Rate

The Almighty Devil Of Underworld_10

Action Completed 38230

75th Floor, LinDenhof Corporation, NYC.

Keadaan ini sangat jarang berlaku di ruang kerja Giovano LinDenhof. Ruangan yang biasanya lenggang kerana hanya dapat diakses oleh beberapa orang seperti dirinya dan pembantu peribadinya Ziro Harmada yang datang untuk melaporkan jadualnya atau beberapa pengarah yang menghadapnya untuk memberikan laporan. Namun, saat ini terasa bising kerana terdapat dua lelaki yang duduk santai di sofa ruang kerjanya. Seolah-olah, ruangan tersebut adalah milik mereka berdua dan hal itu membuatkan Gio mengerutkan keningnya kerana kesal melihat dua lelaki yang terdiam ketika merasakan pandangan tajam yang diarah kepada mereka.

"Alah, Gio. Aku kan sudah siapkan semua tugas yang kamu bagi. Lagi pula aku juga ingin tahu apa hasilnya," jawab Raffael dengan senyuman gugup.

"Akupun, sama. Aku baru saja habis jumpa klien. Sebaik saja aku mendapat pesanan dari Leo aku terus datang ke sini," kata Deekson sambil menggerakkan bahunya tidak acuh.

Kedua lelaki tersebut terus menuju ke pejabat Gio ketika sejam yang lalu group chat mereka berbunyi dengan satu pesanan masuk yang membuatkan mereka bertiga merasa teruja ketika melihat pesanan tersebut. Walaupun, ekspresi dan pandangan Gio tidak berubah namun, Raffael dan Deekson yakin yang sahabat mereka ini sama excited seperti mereka berdua. Pesanan tersebut datang dari Leo. Dia mengatakan bahawa dia akhirnya menemui data mengenai latar belakang Ms. Chandravina dan dia dalam perjalanan menuju ke pejabatnya.

Yap! Perempuan yang menarik perhatian Giovano LinDenhof!

Bagaimana Raffael dan Deekson tidak terus bergerak menuju ke sini!

Setelah beberapa saat akhirnya Gio mengalihkan pandangannya dan kembali fokus dengan dokumen yang ada di atas meja kerjanya. Melihat hal itu membuatkan Raffael diam-diam menghela nafas lega sebelum mendengar suara familiar bergema di seluruh ruangan tersebut.

"Yoo!! Giovano! I'm coming for you!!!" jerit Leo yang berjalan masuk ke ruang kerja Gio, di mana pandangan tajam pemilik ruang kerja tersebut terus memandangnya dengan pandangan penuh kesal yang seakan berkata 'berani-beraninya kau buat aku menunggu! Cepat berikan dokumen itu!'

Eh..

Tolong ingatkan Leo sejak bila Gio bersikap begini?

"Hehe ...kaukan sendiri tahu jalan di Manhattan itu selalu sesak," kata Leo dengan nada gugup sebelum menyedari pandangan Gio yang tidak peduli dengan apa yang dia katakan. "Baiklah, baiklah ...ini dokumen yang Tuan Muda inginkan, bukan? Hehe" sambungnya dengan cepat ketika menyedari kegusaran Gio.

Suara tawa yang memenuhi ruang tersebut membuat Leo mengalihkan pandangannya ke arah salah satu sisi ruangan dimana terdapat dua setan bodoh yang dikenalinya sebagai sahabat. Raffael sibuk menahan perutnya yang sakit kerana tertawa melihat wajah Leo yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. Berbeza dengan Raffael, Deekson masih terlihat lebih normal, dimana dia menutup mulutnya untuk menahan tawa, namun kedua matanya menunjukkan betapa lucunya apa yang dilihatnya saat ini. Melihat kedua rakannya yang mentertawakan ekspresi wajahnya, membuatkan Leo memandang tajam ke arah mereka.

"Hey, kenapa kamu berdua ada disini? Akukan mau berduaan dengan Gio" kata Leo dengan nada kesal.

Mendengar kata-kata Leo, malah membuat mereka keduanya semakin tertawa, tidak memperhatikan ekspresi lelaki yang mereka katakan sudah semakin gelap ketika mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Leo.

"Alah ...tambah kami sekalipun tidak apa. Lagipun kami tidak kisah kalau menjadi ubat nyamuk atau apa kata kita dating berempat? Bila lagi kita dapat mencuba dating Gay?" kata Raffael dengan nada menggoda yang membuat Gio dan Deekson memandang tajam ke arahnya. Sedangkan Leo yang mendengar kata-kata Raffael mendengus kasar.

Kenapa dia harus bersahabat dengan orang bodoh seperti Raffael?!

"Jadi?" suara dingin yang bergema diseluruh ruangan membuatkan semua pertengkaran bodoh yang terjadi diantara tiga lelaki di hadapannya berhenti serta merta. Kedua mata biru Gio memperhatikan Leo yang berjalan ke arahnya sebelum satu file hitam diletakkan Leo di hadapannya.

File hitam dengan lambang helang yang merupakan simbol keluarga Marque's yang membuatkan Gio terdiam seketika.

Marque's merupakan keluarga yang terkenal dalam dunia perniagaan, namun selain terkenal dalam dunia perniagaan, keluarga ini juga terkenal di kalangan underworld sebagai The Seeker atau pencari. Seperti namanya, keluarga ini terkenal kerana kebolehannya untuk mencari segala informasi yang ada, sama ada maklumat sulit mahu pun Ghost Information. Seperti, kod maklumat yang hanya dapat di gunakan oleh tentera atau kerajaan, dimana maklumat tersebut biasanya berkaitan dengan projek rahsia negara sehingga akses tersebut sangat sukar untuk di tembusi. Selain daripada maklumat, keluarga Marque's juga mampu untuk mengesan orang, sama ada warga negara, penjenayah, pemimpin kerajaan, anggota tentera dan juga orang-orang yang dianggap sudah mati. Oleh kerana itu Gio meminta Leo untuk mencari data mengenai latar belakang perempuan yang menarik perhatiannya beberapa hari yang lalu.

"Kenapa? Kenapa kau tidak membacanya?" tanya Leo saat menyedari Gio hanya memandang folder yang dia berikan tanpa menyentuhnya. Apa yang Gio fikir? Mengapa, dia tidak membaca dokumen itu?

"Mungkin Gio gugup. Takut isinya tidak sesuai dengan harapannya" kata Deekson yang saat ini duduk disebelah Leo sambil memandang Gio dengan sebelah kening diangkat.

"Hey, adakah kau yakin dengan latar belakang ini? Bukan sekadar maklumat, tipukan?" tanya Raffael yang terus mendapat pandangan tajam daripada Leo.

"Sial, apa maksud kau dengan maklumat tipu? Adakah, kau lupa siapa nama belakang keluargaku?" kata Leo sebelum terdiam beberapa saat dan mengerutkan keningnya. "Tapi ..." sambungnya dengan nada perlahan sebelum kembali terdiam, membuatkan tiga pasang mata memandang ke arahnya sambil menunggu kesinambungan daripadanya.

Merasakan, pandangan dari tiga lelaki di sekelilingnya ini membuatkan Leo menghela nafas perlahan. "Macam mana mau jelaskan, ya. Data yang aku dapat seolah-olah sengaja dibuat begitu" sambungnya dengan pandangan yang sukar digambarkan.

"Sengaja dibuat?" gumam Deekson perlahan, tenggelam dalam pemikirannya sendiri.

"Ternyata, di dunia ini masih ada juga orang yang menyukarkan Marque's untuk mendapatkan maklumat" kata Raffael sambil mengerutkan keningnya.

"Hey! Akupun, sempat tidak percaya. Bukan, mau riak atau bagaimana. Tetapi, selama beberapa generasi, keluargaku selalu mampu mencari maklumat tapi baru kali ini aku rasa seperti ...gagal" kata Leo dengan nada kecewa.

Di antara tiga lelaki yang sibuk berbincang, Gio masih terdiam, kedua tangannya menahan kepalanya dan tenggelam dalam pemikirannya sebelum tangannya bergerak perlahan dan meraih file hitam yang ada di hadapannya.

"Kau akan tahu kalau membacanya," kata Leo sambil memperhatikan Gio yang sedang membuka folder tersebut.

Ruang kerja yang sejak tadi hidup kerana perbualan yang dilakukan oleh tiga lelaki tersebut tiba-tiba menjadi sunyi. Tiada suara yang terdengar kecuali bunyi kertas yang bergerak ketika Gio membuka dokumen yang dibacanya. Kedua lelaki di hadapannya memandang Gio dengan pandangan rasa ingin tahu. Sedangkan Leo hanya bersandar sambil menyalakan batang rokok yang sudah terselit dibibirnya dan dengan sabar menunggu reaksi dari lelaki di hadapannya.

Kedua kening Gio berkerut ketika membaca dokumen di hadapannya sebelum menutup dokumen tersebut dan meletakkannya diatas meja. Tanpa sebarang komen dari Gio, membuatkan suasana menjadi semakin tegang yang membuat Raffael mengalihkan pandangannya ke arah Leo yang seakan bertanya 'jadi apa yang ada didalamnya!?!?'

Rasanya, Raffael benar-benar ingin meletup kerana rasa ingin tahu memenuhi seluruh hatinya. Sudah tentu dia tidak dapat membaca dokumen itu kecuali Gio sudah mengizinkannya. Lebih-lebih lagi dokumen itu berkenaan dengan calon sister-in-law-nya! Tidak pasal-pasal dia mati dibunuh dalam sekelip mata jika dia membaca dokumen yang seharusnya tidak dibaca olehnya.

Tapi ...dia benar-benar ingin tahu apa isinya, huhuhu...

Perlahan, Raffael memandang Gio dengan ekspresi memohon yang seakan berkata 'sepupuku yang baik dan agung bolehkah aku membacanya?

Please, please, please...

"Hm," jawab Gio singkat yang membuatkan kedua mata Raffael bersinar penuh kebahagiaan sebelum meraih dokumen yang ada di hadapannya dengan cepat.

Finally, finally, finally !!!

Ditengah keheningan, Raffael dan Deekson sibuk membaca dokumen di dalam folder tersebut, Leo dan Gio tenggelam dalam pemikiran mereka sendiri. Tiada yang dapat meneka apa yang ada di dalam fikiran mereka sekarang. Malah, orang yang melihat keadaan Leo saat ini mungkin akan tercengang kerana ini adalah kali pertama Leonardo Marque's berfikir sambil mengerutkan kedua keningnya.

"Ini ...terlalu pelik," kata Deekson setelah selesai membaca dokumen yang di tangannya sebelum memandang ke arah Gio yang sedang menyalakan pemetik api di tangannya untuk menyalakan rokok yang terselit di bibir nipisnya.

Setelah Deekson memberi komen, ruang kerja tersebut kembali di selimuti keheningan. Semua lelaki yang berada di dalam ruang tersebut tenggelam dalam pemikiran mereka masing-masing sebelum suara pintu diketuk terdengar bergema di seluruh ruangan dan menyedarkan mereka semua.

"Maaf, President LinDenhof. Saya ingin mengingatkan yang meeting anda akan bermula dalam masa 30 minit lagi" kata Ziro setelah masuk ke dalam ruang kerja tersebut dan berdiri ambang pintu. Tanpa sedar, dia menelan liurnya kerana gugup. Ada apa sebenarnya? Apa yang terjadi di sini? Bukankah, biasanya Mr. Marque's dan Pengarah LinDenhof datang, ruangan ini selalu bising, tapi kenapa sekarang rasanya dipenuhi dengan ketegangan?

Mr. President, mengapa anda memandang saya begitu. Saya, kan hanya menjalankan tugas saya sebagai pembantu anda. Huhuhu...

"Reschedule"

Satu kata yang Gio katakan seakan mengangkat semua tekanan yang Ziro rasakan. Dia, harus cepat-cepat keluar dari tempat ini, keadaan saat ini benar-benar berbahaya untuk keselamatannya dan juga masa depannya. Kata Ziro dalam hati.

"Ba ..baik, Mr. President," jawab Ziro dengan cepat sebelum menghilang di belakang pintu ruang kerja tersebut.

"Kau menakutkan dia lagi, Gio" kata Deekson sambil menaikan sebelah keningnya. Dia memandang Gio yang ada di hadapannya tanpa perubahan ekspresi. "Pembantumu, akan mati muda jika kau selalu memberikan tekanan kepadanya" sambungnya.

"Ziro sudah bersama Gio sejak dia memegang jawatan, jadi pasti lelaki malang itu sudah kebal dengan sikap tuan muda kita," jawab Raffael sambil menyandarkan tubuhnya di belakang kerusi sebelum menahan kepalanya dengan satu tangannya.

"Jadi ...bagaimana kita merungkai semua ini?" tanya Raffael yang membuka topik perbincangan penting ini. "Sudah jelas, perempuan itu bukan perempuan sembarangan," sambungnya sambil mengerutkan keningnya.

"Almighty LinDenhof will never loves and ordinary woman," kata Deekson dengan senyuman nipis.

Leo tertawa perlahan ketika mendengar kata-kata Deekson sebelum menggelengkan kepalanya. "You mean... The Devil? El Diablo?" katanya, membuat Deekson tertawa perlahan.

"Melysah Khandravina benar-benar sebuah misteri," kata Leo perlahan.

"Chandravina" kata Gio nada dingin.

Leo memandang ke arah Gio dengan ekspresi bingung. Lelaki yang sejak tadi memilih untuk diam dan hanya mendengar keseluruhan perbincangan mereka akhirnya membuka mulunya.

Dan kata pertama yang dia ucapkan adalah Chandravina?

"Ya. Seperti yang aku katakan tadi. Khandravi-"

"Leonardo. Chandravina. With a C not a K. Jangan salah," kata Gio dengan nada tegas, yang membuatkan ketiga lelaki yang berada di sekelilingnya tercengang sebelum tawa kuat bergema diruang kerja tersebut.

"Holyshit. Chandravina Le. Bukan, Khandravina. Logatmu itu membuatkan kau menyebut perkataan yang salah" kata Raffael di tengah tawanya yang membuatkan wajah Leo semakin kusut.

Adakah, dia yang meminta untuk memiliki logat Itali?

Lagi pula dia tidak mungkin menyalahkan ibunya kerana dia dilahirkan sebagai orang Itali, bukan?!

Argh, Gio memang benar-benar tidak pandang bulu. Bahkan, dia tidak peduli dengan persaudaraan mereka dan mengkritiknya ketika dia salah menyebut nama perempuan kecilnya.

"Astaga, aku semakin penasaran dengan perempuan ini. You're smitten by her and you don't even realizing it," kata Deekson dengan senyuman nipis. Ini benar-benar sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Untuk Iblis tertarik dengan seseorang itu benar-benar tidak masuk akal. Bahkan, untuk mereka bertiga yang membesar bersama Gio.

"Hey, Deekson Davidson kita membesar bersama. Berapa banyak perempuan yang dekat dengan, Gio? Hampir tidak ada! Berapa banyak perempuan yang menarik perhatiannya? Tidak ada! Berapa banyak perempuan yang menjadi kekasihnya? Tidak ada! Bahkan, berapa banyak sentuhan fizikal yang dia lakukan dengan lawan jenis? Hampir tidak ada selain dengan Grandma. Kau tahu apa maksudnya? Ini kali pertamanya kita melihat Gio tertarik dengan perempuan. Bahkan, dia sempat menyentuh perempuan itu. Menyentuh! Sentuhan yang Gio inisiatifkan sendiri. Tidak hanya menyentuh malah dia memeluk perempuan itu! Kau tahu apa artinya!? Ini namanya cinta pada pandangan pertama!!" kata Raffael dengan penuh semangat.

Ugh...

Raffa ...adakah kau serius?

Untuk lelaki yang sering berganti-ganti pasangan adakah dia percaya dengan apa yang namanya cinta pandang pertama?

Adakah, keluarga LinDenhof tidak malu punya salah satu waris seperti Raffael?

Deekson mengurut pelipis kepalanya, berusaha menahan kesabarannya ketika mendengar kata-kata Raffael yang bodoh itu, sedangkan Leo yang mendengarnya mendengus kuat.

Raffael adalah sahabat terbodoh yang pernah dia miliki, walaupun mereka biasa berhubungan dengan perempuan, baik itu untuk bersenang-senang, menghabiskan masa atau hanya sekadar untuk di manfaatkan. Akan tetapi baru kali ini dia mendengar kalimat bodoh keluar dari mulut sahabatnya ini. Bayangkan kata-kata itu keluar dari lelaki yang bahkan lebih sering bertukar-tukar pasangan dari bertukar pakaian!

Gio yang mendengar kata-kata Raffael hanya menaikkan sebelah keningnya tanpa perubahan ekspresi apa pun namun, dapat dilihat dari kedua matanya menunjukkan yang dia memikirkan semua kata-kata sepupunya ini. Sepertinya, sepupunya yang satu ini masih berguna kerana kata-katanya tadi masih terdengar masuk akal.

"Kenapa kamu pandang aku begitu? Apa lagi, kalau bukan itu?" tanya Raffael dengan nada bodohnya.

"Sudahlah. Aku menyerah dengan logikamu, Raffa. Untuk orang yang masuk ke dalam senarai the most eligible bachelor to be married to, lelaki yang selalu handal dalam memanipulasi orang, lelaki yang selalu menjadi contoh semua jabatan public relation di semua syarikat dalam menangani masalah ...kau benar-benar mengecewakan, aku," kata Deekson sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

Raffael mengerutkan kening sambil memandang sahabatnya dengan pandangan bodoh. "Kenapa?"

Leo yang sudah tidak tahan dengan kebodohan Raffael memukul belakang kepala Raffael sambil memandang kesal ke arahnya "Lelaki yang selalu sering berganti-ganti pasangan semudah menukar pakaian, kau benar-benar bodoh jika percaya dengan yang namanya cinta pandang pertama!!!" kata Leo dengan nada penuh kekesalan

"Hey! Sakit! Itu kan cuma pendapat. Bagaimanapun, belum tentu apa yang aku katakan itu benar. Tidak ada penjelasan lain di sini," kata Raffael sambil mengusap kepalanya.

"Sudahlah, lupakan kata-kata bodoh Raffa tadi. Jawab saja pertanyaanku, Gio" kata Deekson sambil menggerakkan tangannya. Semua mata memandang ke arah Gio, menunggu jawapan apa yang akan keluar dari mulutnya.

Lelaki yang sejak tadi menutup mulutnya akhirnya membuka semula mulutnya.

"Serius"

Satu kata yang di ucapkan Gio mampu membuat ketiga sahabatnya memahami betapa seriusnya masalah ini untuk Gio. Lagipun, mereka sebenarnya sudah menjangka jawapan Gio tetapi, mereka memerlukan kepastian dari mulut lelaki ini secara langsung. Siapa sangka ada saatnya Giovano LinDenhof akan tertarik pada seorang perempuan? Sekiranya mereka mendengar hal ini dari mulut orang lain dan tidak melihat apa yang terjadi pada malam itu di Rainbow dengan kedua mata mereka, pasti ketika mereka mendengarnya mereka akan ketawa terbahak-bahak sambil mengejek orang yang memberitahu mereka mengenai hal itu.

"Seperti yang aku katakan ...perempuan kecilmu tidak seharusnya berada di dalam dunia kita. Dunia kita terlalu gelap untuk perempuan seperti dia," kata Deekson dengan tenang. Walaupun, dia tidak pernah berinteraksi dengan perempuan mungil yang menarik perhatian Gio itu namun, ketika dia melihatnya dari ruang VIP Rainbow, Deekson tahu bahawa perempuan itu tidak seharusnya berada di dalam dunia tempat mereka berada. Tidak ada seorang pun perempuan yang berada di dunia yang sama dengan mereka yang mempunyai senyuman cerah dan seiklas perempuan mungil itu.

"Hm. Perempuan kecilmu itu seperti udara segar untuk kita semua. Sudah lama kita tidak melihat perempuan sepolos dia" kata Raffael yang menyetujui kata-kata Deekson.

"Doesn't matter," jawab Gio namun, mereka bertiga memahami maksud dari kata yang diucapkan oleh Gio.

Doesn't matter.

Gio sendiri tidak tahu apa yang terjadi dengan dirinya, otaknya masih berputar keras untuk mengetahui sebab dari sikap peliknya ini namun, selama beberapa hari ini dia tidak dapat melupakan perempuan mungilnya itu. Gio sama sekali tidak peduli lagi dengan semua itu, apa yang dia inginkan dia harus dapatkan.

Walau apa pun caranya.

"Well, good luck to you brother" kata Deekson sambil menggerakkan bahunya sebelum senyuman yang selalu membuat semua perempuan berdebar setiap kali melihatnya terbentuk di wajahnya. "Lagi pula betul kata Raffa. Perempuan kecilmu itu seperti udara segar untuk dunia kita yang terlalu gelap" sambungnya masih dengan senyuman yang sama.

"Ah ...aku benar-benar tidak sabar untuk menghabiskan masa bersama sister-in-law!!! Akhirnya di lingkaran persaudaraan yang menyedihkan ini bakal akan ada perempuan manis. Finally!" kata Raffael dengan nada penuh semangat.

"Tapi, sebelum itu masih ada masalah yang harus kita bincangkan, bukan? So...shall we?"

"Dalam dokumen ini menjelaskan bahawa itu adalah perkara biasa, kejanggalan dapat dilihat ketika diperiksa dengan lebih terperinci. Melysah Regina Chandravina, Spanyol, Itali. Anak perempuan Able Gainesville dan Isabella Darmossa. Golongan darah AB Rhesus negatif. Tinggi 159 dengan berat 48. Lahir di Florence, Itali pada 7 April "

"Dari situ memang pelik, bukan?" pintas Leo ketika mendengar Raffael membaca dokumen yang dipegangnya. "Nama belakang perempuan kecil Gio agak pelik. Khan-" Leo tidak sempat menghabiskan ayatnya saat dia merasakan pandangan tajam yang di arahkan kepadanya yang membuatkan Leo menelan liurnya dengan gugup sambil mengutuk kebodohannya yang hampir melakukan kesalahan yang sama.

"Chandravina. Nama yang unik dan bukan bahasa Itali atau Spanyol. Jadi dari mana asal nama ini? Aku tidak pernah dengar nama ini sebelumnya," katanya, berusaha menekankan nama belakang tersebut dengan sebutan yang betul.

Ini benar-benar menyeksa, rungut dalam hati.

"Adakah kau tahu tidak semua nama belakang orang itu harus menggunakan nama keluarga" balas Raffael, memandang sahabatnya dengan pandangan merendahkan.

"Bukan itu maksud aku, bodoh! Bukan bermaksud rasis, tetapi bagi keluarga orang Itali terutama dimana status suami disini adalah warga negara Itali ia adalah sesuatu yang janggal. Tradisi yang dimiliki orang Itali adalah meletakkan nama anak mereka dengan nama belakang ayah dan disini nama ayah dari Melysah adalah Gainesville. Seharusnya, nama belakang Melysah adalah Gainesville, bukannya ... Chandravina" kata Leo yang menjelaskan dari sudut perspektifnya.

Memang mereka bertiga berasal dari pelbagai latar belakang. Gio dan Raffael berasal dari keturunan campur Itali-Spanyol sedangkan Leo berasal dari Itali dan Deekson dari Rusia, namun walaupun perbezaan tersebut mereka dapat berteman dengan baik.

"Ini masuk akal. Selain itu, jika diperhatikan nama Melysah saja sudah cukup ... pelik? Sejak bila orang Itali atau Spanyol memanggil anak perempuan mereka Melysah Regina Chandravina" kata Deekson yang menyuarakan pendapatnya.

"Untuk perempuan berketurunan campur Itali dan Spanyol, memiliki ketinggian 159 juga cukup pelik? Bukankah, rata-rata orang Itali dan Latin memiliki ketinggian sekurang-kurangnya 164 cm untuk perempuan?" kata Raffael.

"Yap. Itu memang betul, Raf. Itu juga yang ingin aku tekankan," jawab Leo yang menyokong analisis yang diberikan Raffael.

"Apa pendapat kau, Gio?" tanya Raffael dengan pandangan penuh minat. Sepupunya yang satu ini memang seorang yang pendiam, namun itu tidak bermakna Giovano LinDenhof adalah lelaki yang bodoh. Sejak mereka kecil Gio memiliki tahap IQ yang tinggi diantara mereka dan cara dia menyelesaikan masalah dengan cara yang efektif dan efisien. Berbeza dengan pemikiran orang-orang kebanyakan. Gio adalah seorang genius dalam struktur keluarga mereka. Sekiranya, tidak bagaimana Gio dapat membawa LinDenhof Corporation menguasai pasaran dalam negeri dan luar negara dalam masa 5 tahun? Menjadikan, syarikat peneraju dalam pelbagai bidang dengan prospek masa depan yang tinggi. Kebolehan sepupunya ini sememangnya tidak dapat diragukan lagi.

"Little kitten bukan anak mereka," kata Gio sambil menyandarkan tubuhnya dan menyandarkan dagunya dengan satu tangan, membuat postur tubuhnya terlihat santai dan malas. Namun, orang yang sudah lama mengenali Gio tahu, postur tubuh Gio yang terlihat santai ini sebenarnya fikirannya berjalan dengan cepat dan serius.

"Little kitten? Hahaha, nama panggilan yang lucu. Sangat sesuai dengan postur tubuhnya yang kecil," kata Raffael sambil tertawa, sedangkan lawan bicaranya hanya diam dan tidak menafikan kata yang diucapkan oleh lelaki yang ada di hadapannya.

"Astaga, bahkan perempuan itu sendiri tidak tahu yang kau ada dan kau sudah memanggilnya dengan panggilan sayang" kata Deekson yang terus mendapat pandangan tajam dari Gio.

"Soon" jawab Gio singkat, dengan makna yang tersirat yang membuat Deekson tertawa mendengar jawapannya.

"Alright guys! Kita harus meneruskan ini. Jadi ...bagaimana kau boleh menganggap yang Melysah bukanlah anak kepada pasangan Gainesville?" tanya Leo dengan nada ingin tahu.

"Memory"

Leo segera mengambil dokumen yang dipegang oleh Raffael dan membacanya.

"Maksud kau?" tanya Deekson dan Raffael ingin tahu.

Setelah beberapa saat Leo memandang Gio dengan pandangan complicated sebaik saja dia menyedari sesuatu yang penting. Gio menganggukkan kepalanya perlahan seakan memahami maksud dari pandangan Leo.

"Ada apa? Ada apa?" tanya Raffael dengan penuh semangat. Rasa, ingin tahunya semakin memuncak ketika melihat reaksi Leo. Seperti yang dia jangkah, perempuan yang menarik perhatian sepupunya ini tidak mungkin perempuan biasa.

"Data pendidikan," kata Gio perlahan, membuatkan Raffael memandangnya sambil menunggu penjelasan dari Leo.

"Data pendidikan dan prestasi Melysah terlihat biasa namun jika diperhatikan akan terasa janggal. Setakat ini prestasinya biasa saja, ada piagam yang memenangi pertandingan menulis, ada juga piagam atas kemenangannya dalam pertandingan menari tetapi apakah ini tidak pelik?" kata-kata Leo semakin menarik perhatian dua lelaki yang ada di sebelahnya.

Gio memandang Leo sambil menaikkan sebelah keningnya, pandangannya mengatakan seakan dia sudah menjangka perkara yang sama. Pandangan, yang diberikan Gio seakan menunjukkan yang dia sudah mengetahui kejanggalan yang akan dikatakan oleh Leo.

Lagi pula untuk pekara begitu, bukankah itu perkara yang mudah untuk diteka?

"Tiada yang pelik"

"Biasa-biasa saja. Dokumen pendidikannya juga lengkap"

Mendengar komen dari Deekson dan Raffael, membuatkan Leo mendengus kesal. Gio memandang dua lelaki di hadapannya dengan pandangan humor. Walaupun, ekspresi wajah Gio saat ini tidak berubah. Datar dan dingin. Terkadang Leo benar-benar bingung, bagaimana Gio dapat mengekalkan ekspresi datar dan dingin di wajahnya? Walaupun begitu, inilah Gio yang dia katakan. Tidak ada yang mustahil untuk seorang Giovano LinDenhof. kata Leo dalam hati sebelum menghela nafas perlahan.

"Gio, adakah kau tidak pening dengan mereka? Mengapa kau boleh ada orang kanan seperti mereka," kata Leo dengan nada sarkastik sambil mengurut pelipis kepalanya perlahan.

"Hey! Apa maksud kau!" jerit Raffael dengan nada kesal ketika mendengar sindiran Leo, sedap mulut saja cakap dia begitu!!

"Sial," maki Deekson perlahan.

Tiada yang menyangka yang pertanyaan sarkastik Leo tadi ternyata dibalas oleh lawan bicaranya. "Hm. Kadang-kadang"

"Hei! Giovano!!" jerit Raffael dan Deekson serentak sambil memandang Gio dengan pandangan tidak percaya.

Tawa Leo akhirnya bergema di seluruh ruangan yang diikuti dengan pandangan tajam dari Raffael dan Deekson namun, apa yang dapat dia lakukan? Kejadian ini terlalu lucu. Ekspresi mereka berdua benar-benar tidak dapat di gambarkan ketika dia mendengar jawapan daripada Gio.

"Alrigh ....alright. Itu terlalu lucu. Maafkan aku" katanya sambil tertawa.

"Puaskan ketawamu, Leo. Sekarang, jelaskan mengapa dokumen pendidikan ini pelik!?," kata Raffael dengan nada kesal sambil memutar kedua matanya.

"Baiklah, ok - Hahaha" kata-kata Leo terpotong oleh tawanya ketika teringat kejadian beberapa saat tadi, membuatkan ekspresi Deekson dan Raffael menjadi semakin gelap ketika melihat betapa gembira Leo mentertawakan mereka.

Damn it!!!

"Kalau kamu lihat. Melysah adalah anak perempuan satu-satunya, bukan? Contohnya, kalau kamu memiliki anak perempuan apa yang akan kamu, lakukan?" tanya Leo, berusaha memancing dua sahabatnya untuk melihat dari sudut perspektifnya.

"Manjakan?" jawab Deekson dengan ragu.

"Tsk. Manalah aku tahu! Aku kan belum kahwin! Hidup aku masih panjang untuk terikat dengan perempuan. Lebih-lebih lagi ada anak!" kata Raffael sambil mendengus kesal.

Ekspresi Leo menjadi gelap ketika mendengar jawapan Raffael. Adakah, Raffael ini bodoh!? Dia sudah kata, kalau!!! Tidak lama lagi Leo akan mendapat penyakit darah tinggi jika selalu berurusan dengan orang bodoh seperti Raffael.

"Betul. Manjakan. Biasanya orang-orang selalu manjakan anak perempuan mereka dengan cara, apa?" pancing Leo lagi sambil memandang Raffael dengan penuh harapan.

"Hm ...belikan hadiah? Anak patung? Mainan?"

"Ok bagus. Tetapi, perkara yang ingin aku tekankan adalah memori"

"Memori?" ulang Raffael dengan nada ingin tahu setelah dia memutuskan untuk berdiam diri kerana soalan itu tidak penting dan tidak jelas dari Leo.

"Ya. Memori. Biasanya orang yang ada anak perempuan memiliki banyak dorongan untuk membuat memori daripada mereka memiliki anak lelaki. Sama ada langkah pertama, penampilan, tamat pengajian, percutian dan semuanya. Tetapi, jika dilihat dari dokumen pendidikan Melysah ini, dia lulus dari semua sekolah berprestij dengan penyertaan acara dan sijil pertandingan yang tidak dapat dikatakan sedikit. Dan juga terdapat beberapa sijil penghargaan yang menunjukkan dia memenangi semua pertandingan," kata Leo dengan sabar.

"Jadi?" satu kata yang merupakan respons dari Raffael membuatkan Leo mendengus kesal. Rasanya, Leo benar-benar ingin mencabut semua rambut dikepala Raffael!!

"Jadi .." kata Leo sambil mengurut kepalanya perlahan.

Sabar ..sabar ..sabar

"Jadi ...mengapa tidak ada satupun memori? Lebih tepatnya tidak ada sama sekali? Tidak ada gambar pembesaran Melysah, tidak ada gambar dirinya di prom pertama, tidak ada gambar kelulusan dan bahkan tidak ada apa-apa pun. Dari sekolah berprestij selalunya ada, tetapi ini langsung tidak ada" kata-kata Leo akhirnya membuat kedua lelaki yang memandangnya dengan binggung berubah menjadi pandangan bersinar seolah-olah mereka baru saja menemui penemuan penting.

Akhirnya.

"Selain itu, jika kamu lihat dokumen-dokumen yang ada di sini hanya ada beberapa keping gambar. Gambar Melysah hanya ada ketika dia berusia 17 tahun ke atas, mungkin. Dia bahkan tidak mempunyai gambar masa kecil. Lihat semua gambar ini. Di mana gambar ini di ambil ketika dia berusia 17 tahun. Atau pun, akhir hingga awal 20-an," kata Leo sambil meletakkan satu persatu gambar yang ada di dalam dokumen di atas permukaan meja.

"Kamu tidak rasa semua ini terlalu janggal? Mengapa tidak ada memori sama sekali" sambungnya

"God damn it. Your little kitten surely a mystery"

"Who would have thought that we will stumble into someone like this?"

"Hanya ada satu alasan yang dapat menjelaskan mengapa dokumen Melysah begini."

"Perlindungan dari kerajaan?" kata Deekson perlahan mengutarakan dugaan yang tiba-tiba terlintas di dalam fikirannya. Tetapi, itu mustahil? Siapa sebenarnya perempuan ini? "Hanya itu yang dapat aku fikirkan" sambung Deekson yang membuatkan Leo memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

Jadi serius?

"Serius. Latar belakang begini tidak mudah untuk dibuat. Lebih-lebih lagi, dokumen ini direka agar orang yang ingin mengetahui latar belakang Melysah tidak mengetahui kejanggalan yang ada. Kecuali ada alasan lain tentang hal ini"

"..."

"Sama ada Melysah merupakan tokoh penting yang identitinya harus di lindungi atau pun Melysah adalah salah satu criminal atau tentera underworld dengan ranking teratas"

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience