Rate

The Almighty Devil Of Underworld_17

Action Completed 38206

Beberapa hari telah berlalu semenjak kejadian malam itu. Tiada apa-apa perubahan yang terjadi kecuali tidak kehadiran Johnson selama beberapa hari kerana harus berada di hospital dan Kaila selalu memandangnya dengan ekspresi waspada seakan takut Mely tiba-tiba melompat dan menerkamnya. Mely hanya dapat menghela nafas berat setiap kali melihat tingkah laku Kaila. Dia juga tidak percaya yang ia akan berakhir seperti itu.

Mely merupakan orang yang cukup pandai dalam mengawal emosi, untuk melakukan perkara seperti malam itu sangat jarang berlaku. Baru kali ini dia merasakan dorongan yang kuat untuk memberikan Johnson pelajaran dan hal itu membuatkan Mely merasa sedikit ...ya merasa sedikit rasa bersalah terutama mengetahui bahawa Johnson terpaksa berada di hospital untuk beberapa hari.

Astaga, dia benar-benar sudah keterlaluan, fikirnya sambil menghela nafas panjang.

"Sudah 10 kali kau menghela nafas dalam 1 menit, Mely" kata suara garau yang datang dari sebelah kanannya yang membuatkan Mely menoleh ke arah sumber suara tersebut.

"Ah ...apa maksud kau, Dan?" tanya Mely dengan ekspresi polos dan pandangan bingung.

Sikap Mely saat ini mungkin dapat memperbodohkan orang lain, bagaimanapun tidak untuk Dante. Dia sudah lama mengenali Mely sehingga dia dapat melihat sorot nakal dari kedua mata hazel yang terlihat polos itu. Dante tersenyum lebar sebelum menjentik dahi Mely.

"Ouch!" jerit Mely kesakitan dan refleks melindungi dahinya daripada Dante sebelum dia memandang Dante dengan pandangan penuh dendam yang membuatkan Dante tertawa kuat saat melihatnya.

"Kamu fikir aku bodoh? Actingmu tidak akan pernah mempengaruhi aku, Mely" jawab Dante sambil ketawa. "Apa yang kamu fikir, hm?" tanya Dante dengan sebelah kening diangkat setelah tawanya reda.

"Tiada," jawab Mely sambil menggerakkan bahunya acuh tak acuh.

"Bodoh. Kamu sudah pandai belajar menipu, ya" kata Dante dengan nada mengejek sambil mengusap lembut kepala Mely yang mendapatkan pandangan tajam darinya.

Mely menepis perlahan tangan Dante sambil mendengus kesal. "Sudahlah. Apa yang kau buat di sini?" tanya Mely perlahan.

"Hey!! Masa untuk pulang!! Kamu berdua mahu ikut aku pergi karaoke?" tanya Fredrick dengan nada teruja sambil menepuk bahu Dante dengan kuat yang dibalas dengan ringisan sakit oleh Dante.

"Tidak!!"

Jawapan Mely dan Dante pada masa yang sama membuatkan Fredrick tertawa perlahan. Pasangan ini begitu serasi sehingga menjawab soalannya saja dengan pemikiran yang sama.

"Kenapa? Adakah Mr. Andrewson memberikan kau tugas lain?" tanya Dante dengan kening berkerut, namun lawan bicaranya hanya menggelengkan kepalanya perlahan. 

"Aku penat. Aku hanya mahu berehat," jawab Mely sambil mengemas barang-barangnya. "Aku pergi dulu, ya!" katanya sambil meninggalkan dua lelaki yang masih berbincang sambil memandang tubuh belakang Mely yang saat ini berjalan pergi.

"Bodoh"

Mendengar makian Fredrick membuatkan Dante merasakan makian itu ditujukan kepadanya dan hal itu membuatkan Dante mengalihkan pandangan ke arah sumber suara yang memandangnya dengan kedua kening yang terangkat dengan pandangan penuh makna.

"Kau bodoh," katanya lagi dengan senyuman yang sukar difahami yang membuatkan Dante mengecilkan kedua matanya.

"Kalau kau lambat. Kau akan kehilangan, dia," kata Fredrick sebelum meninggalkan Dante yang masih memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

"Cepat Dante!" jerit Fredrick tanpa menoleh.

***

Sudah lima kali Mely melihat jam tangan di pergelangan tangan kirinya, sudah lebih dari 30 minit dia menunggu teksi yang selalu ada di lobi pejabat untuk menghantar pekerja Starhouse kembali ke rumah. Namun, hari ini tiada tanda-tanda keberadaan kereta kuning itu. Perlahan Mely menghembuskan nafasnya. Seharusnya tadi dia memutuskan untuk pulang naik bas, tetapi di jam begini peluang untuk mendapatkan bas semakin sukar. Ataupun, dia seharusnya meminta Dante atau Fredrick untuk menghantarnya pulang terlebih dahulu sebelum mereka berdua pergi minum.

Sesungguhnya, penyesalan itu selalu datang lambat, pikirnya sambil menghela nafas perlahan untuk kesekian kalinya.

Mungkin, ada baiknya dia pergi ke perhentian bas? Sekurang-kurangnya, masih ada kemungkinan untuk mendapatkan kenderaan pulang, pikir Mely dengan tenang.

Mungkin dia akan menemui teksi yang kosong? Siapa tahu? 

Setelah menunggu 10 minit untuk berjaga-jaga sekiranya teksi kuning datang, Mely akhirnya memutuskan untuk pergi ke perhentian bas yang berada tidak jauh dari pejabatnya. Angin malam yang sejuk menunjukkan musim luruh yang semakin hampir, membuatkan Mely mengeratkan sweater panjang yang dipakainya hari ini. Entah, mengapa Mely merasakan perasaan buruk, seperti sesuatu mengatakan bahawa keputusannya untuk berjalan ke perhentian bas adalah keputusan yang tidak tepat.

Hanya perasaannya mungkin.

Perlahan Mely menggerakkan lehernya, berusaha menghilangkan ketegangan yang membuatkan Mely merasa tidak selesa, namun dia tetap memfokuskan deria pendengaran dan penglihatannya untuk sentiasa memperhatikan keadaan di sekelilingnya.

Sekiranya, dia tahu kesudahannya seperti ini, Mely akan meminta Dante atau Fredrick untuk menghantarnya pulang. Sesungguhnya penyesalan selalu datang lambat saat seseorang itu sudah berada dalam kesusahan. Bagaimanapun, tiba di apartmen nanti dia harus cepat-cepat mandi dan tidur. Waktu rehat yang akan dia dapat setelah tiba di tempat tujuannya membuatkan hati Mely bertambah baik. Langkah kakinya semakin cepat menuju ke perhentian bas yang sudah dapat dilihat di depan matanya. Namun, ketika ujung matanya melihat satu bayang-bayang yang bergerak cepat ke arahnya. membuatkan Mely refleks melangkah ke belakang dan menggerakkan sikunya dengan tenaga yang kuat ke atas.

Bunyi pelanggaran siku dan rahang dapat di dengar dengan jelas di jalan kosong tempatnya berdiri saat ini sebelum jeritan sakit dari seorang lelaki bergema di seluruh jalan. Belum sempat Mely melihat siapa yang mendekatinya tiba-tiba sepasang tangan besar menariknya ke lorong kecil yang berada di sebelah kanannya. Tanpa berfikir dua kali Mely segera menggerakkan kakinya untuk memijak salah satu kaki lelaki yang menariknya dan memusingkan badannya untuk melepaskan cengkaman kuat lelaki tersebut dan menendang perutnya

High heels yang digunakan oleh Mely membuatkan keseimbangannya menjadi goyah dan membuatkan langkah kaki Mely berundur beberapa langkah sebelum dia mengimbang tubuhnya semula.

High heels sialan!

Makian demi makian memenuhi fikiran Mely kerana keputusan bodoh yang dia buat hari ini untuk menggunakan high heels setinggi 5 cm. Benar-benar hari yang buruk kutuknya dalam hati.

Rintihan kesakitan dari kedua sisi itu membuatkan Mely kembali memfokuskan pandangannya ke arah sekelilingnya. Dapat dilihat dua lelaki yang terlihat seperti samseng terbaring tidak jauh dari posisinya saat ini dan beberapa lelaki sibuk memakinya dengan kuat yang membuatkan Mely mengalihkan pandangannya ke arah kumpulan yang berada di sisi lorong tersebut.

Sial

Benar-benar hari yang sangat buruk.

Mely dengan jelas melihat kira-kira 10 lelaki berjalan ke arahnya dengan pandangan menjijikkan yang membuat tubuhnya meremang. "Apa yang kamu mahu?" tanya Mely dengan nada tenang. Dia berusaha untuk menenangkan rasa panik yang menyerangnya kerana dia tahu panik itu hanya akan mendatangkan bahaya kepada dirinya sendiri.

"Perempuan sialan!" maki satu lelaki dengan tubuh besar yang masih berusaha untuk bangun dari posisinya. Menyedari bahawa orang yang menjawab pertanyaannya tadi adalah lelaki yang baru saja di tendangnya membuatkan Mely menaikkan sebelah keningnya sebelum memandang lelaki tersebut dengan pandangan penuh ejekan.

Siapa yang menghantar mereka? Adakah ... fikiran Mely melayang pada seseorang yang tidak asing dalam ingatannya, namun belum sempat dia berpikir lebih jauh, Mely segera menghilangkan pemikiran tersebut.

Tidak mungkin, jika memang dia...

Dia tidak akan mengirim kumpulan parasit seperti ini.

"Aku tanya sekali lagi. Siapa yang menghantar kamu?" tanya Mely yang kedua kalinya dengan suara yang tenang dan postur tubuh yang elegan, membuatkan salah seorang lelaki berbadan besar yang berdiri tidak jauh dari posisi berdirinya saat ini tertawa kuat. Di lihat dari sikap dan gaya lelaki itu, Mely mengambil kesimpulan bahawa lelaki di hadapannya ini adalah ketua kumpulan ini.

"Sesiapapun yang mengirim kami itu tidak penting. Adakah kau tidak takut dengan apa yang akan kami buat dengan kau nanti, hm?" katanya dengan nada yang membuat Mely mendengus kuat. Menjijikkan. Dia paling muak berurusan dengan orang-orang begini.

Dengan sikap yang tidak peduli Mely meletakkan satu tangannya di pinggang dan satunya lagi bergerak-gerak dengan gerakan mengimbas. "Ya, ya, ya ..." jawabnya sambil memutarkan kedua matanya. "Pertanyaan yang betul adalah. Apakah kalian semua tidak takut dengan apa yang akan aku lakukan? Aku tidak dapat belikan kamu semua ais krim jika kamu semua sudah mula merengek" kata Mely dengan senyuman nipis.

Sudah tentu perbuatan Mely itu tidak luput dari perhatian ketua kumpulan itu dan ketika dia mendengar kata-kata Mely tadi malah semakin membuatnya kesal.

"Bitch, berani kau memandang rendah kepada kami! Adakah kau sedar dengan siapa kau berhadapan, hah!? Kau tidak tahukah kami siapa?" jerit lelaki yang berada di sebelah kanan ketua kumpulan yang di ikuti oleh beberapa orang rakannya. Mereka semua perlahan bergerak ke arah Mely yang masih memandang mereka dengan pandangan malas.

"Hm? Manalah aku tahu. Kamukan tidak beritahu siapa nama-nama kamu" kata Mely, masih dengan nada malas yang sama dengan senyuman nipis yang membuatkan kumpulan tersebut semakin beremosi.

"Perempuan sialan! Kami adalah The Dragon Blood! Kumpulan yang paling ditakuti di negara ini!" jawab seorang lelaki. Mely mengerutkan keningnya ketika mendengar nama tersebut.

Kumpulan The Dragon Blood adalah salah satu kumpulan penjenayah yang cukup dikenali oleh penduduk setempat, kerana kemampuan mereka untuk melepaskan diri dari polis setiap kali mereka melakukan jenayah. Merompak, menculik dan juga membunuh adalah perkara yang biasa mereka lakukan, namun yang membuat Mely bingung adalah ...siapa yang membayar mereka untuk berurusan dengannya?

Dia hanyalah perempuan biasa yang tidak mempunyai apa-apa yang istimewa?

Dan lagi...

Mely, mengecilkan kedua matanya sambil memperhatikan semua wajah lelaki di hadapannya. The Dragon Blood bukanlah kumpulan yang mudah dikalahkan dan melihat tingkah laku lelaki di hadapannya ini sudah membuktikan yang mereka semua bukanlah ahli utama The Dragon Blood. Mely mengambil kesimpulan bahawa mereka mungkin salah satu kumpulan kecil yang berada di bawah naungan The Dragon Blood.

Mungkin.

Mely sendiri tidak begitu yakin. Satu hal yang dapat Mely simpulkan adalah, kumpulan yang berada di hadapannya ini bukanlah kumpulan yang memiliki kebolehan bertarung yang tinggi, dia dapat melihatnya dari tingkah laku mereka dan yang lebih penting lagi mereka bukanlah orang-orang yang dihantar oleh seseorang itu. Dua perkara itu sudah membuatkan Mely menghembuskan nafas lega diam-diam. Sekurang-kurangnya dia masih ada harapan untuk menghadapi orang-orang di hadapannya ini.

"Astaga! Kumpulan penjenayah yang terkenal dengan semua hal-hal mengerikan itu!? Adakah itu kumpulan kamu!?" jerit Mely dengan nada panik yang dibuat-buat. Namun, mereka yang berada di hadapannya ini terlalu besar kepala ketika mendengar suara ketakutannya dan tidak menyedari yang Mely sedang mempermainkan mereka.

"Hump! Sudah tentu!" kata satu lelaki sambil menepuk dadanya dengan bangga, namun perbuatannya itu berjaya membuat Mely ketawa.

Astaga, mereka semua benar-benar bodoh.

"Perempuan sial! Berani kau ketawa kami! Kamu semua berikan perempuan sial itu pelajaran!" jerit pemimpin tersebut dengan nada penuh amarah yang membuatkan semua lelaki yang berdiri di belakangnya segera berlari ke arah Mely dengan pandangan penuh kemarahan.

Setiap orang bawahan pemimpin tersebut membawa senjata mereka masing-masing, ada yang membawa batang besi, pisau lipat dan beberapa senjata yang lainnya.

Perlawanan yang berlaku di antara mereka membuatkan ketua pemimpin tersebut tersenyum lebar seakan kemenangan mereka sudah berada di depan mata, namun siapa sangka beberapa saat kemudian senyuman yang terbentuk di wajahnya semakin menegang. Kedua matanya memandang perlawanan yang terjadi di hadapannya dengan pandangan tidak percaya.

Bagaimana ini boleh terjadi!?

Bagaimana seorang perempuan dengan badan sekecil itu dapat mengalahkan orang bawahannya yang memiliki badan sekurang-kurangnya dua kali lebih besar daripada badan kecil itu?!

Melihat keadaan yang berubah tidak sesuai dengan jangkaannya, membuatkan ketua pemimpin tersebut segera bergerak untuk menolong semua anak buahnya untuk menghadapi perempuan mungil yang menurutnya sangat pelik.

"Kamu semua memang tidak boleh di harap! Mengalahkan seorang perempuan yang tubuhnya jauh lebih kecil dari kamu semua pun tidak boleh! Bodoh!?" jeritnya sambil berusaha memukul kepala perempuan yang sudah menjadi sasarannya. Dia harus segera menyelesaikan tugasnya ini agar bayaran yang sudah dijanjikan akan segera berada dalam genggamannya, katanya dalam hati.

Melihat bayangan gelap bergerak mendekati kepalanya, Mely refleks menundukkan kepalanya sebelum meletakkan kaki kirinya sebagai halangan dan mengangkat kaki kanannya ke arah kepala lelaki yang sedang menyerangnya membuatkan lelaki tersebut melayang kebelakang dan melanggar dinding.

Sial! Siapa yang kata kalau kasut tumit tinggi dapat digunakan dalam keadaan apa pun!?

Nampaknya, Mely harus memukul kepala orang itu yang memberikan pendapat gila itu! Kerana ...bertarung dengan menggunakan kasut tumit tinggi sebenarnya bukanlah hal yang mudah!!

Setelah semua ini berakhir, dia harus mendapatkan penghargaan kerana dapat bertahan dengan bertarung menggunakan kasut tumit tinggi!

Suara rintihan kesakitan bergema di sepanjang jalan di mana perlawanan mereka terjadi, di mana satu demi satu lelaki yang menyerangnya sudah terbaring tidak berdaya. Namun, keadaan Mely saat ini tidak boleh dikatakan baik. Seluruh tubuh badannya terasa sakit setiap kali dia menerima beberapa tumbukan, darah segar yang mengalir dari lengannya membasahi lengan sweater yang dipakainya, rambutnya yang terurai terlihat kusut kerana pergerakan yang dibuatnya dan kedua kakinya sakit kerana kasut tumit tinggi sialan yang dia pakai hari ini. Dia yakin seratus peratus yang kaki kirinya terkilir kerana berusaha menghindari pukulan yang diberikan oleh orang-orang menjengkelkan ini.

Baiklah. Pertarungan ini benar-benar sudah membuatnya merasa jengkel.

Ketika Mely sibuk mengelak tanpa sedar dia merasakan rasa sakit di belakang kepalanya. Pandangannya terasa kabur dan nafasnya terhenti seketika. Darah segar yang mengalir di pelipis wajahnya membuatkan Mely kesukaran untuk memfokuskan pandangannya ke arah lawannya.

Sial!

Dia terlalu sibuk mengelak sehingga dia tidak menyedari ada orang yang menyerangnya menggunakan paip besi.

"Perempuan sial ini sudah tumbang, serang!!!"

Jeritan yang bergema di lorong itu membuatkan Mely mengerutkan keningnya. Sial, mengapa dia boleh lengah di saat-saat begini, maki Mely dalam hati. Pukulan demi pukulan datang dan pergi dan membuatkan Mely mengerang kesakitan sehingga akhirnya seluruh tubuhnya tidak dapat menahan setiap serangan yang datang. Rasa sakit di kepalanya semakin menyakitkan, apatah lagi penglihatannya yang semakin kabur yang membuatkan tubuh Mely akhirnya jatuh terbaring atas jalan.

Sial. Mely sangat benci dengan keadaannya ini.

Jalan kecil dan aspal kan sangat kotor!!

Dia adalah orang yang mengutamakan kebersihan dan terbaring di atas jalan aspal yang sangat...

BIG NO!!

Sial.

Walaupun, di saat keadaannya yang hampir mati Mely masih sempat memikirkan kebersihannya. 

Bodoh!!

Rasa sakit yang datang silih berganti itu membuat erangan kesakitan keluar dari bibir pucatnya. Bintik hitam mula memenuhi seluruh pandangannya. Screw this damn situation makinya dalam hati. Mely berusaha mengubah posisi tubuhnya untuk melindungi kepalanya dari serangan yang terus datang.

"Cih! Sayang betul kita harus memperlakukan perempuan ini begini, sedangkan wajah dan tubuhnya sangat menggiurkan"

"Apa kata kita main-main dulu, bos. Bila lagi kita dapat menikmati perempuan secantik ini"

Mendengar perbualan tepat di atas kepalanya membuatkan Mely meringis. Sial, lebih dia baik mati daripada dimanfaatkan oleh kumpulan menjijikkan ini, jerit Mely dalam hati. Dia dapat merasakan tahap kesadarannya semakin berkurang, yang membuatnya diselimuti oleh rasa panik. Tolong jangan pengsan. Ya Tuhan, jika dia pingsan dia akan mati! Jeritnya dalam hati dan berusaha mempertahankan kesedarannya, namun pada masa yang Mely tetap dapat merasakan dirinya seperti tenggelam dalam kegelapan.

Penglihatannya menjadi semakin gelap, nafasnya terengah-engah dan bau darah yang menyerang deria baunya yang membuatkan Mely merasa mual, malah Mely sendiri dapat merasakan degup jantungnya semakin lemah.

Adakah ini kesudahannya?

Selelah semua pengorbanan yang dibuatnya?

Sebelum kegelapan menelan semua kesedarannya, Mely dapat mendengar suara tayar berdecit. Sinar terang yang menyinari kedua matanya membuatkan Mely refleks memejamkan matanya.

"HEY!!!"

Mendengar jeritan kuat yang bergema di sepanjang jalan kecil itu membuatkan Mely mengerutkan keningnya. Dia dapat mendengar suara pukulan dan rintihan sakit bergema di sekelilingnya.

Apa yang terjadi? Adakah dia sudah mati?

Adakah ini syurga? Atau neraka? Kenapa tidak terasa seperti apa yang digambarkan dalam novel atau komik yang dia suka baca?

Atau jangan-jangan dia sebenarnya menjadi hantu yang menghantui jalan kecil ini!?

Well, shit.

Malang sungguh nasibnya sehingga dia menjadi hantu yang akan menakut-nakutkan orang di jalan kecil ini.

Mely merasakan tubuhnya digerakkan perlahan sebelum tangan besar mengangkat tengkuknya.

"Hey, kamu tidak ap—"

"Shit!!!! Melysah? Hey, Little one? Sadarlah tolong ..."

"Oh tidak. Ini tidak boleh jadi, oh god"

Di saat telinganya yang berdengung kuat Mely dapat mendengar suara samar yang memintanya untuk terus sedar. Nada suara yang penuh dengan kerisauan dan kepanikkan.

Siapa?

Merasakan desakan dari tekaknya, membuatkan Mely terbatuk dengan kuat. Dia dapat merasakan darah segar mengalir dari sudut bibirnya yang membuatkan orang yang menyelamatkannya ini semakin panik ketika melihatnya. Dengan kesedaran yang masih tersisa, Mely berusaha membuka kedua matanya.

Sekurang-kurangnya dia harus tahu siapa yang menolongnya saat ini.

"Oh shit, shit, shit!!!" maki suara itu sebelum Mely merasakan dirinya digerakkan perlahan.

"Bertahan, Melysah! Aku akan membawa kamu ke hospital!! Jangan risau kamu akan baik-baik saja"

"Tolong buka mata kamu agar aku tahu kamu baik-baik saja ..."

Perlahan kedua mata Mely bergetar sebelum terbuka untuk sesaat. Dia dapat melihat bayangan kabur tepat di atas wajahnya. Sakit kepala yang dirasakannya sukar untuk dia memusatkan pandangannya.

"Yes!! Tetap sedar!! Tolong jangan tutup mata!!" jerit bayangan kabur tersebut. Mely dapat merasakan dia menghela nafas lega seakan beban yang dipikulnya baru saja terangkat dari bahunya

"Ja ..jangan" kata Mely dengan nada lemah.

"Apa? ... Jangan apa?" tanya orang tersebut dengan nada cemas.

"Hospital" kata Mely. Dia sudah tidak mampu untuk berusaha. Dia sudah berada di ambang kekuatan terakhirnya.

"Tidak ke hospital? Kalau begitu kamu - Hey, hey!! Baiklah, baiklah kita tidak akan ke hospital! Aku akan bawa kamu ke tempat yang selamat! Aku akan memanggil doktor ..."

"Hey!! Melysah!! Bangun!! Jangan tidur! Jangan tutup mata kamu! Hey, bangun!!"

"Melysah!!!!"

Jeritan namanya adalah perkara yang terakhir yang Mely dengar sebelum kedua matanya tertutup rapat.

Kegelapan akhirnya menelan semua kesedarannya.

TO BE CONTINUED.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience