Rate

The Almighty Devil Of Underworld_42

Action Completed 38206

"Aku dapat memberikan kamu kebebasan. Kamu boleh pergi ke mana saja dan kembali bekerja. Dengan 3 syarat. Pertama, kau akan selalu kembali ke mansion ini. This is your new home"

"Tap -"

Belum sempat Mely menyuarakan bantahannya, dia melihat kedua mata biru itu memandang tajam ke arahnya, membuatkan Mely diam seribu bahasa. Gagal dengan aksi protesnya Mely akhirnya memandang Gio dengan penuh kemarahan kerana syarat pertama yang dia berikan.

Sejak bila ini menjadi kediamannya!? Walaupun, apartmentnya kecil dan tidak berharga untuk orang seperti Gio tetapi baginya apartment itu sangat berharga!? 

Selama ini terlalu banyak memori yang ada di dalam apartment-nya.

"Syarat kedua, Rayden akan selalu berada di sisi kamu untuk menjadi pengawal dan pemandu peribadi."

Mely yang baru saja ingin membuka mulutnya, sekali lagi kedua mata biru itu memandangnya dengan pandangan yang membuatnya terdiam.

Hiks, lelaki ini benar-benar senang membulinya!

Melihat sikap Mely seperti budak baik yang tidak melakukan tantrum, perlahan Gio menganggukkan kepalanya sebelum memberikan syarat yang terakhir.

"Syarat terakhir. Untuk pekerjaan. Kamu akan jadi pembantu peribadi aku untuk membantu Ziro. Kamu akan bekerja di LinDenhof Corp."

APA!?

Ini tidak adil!!

Mely masih tidak membuka mulutnya untuk membantah kerana dia masih takut dengan pandangan tajam yang diarahkan oleh lelaki di hadapannya. Dia akan menunggu lelaki ini menyelesaikan apa saja yang ingin dia katakan dan setelah itu dia akan segera membuat bantahan semuanya sekaligus!

"Tolak salah satu dari itu, maka tawaran ini akan hangus dan ucapkan selamat tinggal pada kebebasan yang kamu inginkan," kata-kata Gio benar-benar membuat wajah Mely semakin merah kerana menahan emosi yang dia rasakan.

Lelaki menjengkelkan ini....

Argh!!!!!

Menyedari ekspresi Mely yang terlihat seperti orang yang menahan semua kemarahan yang dia rasakan, akhirnya Gio menganggukkan kepalanya perlahan. "Kamu boleh bersuara sekarang," katanya singkat seakan itu adalah tanda bahawa Mely sudah boleh memulakan bantahan.

Bantahan yang sudah Mely siapkan sejak pertama dia mendengar tawaran Gio.

"Kamu tidak boleh buat begitu!!" jerit Mely yang penuh dengan api kemarahan. Kedua mata kelabunya memandang kesal ke arah lelaki yang masih santai memandangnya dengan pandangan yang seakan berkata 'Kenapa tidak?'

"Pertama. Itu namanya bukan kebebasan, Vano! Kebebasan apa yang memberikan batas gila?! Itu sama saja dengan, kamu mengurung aku di LinDenhof Mansion tapi dengan radius yang lebih besar!!" kata Mely dengan nada penuh kemarahan, sedangkan lawan bicaranya yang mendengarnya hanya menaikkan kedua kening tanpa membantah ucapannya. 

"Hm. Yang kedua?" jawab Gio tanpa perubahan ekspresi namun nada suaranya jelas terdengar nada humor.

"Yang kedua adalah. Kamu fikir aku budak kecil yang memerlukan baby sitter!? Aku tidak suka perlakukan seperti itu. Aku bukan siapa-siapa sehingga harus diperlakukan begitu" sambungnya dengan nada yang sama.

"Okay. Yang ketiga?"

"Yang ketiga! Aku ingin kembali ke apartmentku! Ini bukan rumahku! Jika, aku tinggal di sini, bagaimana dengan apartmentku? Semua sewa yang belum aku bayar!? Kamu fikir wang akan jatuh dari langit!?"

"Hm. Baiklah. Yang keempat?"

AAAAHH!!

LELAKI INI BENAR-BENAR GILA!!!!

"Giovano LinDenhof, aku serius!!!" jeritnya dengan penuh amarah yang jelas terdengar dari nada suaranya dan ekspresi wajahnya.

"Aku pun serius, Vina. Jadi, itu semua masalah kamu?" tanya Gio dengan nada datar yang sama, seakan reaksi Mely saat ini tidak mempengaruhinya. Hanya kedua mata birunya yang memandang Mely dengan pandangan humor, membuatkan Mely menyedari perubahan emosi pada lelaki di hadapannya ini.

"Ya!," kata Mely sambil mendengus kuat. Sudahlah, rasanya kalau dia menjerit-jerit di hadapan lelaki ini sama saja seperti menjerit di hadapan dinding. Sia-sia dan tidak berguna.

"Baiklah, kalau begitu biarkan aku yang menyelesaikan semua masalahmu?" kata Gio perlahan sebelum meletakkan tangannya di belakang kepala.

"Vina, masalah pertama kamu adalah kebebasan, bukan? Aku sudah kata dari sejak pertama kita membincangkan perkara ini. You're mine. Suka atau tidak kamu akan tetap menjadi milik aku. Aku tidak ingin mengurung kamu sebab kamu akan terus memberontak sehingga kamu tidak peduli tentang keselamatan kamu seperti kejadian baru-baru ini" kata Gio perlahan, seakan berusaha menjelaskan alasan masuk akal kepada seorang budak kecil.

Sekiranya ada Butler Chong, Ziro atau Nick mendengar kata-kata Gio saat ini, mungkin ketiganya akan terkejut. Atau, mungkin Butler Chong akan mengalami serangan jantung kerana ini adalah kali pertama Giovano LinDenhof mengucapkan banyak kata yang panjang. Bukan hanya satu atau dua kata seperti yang biasa dia lakukan.

Namun, tidak untuk Mely yang saat ini sedang melakukan tantrum di hadapan Gio kerana dia tidak menyedari bahawa sikap Gio kepadanya sangat berbeza. Tidak seperti orang-orang di sekelilingnya, tidak juga dengan Nick walaupun anjing pengganggu itu adalah adik kandungnya. Apa yang Mely tahu ialah Giovano LinDenhof adalah lelaki yang paling menjengkelkan di muka bumi ini!

Pasti lelaki sialan ini suka membulinya dengan kekuatan yang dia miliki atau keadaan fizikalnya atau argh!

Semuanya!!

"Siapa yang kamu kata milik kamu, hah? Sejak bila aku menjadi milik kamu? Bila aku menyetujuinya? Kamu tidak boleh membuat keputusan sendiri, Vano!" kata Mely yang berusaha menenangkan dirinya yang mula tersalut emosi ketika mendengar penjelasan Gio tadi. Sedangkan lawan bicaranya hanya memandangnya dengan pandangan yang seakan berkata 'Aku sudah kata, jadi kenapa?' sambil menggerakkan bahunya tidak acuh.

"Aku sudah kata. Kamu berhutang dengan aku dan satu-satunya cara untuk kamu melunaskan hutang itu adalah dengan kamu berada di sisi aku. Mudah" jawab Gio dengan santai.

"Kau!!!"

"Dengar dulu penjelasan aku, Vina. Dengar dan fikir. Ini adalah tawaran terbaik yang dapat aku berikan kepada kamu" pintas Gio sebelum mendengar bantahan dari Mely.

Memikirkan bahawa ada baiknya dia mendengar semua penjelasan Gio, akhirnya Mely memutuskan untuk duduk sebelum menyilangkan kedua tangannya. Kedua mata kelabunya dengan jelas menunjukkan api kemarahan yang diarahkan kepada Gio. Namun, bukannya lelaki ini terlihat takut, malah dia memandang Mely dengan pandangan geli.

"Calm down first, okay little kitten? Aku tidak akan menghalang kamu untuk pergi ke mana-mana. Aku hanya ingin ketika urusan kamu selesai, kamu kembali ke rumah ini. Mansion ini mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan dapat melindungi kamu. Mansion ini adalah rumah kamu sekarang. Adakah, kamu tidak kesian dengan uncle Chong, Bella atau yang lainnya ketika kamu pergi? Bagaimana, perasaan mereka? Kamu tidak fikir apa yang akan aku lakukan kepada Bella jika kamu pergi?"

Penjelasan Gio itu membuatkan Mely mengecilkan kedua matanya ketika mendengar kata-kata Gio tadi. Orang bodoh mungkin tidak menyedarinya namun Mely dengan jelas menyedari maksud dari kata-kata Gio itu. Kata-kata yang seakan merupakan sebuah ancaman.

"Apa maksud kau? Apa yang akan kau lakukan kepada Bella?" tanya Mely dengan nada dingin. Entah mengapa mendengar kata-kata Gio tadi membuatnya merasa perasaan buruk.

"I have to kill her"

Jawapan yang diucapkan Gio dengan nada santai itu membuatkan seluruh tubuh Mely menegang. Kedua mata kelabunya berubah dingin sebelum dia memandang ke arah Gio dengan pandangan yang dapat membuat orang yang melihatnya menggeletar ketakutan.

Melihat perubahan Mely saat ini, membuat Gio mengecilkan kedua matanya. Ini adalah kali pertama dia melihat kucing kecilnya bersikap seperti ini. Biasanya ketika kucing kecilnya marah, dia akan melakukan tantrum atau berdebat dengannya. Namun, kali ini ...perempuan di hadapannya ini benar-benar berbeza dengan perempuan yang selama ini dia kenal, seakan perempuan di harapannya ini bukan kucing kecilnya.

"Apa. Kamu. Kata" kata Mely sambil mengetap giginya, dia berusaha menahan kemarahan yang dia rasakan. Lelaki bastard ini akan membunuh Bella!? Jika dia cuba menyentuh sehelai saja rambut Bella atau grandpa butler ...I will cut his junior! No, no, no! I will cut his entire being!!!

"Aku harus membunuhnya. Selama ini, tidak pernah ada seorangpun pekerja perempuan di mansion ini. Itu kerana aku membenci mereka sehingga saat ini. Except you, little kitten. Jika, kamu pergi dari mansion ini, maka saat itu juga aku memecat Bella. Aku membayar perempuan itu untuk menemani kamu di sini agar kamu tidak merasa bosan, tetapi jika kamu pergi, apa fungsi perempuan itu di sini? Lagi pula, kematiannya hanya menunggu masa. Musuh aku ada di mana-mana dan mereka semua berusaha untuk membunuh aku. Aku mengorbankan satu nyawa untuk keselamatan semua nyawa yang ada di mansion ini. Perempuan itu sudah lama berada di sisi kamu. Selama dia bekerja di sini, dia sudah mengetahui semua bentuk pertahanan yang ada di sekeliling mansion ini. Membiarkan dia pergi sama saja dengan memberi peluang kepada semua musuh untuk menyerang. Selain itu, jika bukan aku yang membunuhnya, aku yakin perempuan itu akan mati ditangan mereka. It's either me or them" penjelasan Gio membuat api kemarahan dalam hatinya Mely perlahan-lahan redup.

Apa yang lelaki ini katakan adalah benar.

Itu adalah fakta yang jelas.

Sekiranya Gio melepaskan Bella begitu saja, dengan itu musuh Gio pasti akan berusaha mencari celah mengejar Bella dan pada akhirnya Mely yakin nyawa Bella pasti akan berada dalam bahaya.

"Bagaimana jika aku pergi? Bukankah itu sama dengan kamu membiarkan aku dikejar oleh musuh kamu?" tanya Mely perlahan sambil memandang wajah Gio yang masih memandangnya dengan ekspresi datar sebelum senyuman nipis terbentuk di wajah datarnya.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience