Rate

The Almighty Devil Of Underworld_26

Action Completed 38206

Amazing.

Satu kata yang dapat melambangkan ruang pejabat Gio ketika Mely melangkah masuk ke dalam ruangan yang terlihat luas yang penuh dengan dominasi warna coklat yang menjadikan suasana ruangan tersebut terlihat sangat elegan, selesa dan mewah. Walaupun, sebenarnya 3 kata itu sudah dapat melambangkan suasana seluruh rumah.

Tidak. Mansion ini.

"Duduk" kata Gio singkat yang segera dituruti oleh Mely sebelum berjalan ke arah sofa besar yang berada di tengah ruang kerjanya. Kedua mata Mely terus mengikuti pergerakan Gio yang berjalan menuju ke meja kerjanya sebelum melirik pada dokumen-dokumen yang ada di atas meja sebelum membuat panggilan.

Setelah beberapa saat Mely mengalihkan pandangannya dari Gio ke arah paparan yang terdapat di dinding tersebut. Beberapa piagam dan anugerah yang di bingkai dapat di lihat di dinding tepat di hadapannya, selain itu beberapa gambar juga terlihat disana. Hal itu membuatkan Mely melangkah dekat ke sisi dinding yang mempunyai beberapa bingkai gambar yang terpampang di permukaan dinding. Pandangan Mely terhenti ketika kedua mata kelabunya menangkap salah satu bingkai gambar yang berada tidak jauh dari posisinya saat ini.

Lebih tepatnya isi kandungan gambar tersebut.

Sebuah kilatan samar terlihat di kedua matanya sebelum menghilang dengan cepat seakan kilatan tersebut hanyalah ilusi semata. Pandangannya berubah kosong ke arah bingkai tersebut. Tidak ada yang dapat meneka apa yang ada di dalam fikiran Mely saat ini. Dia tenggelam dalam pikirannya sendiri sehingga dia tidak menyadari lelaki tinggi yang berjalan perlahan ke arahnya sambil terus memperhatikannya yang masih sibuk dengan fikirannya.

"Fikir apa?"

Pertanyaan itu membuatkan Mely tersedar, tubuhnya tersentak ketika mendengar suara berat yang terdengar sangat dekat dari telinganya sebelum tubuhnya berpusing untuk menghadap ke arah sumber suara tersebut. Kedua mata Mely memandang lelaki tersebut dengan pandangan terkejut.

"Astaga! Kau memang mahu aku mati cepatkan!" marah Mely sambil memandang tajam lelaki yang berada di belakangnya.

Melihat reaksi perempuan di hadapannya ini membuatkan kedua kening Gio terangkat. Reaksi comel, kata Gio dalam hati sebelum berjalan ke arah sofa yang di ikuti oleh Mely.

"Kenapa?" tanya Gio sambil memperhatikan Mely yang terus memandangnya tanpa berkelip.

"Kau pelik. Kau menolong aku, memberi aku makan dan tempat untuk berehat tapi kau tidak pernah tanya nama aku. Adakah, kau selalu memperlakukan orang asing begini?" tanya Mely, soalan yang mengganggu fikirkannya sejak tadi.

Kata-kata Mely membuat ujung bibir Gio terangkat perlahan, senyuman yang terbentuk di wajahnya membuatkan Gio terlihat semakin tampan. "Kau fikir ...kau orang asing?" jawab Gio dengan tenang, mengalihkan soalan ke arah Mely.

Melihat senyuman nipis itu membuatkan jantung Mely terasa dipenuhi anak-anak arnab yang terus melompat-lompat. Jantungnya berdegup kencang, pandangannya terus fokus ke arah lelaki tampan yang berada di hadapannya.

Astaga, senyuman Giovano LinDenhof sememangnya mampu membuat semua perempuan jatuh cinta!

Tidak hairanlah kalau lelaki ini berada dalam senarai the most wanted bachelor!

"Memangnya bukan?" jawab Mely dengan pertanyaan yang kembali diarahkan kepada Gio, kedua mata kelabunya memandang Gio dengan penuh tanda tanya.

Gio menyandarkan belakangnya ke sofa sebelum menopang kepalanya dengan salah satu tangannya. Bibir nipisnya masih tertutup rapat namun kedua mata birunya masih memperhatikan perempuan mungil di hadapannya. "Bukan. Kau bukan orang asing, Melysah" jawab Gio perlahan sambil memperhatikan perubahan ekspresi yang terjadi pada Mely yang selalu menarik perhatiannya.

Kedua mata Mely terbeliak kerana terkejut ketika mendengar kata terakhir yang di ucapkan Gio. "Hey!! Kamu tahu nama aku. Pernahkah kita bertemu sebelum ini?" tanya Mely dengan nada terkejut. Tapi, bagaimana mungkin mereka pernah bertemu sebelum ini? Kalau pernah sudah tentu dia tidak dapat melupakan wajah tampan lelaki ini.

"Starhouse berada di bawah LinDenhof Corp," jawapan tersebut membuatkan semuanya menjadi jelas. Itu sudah tentu tetapi bagaimana Giovano dapat menghafal semua nama pekerja syarikatnya, fikir Mely.

"Mr. LinDenhof, anda benar-benar hebat. Anak syarikat LinDenhof Corp sangat banyak dan anda dengan mudah dapat menghafal semua nama-nama pekerja yang ada di anda," kata Mely yang mula menggunakan bahasa formal sebaik saja dia teringat dengan siapa dia bercakap.

Namun, ketika Gio mendengar nada dan cara Mely percakapan yang berubah menjadi formal, keningnya sedikit berkerut. Gio sedar dia tidak menyukai jika perempuan di hadapannya ini menggunakan bahasa formal kepadanya. Seperti ada jarak pemisah yang memisahkan mereka dan itu entah mengapa membuat Gio merasa tidak selesa, namun pada masa yang sama dia tetap berusaha menghilangkan perasaan itu.

"Hm," jawabnya singkat.

"Mr. LinDenhof, sebenarnya saya ingin tahu apa yang terjadi dengan saya. Bagaimana anda menemui saya?"

Gio menceritakan semua kejadian yang terjadi dengan sabar dan mengubah sedikit jalan cerita. Seperti mengatakan bahawa orang yang menolong Mely pada malam itu adalah dirinya dan bukannya Raffael dan beberapa butiran kecil yang lain. Sekiranya, Raffael mendengar keseluruhan cerita Gio yang benar-benar menghapuskan semua kerja kerasnya dalam menyelamatkan Mely, sudah tentu lelaki itu akan menangis dan memandang Gio dengan pandangan penuh dendam seakan Gio telah melakukan kesalahan yang besar kepadanya.

Mely yang mendengar cerita Gio tanpa sedar kedua matanya membulat besar sambil memandang Gio dengan pandangan terkejut. Sebaik saja Gio menyelesaikan ceritanya mengenai semua peristiwa yang terjadi dalam beberapa hari ini, Mely hanya dapat mendiamkan diri kerana dia terlalu terkejut. Semua maklumat yang diterimanya terlalu banyak sehingga membuatnya terdiam untuk beberapa saat.

"Jadi aku koma selama ... tiga hari?" gumam Mely perlahan lebih tepat kepada dirinya sendiri, namun seberapa perlahan Mely bercakap, Gio masih dapat mendengar kata-kata tersebut. Sehingga ketika Gio mendengar kata-kata itu dia menganggukkan kepalanya perlahan sebelum meraih gelas wine yang ada di hadapannya dan meneguk perlahan.

"Ya"

"Dan badan aku masih mempunyai beberapa penyakit dalaman yang memerlukan pengawasan dalam beberapa hari ke depan?" tanya Mely untuk kali kedua, tetapi kali ini kedua matanya memandang tepat ke arah kedua mata biru Gio.

"Ya"

Mely terdiam untuk beberapa saat. Selama 3 hari ini banyak yang terjadi, kata Mely dalam hati. "Bagaimana dengan mereka yang menyerang saya? Adakah Anda sudah melaporkannya kepada polis?" tanya Mely lagi.

Sudah tentu dia ingin tahu tentang semua yang terjadi. Siapa yang menghantar mereka dan bagaimana kumpulan itu dapat mengenalinya. Mely merasakan bahawa dia tidak pernah menyinggung perasaan orang lain. Jadi mengapa dia diserang? Tidak mungkin mereka menyerangnya begitu saja, bukan? Pertanyaan demi pertanyaan memenuhi kepalanya membuatkan mengerutkan keningnya tanpa sedar. Kedua matanya mengecil sambil memandang kosong ke arah permukaan meja dan sibuk dengan pemikirannya sendiri. Gio yang memperhatikan perubahan ekspresi dan tingkah laku Mely dapat meneka apa yang ada di dalam fikirannya.

"Semuanya sudah diurus," kata Gio.

Mely yang menyangka bahawa mereka semua sudah di serahkan kepada polis hanya dapat menganggukkan kepalanya perlahan sebelum kembali tenggelam dalam keheningan yang menyelubungi ruang kerja tersebut.

Damn, dia seharusnya dapat menghabisi mereka semua! keluh Mely dalam hati.

Setelah beberapa saat kedua mata kelabu Mely memandang ke arah Gio dengan serius yang membuatkan Gio menaikkan sebelah keningnya. "Mr. LinDenhof, terima kasih banyak atas pertolongan anda. Segala kebaikan anda, saya akan berusaha membayar semuanya. Saya minta maaf kerana menyusahkan anda selama beberapa hari ini dan bersikap tidak sopan kepada anda" kata Mely sambil berdiri sebelum menundukkan sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat.

Gio masih diam dan terus memandangnya.

"Saya harus kembali ke rumah saya. Saya sangat berterima kasih atas apa yang anda lakukan untuk saya. Saya minta izin untuk pergi kerana saya harus pulang" katanya lagi sebelum memandang Gio untuk beberapa saat, namun ketika dia tidak mendapat reaksi balasan daripada Gio akhirnya Mely memutuskan untuk segera meninggalkan ruangan tersebut.

Dia harus segera kembali!

Sudah tiga hari!

Cuba bayangkan! Sudah tiga hari dia tidak kembali ke apartmennya! Entah, segila apa Cath ketika dia menyedari bahawa dia menghilang selama tiga hari. Membayangkan kepanikan Cath yang sudah dapat dibayangkan oleh Mely membuatkan Mely meringis perlahan.

Gosh, I'm so sorry Cath, katanya dalam hati sambil terus berjalan menuju ke pintu keluar.

"Tunggu"

Baru beberapa langkah kedua kaki Mely tepaku sebaik saja dia mendengar suara berat yang diikuti aura berbahaya di seluruh ruangan tersebut. Kedua matanya tanpa sedar membulat ketika mendengar suara dingin dari lelaki yang saat ini masih duduk santai yang bagaikan seorang bangsawan yang masih memandangnya dengan pandangan malas. Namun, hanya orang bodoh yang tidak menyedari aura yang mengelilinginya yang terasa dingin dan berbahaya.

"Siapa kata kau boleh pergi, Vina?"

"Hah?"

Hanya satu kata yang dapat Mely keluarkan dari bibir kecilnya ketika mendengar kata-kata Gio tadi. Kedua matanya membulat sambil memandang Gio dengan pandangan bercampur. Terkejut, risau, takut, panik, marah, semuanya bercampur menjadi satu. Tanpa sedar rasa takut menyelimuti seluruh hatinya yang membuatkan jantungnya berdegup kencang. Siapa yang tidak tahu bahawa Giovano LinDenhof dapat melakukan apa saja yang dia inginkan, menghilangkan Mely dari muka bumi ini juga semudah menjentik jari. Seluruh tubuh Mely seperti disiram oleh air sejuk. Kedua kakinya tanpa sedar menggeletar kerana rasa takut yang memenuhi seluruh hatinya.

"Aku tanya ... siapa kata kau boleh pergi?" ulang Gio dengan nada santai yang sama, namun Mely dapat merasakan pandangan tajam yang Gio arahkan kepadanya. Hal itu sudah cukup untuk membuat seluruh tubuhnya membeku di tempatnya. Mely tidak berani melangkah sedikit pun. Salah langkah mungkin tubuhnya akan meletop dan nyawanya akan melayang. Mely juga tidak dapat menyinggung perasaan lelaki seperti Giovano LinDenhof.

Mely terdiam untuk beberapa saat, dia berusaha menyusun kata-kata untuk menjawab soalan sukar yang ditujukan kepadanya sebelum akhirnya dia menjawab dengan suara lirik. "Kenapa... saya tidak boleh pergi?"

Kedua mata kelabunya terus mengikuti pergerakan yang di buat oleh lelaki di hadapannya ini. Sikap Mely saat ini seperti seekor kucing yang terperangkap. Waspada dan panik sedangkan Gio yang melihat tingkah laku Mely memandangnya dengan pandangan penuh humor.

"Adakah ini yang biasa kamu lakukan?" tanya Gio sambil menghirup wine di hadapannya, kedua mata birunya masih fokus ke arah kucing kecilnya.

Kedua pasang mata saling bertembung. Saling mengawasi, saling memerhati setiap pergerakan yang terjadi di antara satu sama lain.

Kelabu dan biru.

Yang satu penuh dengan pandangan waspada yang satu lagi penuh dengan humor. Sangat berbeza namun pada masa yang sama terlihat sangat intim. Walaupun, perasaan yang mereka rasakan berbeza antara satu sama lain.

"Apa maksud anda?" tanya Mely, tubuhnya masih berdiri kaku di tengah-tengah ruang kerja tersebut yang membuatkan Gio menggerakkan tangannya untuk menyuruh Mely segera duduk di hadapannya.

Sudah tentu hal itu segera dituruti oleh Mely.

Such an obedient little kitten...

"Apakah ini yang biasa kamu lakukan kepada orang yang sudah menolong kamu? Berterima kasih lalu pergi?"

Soalan yang diajukan Gio itu membuatkan Mely terkejut. Dia segera menggelengkan kepalanya dengan cepat. Kedua mata kelabunya perlahan memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan takut-takut. "Sudah tentu tidak, Mr. LinDenhof. Bagaimana mungkin saya tidak menghargai bantuan yang sudah anda berikan," kata Mely perlahan.

Dalam hati, Mely berharap dia dapat keluar dari mansion ini dengan cepat. Jauh dari situasi ini, jauh dari Giovano LinDenhof dan tentunya jauh dari masalah. Apatah lagi, ketika dia teringat beberapa saat lalu dia bercakap dengan bahasa tidak sopan kepada Gio, Mely seakan lupa siapa Giovano LinDenhof sebenarnya. Seberapa besar pengaruh yang dimilikinya dan saat ini Mely sedar dia hanya dapat berharap dia dapat keluar dari tempat ini dengan selamat dan tentunya tanpa menyinggung perasaan lelaki ini.

Lagi pula dia masih sayang nyawanya!!

"Lalu?"

"Sudah tentu saya akan membayar kebaikan yang sudah anda berikan kepada saya anggap saja saya membayar hutang dengan bekerja keras di Starhouse dan membuat keuntungan Starhouse menjadi lebih baik" jawab Mely dengan cepat.

Lelaki di hadapannya ini benar-benar menakutkan ...walaupun Giovano LinDenhof hanya duduk dengan malas sambil menompa kepalanya dengan salah satu tangannya. Namun, walaupun begitu dia tetap membuat tubuh Mely seperti dijerat oleh perasaan takut yang membuatnya sukar untuk bernafas.

Gio terdiam untuk beberapa saat setelah mendengar jawapan Mely. Jari panjangnya perlahan-lahan bergerak di atas permukaan cawan yang berada tepat di hadapannya. Entah, mengapa mendengar nada bicara Mely dan juga cara percakapannya membuat Gio berasa jengkel. Dia tidak suka kucing kecilnya bercakap formal dengannya, dia lebih suka kucing kecilnya yang bercakap dengan bebas tanpa mengira status dan formaliti. Namun, sudah tentu Gio tidak dapat membahas akan hal itu.

"Siapa kata ..." kata Gio perlahan sebelum kembali diam. Kedua mata birunya masih tertumpu pada pergerakan yang dibuatnya di atas cawan minumannya. Sedangkan, Mely masih menunggu kata kesinambungan dari Gio dengan perasaan gelisah. "Siapa kata dengan cara bekerja aku ingin kau membayar hutang itu, Vina?" sambungnya yang membuat Mely tercengang mendengarnya.

Huh, dengan cara apa lagi kalau bukan dengan cara itu!?

Bukankah lelaki seperti Giovano LinDenhof sangat mementingkan wang? Bukankah dengan memanfaatkan kemampuannya untuk menghasilkan keuntungan besar untuk Starhouse dapat disamakan dengan cara membayar hutang budi!?

Mely bingung dengan lelaki di hadapannya ini. Otaknya seakan berhenti berkerja ketika Gio menanyakan soalan itu, seakan otaknya sudah berhenti beroperasi.

Lalu dengan cara apa lagi dia harus membalas hutang budi?!!

Tunggu...

Jangan kata...

Dia harus ...warm his bed?

HEUUU?!? Seriously!?!?

Seakan tersedar, Mely memandang Gio dengan pandangan penuh horror. Lelaki yang memiliki status paling tinggi seperti Giovano LinDenhof tidak mungkin memintanya untuk memanaskan tempat tidurnya, bukan!?!?

Melihat perubahan drastik dari kucing kecilnya membuatkan Gio menaikkan sebelah keningnya. Dari ekspresi panik, bingung, terkejut sahingga saat ini kucing kecilnya memandangnya dengan pandangan penuh horror. Apa yang kucing kecilnya fikirkan sehingga dia memandangnya dengan pandangan penuh horror? Kedua mata biru Gio memandang Mely dengan penuh rasa ingin tahu.

"La ... lalu ... apa yang ... Mr. LinDenhof -"

"Jangan panggil begitu" Mely tercengang ketika Gio memintas ucapannya sebelum otaknya memproses kata-kata Gio tadi.

Lalu anda ingin saya memanggil anda siapa!?!?! jerit Mely dalam hati.

Berurusan dengan Giovano LinDenhof ternyata memang sangat sukar.

Physically and mentally exhausted.

"Young Master LinDenhof?" kata Mely ragu-ragu, namun apa yang terjadi!? Kedua kening Gio berkerut yang menunjukkan kekesalannya saat Mely memanggilnya dengan sebutan itu. 

Kalau begitu dia harus memanggil apa!!!?

"Um ... Master LinDenhof?" namun sekali lagi ekspresi kesal Gio semakin menjadi ketika Mely memanggilnya seperti itu dan hal itu membuatkan Mely tidak berdaya.

Almighty LinDenhof!! Apa sebenarnya yang anda inginkan!? Hamba bukan orang yang dapat membaca fikiran anda, jadi hamba tidak tahu apa yang ada di fikiran anda! Huhuhu ...

Mely benar-benar ingin menangis dengan kuat namun tidak ada air mata yang keluar.

"Vano?" kata Mely tanpa sedar sebelum kedua tangannya refleks menutup mulutnya. Dia memandang lelaki yang duduk santai di hadapannya dengan pandangan penuh ketakutan.

Holyshit! Vano? 

VANO!? 

Kau memiliki keberanian dari mana Melysah!!!?

Berani-beraninya kau memanggil Giovano LinDenhof dengan panggilan ...VANO!?

Adakah kau memiliki 9 nyawa!?

Bodoh....!!!

Mely, yang sejak tadi sibuk memaki dirinya atas kebodohan yang dilakukannya tidak menyedari kilatan puas yang terlihat di kedua mata biru Gio ketika mendengar nama panggilan tersebut.

"Hm. Okay"

Huh? Okay?

OKAY!?

Dia tidak salah dengar, kan!?

Kedua mata Mely terbeliak sambil memandang Gio yang saat ini berada di hadapannya, berusaha menilai adakah ekspresi tersinggung atau marah yang muncul di wajahnya, namun Mely tidak melihat ekspresi negatif pada wajah lawan bicaranya. Gio masih memandangnya dengan ekspresi poker pace yang sama seolah dia berusaha menutup semua yang ada di dalam fikirannya.

"Um ... baiklah, Mr... um ...maksud saya ... Vano," kata Mely dengan nada cemas. Astaga, betapa sukarnya dia memanggilnya dengan nama!? Seolah-olah memanggil Vano kepada Giovano LinDenhof dengan panggilan akrab seperti seorang rakan.

Berbeza dengan reaksi Mely, Gio yang mendengar Mely memanggilnya dengan nama panggilan akrab itu dadanya terasa hangat. Moodnya bertambah baik dari sebelum ini ketika dia melihat Mely yang tergesa-gesa meninggalkan ruangannya beberapa saat lalu.

"Ada apa?" tanya Gio dengan tenang.

Mely yang merasakan aura santai Gio tidak tahu harus berkata apa. Bagaimana dia dapat mengubah aura menakutkan yang mengelilinginya beberapa saat lalu menjadi santai seperti sekarang? Malah, Mely dapat membayangkan cahaya matahari musim panas ketika dia merasakan aura Gio yang menandakan mood lelaki ini sangat baik.

"Jadi bagaimana anda in -"

"Jangan formal," pintas Gio dengan cepat sebaik saja dia mendengar Mely menggunakan bahasa formal yang selalu membuatnya merasa jengkel setiap kali mendengarnya.

"Um ... baiklah ... Jadi, kau ingin aku membalas hutang budi yang sudah kau berikan dengan cara apa?"

"Hanya satu"

Jantung Mely berdegup kencang menunggu kata seterusnya untuk mengetahui bagaimana caranya dia membalas hutang budi yang tidak iklas ini.

Berdoa kepada Tuhan kalau cara yang di inginkan lelaki ini bukanlah seperti....

'Menghangatkan tempat tidurnya setiap malam'

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience