Rate

The Almighty Devil Of Underworld_5

Action Completed 38206

"Holyshit...holyshit"

"God damn it! Adakah, kau nampak apa yang aku nampak, Raf? Aku tidak salah lihat, kan? "

Raffael tidak membalas pertanyaan Leo dan masih memandang ke arah bawah dari tingkap besar yang ada di ruang VIP. Raffael benar-benar tidak pernah membayangkan kejadian seperti ini terjadi dan dia diberikan kesempatan untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Giovano. LinDenhof. Memeluk. Perempuan!!!

Salah.

Bukan itu yang penting.

Yang penting adalah.

Giovano. LinDenhof. Menyentuh. Perempuan!!!

Itu lebih sesuai.

Bukan rahsia lagi dalam lingkaran pergaulan mereka, Giovano LinDenhof adalah lelaki yang anti dengan lawan jenis yang di sebut perempuan. Dia tidak pernah berhubungan, bahkan tidak pernah bersentuhan dengan lawan jenis. Pernah suatu ketika salah satu rakan business Gio yang baru pertama kali menjalinkan bisnis, berusaha untuk mendapatkan perjanjian perniagaan yang baru mereka lakukan dengan cara memberikan perempuan yang sudah dia siapkan kepada Gio ketika mereka berkumpul bersama rakan-rakan lain di Rainbow. Beberapa orang yang hadir di bilik VIP malam itu yang sudah mengetahui sifat Gio hanya menggelengkan kepala dan memandang penuh simpati kepada dua orang yang sudah mereka sahkan akan mengalami kemarahan seorang Giovano LinDenhof.

Perempuan yang disiapkan oleh rakan sekerja Gio tidak boleh dikatakan tidak cantik. Perempuan tersebut cukup menawan. Namun, apa yang terjadi dengan perempuan itu ketika dia cuba meraih lengan Gio setelah rakan sekerja Gio yang dengan bangganya memperkenalkan perempuan menawan itu kepadanya. Gio meraih buku menu yang berada tidak jauh dari posisinya dan menepis tangan perempuan tersebut. Pandangan Gio yang penuh amarah dan rasa jijik itu diarahkan kepada dua orang yang saat itu terkejut melihat respons Gio sebelum meminta cecair pembersih untuk membersihkan tangannya kerana sempat terkena rambut perempuan tersebut.

Mengingatkan apa yang dilakukan Gio ketika itu membuatkan Raffael menggelengkan kepalanya perlahan. Mungkin, orang yang berada dalam lingkungan pergaulan mereka, sikap Gio agak aneh, namun bagi Leo dan Raffael yang sudah berada di sisinya sejak mereka kecil memahami dengan jelas bahawa alasan Gio memiliki kebiasaan pelik terhadap perempuan adalah alasan yang lebih mendalam dari apa yang difikirkan orang-orang. Dan melihat Gio tiba-tiba di kelilingi oleh perempuan-perempuan yang cuba mendekatinya seperti kambing yang masuk ke dalam lubang buaya membuatkan Raffael benar-benar terkejut.

Apa yang ada dalam fikirannya.

Adakah, perempuan-perempuan itu sudah tidak ingin hidup lebih lama?

Adakah, mereka tahu siapa yang mereka goda?

Adakah, mereka ingin menghilang malam ini juga? 

Namun, siapa sangka di saat dia dan Leo dengan panik menunggu reaksi meletup dari Gio yang tentunya sangat buruk jika berurusan dengan perempuan, tiba-tiba seorang perempuan mungil datang dan berdiri di hadapan Gio sambil memandang ke arah perempuan di sekelilingnya. Di nilai dari gerak-geri perempuan mungil tersebut jelas-jelas dia sedang berusaha menolong sahabatnya yang ekspresinya sudah sangat menyeramkan.

Siapa sangka perempuan mungil itu tiba-tiba memusingkan tubuhnya dan memeluk Gio yang membuatkan kedua mata Leo dan Raffael membulat seketika. Namun, belum sempat otak mereka memproses kejadian yang tidak pernah terjadi ini tiba-tiba mereka melihat Gio memeluk tubuh perempuan mungil tersebut.

Bagaimana mereka boleh percaya dengan apa yang mereka lihat!!

Ini benar-benar seperti halusinasi!!

Tunggu!

Adakah minuman yang mereka minum ini membuat mereka melihat halusinasi?!!

Atau ...adakah mereka baru di kasih ubat halusinasi!!?

"Raf, brother ...adakah itu Gio?" tanya Leo perlahan.

"Ya. Adakah ini pertanda dunia sudah mahu kiamat? Seumur hidup kita mengenali Gio ini pertama kali dia ....Astaga, aku rasa otakku mengalami breakdown"

"Adakah kita terlalu banyak minum sehingga kita berhalusinasi?"

"Boleh jadi" gumam Raffael perlahan.

"Bolehkah otak kita rosak kerana alkohol? Kalau begitu kita harus cepat-cepat jumpa doktor, Raf" sambungnya.

"Hey, apa yang kamu dua buat di sini?" tanya satu lelaki yang berada tidak jauh dari tempat Leo dan Raffael. Keduanya mengalihkan pandangan mereka ke arah lelaki yang saat ini berjalan ke arah mereka. Rambut hitam dan dua pasang mata hitam yang memiliki kilatan berbahaya, walaupun saat ini kedua mata hitam itu memandang ke arah mereka dengan pandangan geli.

Deekson Davidson adalah lelaki yang membesar bersama Raffael, Leo dan juga Gio sehingga membuatkan mereka mempunyai ikatan persaudaraan yang sangat kukuh.

"Kamu pandang ap - HOLYSHIT! Adakah itu tok sami kita!" belum sempat Deekson menghabiskan kata-katanya, dia terus menjerit kuat ketika melihat susuk tubuh iblis yang dikenalinya selama ini sedang berpelukan dengan perempuan.

 Ya! Perempuan!

Pe-rem-pu-an

Adakah dia sedang bermimpi? Atau berhalusinasi?

Ini bukan ilusi lampu tempat ini, kan?

Deekson mengalihkan pandangannya ke arah dua sahabatnya yang berada disisinya. "Adakah ...aku sedang berhalusinasi?" pertanyaan Deekson di balas gelengan oleh dua sahabatnya

"Kami pun berfikir begitu tetapi ini benar-benar terjadi," jawab Raffael.

Deekson, kembali mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang saat ini masih memeluk perempuan mungil. "Damn. Aku benar-benar tidak menyangka yang kita akan diberi kesempatan untuk menyaksikan semua ini. Bahkan, aku pernah terfikir yang aku tidak akan pernah melihat kejadian ini," katanya dengan kedua mata yang masih memandang ke arah depan.

"Aku sangkah Gio itu ...gay"

Mendengar komen Leo, Raffael segera mengetuk kepala lelaki di sebelah kanannya sambil memandang tajam ke arahnya. "That's your sworn brother, Leonardo! And too. He's my cousin!" katanya dengan nada kesal.

Walaupun, Gio terkenal kerana tidak pernah tertarik dengan perempuan manapun dan membuat orang-orang berspekulasi yang Gio menyukai sesama jenis, namun Raffael sangat memahami. Walaupun, Gio mempunyai kelainan gangguan seksual, mungkin lebih cenderung kepada asexual dibandingkan menyukai sesama jenis. Asexual itu adalah keadaan di mana orang yang mempunyai gangguan tersebut tidak mempunyai minat terhadap lawan jenis dan berhubungan intim.

"Maaf. Perempuan suka cakap tentang Gio begitu, walaupun aku sendiri tidak percaya. Tetapi, who knows? Lagi pula ...Ha!!!" belum sempat Leo menghabiskan kata-katanya dia menjerit terkejut. Kedua matanya memperhatikan Gio dan perempuan tersebut, yang saat ini sedang berbual dengan pandangan tidak percaya.

Adakah ini hanya kebetulan?

Adakah ini takdir?

Atau, otaknya sudah benar-benar rosak?

Mendengar jeritan Leo membuat Raffael dan Deekson melirik kesal ke arahnya. Adakah, sahabat mereka sekarang sudah menjadi perempuan kerana dia sering bermain dengan perempuan? Malah, jeritannya sangat nyaring seperti perempuan, kata mereka berdua pada masa yang sama.

"Ada apa?" tanya Deekson yang merasa hairan.

"Astaga ...adakah ini takdir? Perempuan itu adalah perempuan yang aku temui di Starhouse! Aku mengirim gambarnya kepada kamu semua melalui group chat," jawab Leo dengan kedua mata yang masih memperhatikan perempuan mungil yang bersama Gio.

Bagaimana mungkin dia boleh melupakan perempuan yang secantik itu? Dia yakin kalau mereka adalah perempuan yang sama.

"Ah ... kau betul! Patutlah sejak tadi aku merasa wajahnya sangat familiar" jawab Raffael sambil menganggukkan kepalanya perlahan. Manakala Deekson tidak membalas kata-kata Leo, dia masih sibuk memperhatikan interaksi antara dua orang yang menarik perhatiannya. Sebuah kilatan yang sukar difahami terpancar dari kedua mata hitamnya sebelum senyuman nipis terbentuk di bibirnya.

"Oh my god. Giovano LinDenhof..." kata Deekson dengan pandangan penuh minat. "Surely after this ...things will get more and more interesting" sambungnya dengan pandangan penuh minat masih dengan senyuman nipis.

TO BE CONTINUED. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience