Rate

The Almighty Devil Of Underworld_6

Action Completed 38206

1st Floor Rainbow Exclusive, NYC.

Melihat kumpulan perempuan tersebut meninggalkan mereka membuat Mely tersenyum manis. Siapa suruh menggoda lelaki tampan! Makcik-makcik tua tidak sedar diri, kutuk Mely dalam hati. Walaupun, kepalanya sakit kerana terlalu banyak minum, namun Mely tidak dapat menahan dirinya ketika melihat lelaki yang menyedihkan ini dikelilingi oleh makcik-makcik gila.

Bagaimana dia boleh membiarkan satu lawan lapan orang?

Perlahan Mely berusaha menjauhkan tubuhnya dari lelaki asing yang saat ini di hadapannya, namun pada masa yang sama tubuhnya sama sekali tidak bergerak. Menyadari ada tangan besar yang menahan tubuhnya, membuat Mely mengerutkan keningnya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lelaki asing yang kurang ajar memeluk tubuhnya.

Lelaki tidak sedar diri! Sudah di tolong malah mengambil kesempatan di tengah kesempitan! Men, typical! kutuk Mely sambil memutar kedua matanya, namun belum sempat dia memaki lelaki di hadapannya ini. Mely terpana seketika ketika melihat sepasang mata biru jernih, warna biru sangat terang sama seperti warna lautan. Sangat indah. Tanpa sedar senyum manis Mely merekah di bibir kecilnya yang membuat wajahnya saat ini terlihat semakin menawan.

Melihat senyuman bahagia itu membuat Gio memandangnya dengan pandangan yang sukar digambarkan.

"Hey, little blue. Boleh lepaskan aku sekarang?" kata Mely masih dengan senyuman yang terbentuk di bibirnya.

Gio terdiam ketika melihat senyuman yang diarahkan kepadanya. Sejak tadi dia merasakan perempuan di hadapannya ini familiar tetapi, Gio masih belum ingat dimana dia melihat perempuan mungil di hadapannya ini dan ketika dia mendengar panggilan pelik itu dari mulutnya, Gio menaikkan kedua keningnya. "Little blue?" tanyanya dengan nada datar lengkap dengan ekspresi dingin yang biasa dilihat di wajahnya namun, kedua mata birunya jelas terlihat penuh dengan minat.

Mendengar pertanyaan lelaki di hadapannya ini membuat Mely menganggukkan kepalanya dengan cepat sebelum rasa pening tiba-tiba menyerang kepala yang membuatkan Mely meringis perlahan ketika merasakan rasa sakit yang datang tiba-tiba sebelum mengurut kepalanya. "Tsk tsk, sakitnya" gumamnya perlahan untuk beberapa saat sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lawan bicaranya.

"Ah ...sampai mana aku tadi? Oh ya! Little blue! Sudah tentu kerana mata kamu sama biru seperti laut. Kau tahu, kau memiliki warna mata yang sangat indah" jawab Mely dengan tersenyum lebar.

Mendengar alasan tidak masuk akal dari perempuan mungil di hadapannya ini membuat Gio terpana seketika. Lamunannya terhenti ketika dia merasakan perempuan yang berada dalam pelukannya ini berusaha melepaskan diri darinya.

Sial, ini semua gara-gara Vhina yang memaksanya minum, maki Mely dalam hati. Walaupun, bersandar di dada bidang lelaki ini sangat menenangkan, namun Mely harus segera melepaskan dirinya dari pelukan tersebut. Perempuan mana yang selesa berada di dalam pelukan lelaki asing kalau bukan perempuan nakal!? Dan tentunya dia bukan perempuan begitu.

Dengan tahap kesedaran otak dan hati nuraninya yang tinggal sedikit Mely berusaha untuk tetap bersikap rasional. "Le ... lepaskan" gumamnya perlahan sebelum akhirnya tangan besar yang menahan tubuhnya melepaskan pelukan secara perlahan. Mely segera merapihkan rambut dan pakaiannya sebelum memandang lawan bicaranya. 

Aiyah ... jika dia boleh jujur saat dia melihat lelaki di hadapannya ini walaupun dengan pandangan kabur kerana terlalu banyak minum alkohol namun, Mely dapat menilai lelaki ini adalah lelaki tampan yang benar-benar sesuai dengan kriterianya.

Tinggi.

Sangat tinggi kerana ketinggian Mely hanya sebatas dada lelaki ini. Hal yang paling penting dan paling menarik adalah sepasang mata biru ... ah, mata biru yang sangat indah. Memikirkan hal itu membuat Mely menggelengkan kepalanya perlahan, berusaha menghilangkan pemikiran gila tersebut.

Melysah kau tidak boleh begini!!

Lelaki ini orang asing!!

Walaupun, lelaki ini memiliki dada bidang dan badan penuh dengan otot ...

OH NO!! Stop!!

Dia tidak boleh memikirkan itu. Memiliki minat terhadap lelaki tiada dalam agendanya sekarang dan dia harus menjaganya untuk tetap seperti itu.

Melihat perempuan di hadapannya ini berperang dengan dirinya sendiri dan sibuk mengutuk dirinya sehingga membuatkan Gio mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya membuatkan Gio menaikkan kening 'dada bidang' dan 'badan penuh otot'  membuat kedua mata Gio dipenuhi dengan pandangan humor. Walaupun, ekspresi wajah Gio masih tidak berubah sedikit pun namun, aura Gio yang biasanya dingin tiba-tiba berubah menjadi hangat saat dia melihat tingkah laku perempuan mungil yang ada di hadapannya.

"Ah ... sudah! Sudah!" setelah beberapa saat akhirnya Mely selesai berdebat dengan dirinya sendiri.

"Aku sudah menolong kamu. Tidak perlu berterima kasih. Lain kali kamu harus hati-hati jika berada di tempat ini. Apatah lagi dengan wajah kamu yang cukup tampan yang akan dengan mudah menjadi mangsa perempuan penggoda di sini," kata Mely sambil meletakkan kedua tangannya di pinggang kecilnya, memberi nasihat kepada lelaki asing di hadapannya, seakan lelaki ini adalah budak kecil yang melakukan kesalahan.

"Hm" 

Hanya itu jawapan yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya yang membuat Mely mengerutkan keningnya sambil memandang lawan bicaranya dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Jangan hm ... hm! Aku serius! Bagaimanapun, kau harus lebih berhati-hati, okey? Walaupun, kamu lebih tua dari aku tetapi aku dapat melindungi kamu walaupun aku seorang perempuan. Lagi pula aku pandai bertarung" kata Mely dengan yakin sambil menepuk lembut dadanya seolah-olah menunjukkan kekuatannya.

Hujung bibir Gio berkedut ketika mendengar penyataan mengenai pengisytiharan diri perempuan mungil yang bangga dengan kebodohannya.

"Hm"

"Aiyah ...sudahlah. Aku harus kembali kepada rakan-rakanku sekarang," kata Mely sebelum menoleh dan berjalan terhuyung-hayang, meninggalkan lelaki asing yang masih berdiri di tempat yang sama.

"Kawin. Lapan anak" suara berat dari belakangnya yang menyebut tiga kata itu membuatkan Mely menghentikan langkanya.

Hah?

Mely memusingkan tubuhnya dan memandang lelaki tersebut dengan bingung.

Hah?

Kawin? Siapa yang akan kawin?

Orang asing ini mahu kawin? Dan ...apa tadi dia kata? Lapan anak?

Aiyaa, adakah dia tidak Kasihan dengan calon istrinya jika dia ingin mempunyai anak lapan?

Tsk, tsk ...lelaki monster!

Typical lelaki, Hump!

"Hah?" soalnya dengan bingung setelah terdiam beberapa saat.

"Kamu kata" jawab Gio singkat.

Tiba-tiba Mely teringat kejadian beberapa saat lalu di mana dia membuat alasan yang tidak masuk akal untuk mengusir makcik-makcik penggoda. Hal itu membuatkan Mely tertawa perlahan.

Lelaki ini lebih naif dari apa yang Mely fikirkan, bagaimana dia boleh menganggap perkara itu serius yang tidak sepatutnya dianggap serius? Adakah, dia tidak tahu namanya 'berbohong' di dunia ini? Baru kali ini Mely bertemu dengan lelaki naif seperti ini, bagaimana dia boleh mempercayai alasan yang tidak masuk akal seperti tadi? Astaga ...tidak hairanlah kalau lelaki ini menjadi sasaran makcik-makcik penggoda tadi, kata Mely dalam hati sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

Mely mengarahkan kedua mata kelabunya untuk melihat lelaki yang berada tidak jauh dari posisinya dengan senyuman lebar. "Itu yang dipanggil sebagai acting sweetheart," jawabnya dengan nada menggoda sambil mengedipkan sebelah matanya ke arah lelaki yang masih terpana memandangnya. "Tidak perlu berterima kasih!" sambungnya sebelum menghilang di tengah-tengah lautan manusia yang menari di lantai tarian.

"Master" suara yang berasal dari seseorang yang merupakan salah seorang pengawal peribadi Gio.  Gio menaikkan sebelah tangan dan menggerakkannya sebagai tanda untuk membubarkan mereka. Pandangannya masih terarah di mana tubuh perempuan mungil tersebut menghilang di khalayak ramai.

Kawin dan membuat perempuan mungil itu mengandung anaknya? Sepertinya bukanlah pilihan yang buruk, bukan? Terutama lapan anak yang merupakan campuran dirinya dan perempuan mungil itu. Sebuah kilatan samar terlihat dari kedua mata birunya sebelum kedua matanya mengecil saat menyedari apa yang ada di dalam fikirannya. Gio terpana untuk beberapa saat ketika menyedari pemikiran gilanya.

Sejak bila dia berminat dengan perempuan? Bahkan saat ini bukan hanya berminat.

Malah dia ingin mengahwininya!

Kahwin dengan perempuan yang dia sendiri tidak tahu namanya!

Bodoh!!

Nampaknya, dia terlalu banyak minum alkohol, fikirnya sambil menggelengkan kepala perlahan. Namun, walaupun begitu pandangannya masih terarah ke arah tempat yang sama sebelum beberapa saat senyum nipis terbentuk di wajahnya.

Tetapi siapa yang dapat menjangka masa depan?

Lagipun perempuan mungil tadi ...sangat menarik.

Maybe a promise then, little kitten.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience