Rate

The Almighty Devil Of Underworld_39

Action Completed 38206

Study Room, LinDenhof Mansion, NYC.

Langkah Gio terhenti sebaik saja dia masuk ke dalam ruang kerjanya, dimana dia dapat melihat dua lelaki yang sedang menikmati secawan teh dengan santai. Dari hujung matanya, dia juga dapat melihat Nick duduk di sofa sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

"Belum balik?" tanya Gio sambil berjalan ke arah dua lelaki yang memandangnya sesaat sebelum kembali kesibukan mereka masing-masing. Tindakan itu sudah jelas menunjukkan kekesalan yang mereka berdua rasakan.

"Ada sesuatu yang ingin aku bincang dengan kau" jawab Lau sambil meletakkan cawan yang dipegangnya di atas permukaan meja sebelum memandang Gio dengan ekspresi serius. "Ini mengenai pesakit mungilku," sambungnya dengan nada yang sama.

Kedua kening Gio terangkat perlahan sebelum berjalan ke arah mereka berdua dan duduk tepat di hadapan mereka. Sebelah kakinya disilang sebelum salah satu tangannya menahan kepalanya. Kedua matanya memandang ke arah Lau Fhang yang seakan berkata 'teruskan'.

"Apa yang perempuan itu sudah buat pada kamu berdua sehingga membuat kamu terikat dalam genggamannya?" kata Nick dengan nada mengejek sambil memandang abangnya dan sepupu bodohnya dengan ekspresi mengejek. "Bukankah tingka-laku kamu berdua terlalu berlebihan?" sambungnya dengan nada kesal.

Bukannya berusaha meredakan kekesalan Nick, sebaliknya Lau Fhang memandangnya dengan ekspresi yang membuat Nick ingin menumbuk wajah sepupunya. "Apapun, akan aku lakukan untuk pesakit mungilku yang comel," kata Lau Fhang.

Nick yang mendengar kata-kata itu mengecilkan kedua matanya ke arah Lau Fhang. Dia sangat tahu bahawa Lau Fhang bukanlah orang yang mudah bergaul dengan orang lain namun melihat tingkah lakunya ini membuat Nick berfikir berulang kali mengenai perempuan yang tinggal di mansion ini.

Adakah perempuan ini secantik itu sehingga membuat manusia yang introvert seperti Lau Fhang menyukainya? fikir Nick sambil mengerutkan kening. Nampaknya tekaannya memang benar, perempuan ini tidak semudah yang dia bayangkan. Fikirnya sebelum kedua matanya yang memandang Lau Fhang beralih ke arah Gio secara bergantian.

Untuk membuat dua ahli keluarga LinDenhof yang paling sukar didekati dan cair, Nick akui bahawa perempuan itu benar-benar hebat. Sepertinya, ini akan menjadi semakin menarik. Fikirnya dengan sifat musangnya yang penuh dengan kelicikan.

"Jadi, ada apa?" tanya Gio kepada Lau Fhang, tidak peduli dengan reaksi Nick saat ini. Lagi pula Gio sudah dapat meneka apa yang ada di dalam fikiran adik bodohnya ini, namun dia memutuskan untuk mengabaikan semua yang Nick katakan tadi.

Biarkan kucing kecilnya yang akan menjadi lawan berdebat dengan adik bodohnya ini, apatah lagi kucing kecilnya sudah lama dimanja selama tinggal di dalam mansion ini. Memberikan, kucing kecilnya sedikit mainan untuk menemani hari-harinya bukanlah sesuatu yang buruk, bukan? Dengan sikap kucing kecilnya yang kadang-kadang memiliki mulut yang tajam ketika dia diprovokasi dan memberikan Nick untuk menjadi mainannya adalah keputusan yang cukup menarik, bukan? Paling tidak, kucing kecilnya tidak akan terlalu bosan dengan kehidupannya di mansion ini.

Sekiranya Nick mengetahui apa yang ada di dalam fikiran Gio saat ini. Nick pasti akan meletop dengan penuh kemarahan sambil memandang Gio dengan ekspresi seakan dia baru saja diperlakukan dengan tidak adil oleh abangnya.

Bagaimana seorang abang boleh menjual adik kandungnya untuk dijadikan mangsa mainan!!!

This brother of his really a ruthless man.

"Elder cousin, ini tentang pesakit kesayanganku" kata Lau Fhang dengan ekspresi serius. "Hasil pemeriksaan tubuhnya sudah keluar. Aku sudah melihat keadaan tubuhnya tadi. Untuk luka yang terjadi semasa serangan itu sudah menunjukkan perubahan..-" kata-kata Lau Fhang terhenti kerana dipintas oleh pertanyaan Nick.

"Ada apa? Serangan apa? Sejak tadi kamu membahas tentang serangan. Apa yang terjadi sebenarnya? Adakah mansion ini diserang?"

Pertanyaan bertubi-tubi dari Nick itu hanya dibalas keheningan oleh Lau Fhang. Perlahan Lau Fhang melirik ke arah Gio seakan bertanya apa yang harus dia lakukan sekarang?

Melihat Gio menganggukkan kepalanya, pandangan Lau Fhang akhirnya kembali ke arah Nick sebelum menceritakan semua kejadian dari awal sehingga Mely tinggal bersama Gio di mansion ini.

"Sikapmu ini seperti memungut kucing liar" kata Nick sambil mengurut pelipisnya. Dia tidak tahu harus memberikan reaksi seperti apa. Ini sangat jauh dari sikap abangnya dan dia tidak tahu adakah ini petanda baik atau petanda buruk.

"Menjinakkan kucing liar adalah perkara yang paling menarik," jawab Gio dengan santai namun mendengar itu hampir membuat teh yang diminum oleh Nick tersembur keluar.

Sejak bila abangnya jadi begini?!

"Baiklah, baiklah hentikan sikap romantik-mu yang akan membuat kami risau. Kembali ke topik tadi. Untuk, proses penyembuhan Melysah secara mengejut sebenarnya sangat lambat, walaupun memang benar ada perubahan daripada sebelum ini. Tetapi, yang mengejutkan aku adalah hasil pemeriksaan keseluruhan tubuhnya dan aku mendapati ada sesuatu yang pelik dan sangat ...membimbangkan" kata Lau Fhang perlahan-lahan berusaha menjelaskan keadaan Mely yang membuat Nick dan Gio yang mendengarnya mengerutkan kening.

"Dia memiliki banyak bekas luka luaran dan banyak luka dalaman yang membuatkan aku risau. Jika, hanya luka luaran aku dapat mengatasinya dengan krim buatan sendiri untuk menghilangkannya, namun untuk luka dalaman sangat ....sukar" gumam Lau Fhang perlahan. Fikirannya melayang pada dokumen yang baru dibacanya sebelum dia mendapat panggilan daripada Butler Chong. 

Apa yang dilakukan oleh pesakit mungilnya sehingga dia mendapat luka begitu?

"Sukar? Sukar bagaimana?" tanya Nick dengan ekspresi serius. Tidak mudah untuk doktor genius dalam Keluarga LinDenhof kecewa sampai begini. Nick mengambil kesimpulan bahawa ini adalah masalah yang cukup serius.

"Ini akan menyukarkan hidupnya. Luka dalaman pada tubuh Melysah bukanlah luka biasa. Luka ini dia dapatkan dari segi penyiksaan yang sangat teruk dan ketika aku melihat beberapa keadaan organ tubuhnya. Aku menyimpulkan bahawa pesakitku ini sering memaksa tubuhnya sehingga keadaan lukanya menjadi lebih teruk. Ini sangat berbahaya, Gio" sambung Lau Fhang sebelum keheningan kembali menyelubungi ruang kerja tersebut. Ketiganya tenggelam dalam fikiran masing-masing.

"Apa yang sudah dilakukan oleh kucing kecilmu sehingga jadi seperti itu?" gumam Lau Fhang sambil melirik ke arah lelaki yang sejak tadi tidak membuka mulutnya. Namun, Lau Fhang dapat melihat bahawa sepupunya yang satu ini sedang berfikir akan situasi yang terjadi.

"Kau dengar itu ...perempuan seperti ini yang kau bawa, brother" sindir Nick sambil mengurut kepalanya. Kenapa disaat abangnya mula tertarik dengan lawan jenis harus perempuan ini yang menarik perhatiannya!? 

"Kau boleh?" tanya Gio dengan ekspresi yang sukar di gambarkan yang membuat tubuh Lau Fhang menegang ketika melihatnya. Haiya, jangan pandang aku begitu! Bukan, aku yang buat kucing kecilmu jadi begitu! Jerit Lau Fhang dalam hati, meratapi nasib malangnya saat ini.

Dia hanya seorang doktor yang mengenal pasti punca penyakit. Jadi mengapa Gio memandangnya seperti ingin membunuhnya ...huhuhu

"Uh ...boleh ....cuma ..—"

Glup.

Elder cousin, you're such a bully, huhuhu

Aaaah!! Jangan pandang aku seperti itu Giovano LinDenhof!

"Ugh ...luka dalamannya sangat berbahaya ...terutama di beberapa bahagian tubuhnya. Seperti paru-paru kanan, ginjal kanan dan ...ugh ...." Lau Fhang benar-benar tidak dapat meneruskan penjelasannya kerana semakin dia menjelasnya, ekspresi wajah Gio seakan ingin membunuhnya.

Bagaimana dia dapat menjelaskan hal ini kepada sepupunya!? Pandangannya terlalu menakutkan!! Jeritnya dalam hati. Lau Fhang ingin menangis saat ini juga. Dia benar-benar berada dalam keadaan yang sangat sukar.

"Tapi!! Tapi!!! Tapi!!! Aku akan bantu dia! Serahkan semuanya kepada aku. Cuma ...aku mohon kau lebih memperhatikan keadaan mental dan fizikalnya kerana kedua-duanya berkait rapat. Kalau kau ingin kucing kecilmu cepat sembuh. Kau harus menjaganya dengan baik." sambung Lau dengan pantas. Dia tidak dapat lagi menghadapi keadaan Gio saat ini.

"Hm. Teruskan." Jawapan Gio membuat semua beban yang menimpa tubuh Lau Fhang akhirnya terangat perlahan yang membuatnya menyandarkan belakangnya ke arah sofa.

Sepupunya yang satu ini benar-benar mengerunkan!

"Apa yang kau ketahui tentang mainanmu ini, Gio?" tanya Nick yang memandang ke arah Gio sambil menaikkan sebelah keningnya, namun ketika Nick merasakan Gio memandangnya dengan tajam. Seluruh tubuh Nick menegang seketika.

Dia benar-benar bodoh! Makinya dalam hati saat menyedari kesalahannya.

"He... hehe ... Maksud aku ...mm.. apa kata Lau tadi? Ah ... kucing kecilmu?" kata Nick tergagap, namun ketika dia merasakan pandangan tajam itu hilang dari tubuhnya, diam-diam dia menghela nafas lega.

His brother is such a bully!!

Suara pintu diketuk itu membuat ketiganya menghentikan perbualan mereka. Ketika Nick memberi izin untuk masuk, mereka bertiga dapat melihat Jack masuk kedalam ruang kerja Gio dengan ekspresi suram. Pakaian Jack saat ini terlihat sangat tidak kemas dan beberapa tompok darah terlihat di pakaiannya.

"Bos, Jeneral LinDenhof, Doktor Lau Fhang," kata Jack, sambil menundukkan tubuhnya untuk menunjukkan rasa hormat kepada tiga tokoh di hadapannya.

"Kenapa kau datang sini, Jack?" tanya Nick yang sedang memandangnya sambil menaikkan sebelah keningnya. Bukankah lelaki ini harus menyelesaikan tugas yang diberikan oleh abangnya di Meroy Mansion? Kenapa dia datang sini?

"Bos, Jeneral LinDenhof, saya ingin beritahu bahawa Meroy Mansion baru-baru ini diserang. Beberapa orang kita mengalami kecederaan ringan dan beberapa yang lain mengalami kecederaan serius yang ditangani oleh Doktor Luke. Laporan yang diberikan Doktor Luke, mereka masih berada keadaan kritikal," Jack berusaha menguatkan hati dan mentalnya untuk menghadapi bos besarnya yang sangat menakutkan ini.

Tepat setelah Jack menyelesaikan maklumat itu, suhu ruang kerja yang tadinya normal tiba-tiba turun secara drastik sehingga suasana ruangan tersebut seperti berada di kutub utara. Lau Fhang dan Jack yang merasakan perubahan dari dua LinDenhof bersaudara ini saling bertukar pandang sambil memandang cemas ke arah satu sama lain. 

Dua beradik ini benar-benar mengerunkan!! Jerit mereka dalam hati. Tubuh mereka berdua menggeletar kerana rasa takut menyelimuti seluruh tubuh mereka ketika melihat ekspresi kedua lelaki tersebut.

Astaga... ini baru maklumat tentang kerugian yang mereka alami, bagaimana dengan berita utama yang akan dia sampaikan nanti? Mungkin nyawanya akan melayang! jerit Jack dalam hati. Rasanya dia benar-benar ingin menangis namun tidak ada air mata yang keluar.

"Detail?" satu kata dari Gio membuat Jack merasakan ada satu tekanan yang menahan seluruh tubuhnya yang membuat tubuh Jack semakin kaku.

"Secara keseluruhan 57 orang mengalami cedera ringan dan 25 yang lain mengalami cedera yang parah dan 12 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal" Jack yang berusaha menjelaskan hal tersebut dengan serius walaupun saat ini dia benar-benar mengalami tekanan yang bahkan membuat seluruh belakangnya basah oleh peluh.

Kedua pasangan mata biru milik LinDenhof bersaudara itu menjadi gelap, ekspresi mereka saat ini terlihat sangat menakutkan. Lau Fhang yang melihatnya tanpa sedar mengurut pelipis kepalanya.

Orang bodoh mana lagi yang masih mencari masalah dengan keluarga ini?

"Sebanyak itu?" tanya Nick.

"Ya, Jeneral LinDenhof. Mereka datang dengan 5 helikopter tentera dan menggunakan empat bazooka untuk memusnahkan pertahanan dan bangunan depan Meroy Mansion" kata Jack sambil memandang Gio dengan pandangan serius, namun jantungnya saat ini berdegup kencang sehingga dia dapat mendengar degup jantungnya sendiri.

Keheningan kembali menyelubungi ruang kerja Gio, membuat suasana menjadi semakin tegang. Lau Fhang yang sejak tadi diam semakin merasakan tekanan dari situasi ini. 

"Ada yang hilang?" 

Pertanyaan itu membuat seluruh tubuh Jack menegang. Dia menundukkan kepalanya kerana rasa bersalah dan malu. Melihat ekspresi Jack membuat Nick mengecilkan kedua matanya.

Dia seakan dapat merasakan firasat buruk.

"Ada ... Johnson Andrewson menghilang ketika terjadi serangan itu"

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience