Rate

The Almighty Devil Of Underworld_19

Action Completed 38206

"Kau ...? Adakah kau akan berurusan langsung dengan mereka? Kau? Seorang Giovano LinDenhof yang enggan mengotorkan tangan dengan hal-hal kecil tiba-tiba ingin turun tangan secara langsung? Adakah dunia ini sudah mahu terbalik?" kata Raffael dengan nada ragu.

"Semua mengenai Vina adalah keutamaan," jawab Gio dengan nada dingin. Raffael dengan jelas dapat melihat kilatan familiar di kedua mata Gio, tanpa sedar senyuman menyeringai terbentuk di wajahnya, membuatkan Raffael yang selama ini dikenali penuh dengan humor terlihat cukup menyeramkan. 

"Ah ...akhirnya Iblis mula menunjukkan dirinya yang sebenar" kata Raffael sebelum bangkit dari posisi baringnya. Perlahan tangannya bergerak untuk melepaskan butang atas pakaiannya sebelum melihat kesan darah yang mengotori kemeja yang dipakainya. Bayangan yang terjadi beberapa saat yang lalu membuatkan ekspresi wajah Raffael menjadi gelap. "Mereka harus membayar ini," katanya nada dingin dengan penekanan ayat yang penuh berbahaya.

"Mungkin Melysah tidak tahu siapa kita, tetapi sejak kau memilihnya maka aku juga sudah menganggapnya sebahagian dari keluarga kita," kata Raffael sambil memandang ke arah Gio dengan ekspresi serius. "Saat melihat dia terbaring di tengah jalan dengan berlumuran darah benar-benar membuat aku haus akan darah balas dendam," sambungnya.

Senyuman nipis terbentuk di wajah Gio ketika dia mendengar kata terakhir yang di ucapkan oleh sepupunya ini. Kedua mata birunya dipenuhi dengan emosi yang dapat membuat siapa pun yang melihatnya menggeletar ketakutan. Gio benar-benar sesuai dengan gelaran yang dia dapat sejak dia mengambil alih urusan keluarganya.

Devil.

Kedua mata Raffael memandang Gio dengan pandangan penuh minat untuk beberapa saat sebelum senyum lebar terbentuk di bibirnya.

"Kita akan segera menghilangkan rasa haus ini," kata-kata Gio membuatkan Raffael tertawa.

Ah ... siapa yang tidak tahu ...lelaki ini hanya akan tersenyum ketika dia sudah memutuskan untuk memburu mangsanya. Dan sekarang lelaki ini di hadapannya ini sudah menemui semua mangsanya, maka ...

Hehehe... malam ini akan menjadi malam yang menarik.

Bunyi pintu terbuka bergema di seluruh ruangan membuatkan dua lelaki yang saat ini duduk di sofa mengalihkan pandangan mereka ke arah sumber suara tersebut. Lau Fhang berjalan dengan langkah cepat sebelum kedua mata hitamnya memandang ke arah Gio dan Raffael dengan pandangan cemas. "Gio, aku memerlukan 5 pek darah golongan AB negatif rhesus" katanya cepat sebelum memusingkan badannya untuk kembali masuk ke bilik dan menutup pintu dengan rapat.

Raffael terdiam sambil memandang Gio yang terlihat tenang. Gio kembali mengangkat telefonnya untuk kali yang kedua. "10 pek. AB negatif rhesus. 10 minit. Guna helikopter. Cepat," arahnya kepada seseorang sebelum mematikan panggilan tanpa menunggu balasan dari lawan bicaranya.

Hujung bibir Raffael berkedut mendengar permintaan Gio "10 pek? Bukankah Lau Fhang hanya minta 5 pek?" tanya Raffael dengan pelik.

"Untuk berjaga-jaga" jawab Gio sebelum menyilangkan kakinya. "Uncle Chong, sediakan pakaian untuk Raffa. Ziro, bilik tetamu. Rehat," kata-kata Gio membuatkan Butler Chong dan Ziro terkejut saat mendengar suaranya.

Peluh dingin semakin mengalir diseluruh tubuh mereka ketika melihat interaksi dua lelaki LinDenhof yang berada di hadapan mereka.

Gila….

Semua ahli keluarga LinDenhof sememangnya sangat-sangat menakutkan.

Early morning.

Sepanjang malam mereka habiskan masa untuk berbincang mengenai banyak perkara. Dari maklumat yang mereka dapat dari Rayden yang merupakan ketua keselamatan keluarga LinDenhof mengenai pelaku yang bertanggung jawab mengenai kejadian yang menimpa Ms. Chandravina, hasil kerja sama yang baru LinDenhof Corporation dengan salah satu syarikat terbesar di China sehingga laporan mengenai perkembangan Starhouse yang baru diambil alih oleh Raffael dalam beberapa minggu. 

Jam dinding yang berada di tempat Gio dan Raffael sudah menunjukkan pukul 4 pagi namun, sehingga detik ini Lau Fhang masih berada di dalam bilik tempat Melysah terbaring. Tiada tanda-tanda yang tugasnya akan selesai dan hal itu tanpa sedar membuat LinDenhof bersaudara ini dipenuhi kerisauan.

"Kucing kecilmu ini benar-benar menarik," kata Raffael. Pandangannya masih tertumpu pada iPad yang memainkan rakaman video CCTV, kejadian beberapa malam yang lalu ketika Mely berurusan dengan pengarahnya, Johnson. Pandangannya dipenuhi dengan rasa kagum, "Ini bukan typical kucing yang lemah," sambungnya.

"Hm. Vina memiliki cakar yang tajam" balas Gio singkat. Di saat Raffael sibuk dengan rakaman video CCTV Starhouse, pandangan Gio hanya fokus pada data-data saham syarikat yang terpampang di screen laptopnya. Bekerja adalah salah satu cara Gio untuk mengalihkan perhatiannya. Saat ini dia memerlukan ketenangan agar dia dapat mengambil keputusan yang tepat untuk masalah ini.

"Cih. Jatuh cinta membuatkan kau berubah. Nampaknya, manusia ais kesayangan keluarga sudah mula memiliki emosi yang normal seperti manusia biasa" usik Raffael sambil memandang Gio dengan penuh makna.

Gio mendengus ketika mendengar kata-kata Raffael. "Cinta? Mengarut" jawab Gio sebelum tenggelam dengan data-data syarikat yang terpampang di hadapannya.

"Aku yakin sister-in-law akan buat kau menjadi lelaki yang normal!" kata Raffael dengan makna tersirat.

Tepat setelah Raffael menyelesaikan kata-katanya, mereka berdua mendengar suara pintu terbuka yang membuat keduanya segera mengalihkan pandangan mereka ke arah Lau Fhang yang baru saja melangkah keluar dari bilik tempat Mely terbaring.

"Haaa" Lau Fhang menghela nafas panjang sambil berjalan ke arah sofa sebelum merebahkan tubuhnya di atas permukaan sofa tempat Raffael duduk.

"Bagaimana?" tanya Gio sambil memperhatikan Lau Fhang dengan kening berkerut sebelum melirik ke arah pintu bilik tempat kucing kecilnya terbaring.

"Close call, brother" jawabnya sambil memejamkan kedua matanya.

"Shit. I know it. Bagaimana dengan kecederaannya? Adakah ada yang memberi kesan jangka panjang?" tanya Raffael dengan nada risau.

Kedua mata Lau Fhang terbuka perlahan sebelum memperhatikan LinDenhof bersaudara yang saat ini memandangnya. "Adakah perempuan itu salah satu mainan kamu, Raf?" tanya Lau Fhang sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Him!! Kucing kecilnya!!" kata Raffael dengan cepat sambil menunjuk ke arah Gio dengan ekspresi tersinggung ketika mendengar tuduhan Lau Fhang.

"Hah? Kau bergurau, ya?" kata Lau dengan ekspresi ragu terhadap dua sepupunya yang ada di dekatnya.

Lau Fhang adalah salah satu sepupu mereka dan sangat berbeza dengan sepupu mereka yang lain kerana ayah Lau Fhang adalah salah satu ahli perniagaan yang terkenal di China. Lau Fhang adalah nama keluarga dari pihak ayahnya. Membesar sebagai orang yang memiliki 3 darah campuran membuatkan Lau Fhang terlihat berbeza dan menarik banyak perhatian. Lau Fhang membesar dengan hanya bergantung pada pengaruh keluarga ayahnya sehingga tiada yang tahu dalam diri Lau Fhang terdapat darah keluarga LinDenhof.

Semua orang tahu bahawa dunia perniagaan tidak pernah bersih di seluruh dunia, bukan?

Termasuklah Beijing.

Ketika Lau Fhang berumur 5 tahun dia pernah mengalami kes penculikan yang hampir meragut nyawanya dan hal itu adalah tamparan terbesar untuk keluarga Lau Fhang terutama ayahnya. Menyedari bahawa satu-satunya cara untuk Lau Fhang hidup tenang dengan mengakui bahawa Lau Fhang adalah salah satu generasi muda keluarga LinDenhof. Akhirnya ayahnya memutuskan untuk mengakui hal tersebut. Oleh itu, keluarga LinDenhof memberikan Lau Fhang nama lain untuk menjatuhkan nama keluarga ayahnya.

Nathan LinDenhof.

Namun, malangnya nasi sudah menjadi bubur. Walaupun, Lau Fhang sudah memiliki nama belakang keluarga LinDenhof, kejadian penculikan itu memberikan trauma yang besar untuknya. Terutama dalam masalah kepercayaaan dan tentunya. Perempuan. Sikapnya yang ceria berubah drastik menjadi introvert sehingga kedua orang tua Lau Fhang menghantarnya untuk tinggal di Amerika agar mampu membuat keadaan mentalnya menjadi lebih baik terutama jika dia di kelilingi oleh sepupunya yang mempunyai umur yang sebaya dengannya.

Siapa yang dapat menduga bahawa lelaki sedingin Giovano LinDenhof mampu membuat Lau Fhang ceria semula. Dia juga dibesarkan bersama dengan Gio, Raffael, Leo, Deekson dan juga Nicholas adik Gio, baginya untuk mempercayai bahawa seorang Giovano LinDenhof memiliki seorang perempuan seperti dia mempercayai bahawa seekor anjing tiba-tiba memiliki kebolehan untuk terbang.

Almost impossible, well basically ...not almost.

It's impossible.

Mendengar nada ragu Lau Fhang membuatkan ekspresi Gio menjadi gelap secara drastik. Kedua mata birunya memandang Lau Fhang dengan dingin. "She's mine" kata Gio dengan nada sangat tegas.

"WHAT!?" jerit Lau Fhang sebaik saja dia mendengar pengakuan Gio. Rasa letih yang dia rasakan seakan menghilang dan digantikan oleh rasa terkejut yang membuatnya tercengang seketika. 

Giovano LinDenhof benar-benar mengakui perempuan itu miliknya!!! 

Ini bukan mimpikan!!

Jika kata itu diucapkan oleh Raffael, mungkin Lau Fhang tidak akan terkejut namun kata-kata itu diucapkan oleh Gio. Lelaki yang memiliki kelainan pelik yang selalu benci dengan sentuhan lawan jenis.

Bagaimana dia tidak terkejut!?

"Adakah kau serius, Gio? Kau berguraukan?" tanya Lau Fhang sambil terus memandang ke arah Gio dengan kedua mata yang membesar kerana terkejut. "Raf, kau jangan menipu aku. Perempuan itu milik kau, kan?"

Pertanyaan Lau Fhang itu membuatkan aura di sekeliling Gio menjadi semakin gelap. Keningnya semakin berkerut ketika mendengar pertanyaan Lau Fhang yang membuatnya semakin jengkel.

Menyedari suasana hati Gio semakin bertambah buruk kerana pertanyaan bodoh Lau Fhang, Raffael segera menaikkan kedua tangannya sebagai tanda menyerah. "Bukan. Bukan milik aku. Perempuan itu milik Gio! Serius!" kata Raffael cepat dengan nada cemas sebelum kedua matanya dengan cepat beralih dari Lau Fhang ke arah Gio.

Astaga, adakah sepupu mereka ini bodoh? Di mana IQ tingginya?

Adakah ulat buku genius ini tiba-tiba berubah menjadi orang bodoh?

Adakah eksperimen di makmalnya membuat IQ-nya menurun secara drastik?

"Raffael"

Suara dingin itu membuatkan Raffael menegakkan posisi duduk dan memandang Gio dengan ekspresi gugup. "Yes, brother?" Merasakan pandangan dingin yang diarahkan kepadanya membuatkan Raffael menelan liurnya.

"Tarik semula dana untuk Royal Hospital," kata Gio sambil memandang Lau Fhang yang terlihat pucat ketika mendengar kata-kata Gio. Royal Hospital adalah hospital nombor satu di Amerika yang berada di bawah naungan LinDenhof Corporation. Hospital yang merupakan hasil kerja keras Lau Fhang dalam membangun kemudahan penjagaan kesihatan terbaik di seluruh negara dan untuk Gio menghentikan dana Royal Hospital sama dengan membunuh anak yang sudah dirawatnya.

Tidak! Dia tidak boleh membiarkan hal itu terjadi!!

"Hey... hey, Gio aku hanya bergurau. Sudah tentu kau tertarik dengan perempuan. Lagi pula aku kan sudah berusaha menolong kucing kecilmu" pujuk Lau Fhang yang berusaha memperbaiki mood Gio yang terlihat buruk.

Melihat apa yang sudah dilakukan oleh Lau Fhang untuk kucing kecilnya. Gio memutuskan untuk membiarkan masalah itu berlalu "Hm," jawab Gio singkat namun jawapan itu sudah cukup membuat ekspresi di wajah Lau Fhang berubah secara drastik, mengetahui bahawa Gio sudah memaafkan kebodohan mulutnya.

"Bagaimana keadaannya?"

"Luka di lengan kirinya memerlukan beberapa cangkuk. Selain itu bahu kirinya juga mengalami retakan, lebam hampir di seluruh permukaan tubuhnya. Ah ... pergelangan kaki kirinya juga sangat bengkak kerana terkilir, apa yang perlu diperhatikan ialah tulang rusuknya yang mengalami beberapa retakan besar. Ini akan menjadi masalah untuk dia dalam beberapa hari ke depan, dia tidak boleh terlalu letih, dia tidak boleh bergerak terlalu banyak. Pergerakan paru-paru yang terlalu cepat dapat menyebabkan kesakitan yang kuat, tetapi yang aku bimbangkan adalah kepalanya. Kesan yang dia dapat dari pukulan benda tumpul itu terlalu kuat sehingga menyebabkan otaknya mengalami gegaran ringan. Retakan halus dapat dilihat dari hasil x-ray dan saraf otaknya juga mengalami peradangan yang akan membuat dia merasa sakit kepala yang sangat menyakitkan dalam beberapa minggu ke depan. Dalam masa tiga hari kucing kecilmu akan sedar, tapi jika tidak. Kau harus segera menghubungi aku" kata Lau Fhang dengan nada serius ketika dia menangani masalah kesihatan pesakitnya dan kini kucing kecil Gio adalah pesakit utama yang harus dia perhatikan.

"Kucing kecilmu sangat bernasib baik. Jika Raffa terlambat dalam masa 10 minit, keadaannya akan menjadi semakin sukar untuk dikawal" sambungnya dengan kedua mata yang terus memperhatikan perubahan ekspresi di wajah Gio.

"Hey, Raf... adakah kita akan mendapat sister-in-law baru dalam waktu terdekat?" tanya Lau Fhang sambil memandang Raffael dengan pandangan penuh makna yang di fahami oleh Raffael.

Mendengar itu membuat Raffael tertawa perlahan sebelum melirik Gio dari hujung matanya. "Sepertinya tidak dalam waktu terdekat. Bahkan, kucing kecilnya sendiri tidak tahu ada lelaki ais yang mengejarnya," jawabnya sambil menggerakkan bahunya tidak acuh. Namun, semua orang dapat melihat pandangan Raffael saat ini dipenuhi dengan pandangan nakal.

Bila lagi dia memiliki kesempatan untuk mengusik lelaki ais ini?

Sudah tentu, sekecil apa pun kesempatan itu akan dia ambil!

"Huh? Adakah perempuan itu tidak tahu siapa Gio? Perempuan mana yang tidak kenal dengan Giovano LinDenhof? Dan, perempuan mana yang tidak ingin menjadi pasangan Gio?" semua pertanyaan keluar dari mulut Lau Fhang ketika dia mendengar kata-kata Raffael yang semakin membuat dia terkejut.

Apa! Sepupunya yang sangat sempurna ini mengejar perempuan yang bahkan tidak menyedari keberadaannya?

Ini benar-benar tidak masuk akal!

Apa yang lebih tidak masuk akal adalah ...sejak bila sepupunya ini mengejar perempuan!?

"Kalau aku perhatikan ... Melysah bukanlah perempuan yang biasa kita temui. Aku rasa kuasa dan wang tidak akan mudah mempengaruhinya," kata Raffael perlahan seakan tenggelam dalam fikirannya.

"Tsk ... tsk, kau serius? Raf, walaupun, sebahagian besar masa hidupku di habiskan di hospital dan makmal tidak bermakna kau boleh memperbodohkan aku. Kau fikir masih ada perempuan begitu?" kata Lau Fhang dengan pandangan mengejek ke arah Raffael.

"Serius. Kau fikir kenapa Gio mengambil alih Starhouse? Mengapa dia meminta aku menjadi CEO di Starhouse? Untuk apa lagi kalau bukan untuk melindungi kucing kecilnya dari semua masalah yang boleh terjadi di tempat kerjanya? Walaupun Gio begini, dia melindungi perempuan itu dari bayang-bayangnya. Makanya, kau cepat-cepat cari pasangan. Lihat... lelaki ais ini pun sudah mula bersikap seperti manusia normal. Kau pun harus cepat-cepat menjadi manusia normal, Lau Fhang"

Entah bagaimana perbualan mereka yang tadinya hanya tertumpu kepada Gio tiba-tiba berubah arah kepada Lau Fhang. Ekspresi Lau Fhang berubah saat dia mendengar kata-kata Raffael yang menyinggung perasaannya.

"Tch. Urusan hospitalku lebih penting dari urusan percintaan bodoh. Kau lebih baik urus diri kau sendiri dan jangan sampai membuat perempuan tidak berdosa di luar sana mengandung. Only God knows, seberapa banyak perempuan yang sudah kau tiduri" balas Lau dengan nada mengejek.

Mendengar perdebatan yang terjadi di antara dua sepupunya ini membuatkan Gio memejamkan kedua matanya perlahan sebelum mengurut kepalanya. "Sudah habis" katanya perlahan yang membuatkan perdebatan sengit antara dua lelaki di hadapannya ini terhenti seketika.

"Ugh, Cousen ..lihat apa yang dilakukan oleh Lau Fhang!!!" kata Raffael dengan nada memohon bantuan yang mendapat pandangan tajam dari lelaki dengan cermin mata hitam yang saat ini berada tepat di sebelahnya.

"Diamlah! Raffael!" tengking Lau Fhang dengan ekspresi kesal.

Setelah beberapa saat Gio mendengar perdebatan tidak penting dari kedua sepupunya ini, dia akhirnya memutuskan untuk bangun dari posisi duduknya dan memanggil Butler Chong untuk menyiapkan pakaian baru dan meminta Ziro bersiap untuk menghantarnya.

Lau Fhang dan Raffael yang melihat tingkah laku Gio turut bangkit dari posisi duduk mereka. Mereka berdua bertukar pandang sebelum memandang Gio dengan pandangan penuh tanda tanya. Mahu ke mana lagi sepupu mereka? Masih pukul 6 pagi dan lelaki ini sudah mahu keluar? Bukankah, biasanya lelaki akan berada di sisi perempuan yang dicintainya?

"Gio, kau tidak mahu menunggu kucing kecilmu sedar dulu? Kau tidak mahu melihat keadaannya dulu?" tanya Raffael.

"Tidak" jawabnya sebelum mengalihkan pandangannya dari Raffael ke arah Lau Fhang yang tersentak ketika merasakan pandangan tajam Gio. "Nathan, kau akan menjaga dia di sini selama beberapa hari. Beritahu aku setiap perkembangannya," kata Gio kepada Lau Fhang yang segera menganggukkan kepalanya.

"Baiklah. Aku akan menjaga kucing kecilmu"

"Kalau begitu? Kita mahu kemana?" tanya Raffael dengan penuh semangat seakan dia dapat menduga ke mana Gio akan pergi selepas ini.

"Meroy Mansion," jawabnya sambil berjalan meninggalkan Lau Fhang di ruang tamu tersebut, sedangkan Raffael menyeringai ketika mendengar jawapan Gio.

Ah ... akhirnya, pertunjukan yang menarik akan bermula hehehe....

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience