Rate

The Almighty Devil Of Underworld_31

Action Completed 38206

LinDenhof Mansion, NYC.

Beberapa hari kemudian...

Cahaya matahari yang mengintip dicelah-celah daun dan angin petang yang bertiup lembut, membuat suasana di halaman belakang LinDenhof Mansion ini terlihat tenang dan damai. Dibawah pokok besar yang berada di taman belakang terdapat sebuah kerusi taman yang saat ini diduduki oleh seorang perempuan yang sibuk membaca buku novel yang ada di tangannya, seakan keadaan persekitarannya sedikit pun tidak mengganggunya.

Bulu matanya yang panjang melentik setiap kali dia berkedip, bibir merahnya terkadang tertarik dengan senyuman nipis, rambut panjangnya bergerak-gerak ditiup angin.Tidak ketinggalan kulitnya yang halus yang digabungkan dengan gaun putih sederhana yang membuatkan perempuan tersebut terlihat sangat menawan. 

Butler Chong yang melangkah ke arah perempuan tersebut terhenti seketika sebaik saja dia melihat pemandangan yang ada di hadapannya. Tanpa sedar dia menahan nafasnya seakan takut merosakkan pemandangan tersebut. Melihat, young miss yang saat ini terlihat santai dengan buku novel di tangannya membuatkan perasaannya campur. Butler Chong tidak tahu apa motif majikannya mengurung perempuan menawan seperti young miss ini kerana bagaimanapun, apa pun tindakan yang dilakukan oleh majikannya, Butler Chong tidak memiliki hak untuk mempersoalkan hal tersebut. Tugasnya adalah selalu melayani majikannya dengan responsif, cepat dan setia.

Namun, sebahagian dari hati kecilnya, dia sebenarnya merasa bimbang akan nasib perempuan mungil ini kerana Butler Chong sangat tahu siapa majikannya. Walaupun, orang-orang melihat Giovano LinDenhof sebagai lelaki yang dikagumi dengan semua kekayaan, kekuatan dan kemampuan yang dia miliki. Namun, Giovano LinDenhof juga memiliki sisi gelap yang tidak diketahui oleh orang-orang dan semua tindakan yang dia ambil selalu memiliki alasan. Sama ada perkara itu positif atau negatif dan ini adalah kali pertama dia melihat majikannya membawa....

Bukan.

Bukan membawa melainkan mengurung perempuan di dalam mansion-nya! Ini adalah kali pertama semenjak Butler Chong berada di sisi majikannya. Master, tidak pernah membawa perempuan masuk ke LinDenhof Mansion, bahkan untuk keluarganya sendiri dan ketika tiba-tiba seorang perempuan hadir di dalam Mansion ini hampir membuat semua pelayan dan pengawal tercengang. Butler Chong hanya berharap bahawa tujuan majikannya adalah untuk merawat young miss, dia hanya berharap agar majikannya itu tidak memiliki niat buruk, kerana selama beberapa hari Butler Chong berinteraksi dengan young miss, dia dapat merasakan bahawa perempuan ini benar-benar menarik dari segi bertutur kata dan sikapnya yang lembut. Dia juga berharap bahawa perempuan muda ini tidak memiliki niat yang buruk terhadap Master kerana jika, ya. Butler Chong tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi.

Selepas menghembuskan nafas, Butler Chong perlahan-lahan melangkah ke arah perempuan tersebut. Berusaha untuk tidak mengganggu ketenangannya.

"Young miss" panggilnya perlahan sambil menundukkan tubuhnya.

Kedua mata Mely perlahan beralih dari buku yang di pegangnya ke arah lelaki tua yang saat ini berdiri tidak jauh dari tempat duduknya. "Ada apa, grandpa butler?" jawab Mely dengan senyuman lembut.

Bagaimana mungkin ada perempuan secantik di dunia ini? fikir Butler Chong tanpa sedar ketika melihat dua mata kelabu dan senyum nipis yang menyambutnya. Butler Chong segera menghilangkan pemikiran tersebut dan menegakkan tubuhnya sebelum memandang Mely dengan pandangan lembut.

"Young miss, saya sudah menyediakan teh untuk anda nikmati petang ini. Udara petang ini agak sejuk dan anda harus menjaga tubuh anda kerana keadaan anda masih lemah. Saya juga sudah menyediakan selimut kasmir ini untuk anda," kata Butler Chong sambil meletakkan dulang berisi teko panas dan satu set cawan di atas meja di sebelah kerusi yang dihuni oleh Mely dan menghulurkan selimut yang dilipat kemas ke arahnya.

Melihat selimut lembut di dalam genggaman Butler Chong, membuat hati Mely terasa hangat. Tangannya perlahan bergerak meraih selimut tersebut dan meletakkannya di atas pangkuannya. Kehangatan yang menyelimuti tubuh bahagia bawa Mely membuatnya tersenyum penuh terima kasih pada Butler Chong.

"Terima kasih banyak, grandpa Butler."

"Sama-sama young miss. Kalau begitu saya pergi dulu" kata Butler Chong sebelum berjalan perlahan meninggalkan Mely yang masih memandangnya dengan dahi berkerut dan pandangan yang sukar.

Kedua mata kelabu itu akhirnya mengalihkan pandangan ke arah sekeliling, dia dapat melihat taman belakang tempatnya berada saat ini benar-benar tempat yang sangat indah. Tasik yang luas berada di satu sisi taman dan pokok maple yang berada sisi bertentangan. Kalau bukan kerana Mely merasakannya sendiri, dia tidak akan percaya kalau adanya tempat seindah ini.

Terlalu indah.

Entah berapa banyak duit yang terbuang untuk membina semua ini. Memikirkan semua itu sudah membuatnya menggelengkan kepalanya.

Udara musim gugur bertiup perlahan, membawa haruman pokok dan tanah yang selalu membuat hati Mely lebih tenang. Kedua matanya terpejam sambil menikmati suasana di sekelilingnya. Boleh mati bahagia dia kalau dapat tinggal di tempat seperti ini, katanya dalam hati.

Beberapa saat berlalu sebelum akhirnya kedua mata Mely terbuka perlahan. Keazaman yang kuat terlihat di kedua matanya akhirnya dia memutuskan apa yang harus dilakukan seterusnya.

Sudah beberapa hari sejak dia tinggal di bangunan mewah ini, walaupun Mely dijaga dengan sangat baik. Namun, dia merasa terkurung dan dia tidak menyukai perasaan ini. Dia harus segera pergi. Bagaimanapun caranya, Mely harus keluar dari sini. Dia tidak boleh tinggal di sini. Mely merasakan dirinya seperti tahanan walaupun dia dilayan dengan sangat baik tetapi dia merasa seperti burung yang dikurung dalam sangkar emas.

Ya.

Ini benar-benar menggambarkan keadaannya sekarang.

Mely mengalihkan pandangannya ke persekitarannya. Melihat beberapa pelayan yang terlihat berjalan kesana sini untuk menyelesaikan kerja mereka dan beberapa pengawal keselamatan yang bertugas terlihat sedang melakukan rondaan untuk menjaga keselamatan bangunan rumah besar ini.

Beberapa hari di mansion ini membuat Mely mula memahami waktu dan kebiasaan semua orang yang bekerja di tempat ini selain itu kerana untungnya Gio tidak membataskan aksesnya untuk melihat-lihat seluruh bahagian rumahnya, membuat Mely tahu di mana semua kamera keselamatan dan tempat titik buta yang ada.

LinDenhof Mansion mempunyai pengawal yang menjaga semua parameter di luar kawasan setiap 6 jam sekali dan melakukan rondaan untuk parameter dalam setiap 3 jam sekali. Selain itu, akses untuk keluar masuk kawasan ini dikawal oleh kad yang mempunyai pegenalan diri LMID. Dari apa yang Mely dengar dari Bella, persekitaran mansion ini terbahagi kepada beberapa bangunan. Satu bangunan untuk kediaman pekerja, satu bangunan untuk kawasan latihan pengawal, satu bagunan untuk pusat keselamatan dan yang terakhir adalah bangunan utama.

Sebilangan besar pelayan yang bekerja akan kembali ke bangunan tempat tinggal mereka pada jam 9 malam dan dari apa yang Mely perhatikan, Gio lebih menyukai keadaan sunyi dan tenang kerana hampir setiap aktiviti yang ada di bangunan utama benar-benar sunyi. Belum lagi Gio yang terlihat seperti menyukai bersendiri sehingga sebahagian besar bangunan utama tidak banyak pelayan, kalau Mely perhatikan selama ini hanya Bella dan Butler Chong dan beberapa pelayan lain yang berjaga untuk melayani Gio atau dirinya sendiri.

Memikirkan betapa ketatnya penjagaan mansion ini membuat wajah Mely semakin gelap. Kepalanya sakit kerana terlalu banyak berfikir untuk mencari jalan keluar agar dia dapat meninggalkan tempat gila ini.

Ini sama sekali bukan rumah, malah tidak boleh disebut tempat tinggal!

LinDenhof Mansion merupakan sebuah kubu!

A god damn fortress!

Atau penjara lebih tepat untuk menggambarkan mansion ini!

Yap. Penjara!!

Kemewahan dan keindahan bangunan yang dikagumi orang hanyalah sebuah topeng untuk menutup kenyataan bahawa bangunan ini benar-benar seperti penjara! Tetapi, bukan Mely namanya kalau dia menyerah untuk hal seperti ini. Bagaimanapun, dia akan mencari tahu bagaimana cara untuk keluar dari tempat ini tidak kira segila apa pun caranya.

Mely mengalihkan pandangannya ke arah persekitaran. Oh god, kalau saja bukan kerana penjagaan bangunan ini sangat cantik terutama halaman belakang. Dari posisinya sekarang ini saja dia dapat melihat pemandangan permukaan tasik yang berkilau kerana pantulan cahaya matahari petang belum lagi haruman bunga yang menjadikan suasana saat ini sangat ...tenang.

Sekiranya Mely mempunyai wang yang banyak dia akan membuat tempat tinggalnya sama seperti ini. Sangat-sangat tenang dan selesa.

Sungguh bertuah kerana Vano memiliki semua ini!!??

Padahal lelaki itu tidak mempunyai masa untuk menikmati semua ini ...jadi, untuk apa dipertahankan keindahan ini!? Lebih baik untuknya saja!

Mely bahkan tidak pernah melihat Gio lagi sejak interaksi terakhir mereka beberapa hari yang lalu. Kalau maklumat yang diberikan oleh Butler Chong ketika dia bertanya di mana majikannya. Butler Chong mengatakan bahawa Gio pergi ke luar negeri untuk menyelesaikan perjanjian perniagaan.

Huh! Orang kaya memang mudah ya, untuk keluar dari negari ini saja tinggal petik jari dan.... Voila! Semuanya beres tinggal pergi begitu saja. Hidup ini memang tidak adil, fikir Mely sambil memandang ke arah tasik dengan pandangan melamun.

***

Suara langkah tapak kasut bergema di seluruh ruangan tersebut. Memecahkan keheningan yang menyelimuti ruangan tersebut sebelum seorang lelaki tua yang berada tidak jauh dari pintu masuk menundukkan tubuhnya untuk menyambut majikannya yang baru pulang dari luar negari untuk menyelesaikan urusan syarikatnya.

"Selamat datang kembali, Master" kata Butler Chong dengan hormat sebelum menerima briefcase hitam dari tangan Gio.

"Hm" gumam Gio dengan sebelum berjalan menuju ke tangga besar yang berdiri megah di tengah ruang tamu tersebut. "Vina?" tanya Gio ke arah Butler Chong dengan pandangan yang masih tertumpu ke arah depan.

Satu kata tersebut sudah menunjukkan betapa pentingnya posisi perempuan itu di hati majikannya kerana sejak bila majikannya ini peduli tentang orang lain?

Bahkan, Master tidak pernah bertanya mengenai Young Master Nicholas yang merupakan saudara kandungnya!!

Butler Chong menegakkan postur tubuhnya sebelum berjalan mengikuti Gio. Dia sudah dapat meneka ke mana majikanya ini melangkah.

"Keadaan tubuh young miss masih belum stabil. Beberapa jam yang lalu, panas tubuhnya naik semula sehingga saya harus menghubungi Young Master Lau Fhang untuk memeriksa keadaan young miss" kata Butler Chong perlahan. Langkahnya terhenti ketika melihat majikannya menghentikan langkahnya.

Beberapa saat kemudian, Butler Chong merasakan suhu di sekitar mereka turun secara drastik membuatnya dapat merasakan hawa dingin menyelimuti tubuhnya. Butler Chong tanpa sedar menelan liur cemas sebelum peluh terbentuk di wajah tuanya. Perubahan drastik sebegini sudah biasa Butler Chong rasakan. Walaupun begitu, setiap kali dia merasakan perubahan atmosfer yang drastik ini, dia tetap cemas dan takut dengan majikannya yang saat ini berdiri tepat di hadapannya. Dengan belakang tubuh Gio yang menghadapnya, Butler Chong tidak dapat meneka apa yang sedang difikirkan oleh majikanya saat ini. 

"Apa kata Nathan?" tanya Gio dengan nada dingin tanpa memandang ke arah Butler Chong sebelum melengkah semula.

"Young Master Lau Fhang memberikan suntikan agar demam young miss segera turun dan Young Master Lau Fhang juga sudah memberikan ubat untuk young miss minuman. Saat ini young miss sedang berehat dan suhu tubuhnya mulai turun," sambung Butler Chong perlahan.

Saat ini dia benar-benar berharap agar young miss segerah sembuh kerana suasana hati majikannya ini bergantung pada keadaan young miss.

"Hm" gumamnya sebelum akhirnya langkah kakinya berhenti tepat di hadapan pintu bilik yang familiar dalam ingatannya. Tangan perlahan membuka pintu tersebut dan melangkah masuk perlahan.

Butler Chong yang melihat majikannya memasuki bilik young miss tanpa sedar menahan nafasnya sebelum memandang dengan ekspresi speechless ke arah pintu tersebut.

Master!? Adakah ini sikap sopan anda yang main masuk kebilik tidur lawan jenis pada waktu ini?!

Master ini sudah lewat tengah malam!! jerit Butler Chong dalam hati. 

Gio, tidak peduli apa yang difikirkan oleh pelayannya, dia terus berjalan menuju ke tempat tidur besar yang berada tidak jauh dari posisinya. Langkahnya terhenti ketika akhirnya dia melihat perempuan yang memenuhi fikirannya selama beberapa hari ini yang membuatnya ingin menyelesaikan semua urusannya secepat mungkin dan kembali ke sisinya. 

Perempuan mungil yang saat ini sedang tidur nyenyak di tengah-tengah katilnya terlihat seperti putri yang sedang tertidur. Kedua matanya tertutup rapat dengan bibir kecilnya yang terlihat pucat namun, tetap terlihat menawan. Keadaannya saat ini sedikitpun tidak mempengaruhi daya tarikan kucing kecilnya. Ekspresi tenang yang menyelimuti seluruh wajahnya menunjukkan bahawa panas badannya sudah kembali stabil seperti sediakala. Gio tercengang ketika melihat kucing kecil ini.

His woman appearance really enchanting.

Ya ..his woman.

Gio menyukai istilah itu. Perlahan pandangan Gio menghangat ketika dia terus memperhatikan perempuan mungil yang tertidur dengan nyenyak itu. Kedua matanya melihat beberapa butir keringat yang terbentuk pada wajah kucing kecilnya membuat ekspresi Mely yang tadinya terlihat tenang dan damai berubah menjadi gelisah.

"Ugh..." erang Mely perlahan sebelum bergerak gelisah dalam tidurnya. Gio mengerutkan keningnya ketika menyedari kucing kecilnya merasakan tidak selesa. Setelah beberapa saat akhirnya Gio memutuskan untuk duduk di sisi katil sebelum menggerakkan tangannya ke arah Mely. Pandangannya masih tertumpu pada perempuan yang bergerak gelisah di hadapannya.

Sentuhan dari tangan Gio yang sejuk tanpa sedar membuat seluruh tubuh perempuan mungil tersebut bergetar perlahan. Kedua mata birunya memandang kucing kecilnya dengan pandangan risau. Gio sebenarnya tidak meramalkan ini. Dia fikir jika Mely berada di bawah pengawasan Lau Fhang, Mely akan baik-baik saja, namun lihat keadaannya sekarang. Salah satu luka di lengannya mengalami jangkitan sehingga menyebabkan perempuan ini mengalami demam yang tinggi.

Melihat Mely kesakitan membuat hati Gio seperti di cengkam kuat. Perasaan yang membuat Gio semakin kecewa.

"Calm down, little kitten. Kamu akan baik-baik saja," gumam Gio perlahan sambil mengusap lembut pipi Mely seakan dia takut sedikit saja tekanan mampu menyakiti kucing kecilnya.

Beberapa saat berlalu sebelum akhirnya dahi Mely perlahan kembali seperti sediakala, ekspresi kesakitan yang dia rasakan perlahan kembali seperti sebelumnya dan itu membuat Gio menghembus nafas lega.

Gio memandang tubuh mungil Mely dengan pandangan yang penuh dengan emosi bercampur. Entah, sejak bila perempuan ini menjadi sebahagian dari hidupnya, walaupun mereka baru saja bertemu.

Kejadian Rainbow beberapa waktu lalu kembali berputar dalam ingatannya sebelum senyuman nipis terbentuk di wajah datarnya yang membuat ekspresi Gio terlihat lebih lembut. Pandangannya menjadi hangat ketika mengingati kejadian itu.

Ya ..his woman comes to his rescue and that exact moment he was drawn to her beauty. Bukan hanya kerana wajahnya yang cantik, namun kerana sikapnya yang agresif dalam melindunginya, sikap nakalnya, kata-kata bodohnya dan tentunya kedua mata kelabu yang memandangnya dengan pandangan yang sukar di gambarkan. Perempuan ini adalah satu-satunya perempuan yang berjaya menarik perhatiannya, perempuan yang tidak membuatnya merasa muak atau jijik dengan sentuhannya, sebaliknya membuat Gio ketagih dengan sentuhan lembut tubuhnya.

Memikirkan perkara itu membuatkan Gio menggelengkan kepalanya perlahan. Deekson benar mengenai satu perkara. He was whipped. Perempuan ini benar-benar sudah menguasainya, memiliki dan menggenggamnya dalam telapak tangan kecilnya, walaupun Gio sendiri tidak menyedarinya.

I can't wait to spend more of an interesting life with you, little kitten.

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience