Rate

Bab 41: Meniti Jerat Dan Ranjau

Mystery & Detective Completed 26471

Resolusi yang dicapai dalam perjumpaan gagasan Bendera Hijau adalah dengan tidak membiarkan penggunaan kalimah Allah ini terus digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh orang bukan Islam dalam penerbitan keagamaan mereka, untuk tujuan apa sekali pun.

Datuk Zainul Rijal, selaku Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia bersama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri kini giat menjalankan tindakan susulan. Oleh yang demikian, selaku wakil kerajaan- Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan telah memfailkan notis rayuan ke atas keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee.

Apa yang membimbangkan, sebelum ini Datuk Nor Bee menjadi Hakim Mahkamah Tinggi tetapi kini bertugas pula sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Jika kes rayuan ini melalui hakim durjana ini, ada kemungkinan jalan-jalan yang dilalui akan menjadi sukar.

Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri juga akan bergiat secara aktif untuk memantau perkembangan ini antaranya Jabatan Agama Islam Johor melalui Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad akan memohon sebagai pemerhati semasa prosiding di mahkamah kelak. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga akan memfailkan permohonan rayuan.

Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) juga berinisiatif dengan menjemput NGO di bawah rangkaiannya untuk membincangkan perkara ini, bersama-sama untuk membentangkan hujah-hujah yang bakal digunakan di mahkamah.

Usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian, Jabatan-jabatan Agama, Mufti-mufti, NGO-NGO Islam ini turut mendapat sokongan kuat dari Majlis Raja-raja Melayu dan bersilih ganti Sultan-sultan Melayu melahirkan dukacita terhadap keputusan penghakiman ini. Contohnya, Baginda Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan larangan keras terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bahan bacaan untuk agama lain di negeri Baginda. Baginda Tuanku Sultan Johor dan Sultan Kedah turut seia sekata dalam hal ini.

Dalam usaha memperjuangkan kalimah Allah ini, seluruh gagasan sama ada gagasan Bendera Merah, Bendera Hijau dan Bendera Kuning akan saling bekerjasama membentuk pasukan kerja berdasarkan kemahiran masing-masing. Sekiranya perlukan ‘kekerasan’ maka, Bendera Merah akan bertindak. Jika perlukan jalan yang lebih ‘halus’, ianya akan dilaksanakan oleh Bendera Hijau dan Bendera Kuning pula akan digunakan sekiranya keperluan autoriti diperlukan.

Untuk menggembelengkan ketiga-tiga gagasan ini, Khaleeda akan bertindak sebagai koordinator kehormat dan dibantu oleh Nizam, Adiguru Putra gagasan Bendera Merah. Gagasan Bendera Hijau ini akan diketuai oleh Ketua Mufti dan Bendera Kuning dibawah seliaan Fateh, dalam Sidang Raja-raja (yang turut diwakilkan kepada Khaleeda). Jelas, peranan dan kepakaran Khaleeda amat penting dalam gerakan ini. Khaleeda atau Tun Telani sememangnya Bonda Srikandi untuk bangsa Melayu.

“Abang yang abang fikirkan?” Khaleeda memandang Fateh yang sedang duduk santai di ruang tetamu di pejabatnya.

“Kau pun tahu, kalau abang yang nak campur tangan dalam hal ini, tentu mudah sekali.” Fateh mengurut-gurut dagunya seperti memikirkan sesuatu.

“Memang betul tapi, itu kan tidak molek dalam dunia hari ini?” Khaleeda hanya ketawa kecil, memikirkan tindakan yang Fateh akan lakukan sekiranya ‘dibenarkan’ dia bertindak. Tentu akan berlaku ‘kehilangan’ misteri kepada mereka yang terlibat.

“Lambat, pakai ini kan lebih cepat?” Fateh menayangkan penumbuknya kepada Khaleeda. Khaleeda hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Memang cepat, selepas itu apa? Tentunya Jesuits akan mula fokus kepada negara ini secara serius kelak. Abang bukan tak tahu, berapa banyak ‘tentera-tentera’ mereka sedang mencari peluang untuk menakluk negara ini dengan apa jua cara.”

“Hmmm.. itulah yang aku khuatirkan. ‘Ranjau’ mereka sangat licik. Lihat saja Soviet Union yang temakan umpan CIA untuk berperang di Afganistan, akhirnya berantakan negara mereka sendiri.”

“Abang tak ingin ke sana lagi?” Tanya Khaleeda, ingin tahu.

“Untuk apa? Jadi buah catur licik Amerika?” Fateh ketawa namun, ada sedikit kesedihan dalam nada tawanya.

“Walau pun begitu, niat abang kan baik. Membantu saudara seagama di sana.” Khaleeda cuba memujuk kepiluan Fateh.

“Benar. Fikiran aku sendiri pun mengatakan sebegitu tetapi, aku sendiri terlibat dalam fitnah ini. Hanya jadi mainan orang.” Keluh Fateh perlahan. Khaleeda hanya mengangguk, lemah.

*******************

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, konflik ideologi antara dua kuasa besar dunia ketika itu, Amerika Syarikat yang mewakili blok demokrasi dan Soviet Union dibahagian blok komunis giat meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia dalam suatu perang intelligence, teknologi, ketenteraan dan propaganda yang masyhur dinamakan Perang Dingin (Cold War) yang bermula pada tahun 1947 sehingga 1991.

Dua kuasa besar ini sentiasa berlumba-lumba untuk mejadi superpower dan keterlibatan mereka di dalam konflik seluruh dunia memang dapat dilihat di penjuru dunia sama ada secara langsung atau menggunakan proksi, contohnya, Blokade Berlin (1948-1949), Perang Korea (1950-1953), Krisis Suez (1956), Krisis Berlin (1961), Krisis Rudal Kuba (1962), Perang Vietnam (1956-1975), Perang Yom Kippur (1973), Perang Afganistan (1979-1989) dan lain-lain lagi. Segala konflik yang melibatkan kedua blok kuasa ini jelas untuk menghalang pengaruh antara satu dengan yang lain.

Kekalahan Amerika semasa Perang Vietnam pada awal 1973 semasa pemerintahan Presiden Nixon memberi tamparan yang hebat yang memalukan kepada reputasi Amerika sehingga askar-askar mereka yang terselamat bukan saja tidak diraikan sebagai hero tetapi, disalahkan kerana menyertai perang tersebut oleh rakyat Amerika selain jumlah peruntukan yang besar yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Amerika selama hampir 20 tahun perang berlangsung. Justeru, perancangan demi perancangan dilakukan untuk mengembalikan imej mereka sebagai negara superpower dan menundukkan pengaruh komunis.

Melalui perancangan licik CIA, pada tahun 1979, mereka dapat mengintai peluang untuk ‘meranjau’ Soviet Union untuk terlibat dalam konflik dalaman dalam reformasi politik Afganistan yang dalam keadaan bergolak ketika itu.

Amerika secara halus menggunakan 'kecerdikan' perisikan KGB dengan meyakinkan bahawa Amerika sedang memperluaskan pengaruhnya di Asia Tengah, seperti menjadi orang tengah dalam perjanjian damai antara Israel dan Mesir. Selain itu ancaman perang terhadap Iran juga dibuat secara berterusan (untuk menimbulkan ketegangan).Tambahan pula, Amerika turut membawa masuk 20 kapal perang termasuk 2 pesawat pengangkut bagi menggambarkan ‘keseriusan’ Amerika untuk ‘menjajah’ rantau itu.

Pada hal, segala tindak tanduk Amerika itu hanyalah sebuah 'wayang' arahan CIA kerana negara-negara yang terlibat termasuk Iran, adalah sekutu Amerika sendiri!

Termakan umpan, pada tahun yang sama, berlakulah Perang Afganistan antara Soviet Union dan Mujahidin Afganistan sebagaimana yang dirancangkan oleh Amerika Syarikat. Seperti peperangan menentang komunis yang lain, Amerika memberi bantuannya melalui CIA kepada pasukan Mujahidin tanpa disedari oleh pejuang Mujadin itu sendiri.

Negara-negara Arab yang bersekutu dengan Amerika, hanya mengikut telunjuk ‘abang besar’ mereka dan muncullah fatwa-fatwa dari mufti di negara-negara seperti Arab Saudi, Mesir, UAE dan lain-lain yang menggalakkan dan mewajibkan jihad membantu ‘saudara-saudara’ seagama mereka di Afganistan. Bahkan, Putera Salman (kini Raja Salman) dari Arab Saudi, mempengerusikan kutipan dana untuk membantu pejuang Mujahidin di Afganistan. Pada masa itu, sekiranya ada anak muda dari Arab Saudi ingin pergi berjihad, tiket penerbangan ke Afganistan akan ditaja oleh Kerajaan Arab Saudi!

Tetapi apa yang berlaku, selepas pengunduran Soviet Union (sehingga Kesatuan Soviet berpecah-belah menjadi Russia dan negara-negara bebas yang lain), atau lebih tepat lagi misi menentang komunis telah berjaya, muncul pula fatwa-fatwa baru dari negara-negara Arab membidas berkenaan jihad anak-anak muda mereka- dan digelar pengganas pula- berdasarkan 'fatwa' baru Amerika. Ramai di antara anak-anak muda ini kemudian terkandas di Afganistan di sebabkan kalau pulang, mereka akan ditangkap oleh kerajaan masing-masing kerana terlibat dalam ‘aktiviti keganasan’. Ini adalah kelicikan Amerika melalui intelligence mereka membuat tipu daya bersama negara-negara sekutu mereka.

Namun, apa yang kedua blok kuasa tersebut tidak sedar bahawa, ‘permainan’ kuasa ini sebenarnya kedua-duanya (sama ada komunis atau demokrasi) adalah milik agenda Jesuits. Ini menyebabkan Fateh berasa sangat sebal kerana dia sendiri terlibat membantu Mujahidin di Afganistan selama *10 tahun di sana dan melihat sendiri betapa fitnah yang terjadi menyebabkan sehingga kini, Afganistan masih tidak pernah aman.

Nota *: ‘Kehilangan’ Fateh pada tahun 80an adalah kerana melibatkan diri dalam Perang Afganistan.

Justeru, sebagai pengajaran- apa saja tindakan yang hendak dibuat perlu dilihat dalam pelbagai perspektif yang lebih luas supaya tidak ‘teranjau’ oleh pihak-pihak yang cuba menimbulkan huru-hara di Tanah Melayu ini melalui pelbagai dakyah, ideologi dan cubaan-cubaan ‘halus’ yang lain. Maka, benarlah:

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Musim – Shahih)

Fateh termenung sendiri dan Khaleeda masih diam membisu melihat Fateh yang jauh mengelamun, mengenangkan sesuatu. Terkadang, menjadi insan hebat bukanlah suatu ‘nikmat’ mutlak kepada diri mereka sendiri tetapi, suatu ‘sumpahan’ terhadap tanggungjawab besar lagi berat untuk dipikul.

“Jom, Khaleeda- temankan aku makan tengahari,” Fateh bersuara tiba-tiba.

“Catherine?” Soal Khaleeda, curiga.

“Dia ada lunch appointment dengan Azman. Urusan kerja mereka. Jadi, tinggal kita berdua sajalah.” Jelas Fateh sambil tersenyum, memahami maksud Khaleeda.

“Tak takut timbul cemburu?” Khaleeda mengusik.

“Itulah. Susah menjadi lelaki idaman ni, kan?” Balas Fateh selamba.

Khaleeda hanya mengekek ketawa dengan ‘keyakinan’ Fateh. Inilah dia Fateh yang dikenali- punya pelbagai watak dan sisi yang berlainan bergantung kepada situasinya. Ada kalanya, dia seperti harimau terluka yang bengis, ada masanya seperti burung pipit yang berkicauan. Terkadang tidak berperasaan, terkadang pula penuh kasih dan sayang.

Kalau mahu dipilih- tentu Khaleeda mahu memilih versi Fateh yang penuh kasih sayang. Masalahnya, itulah sifat yang paling jarang dia tunjukkan!

Ada sedikit penambahbaikan dalam bab ini, terutamanya cerita berkenaan perang afgan, supaya lebih mudah faham bagaimana Amerika menerusi CIA memainkan 'wayang' utk mengumpan Soviet utk terlibat dlm perang Afganistan ini Kalau Amerika kalah dlm Perang Vietnam, Soviet lebur dlm Perang Afganistan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience