Rate

The Almighty Devil Of Underworld_102

Action Completed 38206

Highway Bridge,
East River, Manhattan, NYC.

Kepulan asap hitam dapat di lihat memenuhi kawasan jambatan besar yang menghubungkan kawasan perbandaran Manhattan dan Brooklyn tempat mereka semua berada sekarang. Garis polis serta beberapa kenderaan ambulans dan polis terlihat memenuhi akses masuk ke jambatan besar tersebut dari kedua-dua arah. Kemalangan, yang berlaku beberapa waktu lalu hampir membuat semua orang yang berada di kawasan itu panik, terutama ketika beberapa letupan berlaku yang menyebabkan landasan jambatan itu bergegar perlahan.

Beberapa, pegawai kesihatan dan polis di lihat memenuhi kawasan jambatan tersebut namun, selain daripada pegawai ini terlihat juga beberapa orang memakai seragam serba hitam dengan lambang Phoenix di dada mereka yang menunjukkan identiti mereka sebagai pasukan yang beroperasi di bawah naungan Keluarga LinDenhof. Tandu-tandu bergerak ke sana sini, membawa beberapa mayat mangsa letupan yang hampir tidak terbentuk. Pemandangan kawasan ini sekarang benar-benar terlihat seperti mimpi ngeri kepada mereka yang berada di lokasi kejadian. Namun, semua pemandangan mengerikan itu sama sekali tidak mengubah ekspresi lelaki yang sejak tadi berdiri di tengah-tengah orang ramai yang saat ini memenuhi kawasan tersebut.

Kedua mata biru Gio memandang pemandangan di hadapannya dengan ekspresi gelap memenuhi wajah dinginnya. Kedua tangannya yang sejak tadi berada dalam poket seluar di genggam dengan kuat, berusaha menahan semua emosi yang memenuhi tubuhnya sejak tadi. Tiada yang tahu apa yang ada di dalam fikirannya saat ini namun, dari aura dingin mencekam yang menyelimuti tubuhnya mampu membuat orang yang berada di sekelilingnya merasa enggan mendekatinya.

Kilatan penuh kerisauan sepintas memenuhi kedua mata hijau Raffael. Perlahan dia berjalan ke arah Gio yang sejak tadi tidak memberikan sebarang reaksi sejak mereka tiba di tempat kejadian ini. Tangannya bergerak untuk menepuk bahu Gio sebelum senyum nipis terbentuk di wajahnya. "Sister-in-law akan baik-baik saja. Kita semua tahu dia adalah perempuan yang kuat. She will be okay and we will find her soon" gumam Raffael perlahan yang hanya di balas keheningan oleh lelaki yang berdiri di sebelahnya ini.

Kedua mata biru itu perlahan bergerak untuk menilai keadaan kereta hitam yang terlihat musnah di hadapannya dengan pandangan gelap. "Bagaimana?" tanya Gio dengan nada dingin yang membuat seluruh tubuh Raffael bergetar perlahan.

Menelan liurnya dengan susah payah, akhirnya Raffael hanya dapat menggelengkan kepalanya perlahan. "Leo masih cuba mengakses rangkaian lalu lintas dan CCTV yang ada di sekitar sini untuk mengetahui bagaimana semua ini terjadi. Tetapi, menurut analisis Leo dan Deeks dari hasil kerosakan semua kereta dan tayar. Mereka, menyimpulkan bahawa ada yang mengejar kereta yang mengiringi sister-in-law dan mensasarkan lebih dari tiga kereta" kata Raffael yang melaporkan penemuan mereka sambil memandang ke arah Gio untuk menunggu reaksi yang akan diberikan oleh lelaki ini namun, malangnya tiada sedikit pun balasan dari Gio.

Keheningan, menyelimuti mereka berdua sebelum akhirnya Raffael menghela nafas pasrah dan menepuk bahu Gio perlahan sebelum dia kembali berjalan ke arah kereta hitam yang sudah tidak terbentuk yang berada tidak jauh dari posisi mereka berada saat ini.

Angin lembut menerpa wajah Gio yang dipenuhi oleh ekspresi dingin. Mungkin saat ini orang-orang tidak menyedari bahawa sejak tadi tubuhnya bergetar perlahan kerana dia berusaha menahan semua emosi yang menyelimuti tubuhnya sejak tadi. Satu persoalan terus terngiang-ngiang dalam fikirannya.

Bagaimana, dia boleh lengah?

Jika, sesuatu terjadi pada kucing kecilnya...

Dia, benar-benar tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

Dia tidak dapat membayangkan satu perkara itu dan sama sekali tidak mahu membayangkannya.

Perlahan pandangannya bergerak ke arah dua lelaki berseragam polis yang saat ini berjalan ke arahnya. Kilatan samar sepintas terlihat di kedua mata birunya sebelum kilatan tersebut hilang tanpa jejak. "Ada apa?" tanya Gio dengan nada dingin yang membuatkan tubuh kedua lelaki tersebut bergetar perlahan kerana rasa takut yang tiba-tiba menyerang tubuh mereka.

Bagaimana, ada lelaki yang memiliki pandangan menakutkan seperti ini? Walaupun, selama ini dia bekerja sebagai timbalan ketua polis NYPD dan selalu menangkap pelbagai jenis penjenayah, tidak ada seorang pun yang memiliki pandangan menakutkan seperti lelaki di hadapannya ini.

Setelah, mengawal degup jantungnya untuk mengawal rasa gugup yang menyerang tubuhnya. Akhirnya, dia membuka mulutnya untuk menyapa tokoh penting di hadapannya ini dengan sikap profesionalisme. "Mr. LinDenhof, nama saya adalah Davis. Saya adalah timbalan ketua polis dari New York Police Departement (NYPD) yang diberi tugas untuk membantu anda menangani kes kemalangan ini" kata Timbalan Davis perlahan namun, belum sempat dia menyelesaikan kata-katanya. Suara tawa dingin itu tiba-tiba bergema di sekitar mereka yang membuat keringat dingin segera membasahi tubuh belakangnya.

"Kemalangan? Cuba anda ulang lagi. Bahagian, mana yang semua ini hanya kemalangan?" kata Gio dengan nada dingin yang membuat Timbalan Davis dan pembantunya yang berdiri di sebelahnya menegang seketika.

Kedua mata Timbalan Davis bergerak kesana sini kerana rasa gugup menyelimuti tubuhnya sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan. "Anda benar, kejadian ini tidak kelihatan seperti kemalangan" gumam Timbalan Davis dengan nada perlahan yang lagi-lagi membuat Gio tertawa perlahan. Seolah-olah dia baru saja mendengar jenaka paling lucu yang pernah dia dengar dalam hidupnya.

Kedua mata biru Gio dipenuhi oleh kilatan gelap sebelum senyum nipis terbentuk di bibirnya. "Tidak kelihatan?" kata Gio yang menekankan setiap kata yang dia katakan. "Sekiranya NYPD tidak dapat menangani masalah ini. Maka, saya yang akan mengambil alih keseluruhan penyelidikan ini" kata Gio dengan nada tegas yang terdengar sangat dingin.

Mendengar itu membuat jantung Timbalan Davis berhenti berdegup seketika. Ketua polis yang merupakan atasannya sudah menegaskan bahawa dia harus melayan tokoh di hadapannya ini dengan sangat sopan kerana NYPD tidak mampu memprovokasi lelaki seperti Giovano LinDenhof. Ketua polis juga mengatakan bahawa apa pun keadaannya dia harus menolong Giovano LinDenhof menyelesaikan kes percubaan membunuh ini.

"Mr. Le-LinDenhof, anda tidak boleh berbuat begitu. Sama ada ini kemalangan atau percubaan membunuh. Tetapi, semua ini harus masuk dalam proses undang-undang dan pemerintah yang ada dengan melalui siasatan polis dan pihak-pihak yang berkenaan" kata Timbalan Davis dengan cepat, berusaha mengubah pemikiran lelaki di hadapannya yang saat ini memandang ke arah tempat kejadian seolah-olah dia tidak mendengar kata-kata Timbalan Davis tadi.

Senyum dingin perlahan terbentuk di bibir nipinya sebelum dia membalas kata-kata Timbalan Davis tadi tanpa memandang ke arahnya. "Tidak boleh? Sejak bila saya tidak boleh berbuat apa-apa?" gumam Gio dengan nada dingin yang kembali bertanya kepada Timbalan Davis yang saat ini tercengang sebaik saja dia mendengar kata-kata tersebut, bahkan pembantunya sendiri tidak dapat membalas kata-kata Gio tadi.

Sejak bila Giovano LinDenhof tidak boleh berbuat apa-apa?

Kata-kata ini benar-benar terdengar sombong dan penuh dominan di telinga semua orang. Namun, pada masa yang sama kata-kata itu memang ada benarnya.

Siapa kata kata Giovano LinDenhof tidak boleh berbuat apa-apa?

"Lihat semua anak buah anda. Mereka hanya bergerak ke sana-sini untuk menolong pembantu kesihatan memindahkan mayat mangsa di kawasan ini? Adakah, mereka mencari punca insiden kejadian? Adakah, mereka menyiasat kejadian ini dengan lebih terperinci dengan bantuan rakaman video CCTV? Tidak ada. Mereka semua tidak melakukan apa-apa. Saya rasa kalian semua hanya menjadi menganggu di sini. Jadi, untuk apa kalian di sini? Lihat, semua pasukan yang digerakkan oleh Keluarga LinDenhof. Selain mereka membantu buat pemindahan mereka juga melakukan analisis" kata Gio, masih dengan dingin yang sama.

Gio memang tokoh yang sangat jarang bercakap banyak. Namun, terkadang kata-kata yang dia katakan terdengar sangat kasar dan dingin. Sekiranya, di dekat mereka saat ini ada empat lelaki yang selalu menjadi ekor Gio selama ini. Mereka semua pasti akan tercengang ketika melihat Gio bercakap sebanyak ini kepada orang yang tidak pernah dia temui sebelumnya. Kerana selama ini satu-satunya orang yang dapat membuat Gio bercakap banyak hanya kucing kecilnya seorang.

Kata-kata Gio tadi benar-benar menggores hati Timbalan Davis. Dia sedikit pun tidak dapat membalas kata-kata Gio tadi kerana pada dasarnya memang itulah kenyataan yang terjadi. Mereka tidak dapat bergerak secepat orang-orang yang bekerja untuk Giovano LinDenhof. Mereka harus menunggu pasukan FBI jika ingin melakukan analisis tempat kejadian dan mereka juga harus menunggu persetujuan daripada pihak atasan mereka untuk melakukan sesuatu yang lebih. Semua pergerakan mereka terhad, tidak seperti pergerakan pasukan yang bergerak di bawah naungan Keluarga LinDenhof.

Menyadari hal itu, senyuman pahit terbentuk di wajah Timbalan Davis sebelum kedua matanya memandang ke arah tokoh di hadapannya dengan pandangan kagum. Bagaimana, seorang ahli perniagaan seperti Giovano LinDenhof memiliki orang-orang profesional seperti mereka? Adakah, lelaki ini tidak takut dengan semua pemerintah seperti dirinya? Adakah, dia akan melakukan apa yang dia inginkan tanpa memikirkan akibat yang mungkin akan menimpanya? Semua pertanyaan itu bergema di dalam fikirannya.

Sudah tentu Timbalan Davis berfikiran begitu kerana dia tidak mengetahui apa-apa. Bahkan, Presiden Amerika Syarikat sendiri tidak dapat menghentikan Gio dari melakukan apa yang dia inginkan. Kerana hampir 90% angkatan bersenjata Agensi Tentera Kerajaan Amerika Syarikat berasal daripada kerjasama Keluarga LinDenhof. Jika, mereka menyinggung lelaki ini apa yang akan berlaku dengan senjata negara mereka?

Setelah menghela nafas pasrah, akhirnya Timbalan Davis hanya dapat mengikuti apa saja yang di inginkan oleh Gio kerana dia tahu dia tidak akan dapat menghentikan lelaki ini. "Baiklah, Mr. LinDenhof. Saya faham dengan keputusan anda. Sekiranya, anda ingin menyiasat kes ini sendiri. Maka, saya dengan pasukan saya akan tarik diri dan saya akan melaporkan kepada pihak atasan saya. Tetapi, jika, anda memerlukan bantuan, saya siap membantu anda" kata Timbalan Davis dengan sopan sebelum menundukkan tubuhnya perlahan untuk menunjukkan rasa hormatnya kepada lelaki yang sejak tadi tidak mengalami perubahan ekspresi sedikit pun di hadapannya ini.

"Tutup kes ini. Buat semua ini sebagai satu kes kemalangan" kata Gio dengan nada dingin sebelum berjalan ke arah ke lokasi kejadian, meninggalkan Timbalan Davis dan pembantunya yang masih tercengang ketika mendengar kata-kata Gio tadi.

Sebenarnya, alasan Gio tidak mahu pihak polis terlibat dalam perkara ini adalah kerana semua ini ada kemungkinan berkaitan dengan pergerakan komuniti dunia bawah. Dia tidak mahu isu ini diketahui oleh public dan dia malas menjelaskan semua ini kepada pihak berkuasa seperti mereka. Dia tidak mempunyai masa untuk semua itu kerana fokus utamanya adalah dia harus menemui kucing kecilnya.

Gio benar-benar berharap apa yang baru saja dikatakan oleh Raffael adalah benar. Dia benar-benar berharap kucing kecilnya baik-baik saja dan dapat melepaskan diri dari semua ini dengan selamat kerana dia tidak dapat menerima kenyataan lain selain daripada itu.

Sebaik saja Gio sampai di salah satu bangkai kereta yang sudah tidak terbentuk, perlahan dia duduk jongkok untuk menilai keadaan bangkai kereta tersebut. Semakin, dia memperhatikan kerosakan yang terjadi semakin dalam juga kerutan di keningnya. Gio menyedari bahawa letupan ini bukan disebabkan oleh bom tetapi oleh sesuatu yang menghantam kuat tangki minyak kereta yang mencetuskan letupan berlaku.

"Adakah, kau juga menyadarinya?" tanya Nick yang baru saja berdiri di sebelah Gio. Perlahan tangannya bergerak untuk menyentuh bahagian permukaan kereta yang terlihat lebih hancur daripada bahagian yang lain.

"Letupan ini dicetuskan oleh sesuatu. Pada awalnya aku fikir ada seseorang yang dengan tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah tangki minyak tetapi, aku baru sedar yang mereka memang dengan sengaja melepaskan tembakan ke arah tangki minyak ini untuk mencetuskan letupan. Hanya ada satu senjata yang dapat membuat bahagian badan kereta ini hancur dan senjata itu adalah..." Belum sempat Nick menyelesaikan analisisnya, Gio sudah memintas kata-katanya dengan nada dingin yang membuat Nick mendengus kesal kerana klimaks laporannya di rebut oleh abangnya.

"Bazooka"

Kedua mata biru Nick memandang kereta di hadapannya dengan ekspresi yang sukar digambarkan. "Tidak hairanlah kalau orang-orang kita banyak yang mati dan mengalami banyak luka tembak kerana mereka terus di serang dengan  menggunakan bazooka" gumam Nick perlahan sebelum keheningan kembali menyelimuti mereka berdua kerana Gio sama sekali tidak memberikan reaksi apa-apa terhadap kata-kata Nick tadi.

"Vina ..."

Mendengar suara lembut yang datang dari bibir Gio, membuat nafas Nick tersekat seketika. Kepalanya dengan cepat bergerak untuk menolak kenyataan yang tiba-tiba menyerang fikirannya. Kedua mata birunya memandang ke arah Gio dengan ekspresi serius dan penuh tekad. "Kau tidak boleh putus asa, brother! Penyihir itu pasti akan baik-baik saja! Kita akan menemuinya tanpa sedikit pun terluka! Aku yakin dia tidak akan meninggalkan kau dengan mudah! Dia perempuan yang kuat!" kata Nick dengan nada serius.

Malangnya, kata-kata itu sama sekali tidak membuat hati Gio menjadi lebih baik. Tiada yang dapat membuatnya merasa lebih baik kecuali dia melihat dengan kedua matanya sendiri yang kucing kecilnya baik-baik saja. Namun, semakin Gio melihat mayat-mayat mangsa kemalangan ini, semakin risau Gio dibuatnya. Dadanya terasa sesak, tanpa sedar tangannya digenggam kuat. 

Bagaimana, jika salah satu mayat itu adalah kucing kecilnya? Apa yang akan dia lakukan?

Tidak.

Gio tidak dapat menerima kenyataan itu.

Kucing kecil akan baik-baik saja.

Tidak.

Kucing kecil harus baik-baik saja.

Dia harus baik-baik saja kerana hanya dengan keadaannya yang baik, Gio dapat terus menjaga sisi gelap yang ada di dalam dirinya untuk tidak lepas dari kawalannya. Kedua mata birunya perlahan menjadi gelap sebelum dia mengepalkan penumbuknya dengan lebih kuat.

Kalau ini memang kerja Christan Romanceks? Dia tidak akan teragak-agak melakukan pemburuan secara terbuka. Biarkan semua orang tahu apa akibatnya jika mereka memprovokasi LinDenhof.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience