Rate

The Almighty Devil Of Underworld_END

Action Completed 38206

Office Room,
LinDenhof Mansion, Manhattan, NYC.

Situasi yang tiba-tiba menjadi tegang ini, membuat Gio menghela nafas perlahan, berusaha mengawal emosi yang semakin memenuhi dadanya. "Douglas, bawa bertenang. Aku benar-benar tidak faham apa yang kamu katakan sejak tadi" kata Gio dengan nada tidak berdaya. Dia benar-benar tidak tahu apa yang harus dia lakukan, apatah lagi lawan bicaranya ini adalah seorang lelaki tua yang merupakan sahabat baik datuknya.

Malangnya, Sebastian tidak menyedari nada tidak berdaya dari lawan bicaranya ini. Dalam fikiranya bahawa Gio hanya berpura-pura tidak tahu di hadapannya dan hal itu membuat Sebastian semakin marah. Kedua mata hitam yang dipenuhi api kemarahan itu memandang tajam ke arah Gio.

"Giovano LinDenhof, Aku tahu Malyshka kesayanganku ada di sini! Awalnya aku tidak percaya dengan budak narsis menjengkelkan itu bahawa kau sudah mengetahui tentang keberadaan Malyshka tetapi, setelah kau mengatakan yang kau masih melakukan misi balas dendam itu. Aku terus sedar apa yang dikatakan oleh budak narsis gila itu memang benar! Malyshka pasti berada di sini!" jerit Sebastian dengan penuh amarah yang membuat ekspresi Gio menjadi semakin gelap ketika mendengarnya.

Budak narsis gila?

Adakah, orang luar menyampaikan berita palsu itu kepada Douglas?

Masih membalas dendam?

Apa hubungannya anak angkat Douglas dengan misi balas dendamnya?

Mendengar, kata demi kata yang keluar dari mulut Sebastian, membuat Gio semakin kebingungan. Dia benar-benar tidak faham maksud dari setiap kata yang dikatakan oleh Sebastian kepadanya. Semakin dia mendengar kata-kata Sebastian semakin banyak pula persoalan memenuhi kepalanya.

"Douglas, tidak ada seorang pun budak perempuan di dalam mansion ini" kata Gio dengan nada lelah sambil mengurut kepalanya perlahan. Dia merasa tahap kesabarannya sudah semakin habis kerana menghadapi lelaki tua di hadapannya ini.

Mendengar itu, membuat Sebastian menggelengkan kepalanya dengan cepat. Dia tidak percaya apa yang dikatakan oleh lelaki muda menjengkelkan di hadapannya ini kerana dia yakin bahawa Malyshka ada di dalam mansion ini. "Giovano, berhentilah menipu! Cepat serahkan Malyshka kembali kepada aku!" kata Sebastian, masih dengan nada penuh emosi.

"Douglas, aku tidak menipu. Tidak ada budak perempuan di dalam mansion ini. Beritahu aku siapa nama Malyshka kesayanganmu itu" kata Gio perlahan, masih berusaha menahan emosinya.

"Melysah!!" kata Sebastian dengan nada serius.

Deg.

Tubuh Gio terus membeku seketika sebaik saja dia mendengar nama kucing kecilnya. Fikirannya tiba-tiba berubah menjadi kosong, kedua mata birunya memandang ke arah Sebastian dengan pandangan terkejut yang masih memandangnya dengan tajam. Kata-kata Sebastian tadi benar-benar seperti sambaran petir yang membuat seluruh tubuhnya membeku, jantungnya seakan berhenti berdegup seketika.

Kucing kecilnya mengenali Douglas? Apatah lagi Douglas memanggilnya dengan panggilan intim seperti, Malyshka?

Bukankah itu bermaksud kucing kecilnya memiliki hubungan rapat dengan lelaki tua ini?

Adakah, kucing kecilnya anak angkat Douglas?

Persoalan demi persoalan memenuhi fikirannya yang membuat kepala Gio terasa sakit. Perlahan tangannya bergerak untuk mengurut kepalanya perlahan. "Douglas ...Melysah adalah ...Malyshka yang kamu cari?" tanya Gio yang menekankan setiap kata yang dia katakan.

Mendengar pertanyaan Gio tadi, sorot kebahagiaan terlihat jelas di kedua mata hitamnya sebelum dia menganggukkan kepalanya cepat. "Aku tahu Malyshka benar-benar ada di sini! Nasib baiklah budak narsis itu menghubungi aku dengan cepat, jika tidak ...entahlah apa yang akan terjadi dengan nasib Malyshka jika dia terlalu lama ditanganmu yang penuh darah, humph! Aku yakin dia pasti akan menderita ditanganmu yang menyiksanya dengan kejam" kata Sebastian dengan nada penuh emosi yang terdengar seperti mengejek yang membuat Gio speechless mendengarnya.

Menyeksa, kucing kecilnya dengan kejam?

Dari mana datangnya berita palsu itu?!

Sejak bila dia suka menyeksa perempuan? Apatah lagi menyeksa kucing kecilnya?

Perlahan tangannya bergerak untuk memberi isyarat ke arah lelaki tua yang berada di hadapannya ini sambil mengatur emosinya perlahan. "Kenapa Melysah akan menderita di tanganku? Mengapa aku harus menyiksanya?" tanya Gio dengan kening berkerut samar.

Memutar kedua matanya dengan kesal, Sebastian memandang tajam ke arah Gio yang masih memandangnya dengan ekspresi bingung yang memenuhi kedua mata birunya. "Sudah tentu kerana membalas dendam! Bukankah, kau ingin membunuh semua orang yang berhubungan dengan Romanceks!? Aku tidak akan membiarkan kau menyakiti Malyshka walaupun dia adalah salah satu daripada mereka! Dia tidak seperti apa yang kau fikirkan, ditya! She's innocent!"

Apa?

Apa yang baru saja dia dengar?

Kucing kecilnya adalah salah satu dari Romanceks?

She is a Romanceks? Isn't she a Zolandov?

Adakah dia bukan anak angkat Douglas?

Kata-kata Sebastian tadi bagaikan sambaran petir yang membuat tubuh Gio kembali membeku sebaik saja dia mendengar kata-kata tersebut. Jantungnya seakan berhenti berdegup seketika. Kedua matanya berkontraksi dengan ganas sebelum dia memandang Sebastian dengan pandangan tidak percaya yang memenuhi kedua mata birunya.

"She is...a Romanceks?" gumam Gio dengan nada berdaya. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong sebaik saja maklumat itu terproses di dalam fikirannya, dadanya terasa sesak yang membuat Gio menggenggam erat kemeja putih yang dipakainya dengan usaha mengurangkan rasa sesak yang dia rasakan.

Tidak menyadari reaksi pelik yang ditunjukkan oleh lelaki muda di hadapannya ini, Sebastian masih sibuk mengutuk Gio dengan penuh kekesalan sebelum dia menggelengkan kepalanya perlahan ketika mendengar pertanyaan bodoh tersebut. "Dia bukannya sebahagian dari keluarga Romanceks, idiot. Malyshka adalah salah satu anggota The Phantoms" jawab Sebastian tanpa berfikir panjang.

Berbeza dengan reaksi Sebastian, Gio yang lagi-lagi mendengar maklumat yang mengejutkan itu sekali lagi terkejut. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarnya namun, dari sikap dan pertuturan kata lelaki tua ini, ianya terdengar seperti orang yang benar-benar serius dan tidak berpura-pura di hadapannya. Terutama kedua mata hitam yang memandangnya dengan api kemarahan, semua emosi yang di tunjukkan Sebastian adalah nyata yang tidak dapat dibuat-buat.

Tunggu, adakah itu bermakna kucing kecilnya adalah sebahagian dari anggota The Phantoms?

Bagaimana dia tidak mengetahuinya sebelum ini? Selama ini Leo sudah mengumpul data semua anggota The Phantoms dan tidak ada satu pun yang sepadan dengan data kucing kecilnya.

Bagaimana kucing kecilnya boleh menjadi sebahagian dari anggota The Phantoms?

Mengapa kucing kecilnya tidak memberitahunya?

Akhirnya setelah beberapa saat emosi Sebastian beransur reda, pandangannya bergerak ke arah Gio yang saat ini menunjukkan ekspresi speechless yang memenuhi wajahnya. Melihat hal itu membuat Sebastian mengerutkan keningnya dalam. Mengapa Giovano memandangnya dengan ekspresi begitu? Bukankah dia sudah mengetahuinya? Sekiranya tidak, mengapa dia mengurang Malyshka di dalam mansion ini?

Mengapa Giovano memandangnya seolah-olah dia baru saja mengetahui maklumat itu?

Atau jangan-jangan Giovano sememangnya tidak mengetahui apa-apa...

Kenyataan itu membuat seluruh tubuh Sebastian menegang seketika. Kedua mata hitamnya dipenuhi oleh kilatan terkejut yang membuatnya menelan air liurnya dengan susah payah. Apa yang sudah dia lakukan? Jika, Giovano tidak mengetahui hal itu sebelum ini, bukankah dengan kata-katanya tadi sudah membuat lelaki di hadapannya ini mengetahui hal sebenar itu!?

Ya Tuhan ...Pamela ...maafkan sikap suamimu yang bodoh ini kerana tanpa sedar memberitahu rahsia Malyshka, kata Sebastian dalam hatinya.

"Ugh ...ditya..." kata Sebastian dengan nada penuh waspada sebelum dipintas oleh suara Gio yang membuat seluruh tubuh Sebastian menegang seketika begitu mendengarnya.

"Jadi ...Melysah adalah sebahagian dari anggota The Phantoms?" tanya Gio perlahan yang membuat Sebastian memandangnya dengan ekspresi yang sukar di ertikan.

Tiba-tiba Sebastian bingung apa yang harus dia jawab dengan lelaki muda di hadapannya ini. Sekiranya, dia menganggukkan kepalanya? Bukankah itu sama dengan menjual data identiti Malyshka kesayangannya kepada Iblis ini. Tetapi, jika dia menggelengkan kepalanya? Bukankah, dengan semua maklumat yang tanpa sedar keluar dari mulutnya akan tetap membuat Giovano tidak mempercayainya.

"Sebastian Zolandov, jangan cuba-cuba untuk menipu atau membohongi aku" kata Gio dengan nada dingin yang membuat Sebastian menelan liurnya dengan gugup sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan.

"She's an innocent, ditya!! Jangan sakiti dia kalau kau baru mengetahuinya. Serahkan saja Malyshka kepada aku dan biarkan dia pergi sebagai bentuk persahabatan antara kedua keluarga kita" kata Sebastian dengan cepat. Namun, semua kata yang Sebastian katakan sama sekali tidak mempengaruhi fikiran Gio. Dia masih tidak percaya bahawa kucing kecilnya adalah sebahagian dari anggota The Phantoms.

Adakah, organisasi tempat kucing kecilnya berkerja selama ini adalah The Phantoms? Sekiranya dia memang sebahagian dari organisasi itu mengapa Christan memburunya?

Melihat ekspresi rumit di wajah Gio, rasa takut tiba-tiba memenuhi seluruh hatinya. Kedua mata hitamnya dipenuhi oleh kegelisahan. "Ditya, aku tahu misi balas dendammu itu penting tetapi Malyshka tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku dengan keluargamu dan keluarga Romanceks. She's an innocent, ditya! Aku tidak akan membiarkan kau menyakitinya. Jika kau menyentuh sehelai rambut Malyshka, maka aku akan menggerakkan semua kekuatan yang di miliki oleh Keluarga Zolandov untuk menyerang kamu!" kata Sebastian dengan nada dingin dengan ekspresi serius mewarnai seluruh wajahnya.

Semakin Gio mendengar maklumat itu semakin membuatnya terkejut. Kedua mata birunya dipenuhi oleh pelbagai emosi yang datang silih berganti, tangannya di genggam kuat sebelum dia mengangkat tangannya dan diletakkan di atas kepalanya.

Mengapa kucing kecilnya tidak memberitahunya?

Pertanyaan itu terus bergema di dalam fikirannya yang membuat dadanya terasa sesak. Adakah kucing kecilnya masih tidak mempercayainya? Kata Gio dalam hati dengan ekspresi pahit yang memenuhi wajahnya. "Jadi, kucing kecilku adalah anggota The Phantoms? Adakah ini alasan dia merahsiakan identiti sebenarnya?" kata Gio perlahan seakan dia bercakap dengan dirinya sendiri.

Mendengar nada lembut yang dipenuhi oleh rasa tidak percaya itu, membuat Sebastian mengerutkan keningnya. Bukankah Giovano seharusnya marah dengan penuh emosi dan segera menemui, Malyshka? Mengapa dia hanya duduk seakan dia masih tidak mempercayai kenyataannya?

Tunggu.

Apa dia kata?

Kucing kecilnya?

Siapa yang dia panggil kucing kecil?

Malyshka kesayangannya?

Tunggu, tunggu ...adakah Giovano berhasil menangkap Malyshka kerana berhasil membuka firewall yang melindungi latar belakangnya? Tidak mungkin. Kemampuan budak narsis itu tidak dapat diragukan, tidak mungkin semudah itu untuk digodam. Walaupun, Sebastian kadang-kadang merasa geli dengan sikap narsis lelaki menjengkelkan itu tetapi, dia mengakui kemampuan teknologi budak narsis itu benar-benar berguna untuk Malyshka. Tetapi, mengapa dia merasa Giovano tidak mempunyai niatan jahat dengan Malyshka? Adakah Malyshka benar-benar tidak ada di sini? Adakah budak narsis sialan itu membohonginya?

"Ditya, kenapa kamu memanggil Malyshka kucing kecilmu? Siapa Malyshka dalam hidup kamu?" tanya Sebastian dengan nada serius sambil memandang Gio dengan ekspresi yang sama.

Keheningan kembali menyelimuti keduanya untuk beberapa saat yang dipenuhi ketegangan sebelum akhirnya kedua mata biru itu bergerak ke arah sepasang mata hitam yang memandangnya dengan penuh jangkaan.

"Vina is my light, Douglas. She's my woman" jawab Gio dengan perlahan sebelum dia menutup kedua matanya perlahan dan menghembus nafas lelah.

Mendengar jawapan Gio membuat tubuh Sebastian menegang seketika sebaik saja dia mendengarnya. Walaupun nada yang lelaki di hadapannya ini gunakan terdengar rendah namun, dia dengan jelas mendengar nada penuh tekad dan kesungguhan dari cara bicaranya. Namun, ketika Sebastian memproses kata-kata yang Gio katakan dia benar-benar speechless.

Malyshka, adalah kekasih Giovano?

Apa dia kata tadi? Vina? Adakah, itu panggilan sayang lelaki ini?

Melihat pandangan bingung memenuhi kedua mata Sebastian, membuat ujung bibir Gio terangkat samar. "Aku memanggil Melysah dengan panggilan, Vina. Ketika kali pertama kami bertemu dan aku mengetahui nama kucing kecilku adalah Melysah Chandravina, aku memutuskan untuk memanggilnya dengan nama, Vina" kata Gio yang menjelaskan secara langsung yang membuat Sebastian menganggukkan kepalanya perlahan dengan senyuman hangat yang terbentuk di bibirnya.

"Sudah tentu. Bagaimana aku boleh lupa? Nama belakang buatan itu adalah cadangkan aku, ditya. Kamu juga pandai membuat nama panggilan untuknya, ya. Chandravina? Nama yang sangat indah, bukan?" kata Sebastian dengan nada lembut. Semua emosi yang memenuhi seluruh tubuhnya seakan menghilang sebaik saja dia mendengar bahawa perempuan yang sudah dianggapnya sebagai sebahagian dari anggota keluarganya adalah kekasih Giovano LinDenhof.

Berbeza dengan reaksi lega Sebastian, ketika Gio mendengar jawapan bangga lelaki tua di hadapannya ini, dia kembali terkejut. "Kamu yang mencadangkan nama Chandravina? Adakah, kamu yang membantu kucing kecilku untuk mengubah semua latar belakangnya?" kata Gio dengan nada tidak percaya.

Jika orang tua ini yang selama ini menolong kucing kecilnya, Gio tidak akan terkejut jika selama ini mereka semua mengalami kesukaran untuk mengesan identiti sebenar kucing kecilnya.

"Sudah tentu. Kau fikir budak narsis itu boleh melakukannya sendiri?! Tunggu ...kau benar-benar tidak menyakiti Malyshka, kan?" tanya Sebastian sambil mengecilkan kedua matanya yang segera di balas gelengan perlahan oleh Gio.

Apa lagi yang dapat Gio katakan? Semua maklumat yang diberikan Sebastian kepadanya sudah membuatnya kehilangan kata-kata. Baru kali ini dia merasakan hal seperti ini.

Melihat isyarat Gio, kilatan puas terlihat jelas di kedua mata hitamnya sebelum dia menganggukkan kepalanya dengan puas. "Ditya, kamu harus tahu yang Malyshka benar-benar tidak bersalah. Dia tidak tahu apa-apa mengenai semua yang terjadi di antara Romanceks dan LinDenhof. Jangan sakiti dia, ditya. Aku mohon, anggaplah ini permintaan terakhir dari orang tua yang menolong kamu selama ini" kata Sebastian dengan nada rendah sebelum dia menghela nafas perlahan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia terus mengesan keberadaan lokasi Malyshka yang tiba-tiba menghilang dari Itali. Pasangan Gainesville mengatakan bahawa Malyshka berada di Amerika namun, selama beberapa tahun dia masih tidak dapat mencarinya. Tetapi, siapa sangka budak narsis yang selalu menghilang itu tiba-tiba menghubunginya dan mengatakan bahawa Malyshka kesayangannya berada di tempat ini. Bagaimana Sebastian tidak risau akan nasib Malyshka jika dia mengetahui bahawa Malyshka berada di tangan lelaki mengerikan seperti Giovano LinDenhof ini.

Apa yang tidak dijangka olehnya ...Malyshka adalah kekasih lelaki mengerikan ini!?

Bagaimana dengan nasib Malyshka jika Giovano sudah mengetahui masa lalunya?

Adakah Giovano akan meninggalkan Malyshka?

Membayangkan wajah sedih Malyshka kesayangannya itu, membuat dadanya terasa sakit. Kedua mata hitamnya memandang ke arah Gio dengan ekspresi yang sukar di gambarkan. "Ditya, jika kau mencintainya. Aku mohon jangan sakiti dia" kata Sebastian perlahan yang hanya di balas keheningan oleh lawan bicaranya ini.

"Bagaimana kamu boleh mengenali kucing kecilku, Douglas? Apa masa lalu Vina yang sebenarnya? Adakah dia seorang pembunuh?" tanya Gio sambil memandang ke arah Sebastian dengan pandangan yang sukar di ertikan.

Tidak ada yang tahu apa yang ada di dalam fikirannya saat ini.

Mendengar pertanyaan itu, membuat Sebastian menghela nafas perlahan. "Ditya, Malsyhka memang salah seorang pembunuh yang bergerak di bawah naungan The Phantoms. Tetapi, dia berbeza dengan orang-orang di sana. Mendiang istriku adalah orang pertama yang menemuinya di mana malam itu Malyshka diberikan tugas untuk membunuh aku namun, malam itu aku tidak ada di rumah dan Malyshka hanya bertemu dengan Pamela. She's like a broken doll, ditya. Sangat berbeza dengan Malyshka yang kamu kenal sekarang. Kalau dulu kedua mata kelabunya hanya dipenuhi kekosongan dan kegelapan, tiada ekspresi yang mewarnai wajah kecilnya. Tubuhnya selalu dipenuhi oleh luka dan lebam. Ketika Pamela melihatnya, dia bukannya merasa takut dengan pistol yang ada di tangannya, dia malah merasa kasihan. Ketika Pamela menceritakan hal itu, aku benar-benar marah. Bagaimana dia boleh merasa kasihan dengan seorang pembunuh? Bagaimana jika terjadi sesuatu dengannya? Aku benar-benar tidak dapat membayangkan semua kemungkinan yang boleh terjadi tetapi, Pamela tetap menegaskan bahawa kami harus menolong Malyshka yang ketika itu masih berumur 15 atau 16 tahun. Untuk pertama kalinya dalam hidupku, aku melihat Pamela berdegil untuk menolong seorang budak perempuan. Tetapi, siapa sangka Malyshka akan datang semula setelah beberapa hari kunjungannya yang pertama? Ketika aku berada dirumah disaat itulah aku melihatnya secara langsung dan disaat itu juga aku sedar mengapa Pamela merasa kasihan kepada Malyshka. Dia benar-benar terlihat hancur, ditya. Dia sama sekali tidak dapat memberikan reaksi apa-apa. Kedua mata kelabunya hanya dipenuhi kekosongan seperti boneka yang tidak memiliki jiwa. Kami berdua benar-benar tidak menyangka yang Romanceks dan organisasi The Phantoms akan melakukan hal sekejam itu kepada seorang budak perempuan. Kamu sendiri tahu dengan jelas untuk menghilangkan perasaan dan emosi yanga ada di dalam diri manusia memerlukan kaedah penyiksaan mental dan fizikal yang dashyat, bukan? Kami sendiri tidak dapat membayangkan betapa tersiksanya Malyshka selama ini. Pada hari itu aku memutuskan untuk menerima Malyshka dan membantunya sedikit demi sedikit untuk menyembuhkan keadaan mentalnya. Sejak itu Malyshka sering mengunjungi rumah kami. Pada awalnya dia hanya duduk seperti robot sambil mendengar setiap kisah hidup yang diceritakan oleh Pamela kepadanya. Namun, seiring berjalannya waktu kami berdua mulai melihat perubahan emosi di kedua matanya yang kosong. Malyshka mulai bertanya apa itu perasaan marah, sedih dan gembira? Bagaimana cara merasakannya? Dia mula terbuka dengan kami berdua. Kau tahu betapa sakitnya dada ini ketika mendengar suara lembutnya yang bertanya dengan penuh kepolosan mengenai emosi? Perempuan yang sudah berusia 16 tahun tidak tahu apa itu perasaan gembira, sedih dan marah. Hati ini benar-benar sakit. But, she is such a sweet girl, ditya. Kami menyayanginya sama seperti kami menyayangi cucu kami sendiri. Setelah beberapa waktu berlalu dan Malyshka mulai dapat berekspresi seperti manusia normal walaupun masih terlihat janggal tetapi hal itu benar-benar membuat kami berdua gembira. Bagi kami Malyshka adalah seorang yang berharga dalam hidup kami, dia sudah seperti sebahagian dari keluarga kami walaupun dia bekerja di dalam organisasi gila yang selalu menyiksanya. Sehingga suatu hari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku, Christan Romanceks yang mengetuai pembunuhan beramai-ramai itu. Dia mengetahui bahawa Malyshka diam-diam melarikan diri dari tempatnya dikurung selama ini untuk bertemu dengan kami dan itu membuat Christan murka. Dia membunuh Pamela tepat di hadapan aku dan Malyshka. Melihat isteriku mati di tangan lelaki gila seperti Christan benar-benar membuat aku ingin membunuhnya ketika itu juga tetapi, semua itu tidak setanding dengan semua emosi yang dirasakan oleh Malyshka. Kau boleh bayangkan? Budak perempuan yang baru dapat merasakan emosi kehilangan salah seorang yang sudah dianggapnya penting dalam hidupnya adalah tamparan berat untuknya, ditya. She lost it. Ketika Christan ingin membunuh aku, Malyshka berkali-kali memohon ampun kepadanya yang akhirnya membuat Christan mengabulkan permintaannya dengan syarat dia harus membayarnya dengan harga yang mahal. Malam itu adalah malam di mana aku kehilangan dua perempuan yang sangat berharga dalam hidupku" gumam Sebastian sambil menghela nafas berat. Kedua mata hitamnya yang dipenuhi oleh kesedihan itu perlahan memandang ke arah Gio yang masih memandangnya dengan pandangan tidak percaya menghiasi kedua mata birunya.

Senyuman pahit terbentuk di bibirnya ketika dia melihat reaksi lelaki muda di hadapannya ini. "Itu adalah hari di mana istriku mati dibunuh oleh Christan Romanceks. Kau mungkin ingin bertanya adakah aku membenci Romanceks? Jawabannya. Ya. Tetapi, aku tidak pernah menyesal untuk menerima Malyshka di dalam kehidupanku dan aku yakin Pamela juga merasakan hal yang sama. Selama Malyshka hidup di dalam organisasi The Phantoms, dia selalu menderita kerana Christan Romanceks, ditya. Psycho gila itu memiliki obsesi yang pelik dengannya dan selalu melampiaskannya dengan cara menyiksa tubuhnya. Siksaan yang Christan lakukan adalah faktor utama yang menyebabkan Malyshka kehilangan semua emosinya. Ditya, dia tidak tahu apa-apa mengenai LinDenhof dan Romanceks. Malyshka selalu dikurung di dalam bilik gelap dan kecil ketika dia tidak mempunyai tugas. She's innocent, ditya" kata Sebastian dengan nada rendah.

Gio benar-benar tidak tahu harus memberikan reaksi seperti apa. Setiap kata yang didengarnya dari Sebastian bagaikan sambaran petir untuknya. Dia tidak menyangka kucing kecilnya mempunyai masa lalu yang gelap seperti itu. Sekilas kilatan penuh kesedihan memenuhi kedua mata birunya sebelum dia menutup kedua matanya perlahan. Gio membayangkan tubuh mungil kucing kecilnya yang meringkuk di dalam bilik kecil yang dipenuhi kegelapan seorang diri yang hanya dikeluarkan jika dia mempunyai tugas yang harus dikerjakan. Membayangkan hal itu membuat dadanya terasa sesak, dia benar-benar tidak dapat membayangkan betapa sakitnya dan gelapnya masa lalu kucing kecilnya.

Perlahan kedua mata birunya terbuka sebelum dia memandang ke arah Sebastian yang masih duduk di hadapannya. "Dia melarikan diri? Dia cuba melarikan diri dari The Phantoms? Adakah, kerana itu Christan memburu, Vina?" kata Gio perlahan yang membuat Sebastian segera menganggukkan kepalanya.

"Ya. Pergolakan emosi yang dia rasakan setelah pemergian Pamela hampir membuatnya hancur, ditya. Kematian Pamela memicu naluri dalam dirinya untuk meninggalkan organisasi itu, terutama meninggalkan Christan Romanceks. Namun, hal itu malah berubah menjadi satu mimpi buruk yang hampir meragut nyawanya sendiri. Sahabat baik Malyshka tiba-tiba menghubungi aku dan meminta bantuanku untuk membawa Malyshka lari dari organisasi gila tempat mereka berada selama ini kerana sudah beberapa kali Malyshka cuba untuk melarikan diri tetapi, selalu gagal. Hatiku terasa sakit ketika mendengar betapa menderitanya Malyshka setiap kali dia ditangkap kerana cuba melarikan diri. Aku dengan senang hati menerima tawaran. Aku dan budak narsis itu membuat semua data-data barunya. Dari ibu bapa angkat, latar belakangnya, nama keluarga dan semuanya. Untuk Malyshka kami berdua rela mengorbankan apa saja dan ternyata usaha kami tidak sia-sia. Malyshka dapat pergi dan memulakan kehidupan barunya dengan keluarga barunya" kata Sebastian dengan tersenyum lembut.

"Kau tahu, Giovano? Jika aku tidak mempunyai status kesetiaan yang mengikat antara keluargaku dan keluargamu, aku sudah mengambil Malyshka sebagai penerus keluargaku. I'll give her anything. Dia adalah pengganti Pamela dalam hidupku. Aku rela melakukan apa saja untuknya" sambungnya sambil menghela nafas perlahan.

"Ditya, adakah kau masih ingin meneruskan dendam yang sudah kau tanam dalam dirimu. Adakah kau akan menyakiti Malyshka setelah mengetahui semuanya? Jika kau mencintai Malyshka, aku mohon jangan sakiti dia. Aku yakin ini pertama kali dia merasakan betapa indahnya jatuh cinta. Dulu Malyshka selalu bertanya kepada aku dan Pamela. Apa rasanya jatuh cinta? Bagaimana rasanya dicintai? Bagaimana aku dapat mencari cinta seperti kamu berdua? Dan aku yakin sekarang dia sudah mendapatkannya daripada kamu. Aku mohon jangan hancurkan rasa itu, dia sudah terlalu lama menderita, ditya. Berikan dia kebahagiaan, she deserved it" pinta Sebastian dengan kedua mata hitam yang terus memandang ke arah Gio.

Keheningan kembali menyelimut keduanya sebelum senyuman lembut terbentuk di bibir nipis Gio yang membuat seluruh tubuh Sebastian yang awalnya dipenuhi ketegangan kembali santai seperti sediakala ketika melihatnya.

"Aku mencintainya, Douglas. Aku tidak peduli dengan statusnya. Bagi aku kucing kecilku hanyalah perempuan yang polos" kata Gio dengan nada serius yang membuat Sebastian menghela nafas lega ketika mendengarnya.

Kedua mata hitamnya terlihat dipenuhi dengan kebahagiaan sebaik saja dia mendengar kata-kata tersebut. Dia benar-benar merasa gembira setelah menyadari bahawa Malyshka dapat menemukan lelaki hebat seperti Giovano. Apatah lagi dengan latar belakang dan status yang dimiliki oleh Giovano, dia yakin lelaki muda ini dapat melindungi Malyshka dari cengkaman Christan.

"Aku sudah memberitahumu semuanya, ditya. Sekarang, temukan aku dengan Malyshka! Aku sangat-sangat rindukan dia" kata Sebastian dengan nada tidak sabar namun, kata-kata itu membuat tubuh Gio menegang seketika.

Kedua mata birunya dipenuhi oleh pandangan yang sukar sebelum dia menggelengkan kepalanya perlahan. "Douglas ...dia ...dia menghilang" gumam Gio sambil menundukkan kepalanya perlahan.

Dia merasa malu untuk berhadapan dengan lelaki tua di hadapannya ini. Selama ini hanya Douglas yang dapat menolong kucing kecilnya untuk melepaskan diri dari cengkaman monster yang selama ini selalu menghantuinya. Kenapa dia tidak dapat menjaga kucing kecilnya? hal itu benar-benar membuat dada Gio terasa sakit.

Berbeza dengan rasa bersalah yang menyelimuti seluruh hati Gio, sebaik saja Sebastian mendengar kata-kata Gio tadi, jantungnya seakan berhenti berdegup. Kedua mata hitamnya memandang ke arah Gio dengan pandangan terkejut, tidak percaya dan sedih yang datang silih berganti. "Apa maksud kamu, ditya?" tanya Sebastian dengan nada terkejut yang membuat Gio menceritakan semua kronologi yang terjadi dengan kucing kecilnya yang membuat seluruh tubuh Sebastian bergetar kuat kerana emosi yang menyelimuti tubuhnya. Kedua mata hitamnya dipenuhi dengan kesedihan yang dapat di lihat dengan jelas oleh Gio.

"Malyshka...menghilang di east river? Ditya, adakah kamu sudah mengerahkan pasukan penyiasat?" tanya Sebastian, rasanya semua tenaga yang ada di dalam tubuhnya menghilang dalam sekelip mata.

Melihat ekspresi penderitaan Sebastian, membuat kedua mata biru Gio dipenuhi oleh sorot pahit seketika. Gio tidak tahu harus memberikan reaksi seperti apa, dia benar-benar merasa malu kerana tidak dapat memberikan jawapan yang pasti untuk Sebastian saat ini.

"Aku sudah menghantar semua pasukan dan menganalisis semua potensi yang boleh terjadi tetapi, sampai sekarang aku ...aku tidak mendapat lokasi keberadaannya" gumam Gio dengan nada kecewa yang untuk kesekian kalinya keheningan menyelimuti mereka berdua.

Suasana suram menyelimuti ruang kerja tempat mereka berada saat ini. Tidak satu pun diantara mereka yang membuka mulut sebelum akhirnya suara Sebastian bergema di sekitar ruangan tersebut.

"Kenapa budak narsis itu mengatakan bahawa aku dapat bertemu dengan Malyshka di sini?" kata Sebastian dengan ekspresi bingung yang membuat Gio mengalihkan pandangannya ketika mendengarnya.

"Budak narsis? Orang yang membantu kucing kecilku melarikan diri? Di mana dia sekarang?" tanya Gio dengan cepat. Entah mengapa dia dapat merasakan yang dia memiliki sedikit harapan ketika mendengar kata-kata Sebastian tadi. Adakah budak narsis yang dikatakan oleh Sebastian ini mengetahui keberadaan kucing kecilnya? Memikirkan kemungkinan itu membuat Gio kembali dipenuhi harapan.

Tidak menyadari perubahan di wajah Gio, perlahan Sebastian menganggukkan kepalanya. "Budak narsis itu menghubungi aku terlebih dahulu. Dia menghubungi aku dengan nombor yang tidak dapat dikesan. Tidak ada gunanya kalau kamu ingin mengesan lokasi keberadaannya. Kemampuannya dalam teknologi tidak dapat diragukan, ditya. Dia sangat hebat. Aku yakin budak Marques itu tidak akan dapat menandinginya" kata Sebastian dengan nada kecewa yang menyemai ekspresi wajahnya.

Mendengar itu, membuat dahi Gio berkerut dalam. Kemampuan teknologi yang tidak dapat diragukan? Hanya ada satu orang di dalam organisasi The Phantoms yang dapat melakukan hal itu. Adakah identiti sahabat kucing kecilnya itu ...King of Spades? Kata Gio dalam hati dengan senyum pahit yang terbentuk di wajahnya.

Tidak hairanlah kalau kamu menutup identitimu, little kitten.

Kamu sudah tahu aku memiliki dendam itu, bukan?

Kamu takut jika aku mengetahui identiti dan masa lalumu aku akan menyakitimu.

Silly little kitten, apa pun identitimu ...you will always be mine and forever mine.

"AH!! Aku baru ingat!!" kata Sebastian dengan suara kuat yang membuat Gio terkejut dan tersedar dari lamunannya. Kedua mata birunya bergerak ke arah lelaki tua di hadapannya dengan pandangan penuh tanda tanya.

Tangan Sebastian bergerak untuk mengeluarkan sampul surat yang ada di dalam poket sutnya sebelum mengulurkan sampul surat putih itu kepada Gio yang memandangnya dengan ekspresi bingung. "Budak narsis itu kata setelah kita selesai berbual, aku harus menyerahkan surat ini kepada kamu" kata Sebastian dengan nada serius.

Melihat surat itu membuat tangan Gio bergerak perlahan untuk mengambil sampul surat tersebut dan segera membukanya. Kedua mata birunya memandang setiap kata yang ada di dalam surat dengan kilatan tidak percaya memenuhi pandangannya, jantungnya berdegup kencang ketika membaca isi surat tersebut, seluruh tubuhnya bergetar dengan penuh emosi yang menyelimuti tubuhnya sebelum senyuman lega terbentuk di bibir nipisnya.

Sebastian yang tidak mengetahui apa isi surat itu, terpana ketika melihat semua perubahan emosi yang memenuhi wajah lelaki di hadapannya ini. Kedua keningnya terangkat sempurna, kedua mata hitamnya memandang ke arah Gio dengan penuh jangkaan. "Ditya ...apa yang membuat wajahmu berubah begitu? Apa isi surat itu?" tanya Sebastian perlahan yang membuat Gio mengulurkan surat yang ada di tangannya kepada Sebastian.

Suara tawa kuat bergema di seluruh ruang kerja tersebut. Air mata penuh kegembiraan perlahan mengalir di kedua pipinya. "Budak narsis kurang ajar!! Boleh-bolehnya dia memperlakukan kita berdua begini. Jangan risau, ditya. Untuk urusan ini aku akan menolongmu, aku akan turun secara langsung untuk menggerakkan semua pasukan keluarga Zolandov. Aku yakin kita pasti dapat menemukan Malyshka" kata Sebastian sambil menyerahkan surat itu kembali kepada Gio yang dengan senang hati menerimanya.

Kedua mata birunya dipenuhi dengan berbagai emosi yang sukar untuk digambarkan. Gio kembali membaca setiap kata yang ada di dalam surat tersebut seakan dia masih tidak percaya dengan hal itu. Senyuman lembut terbentuk di bibir nipisnya yang membuat ekspresi Gio saat ini terlihat lebih hangat dari biasanya.

Jangan risau little kitten aku pasti dapat menemuimu. Kata Gio dalam hati. Untuk kesekian kalinya dia membaca isi surat tersebut.

Hey devil,

Kau sudah mengetahui identiti

Kucing kecilmu, bukan?

What will you do? Will you kill us or not?

Kalau kau sudah membaca surat ini, itu bermakna ini adalah suratku yang terakhir. HAHAHA!!

Aku tahu apa yang sudah kau lakukan

selama tiga hari kebelakang ini.

Jangan risau, kucing kecilmu baik-baik saja.

She's with me now.

Tetapi ...semua ini tidak akan menyenangkan

jika aku menyerahkannya begitu saja, bukan?

So, let's play hide and seek first.

Find us, oh Almighty Devil.

If you really love her,

you will never give up on her.

King of Spades ?

END.

note:

Cerita Gio & Mely masih bersambung. Hanya dalam buku pertama ia berakhir. Kisah mereka akan bersambung dalam buku kedua tidak lama lagi.

Terus tunggu, ya!! ??

COMING SOON

BOOK II

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience