Rate

The Almighty Devil Of Underworld_80

Action Completed 38206

Semua pertanyaan yang memenuhi fikirannya saat ini akhirnya terjawab dengan serta-merta, semakin Mely mendengar komen-komen dari beberapa orang yang ditujukan kepadanya. Beberapa orang yang sempat mendengar kata-kata Julia memandang Mely dengan pandangan merendahkan dan penuh rasa jijik, apatah lagi komen-komen kasar yang dilontarkan kepadanya. 

Perlahan senyuman yang terbentuk di bibir kecilnya menghilang. Kedua mata kelabunya memandang dingin ke arah Julia yang masih bersikap seperti perempuan yang di tindas dihadapannya. Tiada yang dapat meneka apa yang ada di dalam fikiran Mely saat ini namun, kedua mata dinginnya masih memandang ke arah Julia yang membuat seluruh tubuh Julia tiba-tiba dipenuhi oleh rasa takut yang belum pernah dia rasakan sebelum ini. Kedua matanya berkontraksi seketika kerana dipenuhi oleh rasa panik sebelum kembali seperti sediakala.

"Ms. Chandravina, saya minta maaf jika saya mengganggu anda. Saya, hanya ingin menyapa anda, itu saja. Saya tidak bermaksud apa-apa. Saya tahu, saya hanya secretaries biasa dan tidak seperti anda yang merupakan Assistant Peribadi Presiden LinDenhof. Saya benar-benar minta maaf" sambung Julia yang masih meneruskan acting-nya. 

Kedua mata Febby terbuntang, emosi amarah semakin memenuhi dadanya, kalau bukan kerana tangan Mely yang menggengam tangannya, dia sudah mencabik-cabik tubuh perempuan licik di hadapannya ini. Bagaimana perempuan ini dengan mudah memfitnah Mely seperti ini!? Perempuan gila ini benar-benar tidak tahu diri!

Akhirnya, tindakan mereka semakin menarik perhatian beberapa orang, membuat orang-orang yang ada di sekeliling mereka memandang Mely dengan pandangan merendahkan lengkap dengan komen-komen pedas yang keluar dari mulut mereka.

"Adakah kau dengar apa yang dikatakan oleh perempuan gaun merah itu? Dia cakap perempuan gaun putih itu tiba-tiba masuk di LinDenhof Corp sebagai assistant peribadi President LinDenhof"

"Sudah tentulah dia menjual dirinya dengan President LinDenhof!"

"Seriously? Aku tidak percaya yang President LinDenhof lelaki begitu!! Itu tidak mungkin! Lagi pula President LinDenhof tidak mungkin mempunyai cita rasa yang rendah!!" 

"Perempuan itu hanya menang cantik, bukan? Tetapi, lihatlah sikapnya yang menindas rakannya sendiri? Sedangkan, rakan sekerjanya hanya ingin menyapanya tsk,tsk ...bagaimana dia boleh bekerja di LinDenhof Corporation, ya? Bukankah, itu sudah cukup mencemarkan nama baik syarikat"

Mely mengepalkan kedua tangannya namun, kedua matanya dan ekspresi masih terlihat tenang sambil memandang perempuan menjengkelkan di hadapannya.

Tsk, tsk, tsk ...acting pura-pura lemah perempuan ini, rupa-rupanya untuk tujuan ini?

But, sorry! this lady is not easy to bully!

Senyuman nipis perlahan terbentuk di bibir kecilnya sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. "Tidak apa-apa, Ms. Jennings? Lagipun, saya tidak melakukan apa-apa, bukan. Tetapi, kenapa kamu terus berfikir yang bukan-bukan. Sebenarnya, saya ingin mengajak untuk anda makan bersama kami tapi kenapa anda tiba-tiba takut? Adakah wajah saya menakutkan dan kamu tidak ingin berbual dengan saya lebih lama?" kata Mely dengan nada polos sambil memandang Julia dengan ekspresi yang dipenuhi oleh kerisauan yang membuat Julia speechless melihat tindakannya saat ini.

"Ms. Jennings, saya tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan anda. Saya hanya ingin mengajak anda makan bersama tetapi, kenapa anda tiba-tiba meminta maaf?" sambung Mely masih dengan nada yang sama. 

Cara pertuturan dan sikap Mely saat ini benar-benar melambangkan seorang perempuan lemah yang tidak tahu apa yang sedang terjadi dan kenapa dia dijadikan objek perbualan buruk ini. Kedua matanya memandang ke arah Julia seolah dia tidak tahu apa yang sedang dipermasalahkan oleh perempuan ini. Mungkin sikap dan cara bicara Mely saat ini terlihat lemah namun, setiap orang yang mendengar kata-katanya menyedari. Apa yang dimaksudkan oleh Mely ialah dia tidak tahu mengapa Julia tiba-tiba meminta maaf sedangkan dia hanya ingin mengajaknya untuk makan malam bersama. Semua orang di sekeliling mereka saat ini merasakan yang Julia sengaja membuat keributan untuk memburukkan nama baik Mely.

Tiba-tiba angin perbualan diantara mereka berubah arah, para tetamu undangan yang datang ke acara malam ini kebanyakannya memiliki tahap intelektual yang tinggi. Mereka dapat memahami situasi seperti ini dan mereka memahami makna dan tujuan dari setiap kata yang dibuat oleh Julia dan hal itu membuat Julia yang awalnya terlihat seperti mangsa buli berubah menjadi perempuan licik yang ingin mencemarkan nama baik rakannya kerjanya sendiri.

Julia, yang mendengar setiap komen pedas yang di lontarkan kepadanya, secara perlahan-lahan kehilangan warna di wajahnya, kedua matanya memandang ke arah Mely dengan rasa tidak percaya. Apa yang sedang terjadi? Bagaimana dia boleh mengubah pandangan orang ramai hanya dengan beberapa kata? Soalan-soalan tersebut memenuhi kepala Julia yang saat ini masih tidak dapat memahami bagaimana posisi mereka dapat berubah seperti ini.

Tidak jauh dari kumpulan kecil yang berada di ujung sisi ballroom yang besar ini, dua pasang mata hijau dan sepasang mata hitam menyaksikan setiap pertunjukan yang berlangsung di kumpulan kecil tersebut dengan pandangan kagum. Senyuman nipis perlahan terbentuk di wajah mereka bertiga.

"Damn! Aku tidak pernah menyangka yang dia juga boleh menjadi perempuan licik" kata Leo perlahan sambil menggelengkan kepalanya perlahan dengan senyuman nipis yang masih terbentuk di wajahnya. Nampaknya, semua kerisauan yang dia berikan kepada perempuan ini hanya terbuang sia-sia. Leo tidak menyangka perempuan mungil ini dapat membalikkan keadaan dengan mudah seperti dia membalikkan telapak tangannya.

"Sister-in-law kita memang hebat, bukan?" gumam Raffael dengan nada berbisik agar Leo dan Deekson yang berada di sisinya dapat mendengar apa yang dia katakan.

"Mhm. Bila lagi kita dapat melihat perempuan yang seperti dia?" balas Deekson dengan senyuman samar sambil memutar gelas wine yang berada di tangannya dengan gerakan perlahan.

"Mr. Davidson, adakah anda mengenali perempuan itu? Adakah dia pekerja yang berkerja di syarikat anda?" tanya lelaki yang saat ini berada di kalangan perbualan mereka. Tokoh lelaki ini adalah Lorenzo Lee yang merupakan pewaris utama syarikat eksport import terbesar di Los Angeles. Pandangannya masih tertumpu pada perempuan mungil yang terlihat berkilau di antara orang ramai dengan silau yang mempesona. Kedua matanya dipenuhi oleh rasa terpukau terlihat jelas dari kedua matanya.

"Mhm. Tidak, dia bukan pekerja syarikat saya tetapi syarikat Gio" kata Deekson dengan santai sambil menghirup minumannya. Kedua keningnya terangkat perlahan ketika melihat Lorenzo yang masih memandang orang ramai dengan pandangan terpukau.

"Tsk, tsk, tsk ...ini kali pertama saya melihat perempuan seperti dia. Hmm, sangat menarik, bukan?" komen Kevin McGee yang merupakan pemilik syarikat teknologi, yang kedua terbesar selepas LinDenhof Corporation di Belanda. Kedua matanya memandang perempuan mungil yang tidak jauh dari mereka dengan pandangan gelap yang dipenuhi oleh kilatan penuh minat yang dapat dilihat dengan jelas dari kedua matanya.

"Jangan memprovokasi sesuatu yang tidak dapat kamu lawan" kata Deekson perlahan sebelum senyuman nipis terbentuk di wajahnya yang membuat Kevin dan Lorenzo memandangnya dengan ekspresi bingung.

"Apa maksud anda, Mr. Davidson?" tanya Lorenzo dengan nada ingin tahu yang membuat Deekson tertawa perlahan sebelum menggelengkan kepalanya.

"The meaning of literally. Ingat, apa yang saya katakan tadi" gumam Deekson dengan nada santai seolah-olah dia tidak ingin meneruskan topik perbualan ini lebih jauh. Raffael dan Leo yang melihat Deekson hanya bertukar pandang sebelum senyum nipis terbentuk di wajah mereka.

Mereka hanya berharap kedua young master ini mendengar nasihat Deekson ...jika tidak. Raffael dan Leo benar-benar tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi dengan mereka.

Mely yang saat ini masih tidak menyedari sedang di perhatikan oleh beberapa pasang mata yang tidak jauh dari posisinya ini, masih memandang Julia dengan ekspresi tenang yang saat ini sudah kehilangan warna di wajahnya kerana komen-komen pedas yang di lontarkan kepadanya. Perempuan ini ingin memfitnahnya tapi lihatlah sekarang dia sendiri tidak tahan mendengar orang-orang mengatanya? Benar-benar menyedihkan, kata Mely dalam hati dengan pandangan mengejek yang terlihat jelas dari kedua mata kelabunya.

"Ms. Jennings, bagaimana? Saya, tahu saya tidak muda mengajak anda untuk makan bersama. Saya hanya pekerja baru yang tidak punya pengalaman yang mendalam seperti anda. Kalau bukan kerana saya berjaya mendapatkan nilai tertinggi di International Secretaries Institution, mungkin President LinDenhof tidak berminat mengambil saya sebagai Assistant Peribadinya" kata Mely masih dengan suara rendah yang sama namun, suara rendah itu sudah cukup membuat orang ramai yang terbentuk di sekeliling mereka dengan jelas mendengar kata-katanya.

Siapa yang tidak tahu tentang International Secretaries Institution?

Institusi setiausaha antarabangsa nombor satu yang selalu menghasilkan setiausaha dan pembantu peribadi yang paling terbaik dalam setiap bidang masing-masing. Sebilangan orang yang berjaya menamatkan pengajian di institusi ini akan dapat bekerja secara langsung di syarikat besar yang terkenal, kerana untuk lulus dari institusi ini memerlukan usaha dan kemampuan yang tinggi. Tidak semua orang berjaya mendapatkan kelulusan dari institusi ini.

"Astaga, ternyata perempuan ini mendapat kelulusan dari international secretaries institution? Tidak hairanlah kalau sikapnya masih terlihat tenang dan profesional. Walaupun, selama ini dia diprovokasi oleh perempuan gaun merah itu"

"Sangat sesuai untuk menjadi assistant peribadi yang profesional"

"Tsk, tsk, tsk ...aku dengar pelajar institusi ini terkenal dengan sikap profesional dan kecekapan mereka dalam berkerja. Tidak hairanlah kalau perempuan gaun putih itu masih bersikap profesional"

Mendengar komen-komen positif itu, membuat senyum nipis terbentuk di wajah kecilnya. Sebenarnya, Mely tidak ingin membawa-bawa prestasinya yang dia berada di institusi itu namun, situasinya saat ini berbeza dan dia harus melakukan sedikit improvisasi dan hasilnya benar-benar memuaskan. Tiada, seorang pun yang tidak tahu institusi besar seperti international secretaries institution, terutamanya tahap kesukarannya untuk lulus dari institusi tersebut. Oleh kerana itu dengan Mely mengakui yang dia telah berjaya lulus dari institusi itu dengan nilai terbaik, dia dengan mudah menghapuskan semua spekulasi dan khabar angin mengenai dirinya yang main masuk ke dalam LinDenhof Corporation dengan cara menjual tubuhnya.

Kilatan mengejek sepintas terlihat dari kedua mata kelabunya sebelum menghilang tanpa jejak seakan kilatan tersebut tidak pernah ada.

Kita lihat bagaimana kau menghadapi semua ini, Julia!!

Berbeza dengan sikap santai Mely, seluruh tubuh Julia tiba-tiba membeku sebaik saja dia mendengar kata-kata perempuan menjengkelkan ini. international secretaries institution? Siapa yang tidak tahu apa itu international secretaries institution!!? Tetapi, bagaimana perempuan ini boleh masuk ke dalam institusi yang terkenal dengan tahap kesukaran itu? Dan, apa dia kata? Lulus dengan nilai tertinggi!? Sedangkan, dia yang pernah mengambil ujian dalam institusi itu, baru kali pertama masuk saja sudah gagal!! Tidak! Perempuan ini pasti berbohong! Ya. Sudah tentu perempuan ini berbohong. Tidak mungkin orang seperti dia dapat memperoleh nilai tertinggi, apa lagi nilai pertama masuk, sudah tentu dia tidak akan dapat.

Senyum mengejek perlahan terbentuk di bibir merah Julia sebelum memandang ke arah Mely dengan sinar kebencian yang dapat Mely lihat dengan jelas dari kedua matanya. "Wow, anda benar-benar orang yang hebat!! Tetapi, Ms. Chandravina adakah benar anda lulus dari international secretaries institution? Saya dengar untuk masuk ke dalam institusi itu sangat sukar" kata Julia dengan nada terkejut yang terdengar penuh kepalsuan di telinga Mely.

Mely benar-benar ingin memutar kedua matanya kerana kesal berurusan dengan perempuan menjengkelkan ini. Dia tidak pernah suka menjadi pusat perhatian orang-orang dan sekarang kumpulan kecil ini sudah menjadi semakin besar yang membuatnya berada di dalam pusat perhatian orang ramai yang membuat Mely semakin tidak selesa.

This woman really annoying!!! jerit Mely dalam hati sambil mendengus kesal.

Perlahan berpasang-pasang mata memandang ke arah Mely dengan pandangan menilai yang membuat ujung bibir Mely berkedut keras ketika menyedari yang dirinya menjadi pusat perhatian semua orang.

Dia bukan binatang yang ada di kebun binatang yang dengan mudah di pandang-pandang!!

Berbeza dengan kekesalan yang memuncak dalam hatinya, kedua mata kelabunya masih dipenuhi oleh ketenangan begitu melihat aksi provokasi Julia yang membuat Mely ingin menertawakannya dengan kuat.

Humph, lihat apa yang akan aku buat!

Dengan senyuman nipis yang masih terbentuk di wajah kecilnya, Mely menganggukkan kepalanya perlahan. "Mhm. Itu sudah tentu. Tetapi, kalau anda tidak percaya. Anda boleh semak laman web rasmi international secretaries institution untuk melihat graduate column terbaik di laman web tersebut. Dengan itu saya yakin anda dapat menemui data saya. Walaupun, institusi ini sukar untuk dimasuki tetapi, itu tidak bermakna mustahil, bukan? Lagipun kalau di bandingkan dengan saya yang masih baru. Saya yakin mesti anda mempunyai lebih banyak kebolehan daripada saya. Ujian institusi ini pasti mudah bagi anda, bukan?" kata Mely masih dengan nada yang sama namun, kata-kata yang dia ucapkan mempunyai makna tersembunyi dan makna tersembunyi itu adalah dia menyindir Julia. 

Seluruh tubuh Julia kembali membeku sebaik saja dia mendengar jawapan santai dari perempuan mungil ini. Adakah perempuan ini bergurau? Atau, jangan-jangan perempuan ini benar-benar mendapat kelulusan terbaik di international secretaries institution? Itu tidak mungkin!! Julia saat ini benar-benar tidak dapat menerima kenyataan ini. Kedua matanya dipenuhi oleh sinar kebencian sambil memandang wajah tenang Mely yang saat ini dipenuhi oleh provokasi. Namun, dia tidak perlu menunggu lama, orang-orang yang berada di sekeliling mereka mula membicarakan apa yang mereka dapatkan dari laman web rasmi tersebut. 

"Astaga, dia benar-benar mendapat kelulusan terbaik di Institusi antarabangsa! Lihat! Semua nilai yang dia dapat adalah sangat-sangat sempurna! Melysah Chandravina, tsk, tsk, tsk ...perempuan ini sangat mengagumkan, selain wajahnya yang cantik ternyata dia juga sangat pintar"

"Ah! Aku mendapatkan cacatan nilai perempuan gaun putih itu! Namanya Melysah Chandravina dan semua hasilnya benar-benar sempurna!"

Senyuman Mely perlahan-lahan melebar sebaik saja mendengar komen-komen positif dari beberapa orang, kedua mata kelabunya masih memandang Julia dengan penuh provokasi yang saat ini berubah pucat di hadapannya ini.

This lady is not easy to bully! You want to play, I can play you back, humph!

Wajah Julia berubah menjadi merah kerana rasa malu dan amarah yang memenuhi dadanya. Kedua tangannya digenggam dengan kuat, berusaha menahan dirinya untuk tidak menyerang perempuan sialan di hadapannya ini. Kedua matanya dipenuhi oleh api kebencian, ekspresinya yang awalnya terlihat tenang berubah menjadi penuh kebencian ketika melihat ekspresi puas yang saat ini mewarnai wajah kecil Mely.  

Tidak memperhatikan keadaan sekelilingnya, Febby yang sejak tadi memandang ke arah Mely dengan pandangan tidak percaya, perlahan-lahan mengedipkan kedua matanya. Senyuman lebar perlahan terbentuk di wajahnya, membuat kedua matanya dipenuhi oleh sinar kebahagiaan yang membuat Mely tersenyum lembut melihatnya.

"Mely, ya ampun ...aku tidak menyangka yang kau berjaya menamatkan pengajian di institusi itu! Bahkan, dengan nilai yang sangat baik!! Aku benar-benar tidak menyangka hal ini!" Jerit Febby dengan nada ceria sebelum mengalihkan pandangannya untuk memandang Julia dengan pandangan provokasi yang membuat Julia hampir pengsan kerana rasa kesal.

"Mhm. Itu perkara biasa, Febb. Lagipun, bukan hanya aku yang mendapatkan kelulusan di sana" gumam Mely lembut sambil menepuk tangan Febby perlahan.

Belum sempat Julia membuka mulutnya untuk membalas kata-kata Mely dan Febby. Suara riuh orang-orang dapat di dengar dari arah pintu masuk yang berada tidak jauh dari posisi mereka. Beberapa orang yang awalnya sibuk berkumpul untuk menyaksikan persembahan Mely dan Julia, akhirnya segera mengalihkan perhatian mereka ke arah pintu masuk ballroom sebelum jeritan kuat memenuhi persekitaran mereka.

Kening Mely berkerut samar ketika merasakan kehebohan yang terjadi di sekelilingnya, pandangannya beralih ke arah Febby seolah-olah ingin menanyakan apa yang sedang terjadi dan kenapa semua orang tiba-tiba teruja memandang pintu masuk.

Memahami maksud dari pandangan Mely, Febby segera menariknya untuk mendekati pintu masuk ballroom yang dipenuhi oleh orang ramai. "President LinDenhof! Akhirnya, President LinDenhof datang!" jerit Febby dengan penuh teruja seperti budak kecil yang menjangkakan mainan kegemarannya.

Jantung Mely tiba-tiba berdegup kencang, telapak tangan yang sejak tadi berada di dalam genggaman Febby perlahan berkeringat, kedua matanya masih tertumpu pada pintu masuk ballroom yang tertutup oleh kepala orang ramai yang saat ini berdiri dihadapannya.

"President LinDenhof!!"

"President LinDenhof!!

Sapaan tersebut bergema di seluruh ruangan sebaik saja susuk tubuh tegap yang mengenakan sut hitam lengkap dengan cufflink titanium berjalan ke dalam ruangan ballroom ini. Diikuti oleh beberapa pengawal peribadi yang berada di depan dan juga belakang. Gio saat ini benar-benar terlihat seperti raja yang baru saja masuk ke ruang singgahsananya.

Cold, aloof and domineering!

Benar-benar tipikal bangsawan zaman dahulu.

Kedua mata birunya memandang dingin ke arah depan, membuat semua perempuan yang berada di khalayak ramai yang terbentuk di setiap sisi pintu masuk ballroom tersebut menahan nafas mereka ketika merasakan aura lelaki ini. Semua perempuan yang ada di dalam ruangan ini benar-benar jatuh cinta melihat Gio berjalan santai ke dalam ruangan ini. Sama ada perempuan dari kalangan acara program, pekerja dan bahkan tokoh-tokoh penting yang hadir pada malam ini tidak dapat mengalihkan pandangan mereka dari tokoh mengagumkan ini.

Kedua mata Mely dipenuhi kelembutan sebaik saja dia melihat sekilas lelaki yang baru saja mengantarnya ke dalam kereta beberapa jam yang lalu. Senyuman nipis perlahan terbentuk di wajah kecilnya yang membuat auranya saat ini semakin menawan. Tiada yang dapat meneka apa yang dia fikirkan saat ini kerana pandangannya masih tertumpu pada lelaki yang berjalan tidak jauh dari posisinya ini.

Febby, yang sejak tadi memandang penuh kagum ke arah tokoh legendary atasannya, menahan nafasnya seketika. Astaga, Tuhan benar-benar tidak adil! Dia hanya menciptakan seorang lelaki tampan di dalam dunia ini, kata Febby dalam hati sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. Kedua matanya beralih ke arah Mely yang masih fokus memandang atasan mereka dengan pandangan lembut yang membuat Febby menaikkan sebelah keningnya. Senyuman penuh makna terbentuk di wajahnya sebelum menyiku Mely perlahan.

"Ayy, lihat siapa yang jatuh cinta melihat bos tampan kita? Kau sering bertemu dengannya, adakah kau tidak bosan memandang lama-lama wajahnya?" kata Febby yang membuat Mely speechless mendengarnya. Mely benar-benar tidak tahu harus memberikan reaksi apa. Saat ini dia berusaha menahan rona merah yang akan terbentuk di kedua pipinya kerana malu di lihat oleh Febby ketika dia sedang memandang lelaki tampan yang sebenarnya adalah kekasihnya.

"Shhh, memangnya salah? Lelaki seperti bos kita memang wajarlah dihargai kerana wajahnya yang sangat tampan" jawab Mely sambil memutar kedua matanya dengan gerakan malas.

Mendengar jawapan Mely membuat Febby tertawa perlahan. Kedua matanya dipenuhi oleh sorot jahil sebelum melirik ke arah Julia dengan ujung matanya, senyuman nipis perlahan terbentuk di ujung bibirnya.

"Kalau kau berada di sisi President LinDenhof pasti akan sangat sepadan. Aura kamu berdua sangat mirip sama seperti aura-aura bangsawan" kata Febby dengan nada sedikit kuat, tujuan utamanya adalah agar Julia dapat mendengar apa yang dia katakan.

Humph! Siapa kata yang dia akan membiarkan perempuan licik ini menyakiti Mely kesayangannya!

Julia, yang sejak tadi memandang penuh cinta ke arah lelaki yang berjalan tidak jauh dihadapannya, ekspresinya terus menegang sebaik saja dia mendengar kata-kata Febby yang jelas-jelas sedang mengejeknya. Kedua tangannya digenggam erat, berusaha menahan emosi yang menyerang tubuhnya sebelum sinar kebencian dan penuh dendam terlihat jelas dari kedua matanya.

Melysah Chandravina, kita lihat seberapa lama kau boleh bertahan seperti ini!

Kita Lihat, bagaimana aku menghancurkan kamu dihadapan khalayak orang ramai ini!

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience