Rate

The Almighty Devil Of Underworld_44

Action Completed 38230

Dining Room, LinDenhof Mansion, NYC.

Sinar matahari menerangi ruang makan dan hembusan angin pagi yang membuatkan suasana ruang makan ini terasa hangat. Belum lagi aroma bunga, tanah dan tumbuh-tumbuhan yang dibawa angin pagi, membuatkan ruang makan saat ini dipenuhi dengan aroma semula jadi yang membuat orang yang menciumnya akan merasa tenang.

Berbeza dengan suasana ruang makan yang terlihat tenang, hati semua pelayan yang berada di LinDenhof Mansion pagi ini dipenuhi dengan kewaspadaan yang tinggi. Mereka rasa ada sesuatu yang pelik terjadi dengan majikan mereka ini.

Pertama, tidak biasanya majikan mereka menghabiskan waktu paginya di mansion, kerana biasanya majikan mereka selalu bertolak pada awal ke pejabat. Kedua, majikan mereka tiba-tiba meminta tukang masak memasak hidangan berat untuk sarapan, sedangkan biasanya majikan mereka hanya minum segelas kopi hitam pada waktu pagi. Dan yang lebih parah lagi adalah ketiga, iaitu majikan mereka tiba-tiba meminta untuk membuka semua tingkap yang ada diruang makan ini dengan alasan udara dan pemandangan pagi ini terlihat cantik.

Terlihat cantik!!!

Astaga ...apa yang sudah terjadi dengan majikan mereka semalam!?

Apa yang membuatnya bersikap seperti ini huhuhu..

Mereka benar-benar risau dengan sikap majikan mereka saat ini. Walaupun, banyak persoalan memenuhi kepala mereka, namun sudah tentu bukan hak mereka untuk menyuarakan hal itu. Jadi, saat ini mereka hanya berusaha untuk menahan semua perasaan mereka dan terus bersikap profesional. Namun, kadang-kadang kedua mata mereka melirik ke arah assistant peribadi majikan mereka untuk bertanya apa yang terjadi dengan majikan mereka semalam.

Merasakan beberapa pasang memandangnya dengan pandangan penuh tanda tanya yang diarahkan oleh beberapa pelayan yang ada diruang makan ini, membuat Ziro menghela nafas berat diam-diam. Nampaknya, hari-hari yang akan datang hidupnya akan menjadi semakin berat, kata Ziro dalam hati. Dari ujung mata dia melirik ke arah atasannya dengan pandangan penuh tanda tanya.

Ini sudah hampir pukul lapan dan bosnya ini masih santai membaca dokumen di atas meja makan? Bukankah, biasanya mereka selalu bertolak pada pukul tujuh pagi. Apa yang membuat bosnya ini tidak meninggalkan ruang makan ini? Sejak bila bosnya ini menjejakkan kakinya di dalam ruang makan ini!? Bukankah setiap pagi, atasannya ini akan terus menuju ke pintu utama? Jadi, kenapa sekarang mereka berada di sini ini!?

Suara kasut tumit tinggi bergema di seluruh ruang makan yang sejak tadi dipenuhi keheningan. Suara yang tidak pernah didengar di dalam mansion sebelum ini. Belum sempat otak Ziro memproses apa yang terjadi, perlahan pintu masuk ruang makan itu terbuka sebelum susuk tubuh mungil dengan pakaian formal berjalan masuk dengan santai sebelum kedua kakinya berhenti ketika dia menyedari siapa yang ada dihujung meja makan.

Ah ...sudah tentu atasannya ini tidak pergi sebelum young miss datang. Public display affection pada awal pagi ini benar-benar membuatnya merasa kenyang.

Berbeza dengan reaksi Ziro, kedua mata kelabu Mely memandang ke arah lelaki yang masih terlihat santai menghirup kopinya sambil membaca dokumen yang ada di tangannya. Mely tidak menyangka bahawa lelaki ini masih berada di sini. Bukankah, Bella mengatakan bahawa Vano selalu bertolak pada pukul 7 pagi setiap hari? Jadi mengapa dia masih berada di sini? 

Mely memutuskan untuk bersiap-siap secara santai kerana waktu berkerja di LinDenhof Corp bermula pada pukul 9 pagi dan dia memutuskan untuk sarapan dulu sebelum pergi. Namun, siapa sangka bahawa lelaki ini masih berada di sini.

"Ugh ...kamu belum pergi?" tanya Mely dengan lembut, berusaha menenangkan jantungnya yang masih berdegup kencang kerana rasa terkejut yang dia rasakan.

"Mm. Sarapan" jawab Gio sambil meletakkan cawan yang dipegangnya sebelum memandang ke arah Mely dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Ah ...aku faham" kata Mely sambil menganggukkan kepalanya perlahan. Sudah tentu untuk sarapan! Kamu fikir lelaki ini robot, bekerja tanpa sarapan? Tsk ...Melysah, kamu terlalu berfikir yang berlebihan untuk hal remeh seperti ini. Kata Mely, mengutuk kebodohannya sendiri.

Baru saja Mely duduk di salah satu kerusi yang berada sebelah Gio, sekali lagi kedua matanya membulat sambil memandang hidangan yang ada di hadapannya. Woah!! Banyaknya makanan ...adakah bos selalu makan banyak pada waktu pagi? 

Tunggu...

Bos ... hmm, panggilan yang menarik...

Lebih baik dia memanggil Vano dengan panggilan bos daripada memanggilnya dengan nama seperti yang dia minta pada waktu itu.

Terdengar lebih sopan ...It settle then!

Gio masih tidak menyedari apa yang Mely fikirkan saat ini. Dia masih memperhatikan perempuan mungil yang terdiam sambil memandang makanan yang ada di hadapannya dengan keningnya berkerut. Adakah kucing kecilnya tidak menyukai menu sarapan hari ini?

"Kenapa? Tidak suka?" tanya Gio perlahan sambil memperhatikan perubahan ekspresi pada wajah Mely.

Mendengar itu, Mely segera menggelengkan kepalanya. "Sudah tentu aku suka. Ya ampun, Van –... ugh, bos adakah ini yang selalu kamu makan setiap pagi? Ini terlalu banyak" kata Mely dengan ekspresi comel yang membuat orang yang melihatnya ingin mencubit kedua pipinya.

Satu kening Gio terangkat ketika mendengar panggilan Mely namun dia memutuskan untuk tidak mengatakan apa-apa. "Makan sarapanmu" kata Gio dengan nada tegas yang segera di balas anggukan oleh Mely.

Makan sedap secara percuma, sudah tentu dia tidak menolak!? Kata Mely dalam hati sambil mengambil beberapa hidangan yang menarik untuknya.

Memperhatikan kucing kecilnya makan dengan suasana gembira membuat pandangan Gio perlahan berubah hangat. "Makan pelan-pelan, Vina. Nanti tersedak" kata Gio perlahan.

Ziro, Butler Chong & Beberapa pelayan yang ada di ruang makan: Pfffttt ... sikap intim master benar-benar membuat mereka kenyang melihatnya!

Namun, untuk perempuan mungil yang tidak mengetahui makna dari kata-kata Gio dengan senang hati menganggukkan kepalanya sambil terus menikmati makanannya. Baginya, dapat makan makanan sedap adalah perkara yang paling utama.

"Nick?" kata Gio yang bertanya dimana adik bodonya kepada Butler Chong yang saat ini berdiri disalah satu sisi.

"Young Master Nicholas masih tidur di biliknya" jawab Butler Chong dengan cepat sambil menegakkan tubuhnya.

"Hm. Suruh bersiap 5 minit" kata Gio sebelum menyerahkan beberapa dokumen kepada Ziro yang dengan senang hati menerima dokumen tersebut. "Atau aku kirim dia ke anak syarikat di Afrika," sambungnya sebelum meminta Butler Chong untuk segera mengerjakan arahannya.

Hujung bibir Mely berkedut, berusaha menahan senyuman lebar yang terbentuk dibibir kecilnya. Ha! Rasakan lelaki gila sialan! Ejek Mely dalam hati, merasa senang dengan penderitaan anjing mengganggu itu.

"Sudah?" tanya Gio kepada Mely sebelum mengemaskan sisa dokumen yang ada di hadapannya dan menyerahkan kepada Ziro.

"Mhmm, sudah" jawab Mely sambil menganggukkan kepalanya perlahan sebelum bangkit dari posisi duduknya ketika melihat Gio yang bangun dari kerusinya.

"Bos tidak sarapan?"

Sejak dia makan Gio sama sekali tidak menyentuh makanannya. Dia hanya minum segelas kopi hitam yang ada di hadapannya. Jika memang dia tidak sarapan kenapa dia tidak pergi? kata Mely dalam hati.

"Sudah," jawab Gio singkat sebelum berjalan ke arah pintu, namun langkah terhenti sebaik saja dia menyedari perempuan mungil tersebut masih tidak bergerak dari posisi berdirinya. Sebelah keningnya terangkat sambil memandang Mely dengan pandangan yang seakan berkata 'kenapa tidak jalan?'

Melihat pandangan itu bukannya Mely segera mengejarnya, malah membuat Mely tercengang sambil memandang Gio dengan ekspresi speechless. "Ha?" hanya satu kata yang keluar dari bibir kecilnya.

Ha!!

Adakah, bos mahu dia ikut? Bukankah itu bermaksud yang bos mahu dia datang ke pejabat sama-sama!? Adakah, bos tahu, itu sama dengan bunuh diri!? Dia tidak mahu mati dibunuh oleh semua pekerja perempuan di syarikat itu!

Menyedari keraguan dari kedua mata Mely, perlahan Gio melirik ke arah Ziro yang tanpa sedar menegakkan postur tubuhnya. Sudah tentu Ziro memahami maksud daripada pandangan Gio. Mengapa tidak? Dia sudah berada di sisi Gio sejak beberapa tahun yang lalu, sudah tentu dia memahami maksud dari pandangan itu.

Ziro segera menoleh ke arah perempuan yang tidak jauh dari posisinya. "Young miss, tugas seorang pembantu adalah berada di sisi bos. Sudah tentu, anda harus pergi bersama bos. Ini adalah sebahagian dari tugas kita dimana kita harus sentiasa bersedia di sisi bos," kata Ziro dengan ekspresi seakan menjelaskan bahawa ini memang merupakan sebahagian dari tugas mereka. Namun, bagaimanapun, tidak ada yang tahu dalam hati dia mengejek atasannya.

Bos, anda memang benar-benar tidak sedar diri!!

Selama ini hanya Ziro yang diberikan kuasa untuk berada di sisinya walaupun bosnya ini mempunyai 4 sekertaris peribadi. Namun, ketika Gio mengatakan bahawa young miss memiliki kewibawaan itu, sudah tentu Ziro mengetahui tujuan dari lirikan mata atasannya ini ke arahnya.

Bosnya hanya ingin menghabiskan masa bersama young miss!

"Ah ...saya faham ...maafkan saya, bos. Tidak seharusnya saya bersikap tidak profesional seperti tadi" kata Mely dengan nada gugup.

"Mm" jawab Gio sebelum meneruskan langkahnya yang diikuti oleh Mely dan Ziro di belakangnya.

Di sebabkan Ziro dan Mely berada di belakang Gio, mereka tidak menyedari senyuman nipis terbentuk pada wajah Gio yang terlihat sinar penuh kepuasan pada kedua mata birunya. Nampaknya dia harus memberikan bonus tambahan kepada pembantu peribadinya ini.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience