Rate

The Almighty Devil Of Underworld_43

Action Completed 38230

"Itulah sebabnya aku tidak melepaskan kamu, Vina" jawab Gio perlahan.

"Adakah itu salah satu alasan, kamu tidak membiarkan aku pergi?" tanyanya perlahan. Mely seakan mula memahami salah satu sebab mengapa dia tidak boleh meninggalkan mansion ini.

"Ya. Saat aku membawa kamu ke sini. Semua musuhku sudah mengetahui tentang kewujudan perempuan di dalam mansion ini. Sudah tentu mereka mula membuat spekulasi tentang siapa kamu untuk aku. Itu adalah salah satu sebab mengapa aku tidak dapat melepaskan kamu" kata Gio perlahan.

Sekiranya, kucing kecilnya ini tahu bahawa alasan utama Gio memaksanya untuk tinggal di mansion ini adalah agar kucing kecilnya tetap berada di sisinya dan bukan kerana musuh atau apa pun yang dia katakan tadi. Gio yakin kucing kecilnya ini pasti akan meletop, walaupun sebahagian dari apa yang dia katakan adalah banar, seperti masalah Bella namun sebahagian yang lain ...tak ..tsk.

Sudah tentu dia harus menipu kucing kecilnya ini sedikit.

Mendengar salah satu alasan Gio membuat kening Mely berkerut. Mengapa lelaki ini boleh membiarkan dia pergi sekarang? Pertanyaan itu mula mengganggunya. Mely mula merasa hidupnya tidak akan tenang lagi seperti sebelum ini jika dia melangkah keluar dari mansion ini.

Nampaknya, mansion ini jauh lebih selamat dari apa yang dia jangka sebelum ini.

"Aku tidak boleh mengurung kamu terus, Vina. Aku tahu kamu memerlukan kebebasan tapi aku tidak dapat memberikannya begitu saja. kerana itu aku mengirim Rayden dan beberapa pengawal untuk melindungi kamu. Ini adalah masalah yang kedua, bukan? Mereka bukan untuk menjadi baby sitter kamu, Vina. Mereka untuk melindungi kamu daripada bahaya. Sekiranya kamu ditangkap, kamu menjerit sampai berbuih pun kepada musuh aku bahawa kamu bukan siapa-siapa dalam hidupku, aku yakin mereka tidak akan percaya dan mereka akan terus menyakiti kamu. Untuk masalah terakhir. Aku meminta untuk kamu kembali ke mansion ini kerana hanya mansion ini yang dapat memberikan kamu perlindungan. Kamu tentu tahu yang apartment tempat kamu tinggal tidak akan dapat melindungi kamu dari bahaya, bukan?"

Mely: "..."

"Untuk masalah apartment. Aku sudah membeli semua bangunan apartment itu dan sekarang aku adalah pemilik apartment itu. Untuk kos dan yang lain kamu tidak perlu risau lagi"

Mely:"!!!!???"

Gila, lelaki ini sampai membeli bangunan apartmentnya?!

Dia tidak salah dengar, kan!?

Kedua mata Mely masih memandang Gio dengan rasa tidak percaya. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar saat ini. "Kamu ...membeli apartmentku? Maksud aku bangunan apartment itu?" tanya Mely perlahan.

"Mm," jawab Gio dengan senyuman nipis yang terlihat di bibir nipisnya

"Adakah kamu serius!?!? Kenapa kamu tiba-tiba membeli apartment itu, Vano!?" jerit Mely dengan nada suara yang tinggi.

Berbeza dengan reaksi Mely yang terkejut, Gio hanya memandangnya dengan kedua kening yang terangkat sempurna. "Mengapa aku tidak boleh beli apartment itu?"

Mely: "...."

Vano benar-benar!!

Arrogant, full domineering and power!

Mely benar-benar tidak tahu apa yang harus dia katakan. Semua informasi yang dia dengar dari Gio benar-benar membuatnya speechless. Ini benar-benar jauh dari ramalannya, keadaan ini tidak semudah yang dia ramalkan.

Ah!! Salahkan kumpulan sialan yang menyakitinya! Kalau dia tidak terluka dan Gio tidak menolongnya. Dia tidak mungkin berada dalam keadaan sukar ini!!

Damn you, old pervert!

Suara pintu di ketuk itu membuat Gio dan Mely mengalihkan pandangan mereka ke arah sumber suara tersebut sebelum melihat Ziro melangkah masuk ke dalam ruang kerja Gio dengan kedua tangannya yang dipenuhi dengan dokumen yang dibawanya. 

Melihat ekspresi kecewa Ziro membuat Mely menaikkan sebelah kening. Baru beberapa hari yang lalu dia melihat lelaki ini dan sekarang dia sudah terlihat seperti kehilangan beberapa kilo berat badan. Adakah, sangat sukar berkerja dengan Giovano LinDenhof?

"Mr. President, young miss" sapa Ziro dengan hormat sambil meletakkan beberapa dokumen di atas meja dan menyerahkan selebihnya kepada Gio. "Mr. President, ada beberapa dokumen yang harus anda review dan tandatangan secepat mungkin. Petang ini anda ada dua video conference meeting yang memerlukan kehadiran anda mengenai projek The Asian Market," kata Ziro yang berdiri di sebelah Gio.

"Adakah pekerjaan anda sesusah itu Mr. Ziro?"

Mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Mely, membuat Ziro terpana seketika. Dia memandang perempuan yang saat ini duduk di hadapannya. Kedua mata kelabu itu memandangnya dengan penuh rasa ingin tahu yang membuatkan ujung bibir Ziro berkedut menahan senyum. 

"Tidak susah, Young miss. Ini adalah sebahagian dari tugas saya" jawab Ziro dengan senyuman ramah. Entah, sudah beberapa kali dia berinteraksi dengan young miss dan setiap kali mereka bertemu, dia merasa perempuan ini memang orang yang paling sesuai berada di sisi atasannya.

Seorang yang berdikari, kuat dan mempunyai pendirian yang teguh.

Perempuan yang sukar ditemui pada zaman ini.

Tanpa mempedulikan interaksi antara pembantu peribadinya dan kucing kecilnya, Gio meraih dokumen yang ada di hadapannya dan membaca isi kandungan dokumen tersebut. Namun, sebaik saja dia mendengar kata-kata Ziro, kedua mata birunya perlahan memandang ke arah Mely yang saat ini sibuk berbual dengan Ziro. "Lebih baik kamu terima tawaran aku. Lagi pula apa salahnya kalau bekerja di syarikat utama LinDenhof Corp?" kata Gio perlahan dengan pandangan yang kembali fokus pada dokumen yang ada di hadapannya. Tangannya bergerak lincah untuk menandatangani semua dokumen yang ada.

Mendengar itu perlahan kening Mely berkerut, sibuk dengan pemikirannya sendiri dan tidak menyedari ekspresi speechless dari lelaki yang sejak tadi berbual dengannya. Kedua mata hitam Ziro bergerak dari bosnya ke arah young miss yang saat ini tenggelam dalam fikirannya.

Young miss ...ingin bekerja di LinDenhof Corp?

Astaga ...bagaimana tingkah laku atasannya ini nanti? Sedangkan young miss tinggal di mansion ini sudah membuat bosnya ini bersikap pelik sehingga hampir membuat beberapa pegawai di syarikat mengalami serangan jantung. Jika young miss bekerja di LinDenhof Corp ...mungkin sikap atasannya ini akan lebih gila dari sebelumnya!!

Memikirkan kemungkinan yang mungkin akan terjadi membuat Ziro seperti ingin memohon dan berlutut kepada young miss untuk menolak tawaran dari atasannya.

Young miss ... saya mohon tolong tolak tawaran itu ...jika anda terima tawaran itu, saya yakin reputasi Mr. President akan hancur dalam sekelip mata.

"Kamu tidak kesian melihat Ziro yang selalu sibuk dengan kerjanya? Kamu boleh membantunya dengan bekerja dengan aku" kata Gio dengan nada yang sama, namun Ziro dapat mendengar sedikit nada memujuk dari suara datarnya.

Ziro: "...."

Kenapa anda bawa-bawa nama saya, bos!?

Tidak memperhatikan ekspresi Ziro yang tertekan, Mely mengalihkan pandangannya ke arah Gio yang masih sibuk dengan dokumen yang ada di tangannya. "Aku terima" jawab Mely dengan yakin.

Mungkin ini yang terbaik. Lagi pula dia tidak punya jalan keluar lagi. Satu-satunya cara agar dia dapat menikmati kebebasan hanyalah dengan cara ini. Dengan bekerja di LinDenhof Corp dia akan mendapat gaji yang lebih tinggi dari sebelum ini dan jika dia sudah menyimpan banyak wang, dia akan meninggalkan tempat ini. Dia tidak boleh berada di sini lama-lama. Apa lagi keadaan sudah berubah, dia harus segera pergi dan memulakan semuanya dari awal, di mana tidak ada seorangpun yang mengetahui siapa dirinya dan apa latar belakangnya.

Ya ... ini adalah satu-satunya cara yang terbaik.

Mendengar jawapan Mely membuat Ziro terpana untuk beberapa saat. Kedua matanya memandang perempuan mungil di hadapannya dengan pandangan tidak percaya. Adakah ini serius? Adakah bosnya akan membiarkan young miss bekerja? Perlahan dia melirik ke arah atasannya untuk melihat reaksinya ketika mendengar jawapan dari young miss. Seluruh tubuhnya membeku ketika melihat ekspresi wajah Gio yang terlihat sangat puas dengan jawapan yang dia dengar Senyuman nipis dapat dilihat dibibir nipisnya membuat Ziro menelan liurnya kerana gugup.

Ziro sudah berada di sisi atasannya ini selama beberapa tahun dan dia sangat-sangat tahu apa yang ada dalam fikirannya saat ini.

Young miss ...anda benar-benar sudah masuk dalam perangkap bos.

Rasanya Ziro benar-benar ingin menangis meratapi nasib masa depan young miss.

"Mr. Ziro? Kenapa dengan ekspresi wajahmu?"

pertanyaan Mely yang tiba-tiba itu membuat Ziro tersedar dari fikirannya. Tiba-tiba dia merasakan pandangan tajam yang diarahkan kepadanya yang membuat seluruh tubuhnya menggeletar perlahan

Bos ... maafkan saya!!! 

"Biarkan. Dia diarrhea" jawab Gio, kedua matanya masih fokus pada dokumen yang lain.

Mely yang memahami maksud dari kata-kata Gio hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Kedua matanya memandang Ziro dengan ekspresi perihatin dan penuh rasa simpati yang membuat Ziro seperti ingin menangis kerana itu.

Bos ... kenapa anda begitu kejam!!!

Siapa yang mengalami cirit-birit!?

Astaga... young miss sudah berfikir bukan-bukan tentang saya huhuhu...

His boss is such a bully...

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience