Rate

The Almighty Devil Of Underworld_41

Action Completed 38206

Mely benar-benar bingung harus bagaimana sekarang. Ini adalah kali pertama dia berada di situasi seperti ini. Situasi yang melelahkan mentalnya. Dia membesar dengan kenangan masa kecil yang sukar, dimana dia tidak pernah mendapat apa yang disebut dengan namanya kasih sayang. Hanya ada keperitan, kesakitan dan kerja keras yang selalu menemaninya sejak kecil. Baginya tiba-tiba berada di dalam situasi ini adalah hal pertama yang dia rasakan.

Selama dia tinggal di tempat ini, Mely merasa semua orang melayannya dengan sangat baik. Butler Chong, Bella, dan pelayan serta pengawal keselamatan LinDenhof Mansion melayannya dengan baik dan sangat hormat, belum lagi doktor keluarga yang bernama Lau Fhang. Lelaki yang ternyata baru Mely ketahui bahawa lelaki Asia itu adalah sebahagian dari generasi Keluarga LinDenhof.

Lau Fhang selalu membantu Mely untuk merawat keadaan tubuhnya yang lemah, walaupun kadang-kadang dalam hati dia sering memaki lelaki itu kerana selalu memberinya bermacam jenis ubat tradisional yang rasanya ...ugh!!!

Jangan tanya lagi.

Benar-benar pahit!

Namun, sudah tentu semua penolakan dan bantahan Mely tidak diterima kerana Lau Fhang selalu mengatakan bahawa "Ini baik untuk kesihatanmu Melysah, bla-bla-bla." Mely sendiri sudah muak mendengarnya.

Bagaimanapun, Lau Fhang seperti seorang ibu yang sibuk menasihati anaknya yang nakal. Dari jenis makanan apa yang harus dia makan, jenis ubat yang harus dia minum dan yang lebih parah lagi, jenis pakaian harus dia pakai untuk melindungi tubuhnya dari angin musim luruh.

Kadang-kadang, Mely terfikir adakah lelaki ini merupakan jelmaan seorang ibu? Tetapi, kenapa sikapnya terlalu menyusahkan, malah melebihi dari ibu-ibu yang lain. Walaupun, Mely tidak mempunyai kenangan tentang seorang ibu, namun dia memahami betapa terujanya dan sibuknya seorang ibu itu terhadap anaknya.

Dan sekarang Mely berada diposisi anak dan Lau Fhang berada diposisi Ibu.

Membayangkan setiap interaksi mereka berdua membuat Mely ingin ketawa sambil menangis, meratapi hidupnya yang tiba-tiba memiliki doktor seperti lelaki itu. Selain Lau Fhang ada satu lagi yang selalu mengganggu hidupnya selama beberapa hari ini.

Nicholas LinDenhof.

Lelaki menjengkelkan yang satu ini memang kadang-kadang hampir membuat kepalanya meletup kerana berusaha menahan emosi. Kata-kata sarkastiknya, sikapnya yang sering memprovokasinya dan kata-kata ejekannya. Astaga ...sekiranya Mely tidak melihat penampilan lelaki ini mungkin dia menyangka bahawa adik Giovano LinDenhof adalah seorang budak lelaki yang berusia 5 tahun.

Sikap benar-benar seperti budak kecil!!

Walaupun begitu, Mely dapat merasakan bahawa lelaki ini tidak mempunyai niat buruk kepadanya. Bahkan, terkadang Mely dapat merasakan bahawa lelaki ini menunjukkan sikapnya yang perihatin dengan caranya sendiri. Walaupun, begitu Mely tetap tidak menutupi rasa kesal yang dia rasakan setiap kali dia berurusan dengan lelaki sialan itu.

Dan yang terakhir adalah sumber dan segala punca yang terjadi kepadanya, penyebab utama yang membuat Mely berada di tempat ini dan tidak dapat pergi.

Yap.

Giovano LinDenhof.

Kadang-kadang lelaki ini membuat Mely bingung. Rasanya dia benar-benar ingin membuka kepala Gio untuk mengetahui apa yang sebenarnya dia inginkan dan dia fikirkan selama ini.

Sikapnya terhadap Mely tidak boleh dikatakan buruk, malah Mely akui bahawa sikap Giovano LinDenhof benar-benar baik kepadanya. Walaupun, ekspresi wajah lelaki itu selalu terlihat dingin dan datar, tanpa menunjukkan ekspresi apapun. Namun, entah mengapa Mely selalu dapat merasakan suasana hati lelaki itu hanya dengan melihat wajahnya. Ketika lelaki itu cuba menggodanya atau memarahinya, Mely dengan jelas mengetahuinya dengan mudah. Mely juga dapat merasakan bahawa sikap Gio tidak mempunyai niat buruk dan itu semakin membuat Mely bingung dan sentiasa waspada mengenainya.

Sejak bila seseorang itu melayan orang asing dengan baik?

Apa tujuannya?

Sebaik saja Mely teringat apa yang dikatakan lelaki itu ketika mereka bercakap mengenai cara membayaran hutang sialan itu, ekspresi wajahnya menjadi gelap. Apa maksud lelaki itu dengan memintanya untuk menjadi miliknya? Apa tujuannya menginginkan dirinya? Apa yang dia lihat dari perempuan seperti dirinya? Adakah ini sebuah permainan untuknya? Menolong perempuan asing dan menjadikannya sebagai mainan lalu membuangnya disaat dia sudah bosan?

Persoalan demi persoalan yang muncul di dalam fikiran Mely semakin buruk, setiap kali dia memikirkan semua kemungkinan yang ada. Namun, jauh dilubuk hatinya yang dalam, Mely dapat merasakan bahawa Gio tidak mungkin akan mempermainkannya. Kerana, walaupun khabar angin itu sukar dipercayai yang mengatakan bahawa Giovano LinDenhof sangat bencikan lawan jenis, namun atas sebab tertentu Mely juga mempercayainya. Walaupun, sejak pertama kali dia berinteraksi dengan lelaki pervert itu, Mely kadang-kadang meragui kebenaran khabar angin itu.

Sikap Gio kepadanya sama sekali tidak seperti lelaki yang bencikan lawan jenis, bukan?!

Malah, Mely juga selalu kesal dengan sikap Gio yang kadang-kadang tidak tahu diri atau tidak tahu malu itu. Jadi, apa yang membuatnya berbeza? Mely sendiri masih belum menemui jawapan untuk soalan itu.

Sekarang dia hanya dapat memperhatikan apa yang terjadi di sekelilingnya, berusaha memperhatikan semua pergerakan mereka, berusaha untuk mengetahui apa tujuan mereka menahannya. Mely juga bukan orang bodoh yang akan selalu memaksa dengan satu rancangan. Contohnya kejadian kali terakhir yang merupakan satu pelajaran untuknya sehingga dia tidak dapat meninggalkan tempat ini. 

Jadi, bukankah lebih baik jika dia mengubah rancangannya atau tekniknya?

Selain itu dia juga tidak boleh terlalu bergantung dengan mereka semua. Walaupun, mereka semua tidak memiliki niat buruk namun Mely masih belum mengetahui dengan jelas tujuan dari sikap mereka.

Tetapi ..sudah tentu hidup ini selalu tidak berjalan dengan sesuai yang sudah dirancangkan, bukan?

Double shit.

Tinggal di LinDenhof Mansion selama beberapa minggu ini benar-benar membuat Mely berada dalam dilema. Tanpa Mely sedar, dia mula merasakan bahawa orang-orang dalam mansion ini adalah sebahagian daripada dirinya, walaupun lebih tepat bahawa dia yang sudah menjadi sebahagian daripada mereka semua.

This attachment really scared her...

Tenggelam dalam pemikirannya sendiri tanpa sedar ekspresi wajah Mely semakin serius sehingga Mely tidak menyedari bahawa ada dua pasang mata biru yang terus memperhatikan setiap perubahan yang terjadi pada wajah kecilnya.

Nick, yang melihat perempuan bernama Melysah yang tenggelam dalam pemikirannya menaikkan sebelah keningnya. Terutama ketika dia melihat setiap perubahan ekspresi yang terjadi pada wajah kecilnya.

Apa yang di fikirkan oleh perempuan ini?

Perlahan kedua matanya beralih ke arah abangnya yang berada tidak jauh dari posisi duduknya. Melihat senyuman nipis di wajah Gio yang menunjukkan dia mengetahui apa yang ada dalam kepala Mely saat ini membuatkan Nick mengecilkan kedua matanya.

Menyedari sepasang mata yang memandang ke arahnya, perlahan Gio mengalihkan pandangannya dari kucing kecilnya. Dia memandang Nick dengan ekspresi penuh tanda tanya, kedua keningnya diangkat seakan bertanya 'Ada apa?' dengan ekspresi polos tanpa rasa bersalah yang membuat ekspresi Nick menjadi gelap.

"Kau tahu tentang sesuatu tapi kau tidak memberitahu aku. Sejak bila kau membela perempuan ini lebih dari saudaramu sendiri?" kata Nick perlahan dengan nada merajuk dan ekspresi penuh kekesalan.

"Sejak awal," jawab Gio singkat padat dan jelas.

Jawapan Gio benar-benar menghancurkan semua ego yang di miliki oleh Nick. Seluruh tubuhnys menegang, kedua mata birunya memandang Gio dengan pandangan tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar.

Abangnya lebih memilih perempuan ini dibandingkan dirinya!?!?!

Bagaimana dia boleh membela perempuan ini dibandingkan adik kandungnya sendiri!?

Humph, humph, humph!

Ah! Ini benar-benar tidak masuk akal!

Kata-kata Gio benar-benar menghancurkan hati lelaki dewasa yang berhati budak kecil berusia 5 tahun. Kedu mata Nick memandang Gio dengan pandangan seakan Gio baru saja menyakiti hatinya yang rapuh.

Hujung bibir Gio berkedut menahan senyum ketika melihat tingkah laku bodoh adiknya. Tanpa perubahan ekspresi Gio menaikkan sebelah keningnya seakan memprovokasi adiknya dengan pandangan yang seakan berkata 'Ada urusan apa lagi? Kalau tiada cepat pergi! Kau hanya mengganggu masaku dengan kucing kecilku!'

Nick, yang memahami maksud dari pandangan Gio, memandang abangnya dengan pandangan horror sebelum menutup dadanya dengan kedua tangannya, seakan berusah melindungi hatinya yang hancur dengan sikap sadis saudaranya.

Aku adalah adik kandungmu yang memiliki ikatan darah denganmu, brother!!! Jerit Nick dalam hati sambil memandang Gio dengan ekspresi yang menyatakan apa yang ada di dalam fikirannya sebelum bangkit dari posisi duduknya dan berjalan ke arah pintu pintu keluar dengan pandangan sedih. Seperti anak anjing yang terluka. Setiap kali Nick berjalan tiga langkah, dia akan berhenti dan menoleh untuk memandang Gio dengan ekspresi sedih yang perlu dikasihani.

Namun, sudah tentu bukan Giovano namanya kalau dia luluh dengan sikap bodoh adiknya. Gio hanya memandang lelaki yang fizikal dan mentalnya tidak seimbang itu dengan hujung bibir yang berkedut.

Kenapa dia memiliki adik yang sikapnya tidak matang seperti ini?

Melihat bahawa satu-satunya anjing pengganggu yang sejak tadi berada disana hilang dari pandangannya, akhirnya Gio menghembus nafas perlahan. Jika, Nick mengetahui sebutan apa yang diberikan oleh Gio kepadanya mungkin lelaki itu akan menangis di hadapannya sambil berguling di atas lantai dan memandang Gio dengan pandangan menuduh. Untungnya adiknya itu tidak mengetahui apa yang di fikiran Gio.

Perlahan kedua mata birunya beralih ke arah perempuan mungil yang saat ini duduk di hadapannya. Ekspresi wajahnya benar-benar seperti buku yang terbuka. Sangat mudah untuk dibaca. Hanya Nick saja yang terlalu bodoh dan tidak dapat membaca apa yang di fikirkan oleh sister-in-law-nya. Kilatan samar terlihat pada kedua mata Gio sebelum ujung bibirnya tertarik perlahan dengan senyuman nipis yang membuatkan Gio saat ini terlihat semakin tampan. Apatah lagi dengan sedikit sentuhan aura seksual yang dapat membuat hampir semua perempuan yang melihatnya akan jatuh cinta kepadanya.

Giovano LinDenhof benar-benar seperti fizikal Eros yang merupakan dewa cinta dari Mitologi Yunani.

Tempting, Ravishing and of course Dangerous.

Sudah tentu, hampir sebagai kata kunci kerana perempuan mungil ini adalah satu-satunya perempuan yang tidak jatuh cinta dengan daya tarikan wajahnya. Walaupun, begitu. Itu tidak menjadi masalah, malah itulah yang akan menjadi proses penjinakan ini menjadi lebih menarik.

Seakan mengetahui apa yang sedang di fikirkan Mely, kedua mata Gio menunjukan kilatan penuh kepuasan. Sudah tentu dia puas kerana rancangan tahap satu berhasil tanpa sedikitpun kegagalan. Terikat ditempat ini dan semua orang yang ada di dalam mansion ini adalah sebahagian dari rancangannya untuk mengikat kucing kecilnya di sisinya.

Melihat kucing kecilnya ini mula menunjukkan keraguan dan bergantung pada tempat ini....bukan itu menunjukkan bahawa tahap satu dari rancangannya berjalan dengan lancar? Dan hal itu benar-benar membuat suasana hati Gio menjadi sangat-sangat baik, namun sayangnya belum sempat kesenangan itu muncul ke permukaan, Gio kembali teringat dengan kata-kata Lau Fhang yang membuat ekspresi wajahnya menjadi gelap seketika.

Adakah, dia harus melakukannya? fikir Gio sambil memandang kucing kecilnya dengan ekspresi yang sukar digambarkan. Kedua mata birunya dipenuhi dengan emosi yang dapat membuat orang yang melihatnya tidak dapat meneka apa yang sedang di fikirkan Gio saat ini.

"Apa yang kamu fikirkan, Vina? Kenapa keningmu berkerut seperti ini?"

Pertanyaan dan sentuhan lembut yang dirasakan Mely di keningnya membuatkan Mely tersedar dari lamunannya. Kedua mata kelabunya memandang ke arah lelaki yang sejak tadi memenuhi fikirannya. 

"Hah?" tanya Mely bingung kerana masih belum sedar sepenuhnya dari lamunannya.

"Apa yang kamu fikir, Vina? Kenapa keningmu berkerut seperti ini?" ulang Gio perlahan, seakan cuba membuat Mely memahami setiap kata yang dia katakan. 

Mendengar pertanyaan kali kedua itu akhirnya membuat fikiran Mely menjadi lebih jelas. "Ah ...tiada apa-apa" jawab Mely dengan cepat yang membuatkan lawan bicaranya menaikkan kedua kening ketika mendengar jawapannya

"Hm," balas Gio sebelum bersandar ke belakang sofa. Kedua mata birunya masih memperhatikan gerak-geri perempuan mungil di hadapannya.

"Um ... jadi ada apa kau panggil aku?" tanya Mely dengan nada gugup. Sial, mengapa dia gugup di hadapan lelaki ini?! Makinya dalam hati. Tanpa sedar ujung matanya bergerak ke arah Gio yang saat ini duduk di hadapannya.

Entah, mengapa sejak kejadian pokok sialan itu, setiap kali dia melihat wajah Gio jantungnya akan berdegup dengan kencang. Seakan ada anak arnab yang terus melompat-melompat di dalam dadanya.

Ini benar-benar petanda buruk!

Sangat-sangat buruk!

"Ada yang ingin aku tawarkan kepada, kamu" kata Gio perlahan. Kedua matanya masih memperhatikan setiap perubahan yang terjadi pada wajah kecil tersebut.

"Hm? Tawaran apa lagi? Adakah, kau belum puas mengurung aku disini sepanjang masa!" kata Mely dengan nada merajuk yang membuat ekspresi wajahnya malah terlihat comel. "Aku tidak berminat. Kamu tidak ubah seperti musang yang licik dan aku tidak akan jatuh kedalam perangkapmu lagi!" sambungnya dengan nada yang sama.

Hujung bibir Gio berkedut keras, menahan senyuman yang akan terbentuk di bibirnya. Kenapa dia merasa semakin banyak budak kecil yang tinggal di mansion ini? Nick saja, selama ini sudah membuat kepalanya pening dan sekarang di tambah lagi dengan kucing kecilnya ini. Namun, walaupun begitu sudah tentu kucing kecilnya ini lebih menyenangkan dari anjing pengganggu yang satu itu. Kata Gio dalam hati yang masih memperhatikan tingkah laku Mely yang semakin menarik perhatiannya.

"Walaupun tawaran ini dapat membuat kamu keluar dari tempat ini?" jawab Gio dengan nada malas yang membuat seluruh tubuh Mely membeku ketika mendengarnya.

Apa kata lelaki menjengkelkan ini?

Tawaran yang boleh buat dia keluar?

Adakah ini perangkap?

"Apa maksud kamu?" tanya Mely dengan waspada. Apa sebenarnya Vano yang inginkan?

"Aku akan berikan kamu sedikit kebebasan dan tentunya dengan beberapa syarat" kata Gio yang masih memperhatikan setiap perubahan ekspresi pada wajah kecil Mely. Dari rasa terkejut, speechless, tidak percaya, ragu dan tentunya gembira. Semua itu tidak lepas dari pandangan Gio yang terus memandangnya.

Dia benar-benar menyukai semua ekspresi kucing kecilnya ini.

"Kalau aku menolak?" kata Mely yang berusaha menguji semua kemungkinan yang ada. Berurusan dengan Giovano LinDenhof dari segi tawaran dan perjanjian seperti ini dia tidak boleh lengah. Lelaki ini adalah usahawan terkenal yang menguasai dunia perniagaan. Sedikit saja kesalahan kerugian yang dia dapat akan berlipat kali ganda.

Mendengar pertanyaan itu membuat Gio terdiam seketika. Perlahan tangannya bergerak untuk menepuk paha kanannya yang berada di atas kaki kiri sebelum menaikkan kedua keningnya. "Okey, tiada masalah. Maka, kamu akan tetap tinggal di sini. Apa pun pilihan kamu, aku tidak akan rugi tapi ....kamu yakin akan tetap tinggal di sini?" kata Gio perlahan, menekankan setiap kata yang dia katakan.

Mendengar kata-kata itu tanpa sedar Mely mengetap rahangnya dengan kuat, berusaha menahan emosi dalam dirinya. 

The shameless man!!

"You ...!!"

Mely berusaha menahan keinginannya untuk mencakar wajah lelaki di hadapannya ini. Setelah menarik nafas beberapa kali untuk mengawal emosinya, akhirnya Mely mengalihkan pandangannya ke arah Gio dengan pandangan penuh waspada.

"Jadi apa tawaran kamu?"

"Bukankah kamu menolak tawaran ini dan lebih suka tinggal di mansion ini?" kata Gio dengan nada menggoda yang membuat ekspresi Mely menjadi gelap ketika mendengar kata-kata tersebut.

"Giovano LinDenhof!!!" jerit Mely dengan penuh kekesalan.

Senyuman nipis terlihat di wajah Gio. Moodnya benar-benar baik setiap kali melihat perubahan ekspresi yang jelas pada wajah kucing kecilnya.

"Hmm?" gumamnya dengan nada malas seakan menjawab panggilan tersebut.

"Bolehkah kamu serius tentang hal ini!!?" kata Mely dengan nada kesal. Kedua tangannya disilangkan di depan dada yang menunjukkan kekesalannya.

Melihat tingkah laku Mely membuat Gio memandangnya dengan pandangan yang sukar digambarkan. Perempuan ini, semenjak dia menguasai Keluarga LinDenhof hanya dia yang berani meninggikan suara, memarahinya dan masih bernafas di hadapannya.

"Kenapa??" tanya Mely dengan nada sombong yang membuatkan Gio menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tiada. Kamu terlalu comel, Vina" jawab Gio sambil meraih gelas kopi di atas meja sebelum meneguk minuman tersebut. Kedua matanya masih memperhatikan perubahan ekspresi pada wajah kucing kecilnya. Dari sikapnya yang sombong sehingga berubah marah.

Truly cute.

"Hish. Siapa yang kamu kata comel, hah? Aku tidak comel, humph!" kata Mely sambil memalingkan wajahnya. Hish, siapa yang suka dipanggil comel? Yang jelas dia tidak comel!!

Gio menahan senyuman terbentuk di wajah datarnya ketika mendengar jawapan Mely yang kebudak-budakkan.

This little kitten of his...truly..

Ah sudahlah. Apa pun yang dikatakan oleh perempuan ini dia akan dengan senang hati mematuhinya.

"Jadi apa tawaranmu?" tanya Mely dengan nada ingin tahu.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience