Rate

The Almighty Devil Of Underworld_103

Action Completed 38206

Highway Bridge, East River,
Manhattan, NYC.

Perlahan, Gio bangun dari posisinya yang berjongkok sebaik saja dia mendengar suara jeritan Leo yang menarik perhatian sebahagian orang yang berada di kawasan tersebut. Begitu, juga dengan ketiga sahabatnya yang saat ini segera menghampirinya.

Menyedari, semua sahabatnya sudah berada di dekatnya. Dengan, gerakan cepat tangan Leo menekan beberapa butang sebelum satu rakaman video CCTV lalu lintas dilihat memenuhi skrin laptop yang ada di hadapannya. Semua, orang yang melihat rakaman tersebut tanpa sedar menahan nafas mereka dengan pandangan penuh jangkaan.

Dapat di lihat dari rakaman video tersebut terdapat kumpulan Mercedes hitam yang bergerak masuk ke kawasan jambatan besar yang merupakan tempat lokasi kejadian berlaku. Beberapa saat kemudian terdapat lima Jeep hitam yang bergerak dengan kelajuan tinggi untuk mengejar kumpulan Mercedes hitam tersebut sebelum merempuh dua Mercedes hitam yang berada di bahagian paling belakang. Rempuhan yang sangat kuat itu, membuatkan kedua-dua Mercedes hitam tersebut hilang kawalan seketika dan keluar daripada barisan sebelum kejadian berbalas tembakan berlaku. Tiba-tiba Jeep hitam yang terlibat dalam kejadian tembak-menembak dengan kedua Mercedes hitam tersebut, membuka salah satu pintu kereta yang mendedahkan diri mereka yang terlihat memakai topeng hitam sambil membawa bazooka besar sebelum melepaskan peluru berpandu ke arah setiap Mercedes hitam yang berada tidak jauh dari tempat mereka.

Melihat kejadian itu, membuat semua orang yang masih memandang ke arah skrin laptop menahan nafas mereka dengan serentak namun, kedua mata mereka masih memperhatikan empat jeep hitam yang masih terlihat menyasarkan Mercedes hitam yang lain dengan pandangan penuh kerisauan sebelum terdengar bunyi tembakan memenuhi speaker yang ada di dekat mereka. Kejadian, tembak-menembak berlaku dengan begitu sengit sebelum semua Jeep hitam terlihat memasang bazooka mereka masing-masing dan melepaskan semua peluru berpandu ke arah semua Mercedes hitam. Letupan demi letupan terlihat datang silih berganti yang membuatkan skrin laptop yang berada di hadapan mereka dipenuhi dengan api dan asap hitam yang menghadkan penglihatan mereka mereka semua.

Tidak ada, seorang pun yang tahu apa yang terjadi di dalam letupan tersebut namun, semua orang sudah memiliki dugaan mereka masing-masing. Jantung mereka terasa berhenti berdegup dengan semua kemungkinan yang boleh terjadi. Terutama, mungkinan itu adalah hasil terburuk di antara semua. Tidak, seorang pun yang berani membuka mulut, bahkan berani mengalihkan pandangan daripada skrin laptop seolah mereka masih tidak ingin menerima kemungkinan yang mungkin terjadi.

Beberapa saat berlalu dengan penuh ketegangan, mereka semua melihat satu Mercedes hitam yang bergerak dengan laju keluar dari asap hitam yang memenuhi kawasan tersebut. Dengan cepat tangan Leo bergerak untuk membesarkan skrin laptop untuk melihat plat nombor Mercedes hitam tersebut. Melihat plat nombor familiar yang ada dalam ingatan mereka, helaan nafas lega bergema di sekitar mereka.

Syukurlah, kereta sister-in-law tidak apa-apa.

Sister-in-law baik-baik saja.

Semua kemungkinan terus memenuhi fikiran mereka sebaik saja melihat rakaman video tersebut. Mungkin, kereta sister-in-law berjaya melarikan diri, mungkin sister-in-law tidak apa-apa dan mungkin sekarang sister-in-law sudah kembali ke Mansion kerana dia tahu hanya di kawasan Mansion itu keselamatan mereka dapat dijamin. Malangnya ketika semua pemikiran itu memenuhi fikiran mereka masing-masing, hasil kesinambungan dari rakaman video CCTV tersebut, membuat jantung mereka terhenti seketika.

Dapat di lihat dengan jelas terdapat dua Jeep hitam yang terlihat mengejar Mercedes hitam yang sister-in-law naiki dengan kelajuan tinggi sebelum melanggar bumper belakang Mercedes hitam tersebut yang membuatnya hilang kawalan seketika. Sebuah, Jeep hitam tiba-tiba meletakkan kereta mereka tepat di sebelah kanan Mercedes hitam tersebut sebelum membuka pintu kereta mereka untuk mengeluarkan bazooka yang sama seperti sebelumnya.

Nafas mereka tersekat, kedua mata mereka memandang skrin laptop di hadapan mereka dengan jantung yang berdegup kencang kerana rasa takut yang tiba-tiba menyelimuti hati mereka.

Tidak!

Mereka semua berdoa agar semua ini tidak berakhir seperti apa yang mereka fikirkan saat ini.

Kedua mata mereka dengan jelas melihat bazooka tersebut sudah di kunci pada sasaran Mercedes hitam sister-in-law.

Astaga ...ini benar-benar buruk, kata mereka semua dalam hati.

Tepat sebelum peluru berpandu dilancarkan, mereka semua dapat melihat susuk tubuh perempuan mungil dan lelaki tegap melompat keluar dari Mercedes hitam tersebut sebelum berlari laju untuk menjauhi kereta Mercedes hitam tersebut.

Ketika, mereka semua melihat wajah kecil penuh ketakutan itu, jantung mereka terasa seperti di cengkam oleh satu tangan besar yang membuat dada mereka terasa sesak. Belum sempat mereka memproses apa yang baru terjadi, letupan terakhir itu terdengar bergema di speaker yang ada dekat mereka semua.

Walaupun, letupan itu terlihat memenuhi skrin laptop namun, dari sisi skrin tersebut mereka semua dapat melihat tubuh mungil itu melayang sebelum terjatuh ke arah sungai yang berada tepat di bawah jambatan tersebut.

Semuanya, berlaku dengan begitu cepat sehingga otak mereka tidak dapat memproses apa yang baru saja terjadi. Keheningan menyelubungi tempat mereka dengan penuh ketegangan. Tidak ada, seorang pun yang membuka mulut di antara mereka, otak mereka bekerja dengan cepat untuk memproses kejadian yang baru saja mereka lihat beberapa saat lalu sebelum akhirnya satu suara menyedarkan mereka dari rasa terkejut.

"Sister-in-law jatuh ke dalam sungai"

Kata-kata Deekson terus menyedarkan Gio. Kedua mata birunya berkontraksi seketika sebaik saja dia menyedari bahawa kucing kecilnya terhempas jauh dari ketinggian yang tidak dapat dihitung ke arah sungai besar yang berada di bawah jambatan ini. Jantungnya, seakan berhenti berdegup ketika dia melihat tubuh mungil itu jatuh seperti daun yang ditiup angin, seluruh tubuhnya bergetar perlahan kerana semua emosi yang menyelimuti tubuhnya. Mengepalkan kedua tangannya dengan kuat untuk menahan pergolakan emosinya. Pandangannya, bergerak ke arah Raffael, Nick dan Leo yang masih memandang skrin laptop dengan pandangan tajam. "Raffael, Nicholas, Leonardo gerakkan pencarian sekarang!" jerit Gio dengan nada dingin yang terdengar sedikit bergetar. 

Jeritan Gio tadi membuat ketiga lelaki yang berada di dekatnya tersentak sebelum ketiga-tiganya bergerak dengan tergesa-gesa untuk menggerakkan semua anggota pasukan mereka masing-masing untuk melakukan pencarian disekitar sungai.

Perlahan, Gio bergerak ke salah satu tiang jambatan yang saat ini tempat dia berdiri untuk mengatur semua emosinya dengan kedua mata di pejam. Video tadi benar-benar hampir membuatnya hilang kawalan, apatah lagi memikirkan peluang besar untuk kucing kecilnya selamat. Tiba-tiba fikirannya dipenuhi oleh semua memori yang berkaitan dengan kucing kecilnya. 

Senyumannya yang cerah, kedua mata kelabu yang dipenuhi sinar excitement, sikapnya yang manja, wajahnya yang merah, bibirnya yang lembut, kehangatan dari tubuhnya. Semuanya. Seakan-akan saat ini kucing kecilnya berada tepat di hadapannya. Gio sendiri tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada dirinya jika dia tidak lagi dapat melihat wajah kucing kecilnya.

Larut dalam pemikirannya sendiri, Gio tidak menyadari ada sepasang mata hitam yang memandangnya dengan pandangan yang sukar di gambarkan. Dahinya berkerut dalam seakan dia sedang menimbang semua kemungkinan yang boleh terjadi. Pandangannya, bergerak ke arah tangannya yang saat ini memegang file biru yang terlihat separuh terbakar. Bibirnya terbuka perlahan seakan berusaha memanggil lelaki yang berada tidak jauh di hadapannya namun, tiada suara sedikit pun yang keluar dari celah bibirnya.

Deekson, bingung adakah dia harus mengatakan perkara ini kepada Gio atau tidak. Terutama ketika dia melihat ekspresi Gio yang sudah di ambang hilang kawalan ini. Selama, dia membesar dengan semua ahli keluarga LinDenhof, dia tidak pernah melihat ekspresi Gio seperti saat ini.

Bagaimana, jika Gio mengetahui berita ini?

Apa yang akan terjadi kepadanya nanti?

Deekson tidak dapat mengambil keputusan jika kemungkinan besar lelaki ini akan merasa hancur. Sekiranya, Gio hancur kesan yang akan terjadi bukan hanya kepada Keluarga LinDenhof tetapi, semua ahli perniagaan dan juga komuniti dunia bawah. Semua, orang akan terkena impaknya dan itu akan membahayakan mereka semua.

Namun, setelah beberapa saat, akhirnya Deekson memutuskan untuk berjalan ke arah Gio yang masih bersandar di salah satu tiang jambatan dengan langkah penuh keraguan. "Brother, aku ...menemui ini" gumam Deekson dengan nada gugup sambil mengulurkan file biru yang tertera logo Royal Hospital dan nama pemilik Melysah Chandravina yang sebahagiannya sudah terbakar.

Mendengar kata-kata Deekson tadi, membuat Gio membuka kedua matanya perlahan. Pandangannya bergerak ke arah file biru yang hanya tersisa separuh dengan kening berkerut sebelum tangannya bergerak untuk meraih file biru di hadapannya dan melihat nama kucing kecilnya yang sebahagiannya sudah terbakar.

Dengan gerakan perlahan, Gio membuka file tersebut di mana sebahagian besar dokumen yang ada di dalam sudah habis terbakar sehingga sukar untuk tidak dapat dibaca. Melihat hal itu membuat kening Gio semakin berkerut dalam namun, belum sempat dia membuka mulutnya untuk menanyakan maksud dari file tersebut. Kedua mata birunya menangkap satu keping gambar berwarna hitam dan putih yang berada di selit file biru tersebut. Tangannya, bergerak untuk meraih gambar kecil itu yang membuat kedua mata birunya membulat sebaik saja melihatnya.

Masa, seakan berhenti berputar...

Nafasnya tersekat melihat gambar yang ada di tangannya, jantungnya seakan berhenti berdegup seketika sebelum tubuhnya bergetar perlahan. Kedua mata birunya dipenuhi oleh rasa terkejut, tidak percaya dan kesedihan yang datang silih berganti. Gio, benar-benar tidak percaya apa yang ada di tangannya sekarang sebelum pandangannya bergerak ke arah Deekson yang memandangnya dengan penuh simpati. 

Senyuman pahit terbentuk di wajahnya sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan. "Itu hasil ultrasound. Your little kitten is pregnant"

Kata-kata Deekson semakin membuat seluruh tubuh Gio bergetar kuat. Kedua mata birunya menatap permukaan gambar dengan pandangan bercampur. Tanpa dia sedar setitis air mata mengalir di salah satu matanya.

His little kitten is pregnant?

Kucing kecilnya mengandung anak mereka?

Kenapa...

Kenapa kucing kecilnya tidak mengatakan apa-apa kepadanya?

Adakah sikap peliknya pagi tadi kerana ini?

Namun, sebaik saja Gio teringat kejadian yang baru dilihatnya dari rakaman video CCTV lalu lintas. Tubuhnya seakan hilang tenaga. Fikirannya terus dipenuhi oleh bayang-bayang di mana tubuh kucing kecilnya yang terhempas ke arah permukaan sungai yang jauh dari posisi jambatan. Seketika, ekspresi wajahnya dipenuhi oleh keputusasaan yang membuat wajahnya berubah pucat.

Tidak!

Dia tidak dapat menerima semua ini!

Dia benar-benar tidak akan dapat menerima semua ini!

Kedua mata hitam Deekson membulat sebaik saja dia melihat wajah Gio berubah pucat sebelum tubuhnya bergoyang sejenak dan jatuh tepat di hadapannya. Tangannya, Deekson dengan cepat menahan tubuh tegap Gio dengan kilatan risau dan panik memenuhi kedua mata hitamnya. 

"GIO!!!" jerit Deekson dengan kuat yang membuat Leo, Raffael dan Nick yang sibuk menggerakkan pasukan mereka masing-masing segera mengalihkan pandangan mereka ke arah mereka berdua dengan ekspresi terkejut dan penuh kerisauan memenuhi wajah mereka masing-masing.

"Brother!!!" jerit mereka dengan panik sebelum berlari ke arah Deekson dan Gio dengan langkah lebar. Ketiganya segera membantu Gio untuk menstabilkan posisi berdirinya sebelum mereka semua memandang ke arah wajah pucatnya dengan ekspresi panik mewarnai wajah mereka. Tiada yang berani membuka mulut ketika melihat ekspresi Gio seperti ini.

Selama mereka membesar bersama, ini adalah kali pertama mereka melihat ekspresi Gio seperti ini. Bahkan, Nick yang selalu berada di sisinya sejak kecil tidak pernah melihat ekspresi abangnya sehancur ini. Tubuhnya, bergetar perlahan dengan kedua mata biru yang memandang kosong ke arah permukaan jalan aspal yang ada di hadapannya.

"Apa yang harus aku lakukan sekarang?"

Hah?

Sebaik saja mereka mendengar suara lemah itu, kilatan bingung memenuhi kedua mata mereka masing-masing. Apa yang Gio katakan? Apa maksudnya dengan 'apa yang harus dia lakukan'? Bukankah, Gio sudah mengarahkan mereka untuk menggerakkan pencarian sister-in-law di dalam sungai? Mereka, sudah melakukan itu dan pencarian sedang dijalankan tetapi, kenapa Gio masih menanyakan hal itu? 

Pertanyaan demi pertanyaan memenuhi seluruh fikiran mereka namun, tidak ada seorang pun dari mereka yang membuka mulut untuk menanyakannya hal tersebut. Keheningan kembali menyelimuti kawasan sekitar sebelum pandangan mereka terpaku pada sekeping gambar ultrasound yang ada di tangannya Gio saat ini. Melihat, gambar tersebut membuat tubuh mereka menegang seketika.

Oh Tuhan.

Jangan cakap sister-in-law ...mengandung?

Fikiran mereka semua tiba-tiba menjadi kosong, dada mereka terasa sakit ketika menyedari kenyataan tersebut. Terutama ketika mereka mengingati bagaimana keadaan sister-in-law mereka ketika letupan itu berlaku. Memikirkan semua kemungkinan yang terjadi membuat seluruh tubuh mereka bergetar.

Tidak mempedulikan apa yang terjadi di sekitarnya. Perlahan, pandangan Gio kembali bergerak ke arah gambar ultrasound tersebut. Kedua mata birunya dipenuhi oleh kesedihan ketika dia melihat titik kecil yang berada di tengah-tengah gambar tersebut.

"What should I do if something happened to both of them?" kata Gio dengan perlahan.

His child.

His and his little kitten child.

Apa yang harus dia lakukan jika sesuatu terjadi dengan mereka berdua?

Bagaimana, jika mereka meninggalkannya sendiri?

Apa yang harus dia lakukan?

Gio, benar-benar tidak dapat berfikir kali ini.

Buat pertama kali dalam hidupnya, Gio benar-benar tenggelam dalam keputusasaan. Rasa sakit yang menyeksakan. Keputusasaan dan penderitaan yang dia rasakan ini jauh lebih menyakitkan dari apa yang dia rasakan ketika dia kehilangan ibunya beberapa tahun sebelumnya.

Mungkin ini yang ayahnya rasakan ketika ibunya pergi dalam hidup mereka, mungkin semua rasa dan emosi yang menyeksakan ini memakannya sehingga membuat ayahnya hancur.

Akhirnya, Gio memahami rasanya kehancuran itu seperti apa kerana saat ini dia benar-benar merasakannya.

Sekiranya, kucing kecilnya dan bayi kecil mereka meninggalkannya sendiri ...

He will be dead along with them.

***

A certain villa, unknown area, NYC.

"BODOH!!!" 

Jeritan kuat itu bergema di seluruh mansion yang di ikuti bunyi pukulan kuat yang membuat semua orang yang mendengarnya menggeletar ketakutan.

Kedua mata coklat itu dipenuhi oleh api kemarahan dan sedikit kegilaan yang dapat dilihat dengan jelas oleh sesiapa pun yang melihatnya saat ini. Nafasnya terengah-engah kerana emosi yang memenuhi seluruh tubuhnya, apatah lagi kedua tangannya yang berlumuran darah. Penampilan, Christan Romanceks saat ini benar-benar terlihat seperti psycho menakutkan yang sudah hilang akal.

"Aku sudah kata jangan menyakiti perempuan itu!! Manusia tidak berguna!" jerit Christan dengan penuh amarah sebelum menendang salah satu lelaki yang terkulai lemah paling dekat posisinya saat ini.

Sudah lebih dari satu jam dia melampiaskan semua kemarahan yang memenuhi tubuhnya sebaik saja dia mendengar laporan yang di laporkan oleh kumpulan bodoh ini kepadanya. Genangan darah terlihat mewarnai hampir sebahagian besar lantai ruang tamu tempatnya berada saat ini.

Namun semua itu tidak membuat emosi yang memenuhi dadanya berkurang sedikitpun. Kedua mata coklatnya dipenuhi oleh kilatan haus darah dan penuh kegilaan setiap kali dia memandang ke arah orang-orang yang tidak berguna di hadapannya ini.

Mengapa, dia boleh memiliki orang-orang yang tidak berguna seperti mereka?

Rencana yang sudah dia buat itu sangat-sangat sempurna. Hanya menunggu semua kereta yang mengiringi baby darlingnya musnah kerana peluru berpandu bazooka yang sudah dia siapkan. Dengan itu orang-orang bodoh ini dengan mudah membawa baby darlingnya kembali ke dalam pelukannya.

Tetapi, lihat apa yang mereka lakukan!? 

Mereka, malah meletupkan kereta yang jaraknya sangat dekat dengan baby darlingnya yang menyebabkan baby darling kesayangannya jatuh ke dalam sungai besar itu!

Moron!

Stupid!

Idiot!

Mereka semua memang benar-benar orang-orang tidak berguna!

Kedua mata coklat Christan dipenuhi oleh pandangan membunuh sebelum senyum lebar terbentuk di wajah tampannya. "Bunuh mereka semua!! Siksa mereka dan kerat-kerat semua tubuh mereka dan humban mereka semua ke dalam kandang buaya kesayanganku! Manusia tidak berguna seperti mereka ini tidak pantas mati dengan cepat!" jerit Christan dengan kuat yang membuat beberapa orang yang masih mempertahankan kesedaran mereka memandang ke arahnya dengan ekspresi penuh ketakutan yang mewarnai wajah mereka masing-masing.

Belum sempat mereka membuka mulut untuk memohon ampun kepada bos mereka ini, tubuh mereka terus diheret oleh beberapa orang yang berpakaian hitam dan meninggalkan Christan yang masih memandang mereka dengan pandangan penuh kebencian.

Butler Josef yang melihat situasi di hadapannya ini hanya dapat menghela nafas perlahan, ekspresi penuh kerisauan terlihat jelas di kedua matanya sebelum dia melirik ke arah majikannya untuk beberapa saat.

Selama, dia bekerja untuk majikannya ini, dia tidak pernah melihat masternya ini tenggelam dalam kemarahan sampai sejauh ini. Melihat, sikapnya seperti saat ini benar-benar membuat Butler Josef merasa takut.

Dia tidak ingin membayangkan betapa menyeramkan majikannya ini jika dia sudah mulai melampiaskan semua kemarahannya.

"Cari Melysah!!" jerit Christan penuh dengan kilatan emosi yang memenuhi kedua mata coklatnya sambil memandang ke arah Alex.

"Master..."

"FIND HER!! Sama ada dia hidup atau mati!! Aku ingin melihat tubuhnya dengan kedua mataku sendiri!!" jerit Christan dengan kuat yang saat ini bergema di seluruh mansion besar ini.

Melihat majikannya sudah mulai hilang akal kerana kemarahan yang dia rasakan, Alex hanya dapat menundukkan tubuhnya perlahan sebelum menjawab perintah tersebut.

"Baik, master" gumam Alex dengan nada dingin sebelum berjalan meninggalkan ruang tamu yang dipenuhi oleh darah untuk menjalankan perintah majikannya. Ketika tubuh tegapnya berpusing, kilatan samar sepintas terlihat dari kedua mata coklat gelapnya sebelum menghilang begitu saja.

Christan sangat berharap lelaki narsis ini dapat melakukan tugasnya dengan baik.

Semua ini hanya bergantung kepadanya.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience