Rate

The Almighty Devil Of Underworld_21

Action Completed 38206

Tidak menumpukan perhatian pada perbincangan orang-orang yang berada di belakangnya, kedua mata biru Gio masih fokus pada lelaki menjijikkan di hadapannya. Selama tiga hari ini suasana hati Gio benar-benar buruk, semua orang di sekelilingnya juga ikut merasakan akibatnya. Tidak terkecuali tiga sahabat yang selalu berada di sampingnya. Semenjak kucing kecilnya memasuki keadaan vegetatif sikap Gio semakin buruk. Sedangkan Leo yang selalu berusaha mengusiknya setiap kali ada kesempatan memilih untuk diam. Walaupun, Gio sudah mendengar jeritan memohon ampun atau mencium bau darah yang memenuhi ruangan ini namun semua itu tidak menghilangkan kemarahan yang dia rasakan.

Dia menyalahkan keadaan.

Dia menyalahkan Raffael kerana tidak menolong kucing kecilnya lebih cepat, dia menyalahkan kumpulan sialan ini yang menyakiti kucing kecilnya, dia menyalahkan manusia keparat ini kerana semua yang terjadi bermula dari dia dan yang paling dia salahkan adalah dirinya sendiri.

Dia menyalahkan dirinya kerana tidak dapat melindungi kucing kecilnya.

Perasaan bercelaru, kemarahan yang dia rasakan ini membuatkan Gio kecewa selama beberapa hari kebelakangan ini. Semua perasaan ini membingungkannya. Bagaimana dia memiliki dorongan kuat untuk memiliki Melysah? Walaupun, dia sendiri tidak pernah berminat dengan makhluk yang disebut perempuan, bagi Gio perempuan itu hanyalah makhluk pengganggu yang tidak dia perlukan. Siapa menyangka kejadian di Rainbow dapat mengubah pandangan Gio selama ini?

Haruman tubuh dan kulit lembut kucing kecilnya membuat Gio merasakan perasaan selesa. Biasanya jika dia berhubungan dengan lawan jenis dia akan selalu merasa perasaan jijik dan tidak selesa tetapi tidak dengan perempuan mungil itu. Semenjak hari itu Gio memutuskan bahawa dia harus memiliki perempuan mungil itu.

Kucing kecilnya.

Vina-nya.

Hal yang membuatkan Gio bingung adalah dorongan untuk memiliki yang membuatkan Gio tidak dapat berada jauh dari kucing kecilnya. Dan Raffael adalah korban utamanya selama beberapa minggu untuk memberitahunya kehidupan harian kucing kecilnya sedangkan kucing kecilnya sendiri tidak mengetahui bahawa Gio memperhatikannya.

Entah apa maksud semua dorongan ini.

Persetan dengan semua itu.

Apa yang penting dia harus segera memiliki kucing kecilnya.

Gio sudah memutuskan pada akhir minggu ini dia akan mengadakan acara untuk menyambut Starhouse menjadi sebahagian daripada LinDenhof Corporation dan menjemput semua pekerja Starhouse dan wakil anak syarikat lain. Sudah tentu acara itu hanya satu alasan, tujuan utamanya adalah untuk bertemu dengan kucing kecilnya. Gio sedar bahawa dia tidak boleh begitu, namun kegusaran yang dia rasakan kerana kucing kecilnya tidak berada dalam jangkauan penglihatannya membuatkan moodnya bertambah buruk akhir-akhir ini.

Namun, siapa menjangka malam itu dia malah mendengar berita yang tidak pernah dia harapkan sebelum ini.

Ketika Gio mendengar khabar itu, dia merasakan semuanya terhenti untuk seketika. Walaupun, ekspresi wajah Gio tidak ada perubahan, namun dia dapat mendengar degup jantungnya yang berdegup dengan kuat. Rasa cemas, risau memenuhi hatinya seperti kumpulan semut memakan hatinya. Apatah lagi melihat keadaan kucing kecilnya yang pucat membuatkan Gio hampir hilang akal. Pandangan haus darah pada semua orang yang menyakiti kucing kecilnya terlihat jelas pada kedua mata birunya yang terlihat ganas.

Semenjak Gio melihat keadaan lemah perempuan yang menarik perhatiannya itu Gio berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan sentiasa melindungi kucing kecilnya.

Dia tidak akan membiarkan kejadian itu terulang kembali.

Tidak.

Dia tidak akan membiarkan itu terjadi lagi.

Dia tidak akan membiarkan kucing kecilnya menghilang dari pandangannya. Tidak sekarang, tidak nanti dan tidak akan pernah.

Hell would freeze before he let his little kitten go.

"Kau menyukainya" suara serak itu membuatkan Gio tersedar dari pemikirannya sebelum dia memandang tajam ke arah lelaki yang saat ini duduk di hadapannya dengan keadaan yang menyedihkan, namun pandangan tajam itu tidak membuatkan lelaki itu takut sebaliknya membuat lelaki itu ketawa.

"Kau menyukainya, Yang Mulia LinDenhof" ulangnya, masih di antara tawa yang terdengar menyeramkan. Gio yang mendengar kata-kata tersebut tidak menjawab atau mengelak dari penyataan itu dan hal itu membuat lelaki di hadapannya tertawa kuat seakan apa yang dia katakan sangat lucu.

"Siapa sangka akan hal ini, bukan?" kata Johnson sambil memandang lelaki yang memancarkan aura bangsawan di hadapannya dengan pandangan humor.

Siapa sangka bahawa tokoh paling berkuasa di negara ini akan tertarik pada perempuan biasa seperti orang bawahannya? Orang bawahan yang meletakkannya dalam keadaan sukar.

Melysah Chandravina benar-benar membuatnya berada dalam keadaan sial!

Sangat-sangat sial!

"Melysah, sememang perempuan yang menarik, bukan?" kata Johnson dengan senyuman mengejek yang terbentuk di bibirnya yang terlihat merah kerana di warnai oleh darah. Wajahnya terlihat seperti seorang pembunuh gila terutama dengan wajahnya yang penuh dengan darah.

Johnson tidak dapat menafikan bahawa Melysah sememangnya perempuan yang sangat menarik. Dia sudah melihat banyak perempuan cantik, dari model, artis sehinggalah semua pekerja perempuan yang ada di Starhouse, namun tidak ada yang secantik dan semenarik orang bawahannya itu. Mulut tajamnya dan sikap dinginnya itu benar-benar membuat Johnson semakin bergairah. Melysah seperti singa betina yang ganas yang menunggu masa untuk dijinakkan, namun siapa menyangka singa betina yang selama ini menarik perhatiannya itu akhirnya menunjukkan cakarnya yang tajam yang melumpuhkannya hanya dalam satu gerakan yang benar-benar merendahkan harga dirinya sebagai seorang lelaki.

Sangat sayang bukan untuk perempuan yang secantik Melysah menghilang dari muka bumi ini, akan tetapi tidak ada seorang yang boleh merendahkan atau memalukannya. Oleh itu, Johnson memutuskan bahawa Melysah harus segera disingkirkan dari muka bumi ini. Malangnya adalah dia tidak menyangka bahawa ada seseorang yang berdiri di belakang perempuan itu dan sialnya lagi seseorang itu adalah Giovano LinDenhof.

Lelaki yang paling berkuasa dalam dunia bisnes.

Bayangkan bagaimana perasaannya ketika sekumpulan lelaki yang memakai seragam hitam tiba-tiba menyerangnya saat dia sedang menikmati malamnya bersama istri kesayangannya? Setelah, dia berada di ruangan kosong ini Johnson baru menyedari bahawa kumpulan yang menyerangnya itu adalah special forces yang bergerak di bawah naungan keluarga LinDenhof. Namun, Johnson sama sekali tidak menyesal dengan semua perbuatannya kerana perempuan sial itu akhirnya berada dalam tidur yang panjang dan kemungkinan besar perempuan sialan itu tidak akan bangun lagi untuk selamanya.

Ya. Setidaknya, Melysah Chandravina sudah menghilang dari muka bumi ini.

Merasakan pandangan tajam yang membuat tubuhnya meremang semakin membuat Johnson tertawa. Kedua matanya kembali memandang ke arah sepasang mata biru yang terlihat seperti haiwan buas yang siap mencabik-cabik tubuhnya. "Adakah kau tahu bahawa Melysah adalah perempuan yang menarik? Malah, perempuan itu juga berhasil menarik perhatian lelaki seperti kau. Lelaki yang diketahui oleh semua orang yang tidak menyukai lawan jenis?" kata Johnson sambil memperhatikan ekspresi wajah Gio yang terlihat semakin dingin ketika mendengar kata-katanya.

Johnson tahu bahawa saat ini dia sedang berjalan di tengah benang nipis.

Sudah tiada lagi jalan untuk kembali, he's totally doomed.

Jadi, kenapa tidak teruskan saja?

"Aku yakin kau tidak tahu, Giovano LinDenhof?" kata Johnson dengan nada mengejek yang membuatkan suasana ruangan tersebut semakin tegang kerana aura dingin yang menyelubungi ruangan tersebut. Tidak seorang pun yang berani membuka mulut, bahkan kumpulan yang disewanya ini kerana status mereka yang menakutkan di Manhattan ini tidak sedikit pun membuka suara kerana rasa takut yang mereka rasakan.

Kumpulan bodoh!

Mereka terkenal kerana kekejaman yang selama ini mereka lakukan, namun ketika berhadapan dengan Giovano LinDenhof mereka semua tiba-tiba berubah menjadi seperti tikus yang lemah dan mengigil ketakutan.

Memalukan.

"Maksud kau?" suara dingin penuh emosi itu bergema di seluruh ruangan, membuatkan suasana ruangan tersebut menjadi semakin mencengkam sehingga membuatkan orang-orang yang berada di sana merasakan kesukaran untuk bernafas. Dari ujung mata Johnson dia dapat melihat dua lelaki yang merupakan orang terpenting di negeri ini.

Leonardo dan Raffael memandang Gio dengan pandangan terkejut.

Hahaha, nampaknya apa yang dia katakan tadi benar-benar membuat lelaki di hadapannya ini murka.

"Adakah kau tidak tahu..." kata Johnson sebelum berhenti beberapa saat sambil memandang ke arah Gio dengan pandangan yang sukar. Senyuman nipis penuh ejekan terbentuk di bibir Johnson.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience