Rate

PROLOG: Watak Terahsia Dalam Lagenda

Mystery & Detective Completed 26471

Dalam dunia perniagaan di Malaysia, wujud suatu entiti terahsia yang menyusun atur pergerakan syarikat-syarikat besar demi menjaga kestabilan ekonomi negara. Pada pandangan rakyat marhaen, penyusunan sumber-sumber ekonomi ini terlihat seperti dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia melalui Majlis Tindakan Ekonomi dengan kerjasama pakar-pakar dari Bank Negara tetapi, hakikatnya terdapat mastermind yang bertindak sebagai authoriti mutlak yang lebih berkuasa dari kuasa Perdana Menteri dan badan-badan kerajaan yang berkaitan.

Mastermind ini mempunyai pelbagai gelaran seperti Bendahara Paduka Raja, Waris Tun Perak tetapi nama yang masyhur dalam dunia elit korporat adalah Tun Besar. Tun Besar berkhidmat di bawah Majlis Raja-raja dan DYMM Yang Di-pertuan Agong. Entiti yang diketuai oleh Tun Besar tidak dikenali langsung oleh sesiapa pun melainkan hanya dimaklumkan kepada Agong. Dipercayai, entiti ini telah wujud semenjak 1480M pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan diasaskan oleh Bendahara Tun Perak selaku Perdana Menteri ketika itu. Adalah dipercayai, jawatan Tun Besar ini hanya akan diwariskan kepada waris yang mempunyai susur galur Tun Perak yang paling berbakat dan cerdas selain menguasai ilmu persilatan kuno warisan Tun Perak yang dipanggil Silat Bendahara Paduka Raja.

Tujuan entiti rahsia ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi negara khususnya kepada orang-orang Melayu dari sebarang penindasan ekonomi dan mengimbangi monopoli ekonomi antara kaum-kaum yang lain serta pemilikan asing. Justeru, keupayaan hubungan rangkaian entiti ini bukan sahaja menyeluruh ke atas badan-badan kerajaan dan entiti-entiti korporat tetapi, meliputi dunia underground- kongsi gelap dan mafia di Malaysia, selain itu entiti ini turut mempunyai hubungan luar negara dengan entiti-entiti rahsia lain diseluruh dunia yang ditubuhkan semenjak dibawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah lagi, bertujuan mengimbangi kuasa orientalis dan dunia Islam.

Walau pun mempunyai kuasa yang besar, amat jarang sekali Tun Besar mencampuri urusan pentadbiran kerajaan, dunia korporat dan underground melainkan jika diarahkan oleh Agong. Ada pun, kebanyakannya hanya diselesaikan oleh elit-elit Tun Besar tanpa penglibatan Tun Besar sendiri. Justeru, amat sedikit sahaja yang mengenali rupa paras Tun Besar ini dan sekiranya ada yang mengetahui, rahsia ini akan dipegang erat kerana sekiranya ingkar, musibah besar akan berlaku kepada orang tersebut dan seluruh ahli keluarga mereka.

Oleh kerana itu, identiti Tun Besar ini kekal misteri dan kerana amat sedikit yang berani memperkatakannya, nama Tun Besar ini seolah-olah menjadi seperti mitos dan lagenda semata-mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience