Rate

The Almighty Devil Of Underworld_16

Action Completed 38206

Mely benar-benar merasakan dirinya seperti di sumpah. Apa yang dia lakukan pada kelahiran lepas sehingga dia mendapat perlakuan sebegini? kata Mely dalam hati. Dokumen yang bertimbun berada di semua sisi meja kerjanya, membuatkan susuk tubuh mungilnya hampir tenggelam di antara dokumen-dokumen yang harus di selesaikannya.

Gila.

Ini benar-benar gila.

Mr. Andrewson benar-benar sudah gila.

Bagaimana dia boleh melakukan hal sebegini? Dia memiliki sekurang-kurangnya 30 pekerja yang bekerja di bawah arahannya yang berada dibahagian ini dan hampir semua kerja mereka ada di atas mejanya. Sedangkan Sara dan Vhina hanya terlihat santai dan hanya ada beberapa dokumen di atas meja mereka. Sangat berbeza dengan keadaannya sekarang. Walaupun, Mely tahu dia tidak dapat menyalahkan mereka berdua, namun kedua matanya tetap memandang tajam penuh rasa cemburu ke arah dua rakan sekerjanya.

"Nampaknya kamu berada dalam masalah," suara garau yang familiar itu terdengar di seluruh ruangan yang membuatkan Mely yang saat ini sibuk mengerjakan dokumen yang ada di tangannya terhenti seketika sebelum kembali meneruskan perkerjaannya tanpa memandang lelaki yang saat ini bersandar di ambang pintu ruang kerjanya.

"Ya. Nampaknya Mr. Andrewson terlalu gembira menghukum aku," Hanya dari suara itu Mely sudah tahu siapa yang berdiri di pintu ruang kerjanya.

Dante yang melihat susuk tubuh Mely yang tenggelam di antara dokumen-dokumen yang bertimbun di atas mejanya hanya dapat memandangnya dengan pandangan penuh rasa simpati sebelum dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Tapi ini sudah keterlaluan Mely. Mengapa kamu tidak cuba bercakap dengan Mrs. Stefani?" tanya Dante perlahan ketika akhirnya dia memutuskan untuk duduk di salah satu kerusi yang berada tepat di hadapan meja kerja Mely dan meraih salah satu dokumen paling atas sebelum membaca dokumen tersebut secara terperinci.

"Hm ...adakah kamu lupa tentang kes Carolyn beberapa bulan yang lalu? Apa yang terjadi? Mereka tidak mengambil apa-apa tindakan, malah perlakuan lelaki gila itu pada Carolyn semakin menjadi-jadi sehingga akhirnya Carolyn sendiri yang mengundurkan diri" kata-kata Mely membuatkan Dante terdiam untuk beberapa saat.

Memang untuk bahagian Marketing di syarikat ini hampir 90% pekerja perempuan sudah berkahwin ataupun bertunang dan hanya sebilangan pekerja perempuan yang masih Single seperti Mely. Situasi itu juga berlaku bukan kerana kehendak syarikat tetapi kerana sifat pengarah mereka, Mr. Andrewson. Tingkah laku Mr. Andrewson sangat terkenal di seluruh syarikat ini, namun tidak ada seorang pun yang berani mengambil tindakan ke atasnya, mungkin kerana latar belakangnya.

"Sudahlah. Aku boleh jaga diri sendiri. kamu jangan risau. Tapi, kalau dia sudah mulai melebihi batas, aku akan tendang di tempat yang aku yakin dapat membuat dia tidak akan dapat menikmati kesenangan duniawi lagi untuk seumur hidupnya," kata Mely dengan senyuman nipis.

Melihat ekspresi gelap Mely dan kata-katanya tadi, membuatkan Dante sukar menelan liurnya. Entah mengapa ekspresi Mely beberapa saat yang lalu terlihat menyeramkan, dia sendiri turut gemetar melihatnya.

"Aku boleh bantu, kamu" kata Dante perlahan sebelum mengalihkan pandangannya ke arah semua dokumen yang berada di hadapannya. Lebih baik dia mengalihkan pembicaraan daripada dia melihat ekspresi mengerikan Mely. Kata Dante dalam hati.

Setelah melihat beberapa dokumen yang dibacanya, ekspresi di wajah Dante perlahan berubah. Keningnya berkerut, pandangan penuh rasa kesal memenuhi kedua matanya sebelum dia menghampas semua dokumen yang ada di tangannya.

"Ada apa lagi, Dan?" tanya Mely dengan nada kesal. Pekerjaannya terhenti seketika saat dia melihat ekspresi Dante yang dipenuhi oleh rasa benci.

"Melysah, adakah kamu sudah gila!? Sebahagian besar dari dokumen ini bukanlah kerja kamu! Ini sepatutnya di kerjakan oleh Mr.Timberlake, ini Mr Hamilton dan ini harus di kerjakan oleh Mrs. Pou ... -" senarai panjang mengenai siapa yang seharusnya mengerjakan dokumen yang aa di hadapan Mely disebut satu persatu dengan nada penuh amarah.

Mely yang melihat kelakuan Dante hanya dapat menggelengkan kepalanya perlahan dengan senyum nipis terbentuk di bibir kecilnya. Adakah Dante menganggap dirinya bodoh? Sudah tentulah dia tahu sebahagian dari dokumen yang ada di mejanya ini seharusnya tidak dibuat olehnya, tetapi oleh rakan-rakannya yang lain. Sudah tentu nasib buruk ini terjadi kerana tingkah lakunya yang selalu menentang Mr. Andrewson. Selain menentang mungkin, boleh di katakan dia juga cukup kasar dalam menangani sikap cabul lelaki tua itu. Oleh kerana itu Mr. Andrewson suka memberikan dia tugas bertimbun atau melakukan perkara yang tidak penting hanya untuk membuat Mely tersiksa dan membuat dia memohon ampun kepadanya.

Satu perkara yang dia tidak ketahui mengenai Mely adalah dia bukan tipe orang yang suka memohon atau mengemis. Walaupun, betapa sukarnya hidupnya, dia tidak akan merendahkan harga dirinya untuk mendapatkan pertolongan daripada orang lain. Sebut saja dirinya sombong, kurang ajar, tidak tahu malu atau apa pun, semua itu tidak akan mengubah siapa dirinya. Mely adalah orang yang mempunyai pendirian yang teguh, dia juga sudah mempunyai peraturan dalam hidupnya sendiri, maka dia akan memandang serius peraturan itu. Sekiranya, orang lain menghargainya maka dia akan menghormati orang tersebut. Tetapi, jika tidak maka Mely tidak dapat menjamin apa yang akan terjadi pada orang yang tidak menghargainya. Dia juga mempunyai batas kesabaran sehingga ketika batas itu sudah melebih hadnya maka dia akan membuat orang itu menyesal seumur hidupnya.

"Aku tahu, Dante. Semua ini adalah hukuman kerana aku tidak memenuhi permintaan gila lelaki tua itu," jawabnya singkat, namun jawapan itu sudah membuat ekspresi Dante menjadi semakin buruk. Wajahnya dipenuhi oleh urat-urat penuh emosi seakan dia berusaha menahan emosi kemarahannya.

"Adakah ,lelaki bastard itu meminta kamu menemaninya ... ke hotel ...lagi?" tanya Dante dengan penuh penekanan, ekspresinya berubah menjadi jijik, membuatkan Mely merasa terhibur saat melihatnya.

Dia yang berurusan dengan atasannya yang miang itu tetapi mengapa setiap kali Dante mengetahuinya, dia akan selalu membuat ekspresi penuh rasa jijik dan menderita?

"Jangan risau, aku boleh jaga diri," kata Mely dengan senyuman nipis, berusaha menenangkan Dante yang masih memandangnya dengan penuh rasa simpati.

***

Late at night.

Keadaan di bahagian marketing sudah terlihat gelap, jarum jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Sebagian besar pekerja yang bekerja sudah meninggalkan pekerjaan mereka untuk menikmati masa rehat mereka setelah pulang dari berkerja kecuali satu orang. Melysah. Saat ini dia masih bergelut dengan dokumen-dokumen yang bertimbun di atas meja kerjanya walaupun dia sudah menghabiskan waktu sehari untuk menyelesaikan tugasnya.

Astaga, tugas-tugas ini semakin lama semakin gila, kata Mely dalam hati saat melihat dokumen yang masih tersisa di atas mejanya. Perlahan Mely memejamkan kedua matanya sambil mengurut pangkal hidungnya sebelum akhirnya dia memutuskan untuk meninggalkan pekerjaannya. Semua ini masih dapat dibuat esok, pulang lewat akan membuatkan waktu rehatnya berkurang, fikir Mely.

Mely segera mengemaskan semua barang-barangnya sebelum akhirnya berjalan meninggalkan ruang kerjanya. Ketika dia berjalan di tengah koridor yang sepi langkah Mely terhenti untuk beberapa saat, tanpa sedar dia menajamkan deria pendengarannya saat mendengar suara pelik yang datang dari salah satu bilik pejabat yang berada tidak jauh dari tempat berdirinya.

Bukankah semua orang sudah pulang? Katanya dalam hati. Tanpa sedar keningnya berkerut di saat dia sedang menumpukan perhatiannya, kebiasaan yang Mely sendiri tidak sedar.

"Um...um...John..."

Mely: "...."

Fuuuuuckkk!!!

Apa yang dia dengar!?!?

Kedua mata Mely membulat ketika akhirnya dia mendengar suara pelik itu dengan jelas. Erangan demi erangan bergema di seluruh koridor terdebut yang membuatkan wajah Mely berubah menjadi merah saat mendengarnya. Astaga, kenapa mesti di sini? Mereka kan sudah bekerja, apa susahnya mencari bilik hotel, huh!? Tanpa sedar dia melirik ke arah sumber suara tersebut.

Director of Marketing, Johnson Andrewson.

Gila! Lelaki tua itu memang benar-benar tidak tahu batasnya! Bagaimana dia boleh melakukan hal gila itu di pejabat?!

Hanya membayangkan perbuatan mereka di dalam ruangan tersebut sudah membuat wajah Mely semakin merah. Dengan langkah tergesa-gesa, Mely segera meninggalkan koridor tersebut, namun sialnya ketika dia berjalan tanpa sedar dia tersandung pada kabel yang melintang di sepanjang koridor itu.

BAM!!!

Sial!

Suara jatuh tubuh Mely bergema di sepanjang koridor, membuatkan suara yang terdengar di dalam ruangan tersebut terhenti serta-merta. Bunyi sumpahan dan pergerakan tangan yang sibuk memakai pakaian dapat di dengar dari dalam ruangan menyebabkan peluh dingin terbentuk di pelipis wajah Mely.

Mati aku, mati aku, mati aku.

Maki mely berulang kali sambil bangun dari posisi jatuh yang memalukan dan berjalan dengan cepat. Dengan harapan orang yang berada di ruangan tersebut tidak menyedari keberadaannya, namun malangnya lagi-lagi harapannya tidak menjadi kenyataan.

Nampaknya, dia benar-benar dilanda nasib buruk kebelakangan ini, katanya dalam hati. Baru beberapa langkah Mely sudah dapat mendengar jeritan lelaki yang selalu mengganggu hidupnya selama beberapa minggu kebelakangan ini, lelaki yang selalu menyukarkan hidupnya dan pemilik suara itu tidak lain tidak bukan ...

Johnson Andrewson.

"Hey! Berhenti! Siapa di sana!" jeritan penuh amarah itu tanpa sedar membuat langkah Mely terhenti. Jantungnya berdegup kencang sehingga Mely sendiri dapat mendengar degup jantungnya dengan jelas di kedua telinganya. Dengan susah payah Mely berusaha menstabilkan postur tubuhnya yang terlihat seperti budak kecil yang kedapatan melakukan kesalahan sebelum akhirnya dia menoleh dan memandang wajah lelaki yang penuh dengan ekspresi amarah itu.

"Um ... Mr. Andrewson, saya baru saja mahu balik. Saya pergi dulu... um ... anda boleh sambung senaman anda," kata Mely lembut dengan senyuman kaku. Sepantas kilat Mely segera berjalan, meninggalkan dua orang yang sedang memandangnya dengan pandangan bercampur. Rasa malu, marah dan terkejut bercampur dengan pandangan lelaki dan perempuan yang memandang belakang tubuh Mely yang saat ini meninggalkan mereka dengan langkah cepat.

Ketika akhirnya Mely tiba di depan pintu lif dia merasakan pergerakan yang tidak di jangka. Tubuhnya terasa ditarik oleh satu tenaga kuat sebelum dia merasakan belakang tubuhnya dihempas di pintu lif yang masih tertutup. Belum sempat Mely mengerang kesakitan, dia merasakan rahangnya dicengkam oleh satu tangan besar dengan tenaga yang cukup kuat yang membuatkan Mely meringis kesakitan.

"Apa. Yang. Kau. Dengar. Melysah?" suara serak yang selalu membuat tubuh Mely meremang memenuhi seluruh deria pendengarannya yang membuatkan Mely mengecilkan kedua matanya untuk menakut lelaki yang saat ini menekan seluruh tubuhnya ke arahnya, menahannya agar dia tidak dapat bergerak sedikit pun.

"Bitch. Aku tanya jawab! Kau pekakkah, hah?!" jerit Johnson sambil menekan tangannya yang mencengkam rahang Mely. Pandangan penuh amarah membuatkan Johnson terlihat menakutkan, bahkan Kaila yang merupakan perempuan yang menemaninya malam ini tidak berani mendekati dua orang yang berada di hadapannya.

Tidak berpuas hati ketika perempuan dalam genggamannya tidak menunjukkan sebarang tindak balas, Johnson mengeratkan genggamannya yang berada di rahang Mely sebelum menarik tangannya untuk melihat wajah perempuan di hadapannya. Namun, apa yang dilihatnya, membuatkan seluruh tubuh Johnson seperti disimbah oleh air sejuk. Seluruh tubuhnya menggeletar, degup jantungnya berdegup kencang, malah dia sendir dapat merasakan keringat dingin mengalir di pelipis wajahnya.

Kedua mata kelabu itu memandangnya dengan pandangan kosong yang penuh dengan aura membunuh yang membuatkan rasa takut tiba-tiba menyerang tubuh Johnson. Nafasnya terasa berat seakan lehernya dicengkam oleh satu tangan besar yang membuatkan dia kesukaran bernafas.

Ter ... terlalu menyeramkan!!!

Kedua mata itu terlalu menakutkan!!

Baru kali ini Johnson merasakan ketakutan, terutama dari seorang perempuan. Mely yang selalunya ceria sangat berbeza dengan yang sekarang. Astaga, bagaimana dia dapat merasakan ketakutan ini? Perempuan ini lebih muda dari dia! Makinya dalam hati sambil cuba menenangkan degup jantungnya.

Wajah Mely masih terlihat tenang. Sangat-sangat tenang. Tanpa ada emosi yang dapat dilihat, namun Johnson dapat merasakan pandangan tajam dari kedua mata hazel yang saat ini memandangnya.

"Kenapa kau pandang aku begitu, hah!?"

"Melysah Chandravina, aku tahu selama ini kau menolak aku. Seperti ular, kau pintar keluar dari genggaman aku. Licin. Licik dan penuh tipu muslihat. Sekarang apa yang dapat kau lakukan?"

"Kenapa kau diam? Takut? Kau terlalu takut sehingga kau tidak dapat bersuara?" kata Johnson dengan nada mengejek sebelum tawanya bergema di seluruh tingkat yang terlihat kosong malam ini.

"Mengapa kau tidak hanya patuh untuk sekali mencuba kenikmatan yang aku berikan. Kau akan dapat apa yang kau inginkan jika kau dapat memuaskan aku. Kau dapat membeli pakaian yang mahal, beg yang berjenama atau semuanya. Tawaran ini menarik, bukan?" kata Johnson dengan nada menggoda.

Mahu berkali-kali Johnson bercakap, perempuan di hadapannya ini masih tidak menunjukkan perubahan. Pandangannya, ekspresi tenangnya. Semuanya masih sama dan itu memprovokasi emosi Johnson.

"Bitch! Kenapa kau diam?! Adakah kau takut, hah?! Jawap! JAWAP!!!" jerit Johnson dengan penuh amarah sambil mengeratkan cengkaman tangannya, berusaha menghentikan saluran udara Mely, namun Mely tetap tidak menunjukkan perubahan apa pun.

"Lepas" suara tenang dan lembut itu terdengar perlahan namun jika di dengar dengan lebih fokus suara itu penuh dengan nada berbahaya yang dapat membuat orang yang mendengarnya menggeletar ketakutan. Namun, Johnson saat ini terlihat gembira kerana akhirnya Mely menunjukkan reaksinya dan sama sekali tidak merasakan keanehan dari suara yang didengarnya.

"Lepas? Babe, bagaimana jika aku menolak? Hm?" kata Johnson dengan suara yang dibuat-buat lembut. Dia semakin mendekatkan tubuhnya ke arah Mely sehingga tiada ruang yang tersisa di antara mereka. Telapak tangannya yang kasar mengelus pipi Mely, melihat tidak ada reaksi perlawanan dari perempuan ini membuatkan Johnson semakin bersemangat.

"Lepaskan"

"Oh, babe. Aku tahu kamu juga menyukai ini"

"Lepaskan atau kau akan menyesal"

"Menyesal? Menyesal yang aku akan ketagihan dengan tubuh kamu? Hahaha ... sudah tent-" belum sempat Johnson menyelesaikan apa yang ingin dia katakan. Dia hanya dapat merasakan bayangan di mana tiba-tiba pandangannya berpusing sebelum bunyi kuat terdengar di telinganya.

Brak!

Rasa sakit menjalar di seluruh tubuhnya, kepala terasa sakit akibat hentakan kuat dan telinganya berdengung. Johnson merasakan dirinya seakan mati untuk beberapa saat. Nafasnya terhenti seketika ketika dia merasakan tubuhnya melayang.

Fuck!

Sakit!!

Sangat sakit!!

Ap ..apa yang terjadi!? Fikirnya sambil berusaha memfokuskan pandangannya. Seluruh pandangannya terasa kabur sebelum dia berusaha memfokuskan kedua matanya ke arah lembaga hitam yang berada di hadapannya. Setelah beberapa saat akhirnya Johnson dapat memfokuskan pandangannya. Dia tercengang saat melihat Mely berdiri tegak dengan ekspresi yang tenang seakan apa yang baru saja dia buat bukanlah merupakan masalah besar. Namun, dapat dilihat saat ini Mely memandang rendah ke arah Johnson dengan pandangan penuh rasa jijik.

"Melysah Chandravina!! Sial!! Aku akan pastikan kau mati di tanganku!! MATII!!!" Jeritan Johnson dengan penuh kemurkaan. Seluruh tubuhnya sakit, terutama kaki dan punggungnya yang menyukarkan Johnson untuk berdiri. Ekspresi di wajahnya saat ini terlihat menyeramkan, terutama dengan wajahnya yang terlihat sangat merah kerana menahan sakit dan marah.

Jeritan, sumpahan dan makian yang di ucapkan Johnson sama sekali tidak mempengaruhi Mely, malah ekspresi di wajahnya masih terlihat tenang. Sekiranya ada orang yang melihatnya, mereka tidak dapat membayangkan perempuan mungil di hadapan mereka ini baru saja membanting tubuh seorang lelaki dengan berat sekurang-kurangnya 80 kg ke atas permukaan lantai.

"Aku sudah kata, Johnson. Kau akan menyesal," kata Mely dengan nada tenang sebelum berjalan masuk ke dalam lif yang baru saja terbuka.

Melysah saat ini sangat berbeza dengan Melysah yang biasa dikenali oleh orang-orang di pejabat, bahkan Kaila yang sejak tadi memperhatikan Mely terpana melihatnya.

Mengerikan!!

Tapi .... oh, sungguh mengagumkan!

Adakah, itu benar-benar Melysah, bagaimana auranya boleh begitu berbeza?!

Adakah dia sedang berhalusinasi!?

Otaknya ligat berfikir untuk mengenali perempuan yang tidak jauh dari hadapannya ini. Aura dingin yang penuh dengan keanggunan itu terpancar dari tubuhnya, membuatkan Kaila sendiri tidak dapat memalingkan wajahnya. Dia terpana dengan perempuan di hadapannya ini, namun pada masa yang sama dia juga merasa takut.

Bagaimana perempuan ini boleh mempunyai tubuh dan wajah yang sama tetapi dapat memberikan kesan dua orang yang sangat jauh berbeza!?

Sibuk dengan fikirannya sendiri, tanpa sedar Kaila mengalihkan pandangannya tepat ke arah sepasang mata kelabu. Nafas Kaila tertahan seketika, jantungnya seakan berhenti berdegup. Awalnya, Kaila bingung dengan sikap Johnson yang seperti takut dengan Mely dan sekarang semuanya sudah jelas. Kedua mata kelabu itu benar-benar membuat tubuh Kaila menggeletar, rasa takut tiba-tiba menyelimuti seluruh tubuhnya.

Ba... bagaimana perempuan ini boleh memiliki sepasang mata yang mengerikan seperti itu...

"MELYSAH!! Kau mahu kemana, hah!! ARGH!! Jangan lari!! Aku akan balas perbuatan kau, ini!! Kau tunggulah! Perempuan sialan!!" jeritan Johnson membuatkan Kaila tersedar dari sikapnya yang terpegun dan membuatkan tubuhnya tersentak sebelum dia mengedipkan kedua matanya. Berbeza dengan Mely, sikap dan ekspresi Johnson sama sekali tiada apa-apanya.

"Adakah, kau yakin yang kau layak mendapatkan tubuhku? Johnson, kau berfikir terlalu tinggi" kata Mely lembut sebelum memandang kedua mata Johnson yang dipenuhi dengan ketakutan, kemarahan, dan rasa sakit yang bercampur.

"You're not worth it," kata Mely dengan hujung bibir yang tertarik, menunjukkan senyuman nipis yang penuh dengan ejekan.

Kaila terpegun melihat pintu lif yang baru saja tertutup rapat, mengabaikan jeritan dan makian yang diucapkan oleh Johnson. Untuk pertama kali dalam hidupnya, Kaila merasakan bahawa kedua mata kelabu itu dan senyuman mengerikan itu akan menghantui mimpinya untuk beberapa masa yang lama.

Oh my god! So horrible....

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience