Rate

The Almighty Devil Of Underworld_7

Action Completed 38206

"Girl!! Kau dari mana!? Aku ingat kau sudah hilang!" jerit Vhina dengan nada mabuk ketika melihat Mely berjalan ke arah meja mereka dengan langkah kaki yang tidak stabil.

Melihat langkah Mely membuatkan Dante mengerutkan keningnya sebelum berjalan ke arah perempuan tersebut dan memimpinnya untuk duduk di kursi agar Mely tidak tersandung ketika berjalan. Walaupun, keadaan Dante saat ini cukup mabuk namun, jika di bandingkan dengan yang lain, Dante masih mempunyai tahap toleransi alkohol yang cukup tinggi.

"Ah ...terima kasih blondie. Oh, oh, oh!!! Tadi aku bertemu dengan pretty little blue!!!" jerit Mely dengan penuh semangat, kedua mata kelabunya bersinar ketika menjawab pertanyaan Vhina, membuat Fredrick dan Dante tertawa melihat reaksi Mely yang seperti budak kecil.

"Ya Tuhan ...adik kita nampaknya sudah mabuk sehingga dia mulai berhalusinasi. Lihat! Dia mulai merosakkan dirinya." kata Fredrick di tengah tawanya.

Mely mendengus kesal ketika mendengar kata-kata Fredrick yang membuatkan Mely memandang tajam ke arahnya. "Hey!! Aku tidak mabuk dan aku memang benar-benar bertemu dengan Little Blue!!!" jeritnya dengan penuh kesal.

"Dan ...siapa little blue itu?" tanya Vhina dengan senyuman geli yang jelas terlihat seperti seorang menahan tawanya.

"Lelaki yang aku tolong!! Tadi dia ada di khalayak ramai dengan makcik-makcik penggoda" jawab Mely dengan nada teruja yang membuatkan Sara membulatkan kedua matanya ketika mendengar jawapannya.

"HAH!? Kenapa boleh jadi macam, begitu!? Kau baru saja pergi ke toilet dan kau sudah membuat masalah?! Apa yang kata tadi? Gaduh dengan ...Makcik!?" jeritnya dengan nada penuh kerisauan. Sara segera mendekati Mely untuk memeriksa keadaan tubuhnya.

Melihat sikap Sara membuat Mely tersenyum, walaupun mereka dalam keadaan mabuk namun perempuan ini masih sempat merisaukannya. "Jangan risau Ra, sahabatmu ini kuat. Aku kan pandai bertarung," jawab Mely dengan keyakinan diri yang tinggi yang membuat Fredrick tertawa dan menepuk lembut kepala Mely.

"Ya, ya, ya ...kuat berlawan dengan budak-budak sekolah. Kau tidak sedarkah badanmu ini kecil yang dapat disamakan dengan budak sekolah? Ya ...Sekolah rendah atau sekolah menengah. Terutamanya jika kau memakai pakaian biasa. Tiada yang akan percaya kalau kau sudah 23 tahun" ejek Fredrick di tengah tawanya.

"Damn you, Fedrick!! Aku tidak pendeklah!!" jerit Mely marah. Kalau, dibandingkan dengan mereka semua tubuh Mely memang paling kecil namun dia tidak boleh dikatakan pendek seperti budak sekolah rendah!!!

Tingginya 159 cm!!!

Tidak pendek!!

Titik.

"Hey hey hey!! Jangan buli adik kita," kata Vhina dengan kuat sambil memukul lengan Fredrick yang membuat lelaki tersebut meringis kesakitan.

"Damn woman!! Ganas sangat!" Fredrick mengomel dengan tangan yang masih mengusap lengannya yang masih terasa pedih. Namun, bukannya senang dibantu oleh Vhina, Mely malah mencebikkan bibirnya sambil memandang kekesalan ke arah Vhina.

"Aku bukan adik kamu! Kita semua sama! Bukan kerana aku kecil! Aku dapat status adikmu! Aku sudah besar!" Kata Mely dengan penuh kesal.

Kemarahan Mely tidak membuat mereka semua takut. Ekspresi marah Mely bagi mereka lebih seperti kanak-kanak yang melakukan tantrum. Menyedari semua orang yang memandangnya dengan pandangan humor membuat Mely semakin jengkel.

"Ugh!!! Jangan kerana ketinggian dan usia kamu. Kamu semua boleh membuli aku sesuka hati! Awas!!"

Mendengar itu, semua rakan Mely tertawa yang malah membuat Mely semakin kesal dan segera meneguk minuman alkohol yang ada di hadapannya.

Huh. Menjengkelkan!

***

"Brother!!! Tolong beritahu aku apa yang aku lihat tadi adalah kamu! Aku tidak berhalusinasi, kan!?"

Suara familiar dan nada teruja menyerang deria pendengaran Gio ketika dia melangkah masuk ke salah satu ruang VIP di tingkat 2. Gio mengalihkan pandangannya ke arah Raffael dan Leo yang terus memandangnya dengan pandangan bersinar sebelum kedua matanya beralih ke arah Deekson yang juga memandangnya dengan sebelah kening diangkat seakan berkata 'kami lihat semuanya'

Masih dengan wajah tanpa ekspresi, Gio berjalan ke salah satu sofa dan menggerakkan tangannya untuk memanggil pelayan yang segera menghampirinya ketika melihat Gio menggerakkan tangannya.

"Domaine"

Satu kata Gio mengejutkan pelayan tersebut. Kedua matanya membulat, memandang lelaki yang selalu di ingatkan oleh majikannya untuk dilayan dengan baik. Bukan hanya pelayan yang terpana, malah Leo yang baru saja duduk di salah satu sofa di hadapan Gio ikut terkejut. Beberapa orang yang duduk berdekatannya juga terdiam.

Apa!!

Adakah mereka tidak salah dengar!!?

Pelayan tersebut segera menyesuaikan postur tubuhnya sebelum menunduk sedikit. "Domaine Leroy Richebourg Grand Cru atau Domaine Georges & Christopher Roumier Musigny Grand Cru, Mr. LinDenhof?" tanya pelayan, berusaha menahan rasa teruja yang saat ini memenuhi hatinya. Dengan susah payah pelayan tersebut menahan senyuman lebar di wajahnya untuk mengekalkan profesionalisme-nya.

Selain pelayan yang melayani Gio, Leo dan beberapa orang yang berada di sekeliling Gio juga menunggu jawapannya dengan jantung yang berdegup kencang. Mereka berusaha untuk tidak menaruh harapan terlalu tinggi atas jawapan yang akan Gio berikan nanti.

Namun, setiap orang boleh berharap, bukan?

Deekson yang duduk di sofa yang berada tepat di hadapan Gio hanya menyandarkan tubuhnya ke arah sofa dan menahan kepalanya dengan satu tangan yang tertumpu pada lengan sofa yang ada di sisi kirinya. Dia memandang Gio dengan pandangan yang sukar.

"Georges & Christopher"

Mendengar jawapan dari Gio kedua mata pelayan tersebut bersinar penuh dengan kebahagiaan. Dia terus membayangkan bonus yang akan dia perolehi dari managernya kerana berhasil menjual salah satu koleksi wine termahal yang ada di tempat kerjanya.

What!!? Georges & Christopher!!??

Adakah Gio serius!?!?

Siapa yang tidak tahu Domaine Georges & Christopher Roumier Musigny Grand Cru!? Semua orang di kalangan sosial mereka sudah tentu tahu. Domaine Georges & Christopher Roumier Musigny Grand Cru adalah salah satu wine berkelas. Lokasi pengeluaran wine ini juga terletak di sebuah desa kecil yang mempunyai kilang dan kebun anggur terbaik di Perancis. Wine tersebut hanya di hasilkan pada musim panas di Perancis di mana kualiti anggur yang sudah masak dan siap dituai berada dalam keadaan baik. Walaupun, wine ini merupakan wine yang terkenal di kalangan elit dan sosialis, namun tidak semua orang dapat merasakan wine tersebut kerana harganya terlalu mahal - sekitar 150 juta dolar untuk setiap botol. Selain kerana harganya mahal, wine ini juga memiliki rasa yang unik dan faktor utama yang menyebabkan wine ini mempunyai harga yang sangat mahal ialah, wine ini hanya di hasilkan 250 botol dalam setahun yang membuatkan wine tersebut sukar diperoleh.

"Ba- baik Mr. LinDenhof. Anda ingin tahun berapa? Dan ingin berapa botol? Saya akan segera menyiapkannya," jawabnya dengan gagap kerana terlalu teruja mendengar jawapan dari lelaki di sebelahnya. Tidak kira tahun berapa pun, jenis minuman ini selalu mempunyai harga yang tinggi dan Rainbow selalu mempunyai koleksi minuman yang paling komprehensif dengan pelbagai harga. 

"90. Berapa?" pertanyaan Gio membuatkan pelayan tersebut memandangnya dengan ekspresi bingung. Apa maksudnya berapa? katanya dalam hati.

Melihat ekspresi bingung pelayan tersebut, membuatkan Deekson tertawa perlahan. "Maksudnya, tahun 1990 dan berapa botol yang ada di Rainbow sekarang?" katanya, yang menafsirkan ucapan Gio yang membuatkan pelayan tersebut menganggukkan kepalanya dan segera memeriksa stok dari tablet yang dipegangnya.

"Woah ... Gio! Adakah kau serius dalam hal ini?" tanya Leo dengan pandangan tidak percaya. Pertanyaan itu sudah tentu ditujukan pada wine yang di pesannya. Leo bertanya adakah Gio serius ingin membeli minuman tersebut?

"Kenapa ... aku merasakan tingkah laku Gio pelik malam ini?" kata Raffael yang sedang memandang sepupunya. Sepupunya yang selalu tidak peduli dan suka bersendiri ini tiba-tiba duduk di kalangan orang ramai dan memesan minuman yang harganya tidak boleh dikatakan murah walaupun untuk lingkaran pergaulan mereka.

Sejak bila sepupunya ini suka mempamerkan kekayaannya dengan cara menghambur wang seperti ini?

"Ah ...Mr. Davidson, kami hanya ada 5 botol untuk tahun 1990," kata pelayan tersebut. 

"Mr. LinDenhof, berapa botol yang anda ingin pesan?" sambung pelayan yang bertanya kepada Gio,

Gio diam untuk beberapa saat, pandangannya tertumpu ke arah meja seakan otaknya memikirkan sesuatu yang lain. Pelayan tersebut menunggu dengan sabar jawapan Gio ketika melihat tuan yang dilayannya ini sibuk dengan fikirannya.

"Semua"

Eh?

Adakah dia tidak salah dengar? Semuanya? Adakah tuan serius?

Beberapa saat berlalu setelah Gio mengucapkan satu kata tersebut, tiba-tiba ruang VIP ini dipenuhi dengan pujian yang ditujukan kepada Gio. Sedangkan pelayan tersebut merasakan nyawanya seakan keluar dari tubuhnya sebelum akhirnya tersedar ketika Leo menggerakkan tangannya untuk mengembalikan tumpuannya. Pelayan tersebut segera berjalan meninggalkan mereka dan menyiapkan pesanan Gio dengan tergesa-gesa seakan takut Gio akan menarik semula pesanannya.

"Wow ... pilihan minuman Mr. President sangat berkelas"

"President LinDenhof terima kasih belanja kami!"

"Ya! Terima kasih, President LinDenhof! Ini kali pertama saya mencuba Georges & Christopher!"

"Saya juga! Saya tidak sabar ingin mencubanya. Tidak mungkin kami mendapat peluang ini jika bukan kerana President LinDenhof"

Semua pujian yang diucapkan orang-orang di sekitarnya tidak membuat Gio mengubah ekspresi datarnya, seolah-olah pujian itu hanyalah angin lalu yang bergerak di sekelilingnya.

"Adakah anda gembira dan meraikan sesuatu? Saya senang jika anda merasakannya," kata salah satu rakan niaga yang sudah lama bekerja dengan Gio. Pertanyaan itu membuatkan Gio yang sedang memusingkan gelas minuman di tangannya perlahan-lahan berhenti ketika mendengar ucapan tersebut.

"Ya. Terima kasih," balas Gio dengan makna tersembunyi seakan hanya dia yang mengetahui makna dari kata-katanya sebelum meneguk minuman yang dipegangnya. Semua orang di dalam ruangan tersebut terkejut ketika mereka mendengar jawapan Gio sebelum tawa mereka bergema di seluruh ruangan VIP yang saat ini mereka duduki. Semua orang bergilir menyatakan kesenangan mereka atas kegembiraan yang di rasakan oleh Gio.

Di antara semua orang yang ada di ruangan ini hanya tiga orang yang memahami maksud dari kata-kata Gio. Mereka bertiga bertukar pandang dengan senyuman yang mempunyai makna mendalam ketika mendengar kata-kata Gio tadi.

Setelah minuman yang dipesan oleh Gio diedarkan kepada semua orang, mereka melakukan sorakan yang dipimpin oleh salah seorang lelaki yang merupakan rakan perniagaannya. Ketika Gio mendengar kata-kata bergembira dari orang-orang di sekelilingnya, dia perlahan mengangkat gelas yang baru diedarkan dan meneguk cecair di dalamnya. Pergerakan Gio selepas itu diikuti oleh semua orang yang ada di dalam ruangan tersebut.

Bagi orang yang melihat Gio saat ini mungkin mereka melihat Gio yang biasa. Dingin dan tanpa ekspresi. Namun, bagi orang yang sudah lama mengenalinya seperti Leo, Raffael dan Deekson, mereka dapat melihat kilatan familiar yang terlihat di kedua mata birunya.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience