Rate

The Almighty Devil Of Underworld_75

Action Completed 38206

"Sudah, sudah! Apa yang kau minta benar-benar membuat aku menyedari sesuatu yang janggal. Kau harus tahu orang yang melakukan ini adalah orang yang sangat bijak!" kata Leo dengan nada penuh semangat dan tidak berhenti memuji orang yang berada di balik semua itu, tidak mempedulikan tiga pasang mata yang memandang ke arahnya dengan ekspresi penuh kebingungan yang saat ini diarahkan kepadanya.

"Ada apa? Ada apa? Apa yang temukan!?" tanya Raffael dengan nada penuh tanda tanya dan tidak sabar. Dia benar-benar tidak dapat menahan rasa ingin tahunya lebih lama lagi.

Mendengar pertanyaan Raffael bukannya Leo terus menjawab pertanyaan tersebut, dia malah tertawa perlahan sebelum menggelengkan kepalanya perlahan. "Kau harus tahu sahabat kita yang satu ini benar-benar genius!" jawab Leo yang memuji Gio yang membuat Raffael semakin mengerutkan keningnya ketika mendengar jawapan Leo yang tidak jelas.

"Apa maksud kau? Katakan dengan jelas, Leonardo!" tanya Nick dengan nada kuat yang membuat Leo memutar kedua matanya dengan malas.

"Ini mengenai identiti kucing kecil Gio. Aku menemukan beberapa petunjuk yang menarik" jawab Leo yang memutuskan untuk segera memberitahu maklumat yang baru ditemuinya. Jika tidak, dia yakin Nick atau Raffael pasti akan menerkamnya kerana membuat mereka menunggu lama.

"Hmm, identiti sister-in-law, lagi? Kita masih bincangkan perkara ini lagi?" kata Raffael dengan nada malas ketika mendengar topik yang akan disampaikan, Leo. Dia yakin Mely adalah perempuan yang berasal dari keluarga biasa. Jadi, kenapa harus mencari lebih dalam mengenai identiti sister-in-law? Mau cari sedalam apa pun hasilnya akan tetap sama.

"Masalahnya tidak semudah itu, Raff. Beberapa minggu yang lalu Gio memberikan sample darah dari sapu tangan dan juga rambut Melysah. Jadi, aku segera menjalankan penyelidikan mengenai data identiti Melysah dan kau tahu apa yang aku temukan? Dalam data Melysah, dia menghidap penyakit asma keturunan sedangkan keluarga dari Able Gainesville dan keluarga Isabella Darmossa tidak memiliki sejarah penyakit ini. Dan perkara itu membuat aku berspekulasi, ada kemungkinan data latar belakang Melysah yang kita temukan selama ini dimanipulasi untuk menyimpan sesuatu rahsia. Oleh kerana itu aku cuba mencari jejak virus dalam data populasi di bandar Florence untuk melihat apakah ada yang melakukan server hacker. Ternyata hasil yang aku temukan adalah, positif" kata Leo dengan perlahan sambil memandang Gio dengan ekspresi serius.

"Jadi, data populasi mengenai latar belakang penyihir menjengkelkan itu sudah dimanipulasi? Bagaimana kau boleh menemukan keanehan itu sekarang? Sedangkan, partama kali kau mengetahui identiti penyihir itu, kau selalu menegaskan yang dia tidak mempunyai catatan latar belakang yang mencurigakan?" tanya Nick sambil mengerutkan keningnya yang membuat Leo semakin bersemangat dan menjentik jarinya tepat di hadapan wajah Nick.

"Disitulah yang menarik! Sesiapa pun yang mengubah data latar belakang Melysah adalah orang yang sangat genius! Aku tidak melihat kesan server hacker ketika kali pertama aku memasuki jaringan tersebut! Kerana orang yang melakukan itu menggunakan bahasa pengaturcara tahap tinggi yang digabungkan dengan virus komputer yang tidak dapat dikesan, yang dapat membuatnya terlihat sangat nyata! Aku dapat mengesan itu semua ketika Marque's Futuristic Technology baru-baru ini mengembangkan sistem penjejakan baru yang dapat membantu aku dalam mengesan beberapa virus komputer tahap tinggi. Dan boleh di katakan orang yang membantu Melysah dalam masalah ini adalah hacker tahap tinggi" kata Leo dengan nada teruja, menjelaskan semua yang dia temukan kepada empat orang yang saat ini mendengarkannya dengan serius. Kedua mata hijaunya bersinar penuh excitement. Ini adalah kali pertama dia berhasil menemukan lawan yang seimbang dengan kemampuannya yang benar-benar memicu adrenalinnya.

Leo benar-benar ingin menyelesaikan semua misteri ini dengan cepat! Terutama tokoh genius yang berada di sebalik ini semua!

"Kau sudah mengetahuinya?" tanya Gio perlahan sambil memperhatikan ekspresi wajah Leo yang masih tersenyum ke arahnya sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

"Sayangnya belum. Orang ini sangat berhati-hati dalam setiap kerjanya. Dia mengunci data Melysah dengan menggunakan pelbagai lapisan firewall yang membuatkan aku sukar untuk menebusnya. Tapi, itu tidak bermakna aku tidak menemui apa-apa!" kata Leo dengan cepat, berusaha mempertahankan dirinya yang membuat Deekson menaikkan sebelah keningnya ketika mendengar pembelaan lelaki ini dengan pandangan penuh minat.

"Jadi, apa yang kau temukan?" tanya Deekson dengan nada ingin tahu dengan senyuman nipis yang terbentuk di wajahnya.

"Selain Melysah menghidap penyakit asma sedangkan keturunan dari keluarga Gainesville dan Darmossa tidak menghidap penyakit ini adalah ...Melysah sebenarnya bukan anak kandung dari pasangan Gainesville. Ketika aku cuba menembusi salah satu lapisan firewall aku menemukan jejak mengenai tarikh data Melysah di masukkan ke dalam sistem sebagai sebahagian dari keluarga Gainesville" kata Leo sebelum meneguk kopi yang baru saja diambilnya.

"Bila kucing kecil Gio menjadi sebahagian dari keluarga Gainesville" tanya Deekson perlahan.

"9 tahun yang lalu. Data Melysah dimasukkan untuk menjadi sebahagian dari keluarga Gainesville 9 tahun yang lalu" jawab Leo dengan nada serius yang membuat Deekson menaikkan sebelah keningnya perlahan.

"Adakah kau pasti data ini dimasukkan secara illegal? Bagaimana jika ternyata mereka berdua benar-benar mengambil Melysah sebagai anak angkat 9 tahun yang lalu?" tanya Deekson yang menyuarakan keraguannya yang ditolak mentah-mentah oleh Leo.

"Tidak mungkin, kalau memang pasangan ini mengambil Melysah sebagai anak angkat. Pasti ada catatan khas mengenai proses pengangkatan dan juga data mengenai rumah anak yatim tempat Melysah tinggal sebelumnya. Tetapi, sampai sekarang aku tidak menemukan apa-apa data dan lagi kalau memang Melysah adalah anak yang di adopsi oleh pasangan Gainesville, untuk apa mereka menukar data latar belakang Melysah agar terlihat seperti anak kandung mereka yang sebenar? Aku rasa pasangan ini berusaha menutupi sesuatu untuk melindungi Melysah" gumam Leo perlahan yang membuat Raffael, Deekson dan Nick yang sejak tadi terdiam mendengar penjelasan Leo menaikkan kedua kening mereka.

"Aku tidak tahu apa yang terjadi dengan masa lalu Melysah tetapi, aku rasa ini tidak semudah yang kita jangkah sebelum ini. Melysah Chandravina benar-benar mempunyai beribu rahsia yang membuat aku semakin ingin tahu mengenai identiti sebenarnya. Oh, ya ...aku juga mencuba untuk mencari jejak rakaman CCTV di jalan-jalan, kedai-kedai dan juga restoran di bandar Florence untuk melakukan analisis struktur wajah Melysah selama 20 tahun yang lalu dan apa yang aku temukan adalah benar. Wajah Melysah mula muncul di bandar Florence 9 tahun yang lalu. Aku juga menemukan pengecaman struktur wajahnya di dalam rakaman lalu lintas dan beberapa cafe di pusat bandar Florence" kata Leo dengan perlahan, berusaha menjelaskan semua ini dengan perlahan agar rakan-rakannya ini memahami maksudnya.

"Bagaimana kau boleh menemukan analisis struktur wajah? 20 tahun itu masa yang lama, bukan? Penyihir itu berumur 23 tahun sekarang. Bukankah, 20 tahun yang lalu penyihir menjengkelkan itu masih berumur 3 tahun? Semua orang pasti berubah dari kecil hingga dewasa, begitu juga dengan wajah mereka, bukan?" tanya Nick dengan rasa ingin tahu dan penuh minat yang membuat tubuhnya bergerak ke arah depan tanpa sedar untuk mendekati Leo yang saat ini menggelengkan kepalanya perlahan.

"Foolish dog! Orang mungkin bertambah tua dari kanak-kanak hingga dewasa tetapi, tidak dengan struktur wajah. Walaupun, kamu lahir dengan struktur wajah yang seperti ini, maka bentuk ini akan berterusan begini. Struktur yang aku maksudkan adalah bentuk tulang, bukan bentuk fizikal. Ketika manusia dilahirkan struktur tulang di wajah mereka akan tetap sama, walaupun manusia itu akan menjadi gemuk, kurus atau melakukan pembedahan plastik sekalipun namun, struktur tulang mereka tidak akan berubah" kata Leo yang menjelaskan kepada Nick dengan nada malas.

"Tunggu dulu. Jadi maksudmu sister-in-law bukan anak perempuan dari pasangan Gainesville. Dan ...data latar belakang mengenai diri sister-in-law di masukkan ke dalam sistem kerajaan 9 tahun yang lalu oleh seseorang yang membuat kamu sukar untuk mengesan orang itu? Dan lagi, identiti sebenar sister-in-law itu di simpan dengan menggunakan pelbagai lapisan firewall dan virus komputer untuk menjaga keselamatan data-data itu?" tanya Raffael perlahan-lahan, berusaha memproses apa yang baru saja dia dengar.

Raffael masih tidak menyangka sister-in-law yang selalu dia anggap sebagai perempuan sederhana itu ternyata memiliki identiti yang sangat sukar sehingga membuat Leo mengalami kesukaran.

"Mhm, ini adalah kali pertama aku menemukan lawan yang sangat menarik. Beri aku masa untuk mengatasi ini semua. Aku yakin aku dapat menembus semua lapisan firewall dan virus yang melindungi jejak tokoh ini" kata Leo sambil menganggukkan kepalanya perlahan dengan nada penuh semangat.

Dia tidak akan berehat sebelum dia dapat memecahkan semua teka-teki ini!!

"Adakah kau sudah mencari identiti penyihir menjengkelkan itu dalam komuniti dunia bawah seperti yang pernah aku minta?" tanya Nick dengan tiba-tiba yang membuat Leo memandangnya perlahan. Dahinya berkerut samar sebelum menganggukkan kepalanya perlahan.

"Sudah tapi ambil masa. Data yang tersebar dalam komuniti dunia bawah lebih sukar dicari dibandingkan data dunia atas. Orang-orang yang tinggal di dalam dunia bawah selalu menjunjung tinggi privasi identiti mereka dan juga mereka sering menggunakan nama anonim dalam menjalankan tugas mereka. Aku memerlukan masa yang lebih untuk mengakses semuanya. Kamu fikir memecah masuk data komuniti dunia bawah adalah sesuatu yang mudah!? Peranti firewall mereka lebih canggih di bandingkan dengan peranti yang dimiliki Pentagon!" kata Leo sambil mengurut pelipisnya sesaat.

"Pentagon? Markas besar jabatan pertahanan Amerika? Bukankah, kamu pernah kata merampas sistem tempat itu adalah permainan yang mudah?" kata Nick perlahan yang membuat Leo tertawa perlahan sebelum menaikkan kedua ibu jarinya sebagai bentuk persetujuan darinya.

"Mungkin kau harus mencuba untuk menganalisis struktur wajah Melysah di dalam komuniti dunia bawah" gumam Deekson perlahan yang membuat keempat-empat lelaki yang berada di sekelilingnya ini memandang ke arah dengan ekspresi yang sukar digambarkan.

"Idea yang bagus" kata Gio sambil menganggukkan kepalanya perlahan.

"Itu idea yang bagus, Deeks! Astaga, mengapa aku tidak mencubanya, ya" kata Leo perlahan sambil merenggangkan tubuhnya yang saat ini mula terasa kaku kerana terlalu lama duduk.

"Cari lebih dalam mengenai aktiviti pasangan Gainesville 9 tahun yang lalu. Orang yang kamu cari boleh jadi orang yang ada hubungan rapat dengan pasangan ini" gumam Gio perlahan yang membuat kedua mata hijau Leo bersinar penuh semangat.

"Ah ...idea yang bagus, brother! Aku akan segera melakukannya sebaik saja kembali ke Manhattan" jawab Leo sambil menganggukkan kepalanya dengan cepat.

Suasana ruang makan ini akhirnya dipenuhi dengan perbualan santai dengan topik sederhana seperti bagaimana perkembangan syarikat masing-masing dan pelbagai topik lain sebelum Gio merasakan sepasang mata biru yang memandangnya dengan ekspresi yang sukar digambarkan.

"Tell me what's on your mind, Nicholas?" kata Gio perlahan sebelum meneruskan aktivitinya untuk membaca beberapa dokumen syarikat yang baru saja dihantar oleh Ziro beberapa saat yang lalu.

"Big brother ...jika nanti identiti penyihir itu ternyata tidak seperti yang kita duga ...apa yang akan kamu lakukan?" tanya Nick perlahan, membuatkan Raffael dan Leo yang sibuk membahas kereta Bugatti Veyron keluaran terbaru terhenti seketika. Keduanya segera memandang ke arah Gio, menunggu jawapan apa yang akan dia berikan. Deekson yang sejak tadi mendengar perbualan Raffael dan Leo memandang Gio dengan penuh minat.

"It doesn't matter. Apapun identiti, Vina. She will always be mine, Nicholas. Kau tidak perlu mempersoalkan hal itu lagi" kata Gio dengan nada penuh peringatan yang dapat di dengar dengan jelas dari nada berbicaranya saat ini. Kedua mata birunya memandang tajam ke arah manik mata biru Nick yang membuatnya menelan liurnya tanpa sedar kerana rasa gugup yang saat ini menyerang tubuhnya.

"Brother, kau juga harus berhati-hati. Aku tidak melarangmu menjalin hubungan dengan penyihir itu, cuma identiti penyihir menjengkelkan itu masih tidak jelas. Kita tidak tahu asal usulnya. Kita tidak tahu sama ada dia memiliki niat buruk atau tidak. Kita juga tidak tahu sama ada dia memiliki hubungan dengan musuh-musuh kita. Aku tahu kau menjaganya dengan baik, aku juga dapat melihat yang kau sangat menyukainya tetapi, sekurang-kurangnya jangan jatuh terlalu dalam. Kau adalah pemimpin keluarga kita, brother. Kau adalah tonggak kekuatan LinDenhof. Jika, terjadi sesuatu kepada kau kita semua akan hancur. Bukan hanya LinDenhof semuanya akan terkena impaknya Marque's, Davidson, Zolandov, Walker ...semuanya. Jadi, aku mohon pertimbangkan ini baik-baik, brother" kata Nick perlahan dengan ekspresi serius.

Dia benar-benar merisaukan keselamatan abangnya ini. Gio memiliki peranan penting baik dalam dunia atas mau pun dunia bawah. Namun, ketika dia melihat sikap abangnya ini yang sangat berbeza semenjak dia bertemu dengan penyihir menjengkelkan itu, Nick semakin risau melihatnya. Dia takut penyihir menjengkelkan itu akan menjadi bumerang kepada abangnya ini. Dia tidak mau Gio melakukan sesuatu yang bodoh yang akan membahayakan dirinya sendiri hanya kerana perempuan yang asal-usulnya masih tidak jelas.

Bagaimana jika ternyata perempuan itu adalah orang suruhan dari musuh-musuh mereka?

Bagaimana jika ternyata perempuan itu adalah sebahagian daripada komuniti dunia bawah?

Bagaimana jika ternyata perempuan itu sama seperti pelayan sialan yang membuat keluarganya hancurkan beberapa tahun yang lalu?

Dia tidak boleh membiarkan Gio hancur seperti ayah mereka.

Dia tidak akan membiarkan hal itu sampai terjadi.

Kalau ternyata penyihir menjengkelkan itu memang memiliki status mencurigakan atau bahkan memang memiliki hubungan dengan musuh-musuh mereka ...dia tidak akan ragu-ragu untuk membunuh perempuan itu.

Nick tidak kisah jika abangnya ini membencinya seumur hidup kerana perbuatannya. Dia lebih memilih Gio membencinya seumur hidup daripada dia harus kehilangan Gio selamanya. Mengorbankan satu nyawa bagi Nick bukanlah hal besar selama dia dapat menjaga keseimbangan keluarga. Terutama Gio yang memiliki peranan sebagai tonggak kekuatan mereka.

Kedua mata Gio memandang adiknya dengan pandangan dalam. Tiada yang dapat meneka apa yang sedang dia fikirkan saat ini ketika memandang Nick dengan ekspresi datarnya.

Masa seakan berhenti bergerak ketika kedua bersaudara ini saling berpandangan antara satu sama lain yang membuat ketiga lelaki yang saat ini memperhatikan mereka hanya dapat bertukar pandang dengan ekspresi penuh kerisauan. Mereka bertiga bingung dengan sikap Nick yang pelik ini. Lelaki ini selalu menuruti apa pun yang di katakan Gio. Ini adalah kali pertama mereka mendengar Nick menentang keputusan Gio.

"You do not have to worry. He is not such a person. I know" jawab Gio, setelah terdiam beberapa saat yang membuat Nick memandangnya dengan ekspresi yang sukar sebelum menghela nafas pasrah.

"Baiklah, brother. Selagi kau ingat betapa pentingnya kedudukanmu sekarang. Aku juga tidak ingin mengganggu kebahagiaanmu dengan penyihir itu. Aku dapat melihat dengan jelas meskipun penyihir menjengkelkan itu suka memprovokasiku namun, dia melayanmu dengan baik dan kau juga terlihat seperti manusia normal yang dapat merasakan emosi" kata Nick dengan nada pasrah sebelum tersenyum nipis ke arah Gio yang saat ini masih memandangnya dengan kedua kening terangkat sempurna.

"Sudah, sudah! Perbualan ini tiba-tiba berubah menjadi terlalu serius! Kita masih bercuti di Paris. Jadi, kita harus menikmati moments kita bersama!" kata Raffael, berusaha mengalihkan topik perbualan yang terlalu tegang ini namun, usahanya sia-sia ketika Deekson kembali membuka topik perbualan yang sekali lagi membuat suasana ruang makan ini kembali di selimuti oleh ketegangan.

"Tapi, bagaimana dengan teman-teman Mely? Kau tidak membiarkan dia menghubungi rakan-rakannya di Starhouse? Atau..keluarga angkatnya?" tanya Deekson perlahan, mengabaikan pandangan tajam yang diarahkan Raffael kepadanya.

Mendengar pertanyaan tersebut membuat senyum nipis terbentuk di wajah dingin Gio sebelum meletakkan dokumen yang sejak tadi berada tangannya. Satu tangannya memangku kepalanya dengan gerakan malas. "Mhm. Vina adalah orang yang menggunakan hati" jawab Gio perlahan namun, keempat-empat lelaki yang ada di hadapannya saat ini dapat melihat dengan jelas kedua mata biru yang tadinya dipenuhi oleh kilatan dingin secara perlahan berubah hangat setiap kali mereka bercakap tentang kucing kecilnya.

"Oh? Kau takut dia akan mempunyai ikatan emosi dengan rakan-rakannya? Ah, aku faham. Dengan dia berada disisimu, semua musuhmu mungkin akan berusaha menyakitimu melalui kucing kecilmu dan jika dia mempunyai perasaan pertemanan dengan rakan-rakannya. Jika suatu saat musuhmu mula bergerak dengan menyakiti rakan-rakannya, kucing kecilmu mungkin akan berusaha menolong mereka tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Itu yang kau takutkan, bukan? Kau takut kucing kecilmu terluka oleh kerana itu kau memilih menjauhkan dirinya dari semua rakannya" kata Deekson dengan senyuman nipis yang menghiasi wajah tampannya saat ini.

"Hm" jawab Gio singkat sebelum menyandarkan tubuhnya ke arah kerusi. Perlahan kedua mata birunya tertutup untuk mengistirahatkan tubuh beberapa saat.

"Itu satu tindakan yang bijak, brother" kata Leo sambil mengangkat kedua ibu jarinya untuk menunjukkan persetujuannya.

"Mhmm, jika Mely terus mempunyai rakan dari kalangan biasa seperti mereka malah akan menjadi masalah untuknya di masa depan yang dapat mengancam keselamatannya" kata Deekson sambil meraih cawan kopi dihadapannya.

"Tenang, Walau apa pun yang terjadi dan apa jua identiti sister-in-law nanti. Dia akan terus menjadi sister-in-law kita! Dia juga tidak memerlukan rakan-rakanya lagi! Sister-in-law sudah ada kita berempat, bukan? Apa lagi yang kurang dari kita berempat!?" kata Raffael dengan nada penuh semangat sambil menganggukkan kepalanya.

Nick melemparkan pandangan tajamnya ke arah Raffael begitu mendengar kata-kata tidak tahu malu sepupunya ini. "Siapa yang kau panggil sister-in-law? Aku belum merestui hubungan penyihir menjengkelkan itu dengan abangku! Dan apa maksudmu dengan kita berempat!?" katanya dengan nada penuh kekesalan yang membuat Deekson dan Leo tertawa.

Sepertinya hubungan Mely dan Nick akan terus seperti ini.

Belum sempat Raffael membuka mulutnya untuk membalas kata-kata Nick, mereka semua mendengar suara langkah kaki perlahan yang berjalan ke arah mereka sebelum perempuan bertubuh mungil terlihat berjalan perlahan ke arah mereka dengan ekspresi penuh kekesalan yang mewarnai wajah kecilnya.

Keempat-empat lelaki yang saat ini sibuk bercakap tentang perempuan mungil ini beberapa saat yang lalu membeku di tempat masing-masing. Jantung mereka berdegup kencang  dengan penuh jangkaan, adakah perempuan ini mendengar perbualan mereka sejak tadi? Terutama, dengan ekspresi marah yang mewarnai wajah kecilnya saat ini, keempat lelaki ini benar-benar semakin risau sekiranya perbualan mereka benar-benar di dengar oleh perempuan ini.

"Di mana, Vano!!?" tanya Mely dengan nada penuh kekesalan yang membuatkan keempat lelaki yang saat ini diselimuti oleh kepanikan speechless mendengar pertanyaannya sebelum keempatnya dengan cepat menunjuk ke arah Gio yang saat ini masih memejamkan kedua matanya.

Ugh..

Nick, Raffael, Leo dan Deekson yang melihat situasi ini akhirnya saling bertukar pandang dengan ekspresi penuh kebingungan ketika melihat sikap Mely yang tiba-tiba dipenuhi oleh emosi kemarahan sebaik saja dia melangkah masuk ke ruang makan tempat mereka berada sejak tadi ini.

Apa yang terjadi?

Apa yang sudah Gio lakukan sehingga membuat Mely semarah ini?

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience