Rate

The Almighty Devil Of Underworld_36

Action Completed 38206

Beberapa hari ini Ziro dapat melihat bahawa suasana hati atasannya berada dalam mood yang sangat, sangat, sangat baik. Sehingga membuat Ziro risau bahawa Gio mengalami masalah dengan otaknya yang berharga itu. Bagaimana tidak? Ini adalah kali pertama dia melihat atasannya ditengah mesyuarat tiba-tiba tersenyum.

YA! TERSENYUM!

Bukan senyuman yang menyeramkan ketika dia menghadapi tikus-tikus yang berusaha masuk ke LinDenhof Corp, dan bukan juga senyuman dingin yang selalu membuat pekerja yang melihatnya gementar ketakutan. Ini benar-benar senyuman yang dapat membuat semua pengarah dan beberapa pegawai yang mengambil bahagian dalam bilik mesyuarat tercengang ketika melihatnya. Ziro yang melihat atasannya hanya dapat menghela nafas diam-diam.

Mr. LinDenhof!!! Please behave, yourself!!! Saya tahu mood anda sangat baik, tetapi bukan bermakna anda boleh senyum di mana-mana. Adakah anda tidak sedar! Anda sudah membuat semua ahli mesyuarat seperti melihat hantu!? Bahkan, mungkin ada di antara mereka sudah berada diambang terkena serangan jantung kerana terkejut melihat anda. Kata Ziro yang tentunya dalam hati.

Boleh mati muda dia kalau dia berani mengatakan hal itu di hadapan Gio.

Selain sikapnya yang pelik yang mampu membuat 99% pekerja yang bekerja di LinDenhof Corp terkejut dengan sikapnya, Gio juga seperti senang menyiksa dirinya! Bayangkan, hampir sebahagian besar pekerjaannya diberikan kepada Ziro dan lebih parahnya lagi projek The Asian Market yang seharusnya Gio urus, malah diberikan kepadanya. Bayangkan betapa penatnya Ziro untuk terus berulang-alik dari Manhattan ke Beijing untuk mengawasi perkembangan projek tersebut. 

Sedangkan Presiden LinDenhof?

Dia malah selalu pulang tepat pada waktunya!

Bahkan, Ziro sendiri sangat terkejut melihat atasannya ini yang masih mempunyai beberapa dokumen penting yang harus disiapkan, namun ketika jam sudah menunjukkan pukul 6 petang dia malah meninggalkan dokumen tersebut untuk dikerjakan pada ke esoknya atau membawanya pulang.

Untuk CEO seperti Giovano LinDenhof yang pulang tepat pada waktunya, rasanya hampir sangat mustahil, bukan?

Hampir adalah kata kuncinya.

Kerana apa yang jelas selama beberapa hari ini atasannya ini selalu pulang tepat pada waktunya!

Ziro sendiri sebenarnya tidak tahu sama ada dia mahu ketawa atau menangis ketika dia merasakan nasib malangnya. Bekerja sebagai pembantu Giovano LinDenhof sebenarnya bukanlah pekerjaan yang mudah!

AH, yang lebih parah lagi, beberapa kali atasannya ini memilih untuk bekerja di rumah!

Astaga ...adakah dia sedar peranannya sebagai pemilik dan CEO LinDenhof Corp akan tercemar kerana dia seringkali berkeja dirumah!?

Ah sudahlah...

Ziro, mengetahui semua keanehan yang terjadi dengan atasannya ini adalah kerana perempuan mungil. Ms. Chandravina atau young miss. Panggilan yang digunakan oleh semua pekerja mansion. Itu pun ketika kali pertama di menemani Gio untuk bekerja dirumah. Ziro benar-benar speechless ketika mendengar Butler Chong memanggil Ms. Chandravina untuk makan tengah hari bersama dirinya dan Gio.

Apa yang terjadi?

Bagaimana, perempuan yang seharusnya berada di Starhouse malah berada di LinDenhof Mansion!?

Ziro seakan dapat merasakan jantungnya yang malang tidak akan dapat lagi menahan semua kejutan yang sering dia dapatkan dari atasannya ini.

Mentalnya, sudah benar-benar lemah.

Namun, semuanya sudah jelas ketika Ziro mengetahui bahawa Ms. Chandravina atau young miss, saat ini tinggal dikediaman atasannya sejak beberapa minggu yang lalu. Kediaman yang seharusnya tidak memiliki tetamu perempuan, kerana Ziro sangat tahu bahawa Giovano LinDenhof sangat benci dengan lawan jenis. Dan untuk Ms. Chandravina yang kini tinggal dikediamannya, bukankah semua itu sudah jelas?

Akhirnya pemburu berjaya mendapatkan sasarannya.

Yap. Pemburuan selesai.

Sekarang saatnya untuk Ziro ketahui apa tujuan dari pemburuan ini.

Tetapi, dari tanda-tanda yang dilihatnya dari sikap atasannya ini, kemungkinan besar atasannya ini tidak mempunyai tujuan buruk terhadap Ms. Chandravina. Hal itu sudah cukup membuat Ziro diam-diam menghela nafas lega.

Dan sekarang di sinilah Ziro berada.

Ruang kerja peribadi LinDenhof Mansion yang saat ini berdiri di hadapan Gio yang masih sibuk menandatangani beberapa dokumen penting yang ada di tangannya sebelum suara ketukan pintu bergema di seluruh ruang kerja yang sejak tadi dipenuhi keheningan.

"Masuk" kata Gio tanpa mengalihkan pandangan.

Ziro dapat melihat Butler Chong masuk sambil membawa dulang berisi teko dan cawan. Setelah Butler Chong menuangkan teh ke cawan yang berada di sebelah teko, dia berdiri disebelah Ziro yang membuatkan Ziro mengalihkan pandangan bingungnya ke arahnya.

Beberapa saat kemudian, Gio menyelesaikan dokumen yang berada di hadapannya dan meraih cawan yang terletak tidak jauh dari jangkauannya.

"Vina buat apa hari ini?" tanya Gio perlahan sebelum menghirup teh yang ada di tangannya.

Ah ...sudah aku duga, kata Ziro dalam hati.

"Young miss hari ini terlihat seperti biasa. Dari pagi dia bersama Bell-"

BAM!!

Belum sempat Butler Chong menghabiskan ayatnya, pintu ruang kerja Gio dibuka dengan kuat, membuatkan tiga pasang mata mengalihkan pandangan mereka ke arah perempuan yang saat ini terengah-engah diambang pintu sambil memandang mereka dengan ekspresi panik.

"Master!! Young miss cuba melarikan diri lagi!!" jerit Bella dengan nada panik.

"Bella! kamu tidak boleh masuk ke ruangan ini begitu saja!? Kamu pun tahu, ini bukan kali pertama young miss berusaha melarikan diri!" marah Butler Chong dengan ekspresi tegas yang membuat tubuh Bella menggeletar.

"Tapi ...tapi...young miss...berada..."

"Di mana? Parimeter luar? Atau dalam? Cari Rayden dah suruh hantar pengawal keselamatan" kata Butler Chong dengan nada tegas yang sama. Perempuan ini …adakah dia tidak sedar nyawanya boleh berada dalam bahaya jika dia memprovokasi master!? Fikir Butler Chong dengan cemas.

"Di-di atas pokok..." gumam Bella perlahan, namun suara kecil itu dengan jelas bergema di seluruh ruangan. Mendengar kata-kata Bella membuat ketiga lelaki yang berada di dalam ruangan tersebut seperti disambar petir. Mereka merasakan telinga mereka mempunyai masalah ketika mendengar kata-kata Bella tadi.

Apa yang baru saja mereka dengar?

Young miss berada di ....atas pokok?

"APA!?"

Butler Chong, Ziro dan Bella yang mendengar jeritan Gio tanpa sedar menundukkan kepala. Berdoa dalam hati agar nyawa mereka selamat.

Young miss, adakah anda tidak takut dengan apa yang akan master lakukan kepada anda? 

Mengapa anda masih berusaha untuk lari ...huhuhu

Gio, Butler Chong dan Ziro segerah mengikuti Bella menuju ke arah taman yang merupakan pembatas antara parameter dalam dan luaran dimana terdengar suara jeritan dari beberapa pelayan yang menjerit dengan penuh cemas. Mendengar jeritan beberapa pelayan, membuat ekspresi wajah Gio menjadi semakin gelap.

Butler Chong dan Ziro yang melihat perubahan drastik pada wajah Gio tanpa sedar menelan liur pahit kerana risau akan nasib young miss.

Semakin mereka mendekati keriuhan orang-orang yang berada di sisi taman, semakin jelas juga suara jeritan dihadapan mereka. Butler Chong dan Ziro tercengang ketika melihat situasi yang terjadi dihadapan mereka saat ini.

Bagaimana, dahan pokok yang terlihat sudah rapuh itu dapat menahan tubuh young miss yang saat ini terlihat ketakutan? Bahkan, mereka tidak tahu apa yang harus di lakukan. Hanya ada satu persoalan yang muncul di dalam fikiran mereka.

Bagaimana young miss boleh naik sampai ke tahap yang tinggi itu? 

Berbeza dengan reaksi Butler Chong dan Ziro, ketika Gio melihat situasi tersebut, ekspresi wajahnya menjadi semakin gelap. Seakan ada awan gelap yang mengelilingi mereka yang membuatkan suasana menyeramkan menyelimuti orang-orang yang berada di sana.

Semua orang yang melihat Gio tanpa sedar menggeletar ketakutan.

"Master, kami sudah berusaha untuk menolong young miss tapi ketika kami memanjat pokok itu. Batang pokok itu bergegar kuat seakan bila-bila masa ia akan tumbang dan dahan yang young miss pijak tidak akan bertahan lama. Saya risau akan keselamatan young miss. Tapi, master tidak perlu risau. Saya sudah menghubungi special forces dan beberapa helikopter untuk menyelamatkan young miss. Saya yang young miss akan baik-baik saja," kata Rayden perlahan dengan peluh yang membasahi wajahnya.

Bagaimanapun, ini adalah kesalahannya kerana dia tidak menjangka yang young miss akan melakukan perkara sebegini. Entah, apa yang akan terjadi padanya nanti ketika dia menghadap majikannya ini. Membayangkan hukuman yang mereka dapat di Punishment Hall, tanpa sedar membuat tubuhnya menggeletar takut.

"Hm," jawab Gio.

Tiada yang dapat meneka apa yang Gio fikirkan saat ini, ekspresi wajahnya yang datar menyukarkan mereka. Apa yang mereka tahu adalah suasana hati majikan mereka ini benar-benar sangat buruk.

Kedua mata Gio memandang ke arah tubuh mungil yang berada di salah satu dahan tua. Kedua mata kelabu yang biasanya dipenuhi dengan semangat berdebat dengannya saat ini memandangnya dengan pandangan gugup yang bercampur dengan rasa takut yang jelas terlihat pada kedua mata kelabunya.

Ekspresi wajah Gio mungkin terlihat datar, namun jantungnya berdegup kencang ketika melihat situasi yang sangat berbahaya untuk nyawa kucing kecilnya. Ini adalah kali kedua dia merasakan ketakutan yang memenuhi hatinya dan semuanya disebabkan oleh kucing kecilnya yang terlalu nakal. Namun, di sisi lain Gio juga marah, dia marah kerana kucing kecilnya inj tidak peduli dengan keselamatan dirinya ketika dia ingin melakukan sesuatu.

Sebenarnya, Gio tidak peduli dengan semua idea-idea gila Mely untuk melarikan diri, dia hanya ingin Mely memperhatikan tentang keselamatannya. Namun, apa yang jelas Gio sangat marah dengan dirinya sendiri kerana dia tidak membuat persediaan untuk menjangka keadaan seperti ini.

Siapa yang sangka bahawa perempuan mungil ini benar-benar memiliki bakat seperti kucing dalam hal memanjat pokok setinggi ini?!

Perlahan Gio menghela nafas sebelum kedua mata birunya yang gelap memandang semula ke arah Mely yang saat ini terlihat menggeletar di salah satu dahan tua yang berada di hadapannya.

"Are done playing, little kitten?" kata Gio dengan nada yang sangat dingin yang membuat jantung Mely berdegup kencang.

Oh shit!

Ekspresi tenang Gio malah membuat Mely semakin risau akan dirinya. Lelaki seperti Gio semakin dia terlihat tenang malah semakin menakutkan!!

Mendengar kata-kata Gio tadi, kedua mata kelabunya terus memandang tajam ke arah lelaki menjengkelkan dengan wajah yang sangat merah kerana menahan marah. "Shut up!! Siapa yang main-main, hah!? Kau fikir kalau bukan kerana kau. Aku akan lakukan ini!?" balas Mely.

Tak guna! Kalau bukan kerana Vano yang menahnya di tempat ini, dia tidak akan melakukan hal gila ini!? Adakah Vano fikir memanjat pokok tua setinggi ini sangat mudah!?

Sedangkan dia takut dengan tempat tinggi!!!

"Cepat turun" kata Gio sambil memperhatikan setiap gerak-geri Mely dengan pandangan yang sukar.

Mely yang saat ini memeluk dahan pokok: "...."

"Vina...."

Merasakan penekanan dari nada suara Gio yang menunjukkan kekesalannya membuat Mely semakin gelisah. Kedua mata kelabunya bergerak ke arah sekeliling untuk tidak memandang mata tajam itu.

Apa yang harus dia katakan sekarang?!

Bukankah mengakui bahawa dia tidak dapat turun kerana terlalu tinggi sama saja dengan menjatuhkan harga dirinya!?

"Vina..." panggil Gio lagi dengan nada penekanan yang sama sambil mengecilkan kedua matanya.

Aura yang menyelimuti tubuhnya semakin membuat orang-orang yang berada di sana menggeletar ketakutan. Entah, apa yang akan terjadi dengan young miss sekiranya dia berada dalam jangkauan master, apa lagi melihat suasana hati master seperti ini. Semua pelayan dan pengawal yang berada di sana tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi.

Terlalu menyeramkan untuk dibayangkan!!!

"Ak...aku tidak boleh" jawab Mely perlahan dengan tergagap.

Mengutuk kebodohannya kerana sikapnya yang terlalu cuai yang menyangka dia dapat melarikan diri dengan memanjat pokok ini dan melompat ke atas pagar pembatas. Rasa takut yang dia rasakan saat ini sudah berada di puncak ketakutannya. Seluruh tubuhnya semakin menggeletar.

Dia hanya mahu turun dari tempat ini dan kembali ke atas tanah!!

Adakah, dia harus memohon dengan lelaki menjengkelkan itu!?!

Ugh... Damn it!!!

My safety is my priority!

Gio: "...."

Pelayan, pengawal, Butler Chong & Ziro: "...."

Young miss apa susahnya turun dengan perlahan-lahan!?!?

Kami sejak tadi sudah memujuk anda untuk turun dengan perlahan. Kami juga sudah bersedia jika terjadi sesuatu!!! Jerit mereka semua dalam hati ketika mendengar kata-kata Mely.

"Vina, it's dangerous"

"Aku...takut...tinggi...aku"

"...."

Ekspresi Gio menjadi semakin gelap ketika mendengar jawapan Mely, tiada yang dapat meneka apa yang Gio fikirkan saat ini. Berbeza dengan Gio, hampir semua orang yang mendengar jawapan Mely tercengang. Semua mata memandang Mely dengan tidak percaya.

Sekiranya young miss takut tempat tinggi mengapa young miss naik!!??

Belum sempat mereka sedar dari rasa terkejut, sekali lagi mereka terkejut ketika melihat master tiba-tiba berjalan cepat untuk menuju ke arah pokok tua sebelum memanjatnya.

"MASTER!!!"

Jerit semua orang yang ada disana ketika melihat majikan mereka melakukan tindakan yang berbahaya. Semua orang segera mendekati batang pokok tua dengan pandangan penuh kerisauan, namun apa yang mereka lihat membuat kedua mata mereka membulat sempurna.

Rasanya bola mata mereka akan keluar dari kepala mereka.

Master memanjat dengan sangat lincah dan pokok tua itu hanya bergegar perlahan sebelum kembali tenang seperti sediakala. Sedangkan, ketika Lando yang merupakan salah satu pelayan yang memilik tubuh kecil dan kurus ketika dia berusaha memanjat pokok tua itu. Batang pokok itu sudah bergegar kuat seakan kalau dia terus memaksa naik ke atas pokok mungkin dahan tempat young miss pijak akan patah dan akan membuatnya jatuh tetapi...

Tetapi Master ....dengan mudahnya memanjat pokok tua itu.

Mely terpana ketika melihat tindakan Gio yang terus memanjat pokok itu tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu. Tanpa sedar rasa hangat memenuhi hatinya yang membuatkannya tanpa sedar tersenyum nipis sambil memperhatikan lelaki yang sudah hampir dekat dengannya. Beberapa saat kemudian lelaki tegap yang tadi berdiri di bawa pokok saat ini berdiri di hadapannya.

Ya, benar-benar dihadapannya.

Lelaki ini mengabaikan keselamatan dan image-nya demi menolongnya.

Kedua mata Mely perlahan dipenuhi air mata membuat pandangannya menajdi kabur sesaat.

Hati Gio terasa seperti dibebani oleh batu besar ketika melihat ekspresi wajah kucing kecilnya, apa lagi melihat air mata yang memenuhi kelopak matanya. Pandangan Gio berubah lembut sebelum dia menghulurkan tangannya ke arah Mely. 

"Come here, Vina" kata Gio perlahan, namun siapa sangka bahawa perempuan yang selama ini selalu berusaha menjauhinya tiba-tiba bergerak cepat dan memeluknya? Hatinya bergetar, dadanya terasa hangat sebaik saja merasakan tubuh mungil yang menggeletar ketakutan itu akhirnya berada dalam pelukannya.

"Tidak apa-apa. Kamu selamat sekarang" gumam Gio perlahan sambil mengusap kepala Mely dengan lembut.

"Va...Vano...ja...jangan lepaskan...aku ...aku takut" kata Mely tergagap kerana esak tangis keluar dari mulutnya, membuat kata-kata yang diucapkannya menjadi sukar untuk difahami.

Namun, tidak untuk Gio. Dia dengan jelas dapat memahami maksud dari kata-kata Mely walaupun dia tidak mengatakan apa-apa. Gio sendiri sudah dapat menilai keadaan ketika melihat keadaan kucing kecilnya.

"Mhm. You're save. You have me"

Perkataan itu.

Dua kata itu.

Bilakah dia mendengar seseorang mengatakan itu kepadanya? Kepada perempuan yang menyedihkan seperti dirinya? Ah ...sepertinya tiada yang pernah dengar seseorang mengatakan kata-kata itu sebelum ini kepadanya. Siapa sangka lelaki menjengkelkan yang tidak sedar diri ini mengatakan itu kepadanya untuk menenangkan dirinya.

Damn, jika Vano ingin meluluhkan hatinya sedikit demi sedikit. Kali ini dia benar-benar berhasil.

Melihat tiada tindak balas dari kucing kecilnya, Gio menghentikan pergerakannya dan melirik ke arah tubuh mungi yang saat ini masih dalam pelukannya. "kamu, ok?"

"Mm" gumam Mely sebagai balasan sambil menganggukkan kepalanya perlahan. "Kau tidak boleh mentertawakan aku" sambungnya perlahan, namun mendengar kata-kata itu malah membuat hujung bibir Gio berkedut, berusaha menahan senyum nipisnya.

"Ayo kita turun? Angin di sini terlalu sejuk. Keadaan tubuh kamu masih belum stabil," kata Gio perlahan.

"Mm. Jangan lepaskan aku" jawab Mely yang masih membenamkan kepalanya di dada Gio sambil mencengkam kemeja Gio dengan erat.

Senyum nipis terbentuk di bibir Gio sebelum mengeratkan pelukannya di pinggang kecil Mely. "Mhm. I won't let you go,"

Tiba di permukaan tanah semua pelayan dan pengawal akhirnya dapat menghela nafas lega ketika melihat master dan young miss turun dengan selamat. Beberapa diantara mereka segera mendekati keduanya dengan pandangan penuh kerisauan. 

Diantaranya sudah tentu Bella, Butler Chong dan Ziro.

"Young miss, jangan pernah lakukan itu lagi. Jantung saya hampir berhenti melihat keadaan young miss tadi," keluh Bella dengan ekspresi penuh kerisauan yang di balas menganggukan oleh Mely sebelum dia perlahan-lahan menolak dada Gio.

Mely mengalihkan pandangan ke arah sekelilingnya untuk melihat orang-orang yang ada di sana yang memandangnya dengan penuh kerisauan. Dadanya terasa hangat melihat kerisauan mereka. Perlahan dia menghadap ke arah semua orang sebelum menundukan tubuhnya dengan perlahan. "Maafkan saya kerana sudah membuat kamu semua risau" kata Mely dengan nada penuh penyesalan.

Semua orang yang mendengarnya terpana untuk beberapa saat sebelum rona mereh mewarnai wajah mereka, tidak terkecuali pengawal yang turut berada di sana.

Astaga, young miss!!

Mereka semua berusaha menutup rasa malu mereka dengan batuk perlahan yang terdengar sangat janggal. Perlahan Butler Chong melihat keadaan sekeliling sebelum melirik ke arah majikan yang saat ini berdiri dibelakang young miss dan sama seperti dugaannya.

Huh, orang-orang bodoh. Adakah mereka semua tidak sedar dengan ekspresi master yang terlihat seperti orang yang siap membunuh kerana cemburu? Fikir Butler Chong sambil mengurut pelipis kepalanya perlahan sebelum gerakan tangannya terhenti. Kedua matanya membulat seketika ketika dia menyedari sesuatu yang tidak dia percaya.

Tunggu dulu...apa?

Master cemburu?

Dengan cepat Butler Chong mengalihkan pandangannya ke arah majikan dengan pandangan tidak percaya, menyangka mungkin dia hanya salah lihat, namun apa yang dilihatnya benar-benar terjadi!

Ma...master cemburu?

Senyuman lebar perlahan terbentuk di wajah tua Butler Chong. Dia memandang young miss yang masih berbual dengan Bella dan beberapa pelayan yang lain dengan senyumannya yang lembut.

Hanya young miss yang dapat membuat master merasakan perasaan itu!

Kesenangan Butler Chong hanya bertahan beberapa saat ketika dia melihat ekspresi master yang semakin gelap. Butler Chong memutuskan untuk membubarkan mereka semua. Jika tidak mungkin mereka semua akan kehilangan pekerjaan. Lebih baik hilang pekerjaan daripada hilang nyawa!!

Belum sempat Butler Chong membuka mulutnya, satu suara familiar dalam ingatannya terdengar di belakangnya yang membuat Butler Chong segera memusingkan tubuhnya untuk melihat ke arah sumber suara tersebut.

"Well, well I can't believe you finally you have a plaything" kata suara garau tersebut yang membuat semua mata memandang ke arahnya tidak terkecuali Gio dan Mely.

Mely dengan jelas melihat lelaki berpakaian titanium berjalan ke arah mereka. Postur tubuh dan wajah lelaki itu terlihat sangat mirip dengan Gio, membuat Mely menaikan kedua keningnya.

Namun, ekspresi di wajahnya berubah ketika mendengar kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu. Hujung bibirnya tertarik menunjukkan rasa tidak suka. Pandangannya yang tajam diarahkan pada lelaki menjengkelkan itu, siapa sangka bahawa satu kata terakhir yang di katakan oleh lelaki itu mampu membuat ekspresi wajahnya berubah dengan sangat terkejut.

"Brother"

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience