Rate

The Almighty Devil Of Underworld_15

Action Completed 38206

"Baiklah, selagi kau tidak menyesal menyerahkan Starhouse kepada aku."

"Tidak akan. Kau mampu mengatasinya," jawapan Gio membuat Raffael merasakan yang Gio mempercayainya yang membuatkan Raffael tersenyum nipis. Walaupun, terlihat dingin dan kaku namun pada dasarnya Gio selalu memperhatikan orang-orang yang disayanginya

"Kenapa kau tiba-tiba mengambil alih Starhouse?" tanya Raffael, kembali pada topik paling penting dalam perbualan mereka. Mengapa mesti Starhouse? Sekiranya, Gio memutuskan untuk masuk ke industri beg, mengapa dia memilih Starhouse?

Raffael, mungkin tidak berapa mengikuti perkembangan industri dalam bidang ini, namun untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan syarikat dalam ekonomi Amerika, dia hanya mengikuti berita secara terperinci sehingga Raffael mengetahui tentang syarikat Starhouse.

Syarikat itu berada di kedudukan ketiga selama 5 tahun tanpa berpotensi untuk terus berkembang. Hal itu sudah tentu membuat Raffael merasa ragu-ragu, walaupun dia percaya keputusan Gio yang selalu memiliki alasan yang baik. Di sebalik semua itu dia tetap ragu! Tidak biasanya Gio membuat keputusan yang cukup mendadak ini. JIka Gio benar-benar memutuskan untuk masuk ke bidang industri ini, bukankah seharusnya dia mengambil alih Venus? Raffael masih ingat berita yang dia baca beberapa ketika lalu. Di mana Venus baru saja mengeluarkan koleksi beg edisi terbaru dan koleksi itu menjadi tumpuan utama di berita perniagaan.

Jadi mengapa Gio memutuskan untuk mengambil alih Starhouse?

Gio terdiam ketika mendengar pertanyaan Raffael. Fikirannya kembali ke sepasang mata kelabu besar yang memandangnya di antara semua mata yang memenuhi ruang lobi Starhouse beberapa hari yang lalu. Ekspresi lembut terlintas untuk beberapa saat di wajah dinginnya yang membuatkan wajah Gio terlihat seperti ilusi, sebahagian orang mungkin tidak menyedari atau mungkin juga tidak memperhatikan ekspresi lembut tadi.

Itu orang lain. Bukan Raffael!!

Dia jelas-jelas melihat ekspresi Gio yang tidak seperti biasanya itu. Bahkan kedua matanya tidak berkedip, dia menyangka yang saat ini kedua matanya bermain dengan ilusi yang membuatkan dia melihat sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan sebelum ini. Perlahan Raffael mencubit kedua tangannya untuk membuktikan bahawa dia tidak bermimpi atau berhalusinasi dan betul, rasa sakit dari cubitannya menjalar di seluruh tangannya yang membuatkan Raffael tanpa sedar meringis kesakitan.

Ini adalah benar!

Bukan mimpi!!

Raffael membulatkan kedua matanya sambil memandang Gio dengan pandangan tidak percaya untuk beberapa saat sebelum senyuman lebar menghiasi wajahnya. "Well, well..well. Siapa sangka seorang Giovano LinDenhof mempunyai ekspresi baru" kata Raffael dengan nada nakal.

Gio yang mendengar kata-kata tersebut memandang tajam ke arah lelaki yang saat ini duduk di hadapannya. Ekspresi wajahnya yang gelap membuatkan Raffael tanpa sedar menelan liurnya.

Ugh, mati aku!!

Sudah berapa kali dia diberi peringatan oleh Deekson untuk tidak sesekali memprovokasi Gio, tetapi sudah berapa kali juga dia melupakan peringatan itu.

Dan sekarang dia berada dalam masalah huhu ...

"Ugh ...aku hanya bergurau ... hehe" kata Raffael gugup. Berdoa dalam hati agar Gio tidak mengambil hati dengan komen bodohnya tadi. Jika tidak, dia sama saja dengan mengukir batu nisannya sendiri.

"Hm," kata Gio sambil mengalihkan pandangannya dari Raffael yang saat ini ketakutan. Keadaan Gio sangat baik selama beberapa hari ini, jadi dia memutuskan untuk melepaskan Raffael untuk kali ini.

Wait?

what? Gio melepaskannya?

Sepertinya ada sesuatu yang pelik dengan sikap Gio.

"Jadi, kembali ke topik. Mengapa Starhouse? Kalau, kau benar-benar ingin masuk ke industri ini bukankah lebih baik kau mengambil alih Venus? Kau, tahukan syarikat itu ingin sangat bekerjasama dengan kau?"

Raffael masih ingat beberapa bulan yang lalu, seorang wakil dari Venus cuba bertemu dengan Gio namun seperti biasa lelaki ini menolak permintaan itu secara singkat, ringkas dan jelas. Ruthlee. Satu kata yang dapat menggambarkan Gio dalam menjalankan perniagaannya. Bagaimanapun, tidak semua pengusaha disana berhenti mencuba untuk memenangkan hati Gio untuk dapat bekerjasama dengan LinDenhof Corporation.

"For a woman," jawab Gio, tanpa perubahan ekspresi seakan dia menjawab pertanyaan ramalan cuaca hari ini.

Hah?

Apa yang baru saja dia dengar?

"Bolehkah kau ulang semula jawapanmu tadi, Gi? Aku rasa ada sesuatu di dalam telingaku yang membuatkan aku salah dengar tadi."

Mendengar permintaan Raffael yang tidak mempercayai kata-katanya membuatkan Gio mengerutkan keningnya, menunjukkan rasa tidak suka dengan reaksi Raffael.

"Adakah kau bergurau?"

Dan sekali lagi pertanyaan tersebut dijawab dengan keheningan, sehingga akhirnya satu kenyataan menghantam kepalanya yang membuatkan Raffael memandang Gio dengan pandangan tidak percaya.

"Oh my god! Kau serius Giovano!"

"Hm"

"ASTAGA! Seorang Giovano menyukai perempuan sekarang! Astaga, astaga, astaga! Kau tidak berguraukan?" kata Raffael dengan nada teruja. Adakah ini yang di namakan mimpi? Orang, seperti Gio yang terkadang membuat dia merasa yang sepupunya ini tidak akan pernah tertarik dengan lawan jenis dan kini menyukai perempuan!

P-E-R-E-M-P-U-A-N!

Wait ...

Ekspresi gembira Raffael terus berubah menjadi marah. Dia memandang tajam ke arah Gio sebelum jari telunjuknya menunjuk ke arah Gio dengan penuh tuduhan. "Kau!! Kau ...menyukai perempuan!? Bagaimana kau boleh menyukai perempuan lain hah!!" kata Raffael dengan nada penuh emosi.

Ekspresi wajah Gio berubah gelap seperti langit malam ketika mendengar respon balas dari Raffael yang sama sekali tidak dia harapkan. Ruang pejabatnya tiba-tiba menjadi suram dimana suhu udara di dalam ruangan tersebut seakan jatuh ketitik beku, namun hal itu sama sekali tidak mempengaruhi Raffael.

Kemarahan yang dirasakan Raffael saat ini sudah merupakan hal biasa dia dapatkan dari sikap Gio sehingga membuatkan Raffael kebal dari aura dingin dan penuh tekanan yang menyelimuti mereka berdua.

"Giovano LinDenhof! Kau tidak boleh menyukai perempuan lain! Bagaimana dengan Melysah Chandravina!? Bukankah kau menyukainya!? Tidak! Tidak! Aku tidak akan terima jika kau menyukai perempuan lain sehingga membuatkan kau menjadi bodoh dan mengambil alih syarikat yang berada di peringkat ketiga! Walaupun, aku tidak pernah bertemu dengan sister-in-law tapi saat aku melihat wajahnya, aku terus menyukainya! Jadi aku tidak akan membiarkan kau menyukai perempuan lain dan melupakan sister-in-law!!" kata Raffael dengan nada penuh amarah kerana emosi yang dia rasakan saat ini.

Bagaimana dia boleh membiarkan Gio melupakan perempuan yang sudah membuatnya tertarik untuk pertama kalinya!? Raffael yakin ketika dia melihat interaksi antara mereka berdua ada sebuah special spark yang terjadi di antara mereka.

Dia tidak akan membiarkan Gio menyukai perempuan lain selain sister-in-law-nya!!

Titik!!

Gio terdiam melihat letupan emosi yang dikatakan oleh Raffael. Perlahan aura dingin yang menyelimuti ruang tersebut tiba-tiba berkurang sehingga kembali seperti sediakala. Hujung bibir Gio berkedut keras sebelum dia menghembuskan nafas lelah. Tangan kanannya mengurut perlahan pelipis kepalanya sambil memejamkan kedua matanya untuk beberapa saat sebelum membuka kembali matanya dan memandang tepat ke arah mata hijau Raffael.

Melihat sepasang mata biru yang menakutkan itu membuatkan Raffael tanpa sedar menelan liurnya panik. Jantungnya berdegup kencang.

Adakah dia sudah keterlaluan? Astaga ...apa yang sudah dia lakukan!? Bagaimana dia boleh meletup seperti tadi!! Menyedari kebodohannya tadi tiba-tiba semua warna di wajahnya hilang, membuatkan ekspresi Raffael saat ini menjadi pucat. Perlahan dia memandang Gio dengan pandangan penuh ketakutan.

Astaga ...adakah dia akan mati hari ini.

"Sudah habis?" suara dingin Gio membuatkan tubuh Raffael bergetar perlahan.

"Eh ... he ... he..Gio." katanya penuh dengan nada memohon. Ekspresi bersalah dan takut memenuhi wajahnya namun Raffael tahu bahawa hal begini tidak akan mempengaruhi Gio.

"Ingat fail, Leo," kata Gio sebelum mengambil pen di hadapannya dan kembali menandatangani beberapa dokumen yang berada di atas mejanya. Seolah-olah tidak peduli dengan keberadaan Raffael. "Kau akan faham alasannya" sambungnya. 

Gio tidak marah? Walaupun, yang dilakukannya tadi sudah melebihi batas? Fikir Raffael. Otaknya berputar keras, berusaha memikirkan alasan mengapa tingkah laku Gio begini sehingga akhirnya hanya ada satu alasan yang terlintas di dalam fikirannya.

Kerana dia memanggil Melysah dengan sebutan sister-in-law?

Tetapi, Gio membeli Starhouse kerana dia menyukai perempuan lain, bukan?

Astaga!! Adakah sepupunya sekarang sudah menjadi Casanova Playboy?

Tunggu ...apa kata Gio tadi? Ingat fail Leo?

Raffael kembali terdiam dan mengingati fail yang diberikan Leo. Fail yang diberikan oleh Leo bermaksud ...fail sister-in-law? Fikirnya sebelum berusaha mengingati semua butiran mengenai maklumat yang dibacanya dari fail tersebut. Kedua matanya membulat sebaik saja dia teringat satu maklumat yang menjelaskan semuanya. Raffael mengalihkan pandangannya ke arah Gio dengan rasa tidak percaya.

Oh. My. God.

"Sudah ingat?" kata Gio dengan nada yang tersirat dengan ejekan. Pandangannya masih tidak lepas dari dokumen yang sedang dia kerjakan.

"Melysah bekerja di ... Starhouse... jadi ... jadi ... jadi ... kau ... kau ...kau..." rasa terkejut membuatkan kata-kata Raffael berulang-ulang seperti sebuah keset rosak. Kedua matanya masih tertumpu pada lelaki yang masih sibuk mengerjakan dokumen yang ada di hadapannya.

"Cakap betul-betul, Raffael," kata Gio sambil melirik ke arah Raffael dengan ujung matanya.

"Astaga!!! Kau mengambil ahli Starhouse kerana sister-in-law!!! Disebab kau tidak dapat bertemu dengan dia begitu saja dan mengatakan 'hai, saya pernah bertemu dengan anda sebelum ini' makanya kau memutuskan untuk membeli Starhouse agar kau dapat memantau kehidupannya! Kerana bagaimanapun sebahagian daripada kehidupannya akan dilakukannya di tempat kerja! Kau ingin tahu siapa rakan-rakan dalam lingkaran pergaulannya dan juga siapa yang cuba menggodanya!"

Semua sebab dan alasan yang memasuki fikiran Raffael membuatkan semuanya menjadi lebih jelas. Kedua matanya yang memandang Gio dengan penuh amarah berubah menjadi penuh teruja seakan dia baru saja bertemu dengan adiwira kesukaannya.

Sepupunya ini benar-benar hebat!! Hanya Gio yang mampu mendekati perempuan yang menarik perhatiannya dengan cara ini! Tidak seperti lelaki normal yang cuba bercakap dengan mereka dalam apa jua keadaan atau menggoda mereka secara langsung! Raffael percaya yang Gio bukan jenis lelaki yang seperti itu. Kerana Gio lebih suka bersabar. Seperti pemangsa yang menikmati masa memburunya untuk mendapatkan mangsanya. Memerhatikan mangsa dari jauh dan menunggu peluang yang tepat untuk menyerangnya. Untuk perkara ini, Raffael sudah sangat memahami namun apa yang membuat Raffael terkejut ialah Gio menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan perempuan yang dia inginkan.

Mengambil alih Starhouse hanya untuk seorang perempuan mungkin terlihat bodoh bagi semua orang namun bukan untuk Raffael. Di masa akan datang Starhouse berjaya atau tidak Raffael yakin Gio tidak akan begitu peduli kerana tujuan awalnya mengambil alih Starhouse adalah untuk mendekati perempuan yang dia inginkan, namun Raffael sendiri yakin di bawah kepimpinan Gio, Starhouse pasti akan berada di puncak industri.
Pada dasarnya keputusan yang dibuat oleh sepupunya ini sangat menguntungkan, mengambil alih Starhouse sebagai salah satu anak syarikat di bawah naungan LinDenhof Corporation sama dengan mengembangkan kerajaan LinDenhof dalam dunia perniagaan, memperoleh keuntungan dari industri baru yang belum pernah dimasuki oleh LinDenhof Corporation sebelum ini. Melindungi sister-in-law tanpa dia sedari, mengetahui kehidupan dan lingkaran pergaulannya dan yang paling penting dari semua kelebihan itu adalah ... mengetahui semua lelaki yang cuba mendekatinya agar dengan mudah mereka membasmi semua tikus-tikus yang cuba mendekati sister-in-law-nya!!

Gio is a genius!

It's like killing five birds in one stone!!

Raffael masih memandang Gio dengan pandangan memuja sebelum tersenyum lebar ke arah sepupunya yang masih berada di hadapannya. "Cousin, kau benar-benar hebat!!" pujinya dengan nada penuh semangat.

"Hm. Use your brain next time"

Jawapan Gio membuatkan ekspresi wajah Raffael berubah seratus lapan puluh darjah. Dari penuh keceriaan menjadi mendung penuh kekesalan. Sejak bila sepupunya ini menjadi sangat menjengkelkan? Raffael mengomel dalam hati.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience