia merasakan pandangan tajam yang membuat kedua matanya terbeliak. Pandangan tajam yang menyukarkan Ziro untuk bernafas seakan ada tangan besar yang memegang saluran pernafasannya. Ziro memaki dirinya berulang-ulang kali kerana tidak dapat menenangkan dirinya sebelum dia memasuki ruang kerja Gio sehingga dia membuatkan Gio kesal dengan tingkah lakunya ini.

Bagus, sekarang dia berada dalam masalah! Kutuknya dalam hati.

Tapi, bagaimanapun dia harus segera menyampaikan berita ini!!

"Mr. President, B-beberapa saat yang lalu Pengarah LinDenhof menghubungi saya dan meminta anda untuk segerah pulang" kata Ziro yang tergagap yang membuatkan Gio mengecilkan kedua matanya ketika mendengar kata-kata Ziro tadi.

"Ada apa?"

"Ms. Chandravina di serang oleh sekumpulan penjenayah yang tidak jauh dari lokasi pejabatnya. Pengarah LinDenhof yang dalam perjalanan pulang secara tidak sengaja melihat kejadian itu dan segera menolongnya. Mereka sekarang berada di LinDenhof Mansion. Anda di minta untuk segera pulang kerana menurut maklumat yang diberikan oleh Pengarah LinDenhof keadaan Ms. Chandravina tidak begitu baik,"

Habis saja Ziro memberikan maklumat yang didengarnya, dia dapat merasakan tekanan udara di dalam ruang kerja tersebut menurun secara drastik. Tekanan udara yang berada di ruangan tersebut membuatkan Ziro sukar untuk bernafas. Darahnya terasa tiba-tiba berhenti mengalir ketika dia melihat ekspresi mengerikan Gio. Tanpa sedar Ziro berkeringat kerana rasa takut yang menyelimut seluruh tubuhnya.

Shit.

Adakah mereka semua bodoh!?

Mengapa mereka mencari masalah dengan Future Madam President!?

Dead!! Everyone dead!! They're absolutely gonna die!! Bye bye!!!

Sekarang mereka akan merasakan akibatnya...

Poking the devil and you shall get the consequence...

Membayangkan nasib mereka yang menyakiti Ms. Chandravina membuatkan Ziro menghembuskan nafas berat sambil mengikuti langkah Gio yang berjalan cepat ke lif pribadi yang berada tidak jauh dari ruang kerjanya.

Bersembunyilah dan berdoa agar Iblis ini tidak menemui kamu semua... 

***

Kereta hitam yang bergerak dengan laju di tengah keheningan malam itu terlihat memasuki kawasan LinDenhof Mansion sebelum akhirnya berhenti tepat di hadapan pintu masuk bangunan utama. lelaki tua yang sudah berumur 50 tahun dengan pakaian Butler berdiri di hadapan pintu yang terbuka luas dengan ekspresi yang penuh dengan kerisauan.

"Selamat pulang, Master" sambut lelaki tersebut sambil menundukkan tubuhnya. Dia menyambut Gio yang baru saja melangkah turun dari kereta hitam yang berhenti di hadapannya.

"Terima kasih, uncle Chong" kata Gio sambil melangkah masuk yang di ikuti oleh Butler Chong dan Ziro yang berada tidak jauh dibelakangnya. Ekspresi Butler Chong yang penuh kerisauan itu tidak luput dari pandangan Gio yang membuatkan Gio mengerutkan keningnya "Bagaimana keadaannya, uncle Chong?" tanya Gio sambil berjalan ke arah tingkat dua kawasan sayap timur bangunan mewah tersebut.

Butler Chong terdiam untuk beberapa saat ketika mendengar pertanyaan majikannya, Dia seakan sedang menimbang sesuatu sebelum akhirnya dia menghela nafas gelisah dan memutuskan untuk berkata jujur mengenai pendapatnya tentang kejadian yang baru saja terjadi yang hampir membuatnya terkena serangan jantung.  "Cukup buruk, Master. Keadaan Ms. Chandravina saat ini cukup membimbangkan. Di lihat dari keadaannya, saya dapat menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialami oleh Ms. Chandravina cukup serius," jawab Butler Chong dengan tenang, namun semua orang yang mendengar penjelasannya dapat mendengar nada risau.

Bagaimana dia tidak risau? Young Master Raffael tiba-tiba membawa seorang perempuan yang penuh dengan darah yang berada dalam pelukannya sambil menjerit ke arahnya untuk segera menghubungi Lau Fhang yang merupakan dokter sekaligus sepupu mereka untuk segera datang.

Kerutan yang terbentuk di wajah Gio terlihat semakin dalam saat dia mendengar penjelasan Butler Chong yang berjalan dibelakangnya. Suhu udara di sekitar mereka terasa semakin dingin yang membuatkan Ziro dan Butler Chong tanpa sedar saling bertukar pandang dengan gelisah.

Gio memasuki salah satu ruang di mana dia dapat melihat Raffael yang tidak jauh dari posisinya saat ini sambil memandang kosong di salah satu sudut tanpa menyedari kehadirannya di dalam ruang yang terlihat seperti ruang tamu.

"Raffael" panggil Gio dengan nada dingin.

Mendengar suara familiar itu membuatkan Raffael tersedar dari lamunannya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Gio yang memandangnya dengan pandangan tajam.

Gio dapat melihat dengan jelas hampir semua pakaian Raffael di penuhi oleh darah yang membuatkan pandangannya menjadi semakin gelap. "Bagaimana?" mendengar pertanyaan Gio, Raffael hanya terdiam untuk beberapa saat sebelum menggelengkan kepalanya.

"Entahlah. Sudah lebih dari satu jam, Lau Fhang di dalam sana," jawabnya perlahan. Raffael perlahan berbaring di sofa tempat dia duduk sebelum menutup matanya dengan satu tangan. "Kalau aku pulang lebih awal atau aku tidak menyedari keadaan itu ... aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada kucing kecilmu," gumamnya perlahan.

Gio terdiam mendengar kata-kata Raffael. Tidak ada yang tahu apa yang ada dia dalam fikirannya saat ini. Beberapa saat berlalu sebelum akhirnya Gio meraih telefon bimbitnya yang berada di poket seluarnya dan menekan nombor yang familiar dalam ingatannya dan meletakkan telefon bimbit tersebut ke arah telinganya. "Semua yang terlibat. Basement. Meroy Mansion" katanya singkat sebelum menutup sambungan tanpa menunggu balasan dari panggilan yang dibuatnya.

Dari ujung matanya, Raffael memperhatikan sepupunya. Membesar bersama Gio membuatkan dia dengan mudah memahami setiap perubahan ekspresi yang ada pada wajah sepupunya. Walaupun, Gio saat ini terlihat tenang dengan ekspresi datar dengan aura dingin yang selalu menyelimuti di sekitar tubuhnya, Raffael dapat melihat dengan jelas bahawa sepupunya ini terlihat risau. 

Sangat-sangat risau.

Kedua mata biru itu mengkhianati ekspresi datar yang terpampang di wajahnya.

"Aku sudah memukul mereka. Sayangnya tidak mati kerana perhatiaa aku terus tertumpu pada keadaan Melysah pada waktu itu," katanya dengan tenang.

"Mhm. They're mine to deal with" balas Gio, namun kata-kata itu membuatkan Raffael memandang tepat ke arah kedua mata biru Gio sambil menaikkan sebelah keningnya. Kedua matanya jelas menunjukkan rasa tidak percaya.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience