Rate

Bab 2: Gadis Berkebaya Putih

Mystery & Detective Completed 26471

“What happened to you, Cat? You don’t look so well?” Tan Sri Azman bertanya kepada Catherine apabila melihat sekretarinya itu seperti tidak fokus pada kerjanya hari ini. Tak pernah berlaku situasi sedemikian sebelum ini.

“It’s nothing, Tan Sri,” balas Catherine, mengukir senyum terpaksa. Malu juga kerana ditegur begitu oleh bossnya.

“OK, please stay focus. Kalau tak sihat, you don’t have to force yourself. Kang I yang pening kang.” Catherine hanya mengangguk lalu meminta izin untuk menyambung tugasannya.

Setelah menyelesaikan beberapan tugasan penting untuk Tan Sri Azman pada hari ini, fikiran Catherine kembali mengimbau peristiwa pagi tadi. Tak sangka si Raymond, stalker yang juga jirannya sanggup bertindak sebegitu di dalam LRT. Kata-kata Raymond sungguh menjijikan. Bukan sekali dua Raymond melakukan sexual harrasment sebegitu, tak kira di kawasan kejiranan mereka atau di mana saja sekiranya mereka bertemu. Di dalam LRT pun telah berlaku beberapa kali sebelum ini tetapi, Catherine hanya mampu berdiam diri. Catherine takut dengan Raymond yang bertubuh sasa itu. Apalah khudrat wanita sepertinya untuk melawan Raymond. Atas sebab itu, Catherine seboleh-bolehnya akan mengelak daripada bertembung dengan Raymond namun, Raymond culas memerhatikan gerak-gerinya. Ada saja masa dan ketika mereka bertembung, bagai dirancang-rancang.

Catherine pernah berfikir untuk berpindah tetapi, unit kondominium itu adalah hakmiliknya. Bersusah payah dia mengeluarkan deposit dan membayar ansurans bulanan kepada bank. Ini hasil titik peluhnya menabung selama ini. Takkan kerana si bajingan itu dia harus keluar dari rumah kediamannya sendiri

Tetapi hari ini berlaku perkara yang sangat luar biasa. Catherine tak pasti apakah lelaki Melayu berambut panjang di hadapannya pagi tadi faham apa yang dituturkan. Sepertinya, dia faham bahasa Kantonis. Catherine tak menyangka lelaki Melayu tersebut sanggup menolongnya yang pada ketika itu, dia merasakan begitu tidak berupaya dan lemah sekali. Raymond tersungkur di lantai koc LRT. Kalau diperhatikan boleh terlihat bekas-bekas tapak tangan hinggap di muka pervert itu. Padan muka Raymond. Barulah buku bertemu ruas!

Eh, Raymond hanya tinggal di unit sebelah. Aduh, petang nanti apa pula cerita yang bakal berlaku apa bila dia tiba di rumahnya petang nanti? Apakah yang akan dilakukan oleh Raymond kelak? Balas dendam?

Catherine mula berasa seram sejuk!

********************

“Kanda...” seorang gadis jelita bak perempuan Melayu terakhir berkebaya putih, berkain batik dan berselendang, bersuara lembut. Fateh yang berbaring di bawah pohon di taman KLCC, menyelak sedikit topi jerami besar yang menutup mukanya.

“Oh, Tun Telani...” Fateh menutup kembali topi jerami itu ke mukanya. Gadis Melayu yang dipanggil Tun Telani itu, terpacak seperti lembing tergadai.

“Kanda...” gadis itu memanggil lagi Fateh yang masih ‘bersembunyi’ di bawah topi jeraminya.

“Telani, janganlah terlebih adat. Di sini bukan untuk kita mengikut istiadat.” Fateh membalas.

“Kalau begitu, abang Fateh janganlah memanggil gelaran adik ini, cukup disebut nama saja.” Tingkah gadis itu.

Fateh bingkas bangun dari pembaringannya. Dia kemudian duduk bersandar di perdu pohon yang rendang itu. Walau pun cuaca agak panas berbahang tetapi di bawah pohon ini tetap redup dan nyaman dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Tempat ini akan terlindung dari pandangan luaran dan merupakan port Fateh untuk bersantai.

Fateh segera mengisyaratkan gadis itu duduk di sebelahnya, sambil menepuk-nepuk tanah yang ditutup cantik oleh rumput yang menghijau.

“Telah selesaikah hal pagi tadi, Khaleeda?” Fateh bertanya. Khaleeda mengambil masa sedikit untuk menjawab. Dilabuhkan punggungnya, bersimpuh bersebelahan Fateh.

“Sudah bang. Orang kita dah selesaikan.” Fateh mengangguk-angguk kecil sambil menjeling kepada Khaleeda. Gadis itu memakai gelaran Tun Telani dan untuk mewarisi gelaran ini, bukan mudah ujian yang perlu dijalani. Sangat berat untuk calang-calang wanita. Selain memiliki kebijaksanaan, orang yang memakai gelaran ini perlu handal seni persilatan dan ilmu-ilmu wanita Melayu yang lain. Pendek kata, ada kalanya, ianya lebih kepada gelaran itu sendiri yang mencari pewaris dan bukan sebaliknya. Semestinya gelaran ini khusus kepada yang memiliki susur galur darah dari Tun Perak sebelah anak perempuannya yang bernama Tun Telani. Menurut sejarah, Tun Telani merupakan pemaisuri kepada Sultan Alauddin Riayat Syah yakni, Sultan Melaka yang mashyur kerana adil dan makmur pemerintahannya dan mencontohi sifat-sifat Khalifah Umar Al-Khattab RA.

Oleh yang demikian, Fateh dan Khaleeda mempunyai bertalian darah yang sama di bawah keturunan Tun Perak, iaitu keturunan Fateh adalah dari susur galur Tun Besar yakni kekanda kepada Tun Telani. Setelah beberapa generasi, pangkat keluarga dari sebelah Tun Besar masih dianggap sebagai ‘abang’ oleh generasi dari sebelah Tun Telani.

“Khaleeda boleh beransur,” kata Fateh pendek. Khaleeda segera bangkit dari duduknya dan mula beransur pergi tanpa banyak bicara.

“Oh, jangan lupa, lain kali kalau jumpa abang jangan pakai macam tu!” Fateh berteriak kecil. Pakaian Khaleeda tidaklah pelik pada Fateh tetapi, dalam surrounding area nyata busana yang dikenakan oleh Khaleeda sangat tidak blend dan kelihatan seperti kostum pakaian budaya sahaja. Fateh ketawa kecil melihat Khaleeda sebegitu.

Khaleeda menoleh dan mengangguk faham. Senyumannya yang manis diberikan sebagai hadiah perpisahan pada hari ini. Fateh tahu, semanis mana senyuman gadis yang memegang gelaran Tun Telani ini, KLCC pun boleh ‘bergoyang’ kalau dia mengamuk. Jangan main-main.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience