Rate

The Almighty Devil Of Underworld_45

Action Completed 38206

LinDenhof Corporation, NYC.

Suasana pejabat yang biasanya dipenuhi aura profesional, hari ini telah mengalami perubahan besar sehingga hampir semua pekerja yang bekerja di syarikat ini tidak dapat menutup mulut untuk tidak bergosip. Selain melihat bos mereka datang lewat dari waktu ketibaannya yang biasa, mereka juga melihat bos mereka keluar dari kereta mewahnya bersama pembantu pribadinya Mr. Harmada dan ...perempuan!

Ya! Seorang perempuan keluar dari kereta mewah yang sama dengan bos mereka!

Bagaimana mungkin mereka dapat menutup mulut untuk tidak bergosip kepada rakan-rakan mereka!

Hanya beberapa jam, berita itu sudah tersebar seperti angin di LinDenhof Corporation, hanya dalam beberapa jam hampir semua pekerja LinDenhof Corporation dari pangkat pengarah, pengurus sehingga petugas kebersihan sudah mengetahui bahawa bos besar mereka membawa seorang perempuan ke syarikat pagi ini.

Sukar untuk di percaya, bukan?

Semua spekulasi terbentuk dalam fikiran semua pekerja yang ada. Ada yang berfikiran positif, ada juga yang berfikiran negatif mengenai situasi ini. Lagi pula, sejak bila mereka melihat keadaan pelik seperti hari ini?

Tidak menyedari bahawa dirinya menjadi sumber gosip yang terjadi di syarikat pada hari ini, Mely dengan santai mengikuti Gio setiap saat untuk membantu Ziro menjalankan tugasnya. Dengan bimbingan Ziro, Mely mempelajari setiap tugas yang diberikan kepadanya dengan cepat dan tentunya membuat Ziro memandang Mely dengan penuh rasa gembira.

His lady boss is so awesome!!!

Young miss dengan mudah memahami apa yang dia jelaskan dan dapat membantunya bekerja dalam masa yang singkat. Mendapat bantuan yang selama ini tidak pernah dia dapatkan benar-benar membuat Ziro seperti ingin menangis penuh kebahagian.

Young miss jauh berbeza dengan perempuan kebanyakan yang sibuk menjaga penampilan mereka ketika berhadapan dengan bos atau berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kemampuan mereka agar mendapatkan pujian daripada bos, tetapi tidak dengan young miss. Dia hanya serius dengan pekerjaannya dan tidak peduli dengan apa yang orang lain fikirkan tentangnya. Selain young miss yang selalu melakukan tugasnya dengan cepat dan profesional, young miss juga tidak bersikap pelik di hadapan bos. Dia bahkan tidak mencuba untuk menarik perhatian bos atau berpura-pura di hadapan bos. Sikap young miss membuat Ziro yang merupakan penolong kanannya dan juga bawahannya (Sudah tentu, bawahannya, siapa yang berani menyinggung status Mely sebagai Young Miss!?) semakin menghormatinya dan kagum dengannya.

Selama waktu bekerja Ziro akan memanggil young miss dengan Ms. Chandravina kerana memanggil young miss sangat mustahil untuk dia lakukan, orang lain mungkin akan curiga jika dia memanggilnya begitu. Malah, young miss memintanya untuk memanggilnya dengan panggilan ...

Mely!!

Mendengar itu sudah membuat Ziro berkeringat. Bagaimana, mungkin dia boleh memanggil young miss yang merupakan lady boss dengan panggilan nama!? Ziro masih sayang nyawanya dan ingin hidup lebih lama!! Namun, setelah Ziro memujuk dan mengeluarkan semua alasan, akhirnya Mely melupakan idea menakutkan itu yang tentunya membuat Ziro menghela nafas lega.

Berita mengenai Mely menjadi pembantu peribadi Senior President LinDenhof sekali lagi menambah semangat semua pekerja yang berkerja di LinDenhof Corporation untuk bergosip. Tiada yang dapat menduga bahawa perempuan menawan yang dapat membuat hampir semua pekerja lelaki yang melihatnya terpegun itu adalah pembantu peribadi atasan mereka

Hal itu benar-benar membuat semua pekerja yang mendengarnya tercengang. Mereka tidak pernah menyangka akan ada pembantu peribadi tambahan yang akan membantu kerja bos mereka, lebih-lebih lagi pembantu peribadi itu adalah ...seorang perempuan!!

Selama ini hanya satu perempuan yang dapat menduduki status tertinggi untuk bekerja di bawah bos mereka dan perempuan itu adalah Julia Jennings yang merupakan setiausaha keempat bos mereka. Dan sekarang ada seorang perempuan yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada Julia dan perempuan itu adalah Melysah Regina Chandravina.

Berita yang benar-benar mengejutkan, bukan?

Seorang perempuan polos yang tidak menyedari bahawa dirinya sekali lagi menjadi topik perbualan bagi semua pekerja LinDenhof Corporation, masih dengan santai berjalan ke ruang kerja Gio sebelum mengetuk perlahan pintu itu.

"Masuk"

Mendengar jawapan daripada Gio dengan perlahan Mely menolak pintu ruang masuk tersebut sebelum berjalan masuk. Kedua mata kelabunya memandang susuk tubuh yang terlihat seperti siluet di hadapannya dengan ekspresi terpana. Sinar matahari yang menyinari belakang tubuhnya, membuatkan Gio terlihat seperti bayang-bayang, apatah lagi suit hitam yang dipakainya hari ini, benar-benar membuat susuk tubuh Gio terlihat seperti lelaki yang mempunyai darah biru. Penuh dengan kewibawaan dan berkarisma. Setiap pergerakannya terlihat sangat elegan seakan seluruh tubuhnya memancarkan aura bangsawan yang sangat kuat.

Berusaha mengawal degup jantungnya, perlahan Mely berjalan mendekati lelaki yang masih sibuk dengan skrin komputer riba di hadapannya. Mely sibuk memaki dirinya sendiri atas reaksi yang terjadi dalam tubuhnya.

"Bos" panggil Mely perlahan sebelum berhenti empat langkah dari posisi meja kerja Gio.

"Mm?" jawab Gio singkat, masih tidak mengalihkan pandangannya.

"Saya minta izin untuk makan tengah hari terlebih dahulu, bos" kata Mely perlahan dengan nada gugup. Ini adalah kali pertama dia bekerja sebagai pembantu peribadi seseorang. Walaupun, pekerjaannya sekarang jauh lebih banyak dan sukar, namun setelah dia mendengar apa yang diajar oleh Ziro, dia mula merasakan bahawa bekerja sebagai pembantu peribadi ternyata tidak seburuk dari apa yang dia fikirkan.

Dari dulu Mely selalu beranggapan bahawa perempuan yang menjadi pembantu peribadi seseorang, kemungkinan besar perempuan itu akan mendapat perlakuan yang berbeza dan tentunya sebahagian besar perempuan itu harus menghangatkan tempat tidur bos mereka. Dia sangat benci orang yang tidak mempunyai intergriti dan harga diri. Oleh itu Mely selalu menolak pekerjaan seperti itu atau yang seumpamanya. 

Tidak ada yang tahu apa yang akan terjadi, bukan?

Jadi lebih baik mencegahnya daripada jatuh lebih jauh.

Namun, berbeza dengan apa yang dia fikirkan, bekerja dengan Giovano LinDenhof ternyata tidak seburuk dari apa yang dia sangka. Memang jadual kerjanya menjadi jauh lebih padat dan sibuk dari sebelumnya, namun Mely menyukainya setiap masa. Apatah lagi Ziro dan semua setiausaha yang memperlakukannya dengan baik dan hormat. Hanya, satu orang. Julia Jennings. Mely hanya berharap yang perempuan itu tidak mengganggunya kerana dia tidak ingin menimbulkan masalah ditempat kerja barunya.

Tersedar dari lamunannya, kedua mata Mely beralih ke arah Gio yang saat ini masih sibuk membaca dan menandatangani dokumen-dokumen yang ada di hadapannya. Mendengar jawapan persetujuan daripada Gio, akhirnya Mely berjalan meninggalkan ruang kerja tersebut dan berjalan menuju ke kafeteria seperti arah yang Ziro tunjukkan kepadanya.

Suasana kafeteria terlihat cukup sibuk dan dipenuhi dengan pekerja LinDenhof Corporation. Kafeteria ini tidak dapat disamakan dengan kafetaria pada umumnya kerana jelas dari dalaman hingga kualiti makanan merupakan standard masakan hotel lima bintang. Setiap orang yang melihat ini akan memahami bahawa CEO syarikat ini sangat mengambil berat akan kesihatan dan keperluan semua pekerjanya.

Sebaik saja Mely memasuki kawasan kafeteria yang terletak di tingkat 5 ini, dia benar-benar terpukau melihat keindahan dalaman ruang kafeteria ini sehingga membuatkan Mely tercengang. Terlalu cantik, katanya dalam hati sambil melangkah untuk memesan makanan, namun baru beberapa saat dia berada di kafeteria ini. Ruangan yang tadinya dipenuhi dengan suara perbualan pekerja berubah perlahan sebelum digantikan dengan suara bisikan yang bergema di sekelilingnya.

Mely mengerutkan kening ketika merasakan beberapa pasang mata memandang ke arahnya dan juga jari telunjuk menunjuk ke arahnya. Perlahan-lahan Mely melirik ke arah orang ramai yang berada tidak jauh dari posisinya saat ini dan benar. Semua orang yang ada disana sedang memperhatikannya dan juga menunjuk ke arahnya.

Ada apa sebenarnya? Fikir Mely dalam diam sebelum dia merasakan satu tangan menyentuh bahu kanannya yang membuatnya tersentak sebelum menoleh ke arah pemilik tangan tersebut.

"Hai! Kamu, orang baru yang menjadi bahan gosip di pejabat, bukan?" kata seorang perempuan yang memandangnya dengan ekspresi yang terlihat ...gembira?

"Ugh ..." gumam Mely perlahan, dia benar-benar tidak tahu apa yang harus dia jawab. Adakah dia harus menjawab? Ah, ya, sayalah orangnya yang menjadi bahan gosip sekarang ini.

"Sudah tentu, tentu saja. Ah..bodohnya saya menjawab pertanyaan saya sendiri" kata perempuan tersebut sebelum tertawa perlahan dan menepuk dahi kecilnya. Mely hanya menaikkan sebelah keningnya sambil memperhatikan perempuan unik dan pelik di hadapannya ini. Mely benar-benar tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.

"Ah ...nama saya Febby. Kamu, Melysah Chandravina, bukan? Jangan risau, hampir semua pekerja disini sudah mengenali kamu" kata perempuan tersebut sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Ugh, apa yang harus dia jawab?

Perlahan-lahan Mely menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan perempuan pelik di hadapannya. "Um ...salam perkenalan, Febby," kata Mely gugup dengan senyuman yang terlihat sedikit kaku.

"Astaga!! Kamu benar-benar comel!! Ayo, kita makan sama-sama!! Kamu pasti belum pernah makan makanan disini, kan?" kata Febby dengan nada ceria sambil menarik tangan Mely ke arah tempat pesanan.

Mely, yang bingung dalam situasi pelik ini hanya dapat mengikuti Febby dalam diam.

Merasakan Mely yang terlihat diam, Febby menyangka bahawa dia cukup terganggu dengan bisikan-bisikan dan isyarat tangan yang menunjuk ke arah mereka saat ini. Febby memandang ke arah Mely dengan senyuman lebar, berusaha memenangkan rakan comelnya yang baru.

"Kamu tenang, Melysah! Jangan risau ratu gosip seperti mereka. Kamu kan orang baru, makanya mereka bercakap tentang kamu, nanti hilang sendiri juga" katanya masih dengan nada yang sama.

Mely yang tercengang ketika mendengar kata-kata perempuan bernama Febby, hanya memandangnya dengan kedua kening terangkat sempurna. Kedua mata Mely dengan jelas melihat sinar teruja dari mata Febby. Perlahan ujung bibirnya tertarik dengan senyuman lembut.

Nampaknya teman peliknya ini baik juga, Katanya dalam hati.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience