Rate

The Almighty Devil Of Underworld_24

Action Completed 38206

Cahaya matahari yang memasuki bilik tidur Mely itu membuat kedua bulu matanya bergetar perlahan sebelum akhirnya kedua mata kelabu itu terbuka perlahan. Masih dalam keadaan separuh sedar, Mely merasakan bahawa dia baru saja terbangun dari alam mimpi.

Ada apa sebenarnya dengan dia? Bagaimana dia boleh bermimpi The Almighty Giovano LinDenhof?! Tetapi, mengapa mimpi itu terasa seperti nyata ...tangan besarnya yang lembut, aroma mint dari tubuhnya...

Wosh! No, no, no!

Astaga,dia benar-benar sudah gila! Bagaimana dia boleh berfikir begitu!? Tidak!! Semua lelaki adalah sama. Terutama, lelaki yang memiliki status dan kekayaan.

The more handsome he is, the more power he has, the more richness he posses, the scarier he will become. 

Lelaki seperti itu tidak boleh dipercayai.

Dan tentunya Giovano LinDenhof termasuk dalam kedua golongan itu. Well, ketiganya mungkin. Tunggu ...mengapa dia berdebat dengan dirinya sendiri kalau itu hanya mimpi!?

Astaga, Melysah kau sudah semakin gila.

Suara pintu di ketuk itu membuatkan Mely terkejut sebelum pandangannya bergerak ke arah pintu bilik yang berwarna putih.

"Young Miss, anda sudah bagun?" tanya seorang perempuan dengan nada sopan yang berada di belakang pintu putih tersebut. Mendengar 2 kata pertama yang di ucapkan oleh perempuan yang kemungkinan besar adalah pelayan, Mely mengerutkan keningnya perlahan sebelum ragu-ragu menjawab pertanyaan yang ditujukan kepadanya.

"Sudah," jawabnya sambil memandang pintu putih dengan pandangan waspada. Mely tidak tahu di mana dia berada sekarang, siapa yang menolongnya dan apa yang terjadi padanya setelah dia pengsan. Sudah tentu dia merasa risau dan waspada tentang keadaannya sekarang.

"Boleh saya masuk dan bantu anda bersiap-siap? Master sudah menunggu anda untuk sarapan di ruang makan," jawab pelayan perempuan tersebut sebelum mendengar balasan persetujuan daripada Mely.

Master? Pemilik rumah ini? Siapa 'Master' ini? Adakah dia yang menolongnya?

Beberapa saat kemudian Mely dapat melihat seorang pelayan perempuan lengkap dengan pakaian formal. Rambut perangnya digulung menjadi bentuk sanggul yang membuatnya terlihat profesional. Senyuman sopan terbentuk di wajahnya dan Mely tersenyum kembali ketika melihat ekspresi ramah yang ditujukan kepadanya.

"Selamat pagi, young Miss. Nama saya Bella dan saya pelayan yang bekerja di mansion ini. Saya membawa pakaian lengkap untuk anda ganti setelah anda membersihkan diri," kata Bella sambil meletakkan pakaian di tepi tempat tidur.

Memperhatikan gerak-geri Bella yang terlihat santai seolah-olah kehadirannya di sini bukanlah sesuatu yang asing membuatkan Mely memandang pelayan tersebut dengan pandangan bingung. "Um ...Miss Bella? Ini di mana?" tanyanya perlahan sambil terus memperhatikan wajah Bella, berusaha melihat setiap perubahan ekspresi yang ada di wajah ramah itu.

"Bella sudah cukup, young Miss. Tidak perlu memanggil saya miss. Kini anda berada di Mansion pinggir bandar Manhattan" jawab Bella sopan masih dengan senyuman yang sama. Hal itu membuatkan rasa kecewa timbul di dalam hati Mely ketika dia menyedari bahawa Bella tidak mengalami perubahan ekspresi apa-apa pun. Kedua mata itu masih memandangnya dengan pandangan hormat dan senyuman sopan yang masih terbentuk di wajahnya.

"Kalau begitu panggil aku Mely. Tidak perlu menggunakan panggilan seperti itu, aku bukan puan besar atau apapun," kata Mely sebelum tersenyum lembut. Dia merasakan perempuan di hadapannya ini tidak berniat jahat untuk menyakitinya dan itu membuat tahap kewaspadaan Mely berkurang.

"Um ...saya tidak dapat memanggil anda dengan nama, Young Miss. Kalau Master tahu, dia pasti akan menegur saya," kata Bella perlahan dengan nada suara yang lembut. Kedua matanya bergerak ke sana ke mari tanpa menumpukan perhatian kepada Mely, terlihat jelas bahawa Bella saat ini merasa tidak selesa. Namun, apa yang menarik perhatian Mely adalah jawapan Bella, hal itu membuatkan Mely semakin berfikir keras.

Siapa Master ini? Mengapa dia tidak boleh dipanggil dengan nama? Memangnya dia siapa? Dia bukan siapa-siapa! Bahkan hanya perempuan sederhana yang berusaha keras untuk mencari wang untuk memenuhi keperluan hariannya.

"Bel, siapa nama Master ini? Adakah aku mengenalinya? Bagaimana aku boleh berada di sini? Adakah dia yang menyelamatkan aku?" soalan demi soalan Mely utarakan. Terlalu banyak pertanyaan yang ada di kepalanya sehingga kepalanya terasa seperti ingin meletup!

Bella yang mendengar pertanyaan tersebut tidak mengalami perubahan ekspresi. Dia hanya tersenyum dan menjawab pertanyaan Mely dengan sopan. "Young Miss, untuk semua pertanyaan anda, saya tidak dapat jawab. Tetapi, jika anda bersiap-siap dan segera ke ruang makan. Saya janji anda akan mendapat jawapan untuk semua pertanyaan yang ada."

Huh! Bella benar-benar tidak memberinya celah untuk mencari informasi!

"Baiklah," jawab Mely lemah sebelum perlahan-lahan bangun dari tempat tidur kerana seluruh tubuhnya masih terasa sakit. Baru beberapa langkah Mely meringis perlahan. Melihat Mely menahan kesakitan, Bella segera menolong Mely berjalan ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Aku baik-baik saja, Bel," kata Mely dengan senyuman lemah yang dibalas gelengan dari pelayannya yang unik.

"Anda tidak boleh, Young Miss. Anda kesakitan dan saya harus menolong anda. Saya memaksa!" katanya dengan tegas dengan sorot mata yang seakan berkata, 'Young miss, apapun saya akan bantu! Sekiranya perlu, saya sendiri yang membawa anda ke bilik mandi!'

Ketika Mely melihat sorot mata penuh tekad Bella, rasa kehangatan menjalar ke seluruh hatinya. Akhirnya, buat pertama kalinya, sejak kesedarannya kembali Mely memberikan senyuman ikhlas kepada Bella.

Sudah berapa lama dia tidak merasakan diperhatikan seperti ini, selamat ini hanya Cath yang selalu menolongnya dengan ikhlas.

Akhirnya, setelah beberapa saat Mely selesai membersihkan diri. Dengan perlahan dia mengikuti Bella untuk segera menuju ke ruang makan yang terletak di tingkat satu. Mely baru sedar bahawa biliknya berada di tingkat 3 Mansion besar ini. Bella menjelaskan bahawa mansion ini terbahagi kepada dua sisi iaitu sayap barat dan sayap timur. Bilik tidur Mely berada di sayap timur yang menghadap ke arah tasik. Sedangkan untuk sayap barat sebahagian besar pemandangan yang ada menghadap ke arah hutan yang dipenuhi dengan pokok maple. Mely sudah dapat membayangkan betapa indahnya pemandangan hutan pada musim luruh, pasti sangat mengagumkan.

Melihat bahagian dalam Mansion ini membuatkan Mely terpana. Awalnya dia hanya menganggap bangunan ini hanyalah Mansion biasa, sebuah rumah yang mempunyai bahagian dalaman yang mewah yang biasa dilihat olehnya di rancangan televisyen 'Celebrity House Tour' di salah satu saluran TV yang suka ditonton olehnya

Ternyata dia salah.

Bangunan ini terlalu mengagumkan!

Mansion ini memiliki reka bentuk dalaman yang melambangkan kemewahan dan juga mempunyai kesan elegan seperti kerabat diraja. Dengan semua perabot yang ada, Mely yakin harganya pasti melebihi harga dirinya walaupun dia menjual semua organ dalam tubuhnya, mungkin dia hanya boleh mendapatkan lampu meja yang di lihatnya di salah satu bilik yang mereka lewati. Mansion ini benar-benar merupakan definisi The Whole New Level Of Richness dan itu membuatkan Mely semakin yakin bahawa orang yang menyelamatkannya bukanlah orang biasa.

Entah, mengapa Mely merasakan rasa kecewa di dalam hatinya ketika menyedari hal itu. Jauh di lubuk hatinya dia berharap orang yang menyelamatkannya adalah orang yang memiliki kehidupan biasa. Maksudnya, sangat-sangat biasa bukan yang seperti ini, kerana bagaimana caranya dia dapat membalas kebaikan orang yang menyelamatkannya jika orang itu sudah memiliki semuanya!?

Setelah melalui beberapa ruangan akhirnya mereka tiba di salah satu pintu ruang makan yang terlihat sedikit terbuka. Perlahan Bella melangkah ke depan untuk mengetuk pintu sebagai tanda kehadiran mereka.

"Masuk" suara garau dan berat itu dapat di dengar dari dalam ruangan tersebut membuatkan jantung Mely tiba-tiba berdegup kencang.

Oh my!! Akhirnya, dia menemui penyelamatnya!!

Pintu yang ditutup itu akhirnya terbuka lebar, membuat Mely perlahan-lahan melangkah ke dalam ruang makan yang tentunya sama dengan ruangan lain yang mempunyai reka bentuk dalaman yang sangat indah yang membuat Mely terpana untuk beberapa saat. Namun, rasa kagum yang Mely rasakan hanya bertahan sementara sebaik saja dia melihat lelaki yang sedang duduk sambil menahan kepalanya dengan sebelah tangannya.

Kedua mata biru itu memandangnya dengan pandangan yang sukar. Namun, bukan itu yang membuat Mely terpana sehingga membuat langkah kakinya terhenti. Kedua mata kelabunya memandang susuk tubuh itu dengan pandangan tidak percaya. Degup jantungnya tiba-tiba terasa berhenti untuk beberapa saat.

Apa!?

Bagaimana boleh!?

Jadi itu bukan mimpi!?

Adakah ini benar-benar nyata!?

"Kau ..." suara lembut itu bergema di seluruh ruang makan.

"Berapa lama kau akan berdiri disana?" kata Gio sambil memperhatikan pergerakan Mely yang masih terpaku di depan pintu. Namun, pertanyaan itu mampu menghasilkan dua respon yang berbeza dari semua orang yang berada di dalam ruangan tersebut.

Bagi Bella, Butler Chong dan beberapa pelayan lain yang berdiri tidak jauh dari mereka, ucapan Gio tadi bagaikan sembaran petir yang mampu membuat mereka terpaku. Kedua mata mereka memandang majikan mereka dengan pandangan terkejut. Semenjak mereka bekerja di Mansion LinDenhof, ini adalah kali pertama majikan mereka mengeluarkan banyak kata. Lebih-lebih lagi, hanya untuk bertanya hal yang tidak penting seperti keadaan seseorang.

Lelaki yang terlihat dingin, terasing dan terlalu jimat mengeluarkan kata-kata, bahkan kepada Butler Chong sendiri tertanya sebab berapa lama Young miss akan berdiri disana menggunakan 6 kata perkataan.

Ya! 6 perkataan!

Melihat itu semua pelayan merasa diri mereka seperti sedang bermimpi. Ini adalah kali pertama hal ini terjadi.

Sedangkan Mely pertanyaan itu seperti sebuah tamparan kuat yang membuatkan kedua pipinya merah. Ditanya begitu seolah-olah tindakannya merupakan perkara bodoh yang membuat Mely berasa janggal.

Astaga, kenapa dia tiba-tiba speechless? Tsk, benar-benar memalukan, kutuk Mely dalam hati sambil menundukkan kepalanya. Perlahan dia berjalan ke sisi meja yang sudah disiapkan oleh Bella. Mely sedikit pun tidak menyedari dengan pandangan dan rasa kagum pelayan yang teruja dengannya kerana kepalanya tertunduk ketika berjalan.

Ekspresi cemberut dan gumam perlahan yang diucapkan oleh kucing kecilnya tanpa sedar membuat kedua mata Gio memandang perempuan mungil tersebut dengan pandangan geli.

Perempuan ini benar-benar menarik.

Ketika pandangannya terarah pada cara Mely berjalan. Perlahan kedua mata birunya menjadi gelap, pandangan dingin yang terlihat di kedua matanya membuatkan orang-orang yang berada di sana merasa tertekan ketika melihatnya.

"Kenapa kau berjalan begitu?" tanya Gio dengan nada dingin.

Rasa takut menjalar ke seluruh belakang Mely ketika dia merasakan pandangan Gio yang tiba-tiba berubah. Astaga, apa salahnya sehingga Almighty Giovano LinDenhof memandangnya begitu ...huhuhu ... keluh Mely dalam hati. Rasanya dia ingin menangis namun tidak ada air mata yang keluar.

Ketika dia mendengar pertanyaan Gio, perlahan-lahan kedua mata kelabunya bergerak ke arah Gio.

Mely: "...."

Mengapa ekspresi wajahnya seperti ingin membunuhnya berbanding bertanya tentang keadaannya!?

"Um ...badanku masih sakit," gumam Mely lembut sambil duduk di salah satu kerusi yang tepat berada di sebelah kanannya. Sebaik saja Mely duduk di kerusi, beberapa pelayan segera menghidangkan makanan sarapan untuknya. Sebilangan menuangkan air ada yang menuangkan susu dan ada yang meletakkan makanan di piringnya.

Dilayan seperti ini sebenarnya membuat Mely merasa tidak selesa kerana dia tidak pernah diperlakukan seperti ini dan juga ...dia merasa tidak layak.

Dia bukan siapa-siapa!

Bukan puteri, bukan perempuan kaya atau orang yang memiliki status!

Dia hanyalah perempuan biasa yang tidak layak diperlakukan seperti ini!

Gio tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Mely. Fokusnya saat ini adalah jawapan yang diberikan Mely. Keningnya berkerut ketika mendengar jawapan tersebut sebelum pandangan dinginnya diarahkan kepada Butler Chong yang saat ini berdiri tidak jauh dari tempat duduknya. "Uncle Chong, Nathan. Check up," kata Gio yang difahami oleh Butler Chong yang segera melaksanakan perintah yang diminta oleh majikannya setelah dia mendengarnya.

"Kenapa? Tidak sesuai?" tanya Gio saat dia memperhatikan bahawa Mely hanya memandang makanan yang ada di hadapannya tanpa menyentuhnya. Adakah makanannya tidak sesuai dengan seleranya? Tapi, tubuhnya masih lemah. Kucing kecilnya tidak boleh makan makanan berminyak. Namun yang mengejutkannya Mely menggelengkan kepalanya perlahan sebelum mengangkat kepalanya dan menunjuk kedua mata jernihnya ke arahnya.

"Adakah kau yang menyelamatkan aku?" tanya Mely perlahan. Walaupun, dia sudah dapat menduga jawapannya namun Mely ingin mendengar jawapan itu secara langsung dari mulut Gio. Namun, di luar dugaannya lelaki ini hanya menggerakkan bahunya perlahan.

"Makan dulu, nanti kita akan membahas hal itu," kata Gio sambil terus makan.

Mendengar balasan itu dan melihat sikap Gio yang terlihat tidak akan membuka mulutnya sebelum Mely menghabiskan sarapannya membuatkan Mely mencebikkan bibirnya tanpa sedar sebelum meraih sudu dan memakan bubur yang ada di hadapannya.

Walaupun, keheningan menyelimuti mereka semasa waktu sarapan, namun keheningan itu tidak membuat mereka merasa janggal atau tegang melainkan, membuat mereka merasa nyaman. Seakan keheningan tersebut adalah bentuk interaksi mereka, bahkan semua pelayan yang ada di ruang makan merasakan atmosfera yang tenang menyelubungi ruangan tersebut.

Bukan!

Sebenarnya mereka merasakan ada sentuhan kelembutan dan suasana romantic dalam keheningan yang menyelimuti majikan mereka dan young miss.

Diam-diam Mely mencuri pandang ke arah lelaki yang berada di sebelah kirinya. Baru kali ini dia berada jarak yang sangat dekat dengan tokoh yang paling di agung-agungkan dikalangan semua perempuan termasuk Vhina dan Sara rakan sekerjanya.

Tokoh yang selama ini terkenal dingin dan mysterious, Presiden LinDenhof Corporation dan ketua dari keluarga LinDenhof.

Mungkin semua perempuan sanggup membunuh antara satu sama lain demi mendapatkan tempat duduk di sebelah Almighty Giovano LinDenhof dan sekarang dia dengan santai menikmati sarapan bubur tepat di sampingnya!

Mely seakan dapat membayangkan betapa buruknya dia nanti di caci maki oleh semua perempuan yang mengetahui posisinya saat ini. Membayangkan hal itu membuatkan Mely tersenyum samar sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Pandangannya kembali fokus menikmati sarapan bubur di hadapannya.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience