Rate

The Almighty Devil Of Underworld_84

Action Completed 38206

Malam yang semakin larut membuat semua tetamu undangan yang ada semakin bersemangat untuk bersosial. Mely yang melihat situasi di sekelilingnya ini rasanya ingin segera menanggalkan kasut tumit tingginya dan berjalan tanpa memakai alas kaki. Dia, benar-benar ingin memberikan tepukan kepada semua perempuan yang ada di ruangan ini, kerana mereka masih dapat bertahan menggunakan kasut tinggi dalam waktu yang sangat lama.

Perlahan Mely mengedarkan pandangan ke arah sekeliling untuk mencari wajah-wajah familiar namun, hingga saat ini dia masih tidak menemukan satu wajah familiar. Kemana semua rakannya? Mengapa, mereka semua tiba-tiba menghilang? katanya dalam hati sebelum mengurut pelipis kepalanya perlahan.

Sepertinya, dia telalu banyak minum alkohol malam ini dan dia mulai menyesali keputusannya untuk datang ke acara membosankan ini.

Melihat perempuan gaun merah yang sejak tadi dia hindari, membuat Mely menghela nafas dan terus mengurut pelipis kepalanya perlahan, seolah-olah dia tidak ambil peduli dengan dua perempuan yang saat ini berjalan ke arahnya. Tubuhnya yang sudah mulai lelah ini membuat mood Mely untuk menikmati acara malam ini semakin hilang, apatah lagi melihat perempuan bermasalah ini kembali mendekatinya yang malah semakin membuat moodnya memburuk.

"Ms, Chandravina!!" panggil Julia dengan nada kuat sambil memandang perempuan mungil yang berada tidak jauh di hadapannya. 

"Ms. Jennings, Ms. Topez" sapa Mely dengan tenang sambil memandang dua perempuan di hadapannya. Betty Topez adalah salah satu orang kanan Julia yang paling setia dan melihat mereka berdua di hadapannya, membuat satu persoalan muncul di dalam fikirannya. Apa lagi yang dirancang oleh perempuan ini? Adakah perempuan gila ini masih belum puas mempermalukannya beberapa jam yang lalu? fikirnya dalam diam namun, walaupun soalan demi soalan memenuhi fikirannya, ekspresi yang dia tunjukkan saat ini masih dipunuhi ketenangan. 

"Ada yang boleh saya bantu?" tanya Mely dengan senyuman sopan yang dibalas dengan tawa perlahan dan gelengan kepala oleh dua perempuan di hadapannya ini. 

Tsk, munafik! maki Mely dalam hati, dia ingin sangat memutar kedua matanya kerana kesal melihat sikap drama dua perempuan menjengkelkan ini.

"Tiada yang perlu dibantu Ms. Chandravina. Sejak tadi kami perhatikan kamu hanya duduk sendiri tanpa pasangan. Itu sebabnya kami datang untuk mengajak anda bersosial dengan kami. Lagipun, ini adalah acara tahunan yang pertama kali anda hadir, bukan? Mesti sukar untuk anda bergaul dengan tetamu disini, terutama perbualan orang-orang disini sangat sukar untuk anda fahami" kata Betty dengan ekspresi yang berlebihan. 

Senyuman Mely berubah kaku ketika mendengar kata-kata perempuan yang ada di hadapannya ini. Kedua mata kelabunya memandang Betty dengan pandangan mengejek. Adakah, perempuan ini mau menghiburnya atau mengejeknya? Mungkin, orang-orang yang mendengar kata-katanya terdengar seperti tokoh yang mengambil berat namun, sebenarnya perempuan ini secara halus menyindirnya bahawa Mely adalah perempuan kampungan yang tidak pernah datang ke acara sosial function dan dia tidak akan pernah memahami topik perniagaan dan politik yang menjadi topik perbualan tetamu jemputan disini.

Tsk, tsk, perempuan ini memang benar-benar sesuai menjadi pengikut Julia, sama-sama munafik, humph!

Perlahan senyuman nipis terbentuk di wajah Mely sebelum menggelengkan kepalanya perlahan dengan gerakan tangan yang terlihat anggun. "Itu adalah perkara biasa, Ms. Topez. Lagipun, saya tidak seperti anda yang memiliki daya tarikan istimewa yang dapat membuat kaum lelaki berminat berbual dengan anda. Sedangkan saya kurang dalam faktor itu" kata Mely dengan nada tertekan yang sengaja dibuat-buat.

Rayden, yang berdiri tidak jauh dari ketiga perempuan ini hampir tersedak oleh minumannya ketika mendengar jawapan young madam. Ujung bibirnya berkedut keras, berusaha menahan senyum dan tawa yang hampir keluar dari celah bibirnya.

Bagaimana young madam dapat bercakap sedemikian dengan mudah? Bukankah, itu sama dengan mengatakan bahawa Ms. Topez menggunakan daya tarikannya iaitu fizikalnya untuk menarik perhatian tetamu lelaki di ruang ini? Astaga, mulut young madam memang benar-benar mengerikan kalau dia sudah mulai berdebat, tidak hairanlah kalau young master Nicholas selalu kalah berdebat dengannya. Kata Rayden dalam hati sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.

Wajah Betty terus berubah menjadi merah padam ketika mendengar jawapan santai daripada Mely. Kedua matanya dipenuhi oleh sorot kebencian namun, belum sempat dia mengangkat tangannya untuk menampar perempuan menjengkelkan di hadapannya ini, Julia dengan pantas mencengkam tangannya untuk memberi amaran kepadanya. Kedua mata Betty terus beralih ke arah Julia yang saat ini memberi beberapa isyarat dari kedua matanya sebelum akhirnya Betty menghela nafas perlahan untuk mengatur amarah yang saat ini memenuhi dadanya.

Mely yang menyedari isyarat pandangan tersebut hanya tersenyum samar dan terus memandang dua perempuan di hadapannya dengan penuh jangkaan. Apa yang mereka rencanakan? katanya dalam hati.

"Sudah, sudah. Mungkin tetamu di sini tidak begitu menarik untuk Ms. Chandravina, Betty. Kamu tidak boleh memaksakan kehendak orang lain, kita semua ada kepentingan kita sendiri ...bukankah begitu, Ms. Chandravina?" kata Julia sambil memandang penuh provokasi ke arah Mely. 

"Hm" gumam Mely perlahan sambil mengangguk kepalanya perlahan, masih dengan ekspresi yang sama.

"Ah, tujuan saya kesini adalah ingin bersulang dengan anda sebagai tanda meminta maaf atas sikap saya di awal acara tadi" kata Julia dengan nada lembut yang jelas terdengar sangat dibuat-buat. Perlahan tangannya bergerak untuk memberikan gelas champagne kepada Betty yang di terima dengan senang hati sebelum menghulurkan gelas yang baru diambilnya dari dulang pelayan yang ada di dekat mereka kepada Mely.

Kedua mata Mely masih memandang gelas champagne di hadapannya tanpa menggerakkan tangannya untuk menerima gelas tersebut. Entah, apa yang ada di dalam fikiran Mely saat ini namun, sikapnya ini membuat Betty dan Julia bertukar pandang dengan ekspresi tegang.

Beberapa saat berlalu akhirnya dengan senyuman kaku yang terlihat jelas pada wajah Julia, dia mengulurkan tangannya untuk semakin mendekatkan gelas tersebut ke arah Mely dengan ekspresi penuh kesedihan. "Ms. Chandravina, saya hanya ingin bersulang dengan anda. Mengapa anda tidak terima gelas ini, minuman ini adalah bentuk permohonan maaf saya. Adakah, anda tidak ingin memaafkan kesalahan saya?" kata Julia dengan nada sedih yang membuat Mely seperti ingin menepuk kedua tangannya dengan kuat.

Perempuan ini benar-benar pelakon terhebat!

Dengan ekspresi tenang, Mely meraih gelas minuman di hadapannya sebelum melirik ke arah Rayden yang saat ini sudah memberikan beberapa kod isyarat agar Mely tidak menerima gelas yang mencurigakan itu. Namun, Mely sama sekali tidak peduli, dia ingin tahu sejauh mana rancangan jahat yang sudah di susun oleh dua perempuan ini untuknya.

"Sudah tentu, saya akan terima gelas ini. Tetapi, untuk masalah meminta maaf ...um ...atas dasar apa kamu ingin meminta maaf dengan saya?" tanya Mely dengan ekspresi yang menunjukkan bahawa dia tidak memahami apa yang di katakan oleh Julia tadi.

Pertanyaan dan sikap Mely saat ini membuat tubuh Julia dan Betty menegang, untuk sesaat dua pasang mata tersebut dipenuhi oleh kebencian dan kemarahan yang saat ini dapat dilihat dengan jelas oleh Mely. Bagaimana mereka berdua tidak marah!? Reaksi, Mely saat ini benar-benar menunjukkan bahawa apa yang baru terjadi antara dia dan Julia pada awal acara bukanlah sesuatu yang penting.

Seperti, Mely sama sekali tidak menaruh perhatian apa-apa kepada Julia. 

Bukankah itu penghinaan terbesar untuk seorang perempuan!? Di mana Julia sudah menganggap perempuan mungil menjengkelkan ini sebagai musuh utamanya dan perempuan ini bahkan tidak memandang dirinya lebih. Hal, itu benar-benar membuat Julia dan Betty hampir meletup kerana emosi amarah.

Tidak mempedulikan reaksi Julia dan Betty, Mely masih terus bersikap seperti orang yang tidak tahu apa-apa sebelum akhirnya Mely seolah-olah teringat sesuatu yang membuatnya segera menjentik kedua jarinya. "Ah! Saya ingat kejadian yang anda maksudkan. Anda ingin meminta maaf atas kejadian sebelum pembukaan acara tadi, bukan? Di mana, anda tidak sengaja cuba memburukkan nama baik saya? Di mana, anda tidak percaya yang saya mendapat kelulusan dari International Secretaries? Di mana, anda sempat berfikir bahawa saya menjual diri untuk mendapatkan jawatan assistant peribadi President LinDenhof? Anda, ingin meminta maaf atas semua kesalahan anda itu, bukan?" kata Mely masih dengan ekspresi yang tenang namun, dalam hati dia menertawakan nasib buruk Julia kerana berani memprovokasinya. 

Ingin bermain kata-kata dengannya? Ingin pura-pura terlihat seperti perempuan lemah di hadapan publik? 

This lady will accompany you to play. This lady is a great artist too!

Mungkin kata pertama yang Mely katakan tidak memiliki makna namun, sebenarnya Mely memberikan beberapa perangkap untuk Julia. Dia dengan jelas menyatakan dalam ucapannya bahawa Julia telah menyakitinya dan mencemarkan nama baiknya. Jadi, jika Julia tidak mengakui perbuatannya, orang-orang yang sempat menyaksikan perdebatan mereka ketika awal acara, pasti akan menduga bahawa Julia adalah perempuan licik yang lari daripada tanggung jawab dan tidak ingin mengakui kesalahannya. Sudah tentu itu akan merosakkan reputasi Julia dan merugikan dirinya.

Tetapi, sekiranya dia mengakui setiap kata-kata Mely, tadi?

Bukankah, orang-orang akan semakin mengetahui kejahatan yang dia lakukan dan juga akan semakin merosakkan reputasinya.

Tiada jalan keluar untuk Julia saat ini, setiap kata yang di katakan oleh Mely seperti sudah dibuat sedemikian rupa, agar Julia tidak mempunyai celah sedikit pun. Semua, pilihan yang akan dia buat nanti akan tetap merosakkan reputasinya.

Sebenarnya, itulah yang diinginkan oleh Mely. Dia tidak akan pernah membiarkan orang-orang yang sudah berani memprovokasinya lepas dengan begitu mudah. Mely akan memberikan pelajaran yang tidak dapat mereka lupakan seumur hidup bagi orang yang sudah berani menyakiti hatinya. 

Tubuh Julia menegang ketika mendengar setiap kata tersebut. Mungkin kata-kata itu diucapkan dengan nada polos namun, Julia bukannya orang bodoh yang tidak tahu betapa sukarnya menjawab soalan itu. Seluruh, tubuhnya bergetar perlahan kerana menahan emosi yang sudah membuak-buak dalam dadanya. Kedua matanya memandang tajam ke arah  Mely seolah-olah dengan pandangan itu dia dapat membakar tubuh Mely yang saat ini berada di hadapannya.

Senyuman nipis masih terbentuk di wajah Mely, kedua matanya memperhatikan wajah pucat Julia dengan ekspresi merendahkan yang saat ini dapat dilihat dengan jelas oleh kedua perempuan di hadapannya ini. Sikap, Mely yang tenang ini malah membuat aura yang mengelilingi tubuhnya terasa lebih dominan dari biasanya. Seperti ratu yang sedang memandang pelayan yang berstatus renda di hadapannya. Jari-jarinya masih menggenggam gelas minuman yang diberikan Julia sebelum memutar gelas tersebut perlahan-lahan. Tiada yang dapat meneka apa yang ada di dalam fikirkan Mely saat ini.

Perlahan senyum kaku terbentuk di wajah Julia dan Betty sebelum keduanya menganggukkan kepala perlahan. Mereka tidak boleh membiarkan perempuan mungil ini menghancurkan semua rencana yang mereka buat. Walaupun, saat ini mereka benar-benar ingin membunuh perempuan di hadapan mereka ini namun, pada masa yang sama mereka harus berusaha menahannya.

"Ah ...Ms. Chandravina. Saya tahu kesalahan saya sangat besar dan kerana itu saya ingin bersulang untuk meminta maaf kepada anda. Bukankah begitu, Betty?" kata Julia dengan nada kaku sebelum menyiku tubuh Betty perlahan yang membuat Betty segera menganggukkan kepalanya seakan menyetujui kata-katanya.

Mely menaikkan sebelah keningnya perlahan sebelum menganggukkan kepalanya. "Baiklah. Saya tahu kalian berdua dengan tulus meminta maaf dengan saya kerana masalah yang Ms. Jennings lakukan beberapa waktu lalu benar-benar memburukkan nama baik saya" kata Mely dengan nada sedih yang segera di balas dengan anggukan enggan dari Julia dan Betty.

Rayden, yang berdiri tidak jauh dari ketiga perempuan ini benar-benar tercengang ketika melihat tingkah laku young madam. Ini adalah kali pertama dia melihat sikap sebenar young madam. Rayden, hanya mampu berdoa dalam hati agar master tidak pernah memprovokasi young madam kerana dia benar-benar tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi dengan nasip master. Young madam benar-benar mengerikan! Semua kata yang diucapkan young madam penuh dengan tipu muslihat yang dapat menukar hitam menjadi putih.

Akhirnya, dia memahami perempuan mungil ini benar-benar menakutkan, kata Rayden dalam hati sebelum kedua matanya mengecil ketika melihat ekspresi gembira dari dua sasarannya yang saat ini ingin young madam berlaga gelas dengan mereka. Hati kecilnya mengatakan bahawa minuman di dalam gelas young madam bukanlah minuman biasa namun, belum sempat Rayden berjalan untuk mendekati mereka bertiga, Rayden melihat young madam memberikan isyarat tangan untuk tetap berdiri di sana dan tidak masuk campur.

Hal itu benar-benar membuat Rayden dipenuhi dilema. Perlahan kedua matanya melirik ke arah master dan young master lainnya. Kedua matanya mengecil ketika melihat mereka semua diam-diam memperhatikan pergerakan young madam. Hatinya yang sejak tadi dipenuhi kerisauan perlahan kembali seperti sediakala begitu Rayden menyedari banyak orang yang memperhatikan gerak-geri young madam dari jauh untuk menjaga keselamatannya. Diam-diam, Rayden memberikan isyarat mata kepada master yang dibalas dengan anggukan samar olehnya. Melihat itu, Rayden akhirnya kembali ke tempatnya untuk melihat pertunjukan menarik dari young madam. 

Kalau, master sudah membuat keputusan untuk tidak mencampuri urusan young madam, dia juga tidak punya hak untuk turun tangan. Bahkan, dia cukup senang dapat terus menonton pertunjukan menarik dihadapannya ini. Dia tidak pernah menyangka young madam punya kemampuan luar biasa seperti ini.

Tidak menyedari yang mereka diperhatikan oleh beberapa pasang mata, Julia dengan nada memaksa meminta Mely untuk bersulang dengannya. "Mari mulakan!" kata Julia sambil mengangkat gelas minumannya yang di ikuti oleh Betty yang melakukan perkara yang sama.

"Sebagai bentuk permintaan maaf atas semua tingkah laku tidak sopan saya. Cheers!"

"Cheers!"

"Cheers!"

Tepat setelah gelas tersebut berlaga, Julia dan Betty saling bertukar pandang sebelum memandang Mely yang masih memegang gelas minuman ditangannya tanpa meminumnya. Melihat itu membuat Julia seakan ingin menerkam perempuan mungil ini dan memasukkan semua minuman ke dalam mulutnya. "Ms. Chandravina mengapa anda tidak minum? Adakah, kamu tidak menghargai permintaan maaf saya?" tanya Julia dengan nada dibuat-buat sedih.

Mely yang melihatnya ingin mentertawakan lakonan hebat perempuan ini namun, ekspresinya saat ini masih dipenuhi dengan ketenangan dan senyuman nipis yang seperti sebelumnya. Dengan perlahan dia menggelengkan kepalanya. "Bukan begitu. Saya hanya sedang berfikir" gumam Mely lembut sebelum mengangkat gelas ke bibirnya dan meneguknya perlahan.

Sebaik saja mereka melihat Mely meminum minumannya yang baru saja mereka sediakan untuknya, seluruh tubuh Julia dan Betty yang sejak tadi dipenuhi ketegangan berubah menjadi lebih santai. Kedua mata mereka memandang Mely dengan penuh jangkaan seakan mereka sedang menunggu sesuatu.

Senyuman nipis masih terbentuk di wajah kecil Mely ketika melihat reaksi berlebihan dua perempuan munafik di hadapannya ini. Perlahan tangannya memberi isyarat kepada pelayan yang berada tidak jauh dari mereka dan mengambil tuala kecil yang ada di dalam dulang tersebut. Dengan pergerakan lembut yang sangat elegan Mely membersihkan permukaan bibirnya dengan lembut.

Melihat sikap young madam sebentar tadi benar-benar membuat jantung Rayden berhenti berdegup untuk beberapa saat. Kedua matanya memandang tidak percaya ke arah perempuan mungil yang berada tidak jauh dari posisinya. Adakah, young madam tidak takut kalau minuman itu diberikan ubat atau racun!? Apa yang harus dia lakukan sekarang!? Bagaimana jika terjadi sesuatu kepada young madam!? Pertanyaan demi pertanyaan memenuhi pikirannya yang membuat Rayden semakin tidak senang mengenainya. Namun, di sebabkan young madam sudah memberi amaran kepadanya untuk tidak masuk campur dalam masalah ini, dia tidak boleh bersikap terburu-buru. Kedua matanya berusaha memberi isyarat untuk menarik perhatian master namun, master dan young master yang lain masih sibuk dengan urusan perniagaan mereka masing-masing. Melihat hal itu membuat Rayden tenggelam dalam dilema sebelum akhirnya dia memutuskan untuk memperhatikan semua perkembangan yang akan terjadi.

Sekiranya, kedua-dua perempuan menjijikkan ini cuba menyakiti young madam, dia akan segera melangkah dan menamatkan riwayat mereka. Kilatan membunuh terlihat dari kedua matanya sebelum mengepalkan tangannya untuk menahan emosi yang bergolak dalam tubuhnya.

Tidak menyadari ada sepasang mata yang dipenuhi dengan aura membunuh yang diarahkan kepada mereka, Betty dan Julia masih dengan santai menunggu reaksi pelik yang akan diberikan Mely kepada mereka. Keduanya masih tersenyum lebar sambil memperhatikan sikap tenang perempuan anggun di hadapan mereka ini.

"Ms. Chandravina, bagaimana rasa champagne-nya? Rasanya sangat menyegarkan, bukan?" tanya Betty yang cuba membuka topik perbualan yang tentunya membuahkan hasil kerana saat ini Mely menganggukkan kepalanya perlahan.

"Mhm. Minuman ini yang sangat sedap" jawab Mely dengan perlahan.

"Sudah tentulah sedap. Presiden LinDenhof tidak mungkin memberikan tetamunya minum minuman yang berkualiti rendah!" jawab Julia dengan nada sombongnya.

Mely menaikkan sebelah keningnya perlahan sambil memandang Julia yang berubah sombong. Perempuan ini hanyalah setiausaha biasa tetapi, mengapa sikapnya seperti isteri tuan rumah yang mempamerkan kekayaan suaminya? kata Mely dalam hati dengan ujung bibir yang berkedut keras ketika melihat tindakan Julia saat ini.

"Mhm. Kamu sangat tahu mengenai Presiden LinDenhof. Ya" kata Mely, masih dengan nada yang sama dengan ekspresi tenangnya yang malah membuat emosi Julia semakin tersalut melihatnya.

"Itu sudah tentu!" kata Julia dengan cepat, masih dengan ekspresi bangga. Kedua matanya terus memperhatikan gerak-geri Mely namun, begitu melihat pandangan tidak fokus perempuan di hadapannya ini akhirnya membuat Julia ingin menjerit penuh kebahagiaan.

"Ms. Chandravina ...anda tidak apa-apa?" tanya Julia dengan nada risau sebelum mendekatkan tubuhnya ke arah Mely dan meletakkan tangannya dibahu kecilnya untuk menahan beban tubuh Mely.

"Mmm ...malam ini saya minum banyak sangat. Saya mau duduk dulu untuk berehat" gumam Mely sambil mengurut pelipis kepalanya perlahan. Kedua matanya dipejam sesaat sebelum memandang tidak fokus ke arah Julia dan Betty yang saat ini berada di dekatnya

"Bagaimana jika anda berehat di bilik saya? Saya ada tempah bilik untuk malam ini" kata Julia lembut sambil memimpin Mely berjalan untuk keluar dari ballroom ini.

"Mhm. Mungkin itu adalah pilihan yang baik, terima kasih Ms. Jennings" jawab Mely sambil memegang tangan Julia yang saat ini membantu menahan beban tubuhnya untuk berjalan keluar dari ruangan ini.

Betty memandang perempuan mungil tersebut dengan penuh kebencian sebelum senyuman lebar terbentuk di bibirnya seakan mengejek nasib buruk Mely saat ini.

Kau akan habis malam ini, Melysah Chandravina! kata Betty dalam hati sebelum kedua matanya bergerak ke arah sekeliling untuk memastikan mereka bertiga tidak menarik perhatian orang-orang yang ada di dalam ruangan ini.

Setelah memastikan tiada yang pelik atau janggal, Betty akhirnya berjalan ke arah orang ramai yang masih sibuk bersosial.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience