Bab 20: Di Bawah Pohon Yang Rendang

Mystery & Detective Completed 26830

“Encik Ilham dah tiba? Tan Sri sedang menunggu.” Seorang gadis berkata melalui talian telefon bimbit Ilham.

“Baik. Beri saya 5 minit.” Ilham segera bergegas untuk segera menemui orang yang dimaksudkan oleh gadis tadi. Dari ruang parkir ke lif untuk ke tingkat 25 Menara Prestige di Jalan Pinang ini bukanlah suatu tugas yang sukar tetapi, memakan sedikit masa juga. Tambahan pula kalau ramai yang sudah menunggu di hadapan lif. Terpaksalah dia menunggu giliran pula.

Setibanya Ilham di pejabat Tan Sri Azman, dia segera menemui sekretari abang angkatnya itu untuk memaklumkan ketibaanya.

“Awak Catherine?” Tanya Ilham untuk memastikan.

“Ya, saya.” Catherine hanya tersenyum manis.

“Sebentar.” Ilham segera mengeluarkan cenderamata dari dalam beg galasnya- berupa pavlin dan seutas gelang rantai daripada permata malachite, lantas diserahkan kepada Catherine.

“Apa ini encik?”

“Kawan saya yang kirimkan. Katanya, beri pada Catherine Lee, sekretari Tan Sri Azman.” Ilham menjelaskan.

“Kawan?” Tanya Catherine seperti musykil. Ilham mengangguk dan segera meminta diri untuk bertemu Tan Sri Azman.

Catherine melihat cenderamata yang diserahkan kepadanya itu. Pelbagai persoalan mula mengundang. Dua benda itu bukanlah benda yang asing pada Catherine, hanya skaf dan gelang rantai sahaja tetapi dua benda ini sangat unik. Rasanya, dia tak pernah melihat kedua barang ini dijual di Malaysia- yang mempunyai rekabentuk, corak sebegini.

Mata Catherine tertancap pula kepada kad yang terselit di antara cenderamata itu. Bait-bait kata-kata yang tertulis pada kad tersebut, segera dibacanya:

Hai, Cat. Mahu lunch di bawah pokok?

Hati Catherine melonjak keriangan! Dia tahu Fateh dah kembali. Hatinya yang kuncup kerana kerinduan mulai berbunga-bunga mekar bagai disinari mentari pagi. Bibirnya mula mengukir senyum manis. Tubuhnya terasa ringan seperti bisa terbang di awan.

Lunch yang hanya beberapa minit lagi terasa sangat lama. Penantian itu bagaikan selama-lamanya.

*******************

Catherine memandang wajah Fateh puas-puas. Senyuman tak lekang dari wajahnya. Dia merasakan seperti bertahun-tahun tidak memandang wajah itu walau pun hakikatnya, baru 2 minggu. Dia mabuk kerinduan dan kini dia mulai pulih dan sedar. Dia sedar sudah ada bibit-bibit cinta yang mendalam kepada lelaki itu.

“Kenapa tak makan?” Tanya Fateh, berhenti mengunyah makanan- pelik dengan kelakuan Catherine yang masih lagi memandangnya dan tersenyum-senyum sebegitu.

“Saya dah kenyang. Kenyang tengok awak makan.” Catherine masih lagi tidak lekang dengan senyumannya.

“Begitu pun ada?” Fateh hanya tersenyum membalas. Dia tersenyum melihat Catherine mengikat skaf yang diberikan melalui Ilham ke leher jenjangnya dan mengenakan gelang rantai menghiasi pergelangan tangannya yang putih mulus. Sesuai dan cantik sekali untuk gadis itu.

“Cantik kan?” Sengaja Catherine ‘memprovokasi’ Fateh, memperagakan skaf yang melingkari lehernya itu dan meliuk-liukkan pergelangan tangannya yang terlilit gelang rantai berwarna hijau tersebut. Apabila dia berbuat begitu, reaksi badan Catherine turut sama mengikut ‘rentak’, menyerlahkan bentuk tubuhnya yang seksi.

“Awak pakai apa pun tetap cantik.” Fateh malas untuk mengendahkan ‘provokasi’ Catherine. Boleh gugur imannya melihat Catherine bermanja begitu. Catherine hanya ketawa melihat reaksi Fateh yang kelihatan serba salah.

Catherine kemudian segera duduk di samping Fateh lalu dirangkulnya lengan lelaki itu dan disandarkan kepalanya ke bahu Fateh. Jari jemarinya diselitkan di antara jari jemari Fateh, digenggamnya erat. Fateh hanya membiarkan Catherine dengan perlakuannya itu. Gadis ini makin lama, makin selesa bermanja dengannya- dan Fateh tahu hal itu. Setiap kali kalau ada peluang, begitulah perlakuan Catherine. Mungkin itu ekspresi perasaan Catherine pada Fateh.

Tapi, itu semua tak penting pada Fateh. Sekurang-kurangnya pada masa ini- dia hanya ingin menghabiskan sisa makanan tengah harinya. Itu lebih utama- namun, Fateh sedar- makan dengan keadaan ‘terhimpit’ seperti sekarang ini- memang sulit!

Kehadiran Ilham di ofis Tan Sri Azman merupakan salah satu babak di dalam Lakaran Cinta Dari Kota Birmingham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience