Rate

The Almighty Devil Of Underworld_14

Action Completed 38206

Linguini Restaurant, NYC.

Seorang lelaki berpakaian putih gading melangkah masuk ke ruang VIP restoran yang terletak di pusat bandar New York pada petang ini, membuatkan hampir semua mata memandang ke arahnya. Wajahnya yang tampan dan sepasang mata hijau membuat lelaki tersebut mudah untuk menjadi pusat perhatian.

Menyedari orang yang dicarinya sudah duduk menghadap ke arah balkoni restoran membuatkan lelaki tersebut tersenyum nipis. "Hai, sudah lama menunggu?" tanyanya sambil memperhatikan lawan bicaranya yang akhirnya memandang ke arahnya dengan pandangan yang sepertinya berkata 'kau fikir?' Melihat itu lelaki tersebut hanya menggerakkan bahunya perlahan.

"Sorry, orang sibuk sememangnya susah" katanya dengan santai. Raffael Valentino LinDenhof memandang perempuan di hadapannya dengan senyuman lebar yang membuatkan Amanda Stamford memandang kesal ke arahnya.

"Sibuk! Makanya, jangan selalu main setiap malam. Lebih-lebih lagi, selalu tukar-tukar perempuan" kata Amanda sambil menutup menu yang dipegangnya. Mendengar itu membuat Raffael tertawa sambil menggelengkan kepalanya perlahan. 

"Babe, mereka itu bukan kamu. Sekiranya kamu, aku janji akan setia. Lagipun memang susah nak cari perempuan seperti kamu." Jawapan Raffael membuatkan Amanda memukul bahunya perlahan.

"Shut up, moron! Jangan samakan aku dengan semua perempuan gilamu," katanya sambil memuncungkan bibirnya membuat Raffael tertawa sambil mencubit perlahan pipi perempuan tersebut.

Astaga, mengapa perempuan ini begitu comel? Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan perempuan ini? Fikirnya dalam diam.

Selepas membuat pesanan, keduanya tenggelam dalam perbualan mereka untuk masa yang lama. Menceritakan semua yang terjadi dalam hidup mereka kerana masalah pekerjaan, terutama Amanda yang merupakan seorang model antarabangsa yang kini hidup berpindah-pindah dan tuntutan kerjanya. Apatah lagi sibuk dengan jadual kerjanya, sedangkan Raffael masih bergelut dengan urusan di LinDenhof Corporation sebagai salah satu pengarah yang menerajui syarikat tersebut.

"Bagaimana keadaan, Gio?" pertanyaan yang keluar dari mulut Amanda seakan membuat hati Raffael dicengkam kuat oleh satu tangan yang membuat dadanya terasa sesak.

Mahu sampai bila bodoh?

Perempuan di hadapannya ini tidak mungkin menjadi miliknya. Tidak kira seberapa kuat dia berusaha dan seberapa gigih dia mencuba kerana saingannya adalah Gio, mahu mencuba berulang kalipun dia tetap tidak akan menang melawan sepupunya. Fikir Raffael dengan pahit. Memikirkan kejadian bodoh yang dia lakukan beberapa tahun yang lalu membuatkan Raffael tersenyum pahit dengan kedua mata yang terlihat penuh dengan kesedihan.

Beberapa tahun yang lalu semasa acara amal tahunan yang dianjurkan oleh LinDenhof Corporation, Raffael mengenalkan Amanda kepada Gio dan pada saat itu juga perempuan yang dia cintai ini jatuh cinta dengan lelaki lain dan lelaki itu adalah sepupunya sendiri. Kejadian itu merupakan penyesalan terbesar Raffael selama ini. Sungguh menyedihkan. Memikirkan hal itu membuatkan Raffael tersenyum pahit.

"Raf? Adakah kau dengar?" tanya Amanda sambil memiringkan kepalanya ke sisi dan memandang wajah Raffael yang tenggelam dalam fikiranya sendiri.

"Dengar, babe. Gio baik-baik saja. Sibuk dan mendung seperti biasa. Kenapa hanya Gio yang kamu tanya? Kenapa aku tidak?" kata Raffael dengan nada kecewa sambil menunjukkan pandangan sedih yang membuatkan Amanda membuat gerakan ingin muntah sebelum menggelengkan kepalanya. 

"Tanya tentang, kau? Ew ... tidak akan," jawabnya dengan nada bergurau. Namun, walaupun dengan nada bergurau kata-kata itu benar-benar menyentuh ulu hati Raffael yang membuatnya hanya mampu tersenyum.

Damn, that's hurt woman.

"Apa kata kita buat party dan berkumpul! Aku rindu!" pekik Amanda senang, apatah lagi memikirkan dirinya akan bertemu dengan lelaki idamannya. Ah...hal itu membuatnya sangat teruja.

Melihat kegembiraan perempuan di hadapannya ini membuat Raffael menggelengkan kepalanya perlahan. Walau bagaimanapun, lelaki yang ada dalam fikiran dan hati Amanda bukanlah dirinya namun Raffael juga tidak dapat marah dengan perempuan ini. Walaupun, hatinya terasa sakit melihat perempuan yang dicintainya ingin bertemu dengan lelaki lain. Senyuman yang terbentuk di wajah perempuan di hadapannya ini selalu membuatnya merasa kehangatan dan senang begitu juga dengan kesedihan dan keperitan yang dia rasakan.

"Cakap sajalah kalau kau mahu bertemu dengan, Gio," kata Raffael dengan nada merajuk yang membuat Amanda tertawa.

"Betul" jawabnya sambil menjelirkan lidahnya ke arah Raffael.

"Kalau begitu, kamu sendiri yang ajak. kamu kan rindukan dia dan tidak rindukan aku. Aku tidak akan tanya Gio. Titik" kata-kata tersebut membuat Amanda cemberut sambil memandang Raffael.

Astaga, mata yang mematikan itu. Perempuan ini benar-benar tahu kelemahannya, gumam Raffael dalam hati. 

Bagaimana dia boleh menolak permintaan itu?!

"No, kaupun tahu kalau aku yang ajak Gio, dia tidak akan mahu. Kalau kamu dia pasti mahu Raf, tolonglah. Aku pun rindukan kau. Sangat-sangat rindu" kata Amanda dengan nada sedih dan senyuman manis yang menghiasi wajah cantiknya. 

Tangan besar Raffael mengusap perlahan kepala Amanda sambil tersenyum lembut pada perempuan yang dicintainya. "Ya, ya nanti kita berkumpul. Lagipun, kau dan aku akan mengadakan banyak acara yang sama. Nanti aku sendiri yang tarik Gio agar kamu dapat bertemu dengannya," jawabnya dengan nada lembut. Bagaimanapun dia juga tidak dapat mengatakan tidak kepada Amanda, walaupun dia tahu kadang-kadang permintaan perempuan ini menyakitkan hatinya namun dia tetap tidak dapat menolaknya.

"Yay!!!" jerit Amanda dengan gembira dan refleks memeluk tubuh Raffael yang membuatnya tidak dapat berkata-kata. Ketika dia tersedar dari rasa terkejut Raffael segera mengusap belakang Amanda perlahan-lahan, menyerap semua kehangatan yang sukar dia dapatkan.

I'll do anything for you babe, even I have to move the mountain, I'll glady do it.

Tanpa sedar perbualan mereka telah memakan masa selama beberapa jam, kerana pekerjaan Raffael yang tidak begitu sibuk dia memanfaatkannya untuk menghabiskan masanya bersama perempuan di sebelahnya yang saat ini sibuk memilih beg tangan di salah satu kedai berjenama yang tidak jauh dari restoran tempat mereka makan tengah hari.

Beberapa saat kemudian, tiba-tiba telefon bimbit Raffael berbunyi, membuatnya segera mengeluarkan telefon bimbit tersebut sebelum melihat nama yang tertera dengan kening yang berkerut.

"Raffael" Suara berat itu membuat Raffael menegakkan tubuhnya tanpa sedar. Ada apa? Kenapa tiba-tiba memanggil namanya? Biasanya straight to the point dan sekarang kenapa hanya memanggil namanya? Adakah dia melakukan kesalahan? Tapi apa? Sejak beberapa bulan kebelakangan ini prestasinya sangat baik, terutama bahagian yang berada di bawah arahannya, jadi mengapa tiba-tiba memanggil namanya? Sejuta pertanyaan berputar dalam kepalanya sebaik saja dia mendengar suara tersebut. Tanpa sedar rasa panik menjalar di hatinya.

"Gio" katanya sambil menahan kegelisahan yang saat ini dia rasakan. Walaupun Gio merupakan sepupunya, saudara yang masih memiliki pertalian darah dengannya namun ketegasan dan aura dingin Gio masih selalu membuatnya gugup. Walaupun mereka membesar bersama kadang-kadang Gio selalu membuatnya panik dengan sikap dinginnya.

"Di mana?"

"Upper east side"

"My office. 30 minutes." kata Gio sebelum memutuskan sambung telefon.

Whaaat!!??

Raffael terpaku beberapa saat sebelum rasa panik memenuhi seluruh hatinya. Astaga, kesalahan apa yang sudah dia buat sehingga Gio menyuruhnya kembali ke pejabat? Ini adalah kali pertama Gio menanyakan keberadaannya dan juga menyuruhnya kembali ke pejabat, jerit Raffael dalam hati.

I'm doomed, absolutely doomed. Goodbye world, Goodbye my comfortable bed, Goodbye my bright future, Goodbye the love of my life.

Dengan cepat Raffael memberitahu masalah tersebut kepada Amanda, namun berbeza dengan reaksi Raffael yang panik, ketika Amanda mendengar berita tersebut kedua matanya bersinar penuh semangat. 

"Bagaimana jika aku ikut? Mungkin aku dapat memujuk Gio agar dia tidak marahkan kau kerana kau menemani aku hari ini?" kata Amanda dengan penuh harapan.

What? Woman, are kidding me? Are you tired of living?

Keadaan genting begini dan perempuan di hadapannya ini malah ingin berhadapan dengan Gio! Itu sama saja dengan mengantar rusa masuk ke dalam mulut serigala!! Bunuh diri namanya!! Membayangkan kemungkinan yang akan terjadi membuatkan tubuh Raffael menggeletar.

"Buat masa ini sangat sukar, babe. Gio benar-benar dalam mood yang tidak baik, malah dia menyuruh aku kembali dalam masa 30 minit. Lebih baik aku sendiri yang menghadapinya. Bagaimana kalau aku hantar kamu ke apartmen? Atau ke agensi?" kata Raffael dengan nada memujuk, menolak dengan cara halus dan menawarkan diri untuk menghantar Amanda pulang. 

Mendengar penolakan itu, rasa teruja dimata Amanda perlahan pudar, namun dia cuba faham. Mungkin keadaan syarikat sekarang tidak baik sehingga Raffael benar-benar terlihat risau. Akhirnya mereka berdua segera kembali ke kereta dan Raffael segera menghantar Amanda ke apartmennya sebelum menuju ke pejabat dengan perasaan takut dan cemas.

For heaven's sake, let me through this. Don't let me die today. Please God!

75th floor, LinDenhof Coorporation, NYC.

Dengan langkah tergesa-gesa Raffael berjalan menuju ke ruang kerja Gio, namun langkahnya terhenti saat melihat Ziro yang sibuk mengerjakan dokumen yang bertimbun di atas mejanya.

Merasakan kehadiran seseorang membuatkan Ziro mengalihkan pandangannya dari dokumen yang dipegangnya.

" Ziro, tolong beritahu aku sebelum aku masuk dan bertemu dengan kematianku. Kesalahan apa yang sudah aku buat sehingga president kita mengharapkan kehadiran aku di ruangan kerjanya?" tanya Raffael dengan nada panik yang membuatkan Ziro memandangnya dengan ekspresi bingung.

Adakah terdapat kecemasan? Kenapa Presiden LinDenhof tidak memberitahunya apa-apa.

"Maaf, Pengarah LinDenhof, saya sendiri tidak tahu mengapa President LinDenhof mencari anda, silakan masuk, Pengarah Raffael" kata Ziro dengan sopan sambil membuka pintu untuk Raffael masuk ke ruang kerja Gio.

Seperti seorang raja yang duduk di atas takhta, Gio dengan aura penguasaannya duduk di kerusi kulit mewah berkualiti tinggi tepat di tengah-tengah ruangan. Sinar matahari yang masuk melalui tingkap yang menerangi ruang kerja itu membuatkan Gio terlihat seperti bayangan gelap yang dikelilingi oleh aura dingin yang dapat membuat Raffael gemetar. Walaupun ketika Raffael memasuki ruangan ini, dia sudah dapat merasakan aura lelaki di hadapannya ini.

Ruangan dengan reka bentuk minimalis yang dikuasai warna hitam dan kelabu melambangkan ketegasan, kepraktisan dan kecekapan pemilik ruangan tersebut dalam menjalankan kerjanya. 

"Cousen, apa yang sudah aku buat sehingga kau membuat aku berlari untuk sampai ke pejabat dalam masa tiga puluh minit?" tanya Raffael sambil melangkah perlahan ke arah Gio dan meminta Ziro menyediakan minuman untuknya. Dia segera merebahkan tubuhnya di kerusi yang bertentangan dengan meja Gio. Dalam hati dia terus berdoa yang dirinya tidak berada dalam masalah, namun Raffael tahu jika Giovano LinDenhof datang mencarinya secara peribadi itu bermakna dia berada dalam masalah besar.

Sangat-sangat besar.

"Tiga minit," kata Gio dengan pandangan yang masih tertumpu pada dokumen yang ditandatanganinya tanpa melirik ke arah Raffael. Mendengar itu membuat hujung bibir Raffael berkedut kerana kesal. Gio fikir dia siapa!? Superman? Boleh sampai ke pejabat dalam masa tiga puluh minit? Lagi pula dia hanya terlambat tiga minit!!

TIGA MINIT!!!

"Aku hanya terlambat tiga minit! Kaupun tahukan lif syarikat kita mengambil masa yang lama untuk naik. Jadi sebab itu aku lambat" Menyalahkan lif dalam keadaan ini lebih baik daripada dia mengakui yang dia terlambat kerana menghantar Amanda terlebih dahulu. "Kenapa kau tiba-tiba cari aku?" tanyanya semula dalam keadaan serius.

Memang di antara mereka ada kalanya mereka bergurau dan bersenang-senang. Ya ... walaupun, kadang-kadang Raffael menganggap hanya dirinya yang bersenang-senang tetapi di saat mereka serius dia akan menjadi serius.

"Aku akan pindahkan kau"

Hah?

"Eh? Hanya kerana aku terlambat dan kau memecat aku? Adakah, kau sejahat itu dengan sepupu ini? Alah, Gio! Ini adalah kali pertama aku terlambat!!" kata Raffael dengan nada sedih sambil memandang Gio dengan pandangan tidak percaya, namun respons apa yang dia dapatkan? Gio hanya diam tanpa mengalihkan pandangannya ke arah Raffael.

Adakah sepupunya ini sudah gila?

Setelah beberapa saat akhirnya Raffael menyedari ada sesuatu yang pelik dari kata-kata Gio tadi. "Tunggu, apa maksud kau dengan memindahkan, aku?" tanya Raffael dengan kening berkerut. Adakah sepupunya ini mempunyai masalah dengan otaknya yang kurus? Kenapa dia tiba-tiba berkata pelik? Kata Raffael dalam hati.

"Aku perlukan kau di Starhouse. Besok kau akan mula," kata Gio sambil memusingkan kerusi yang dia duduk ke arah tingkap sebelum memandang pemandangan Manhattan yang terbentang sejauh mata memandang.

"Perlu ... apa yang kau perlukan?" tanya Raffael dengan waspada.

Mengapa dia merasa tidak sedap hati?

"CEO"

"Tunggu, tunggu. Kau mahu aku jadi CEO di syarikat industri beg!!?" jerit Raffael dengan nada terkejut. Sepertinya, ada masalah dengan sepupunya ini, mungkin terdapat racun tikus di makanan tengah harinya tadi. Jika tidak, seorang Giovano LinDenhof tidak mungkin akan bercakap tidak jelas seperti ini!!

"Brother, adakah kau sakit? Biasanya kau tidak akan bercakap pelik begini. Dan lagi, adakah aku salah dengar? Tunggu, tunggu ... masalah yang lebih penting. Sejak bila kau mengambil alih Starhouse!?" kata Raffael sebelum memutuskan untuk meneguk wine yang sudah di sediakan oleh Ziro.

Adakah ini kerana Raffael yang dalam masalah kerana terlambat ataupun Gio sudah melakukan sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan sebelum ini?

Mengapa Gio tiba-tiba mengambil alih Starhouse?

"Dua hari yang lalu. Aku memerlukan CEO. Anggaplah ia sebagai latihan"

"APA!!? ADAKAH KAU SUDAH GILA!!?"

"Esok kau akan mula"

"Astaga, kepala aku sakit mencerna semua berita ini. Aku seorang chief director of public relation bukan chief executive officer!!! Dan sekarang aku menjadi ketua eksekutif yang sudah mengambil alih Starhouse? TOMORROW?!" tanya Raffael untuk mengesahkan keadaan dirinya.

"Hmm"

Mimpi apa dia semalam sehingga dia tiba-tiba berubah dari pengarah menjadi CEO?

"Jadi, aku tidak menghadapi masalah? Jadi semua lari-lari ini untuk sampai ke pejabat kerana kau ingin mempromosikan aku dari seorang pengarah menjadi seorang CEO?"

Setelah mempertimbangkan kata-kata Raffael, Gio akhirnya memandang ke arahnya. "Hm," jawab Gio dengan singkat.

Mendengar jawapan Gio membuatkan hujung bibir Raffael berkedut keras, berusaha menahan emosinya.

Sekiranya, kau ingin promosikan aku. Kau tidak perlulah menggunakan nada menyeramkan itu!!

Raffael ingat syarikat ini tiba-tiba di landa masalah yang perlu dia selesaikan secepat mungkin!

Ah.. Sudahlah.

Kadang-kadang dia sendiri menyerah dengan tingkah laku sepupunya yang satu ini.

Paling tidak, dia tidak menghadapi masalah dan yang paling penting ialah dia tidak membuat Gio marah.

Terima kasih tuhan! Aku masih dapat menikmati keindahan duniamu ini!

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience