Rate

Bab 57: Perang 6 Hari

Mystery & Detective Completed 26471

Perang Arab-Israel pada 1967 adalah suatu perang Arab-Israel Ke-3 yang penuh muslihat dan penipuan dalam rangkaian agenda Jesuits. Pada masa itu, melalui rangkaian intelligence muslim, Fateh telah berangkat menuju ke Mesir untuk berjumpa dengan Presiden Ke-2 Mesir, Gamal Abdel Nasser untuk memberitakan berkenaan perancangan agenda Jesuits dalam percaturan mereka di Timur Tengah.

Sebagai seorang tokoh pemimpin yang sedang mengecap populariti di negara-negara Arab, Gamal dilihat sebagai seorang yang boleh menyatukan kepimpinan Arab terutamanya selepas kejadian yang digelar Krisis Suez berjaya memalukan tiga negara bersekutu iaitu Israel, France dan United Kingdom yang ingin mengawal laluan di Terusan Suez. Sebelum itu Terusan Suez dimiliki oleh United Kingdom dan rakan kongsi mereka, France. Rentetan peristiwa ini bermula apabila kapal-kapal Israel telah disekat untuk melalui Selat Tiran semenjak tahun 1950an lagi dan pada 1956 Gamal telah menjadikan Suez Canal Company sebagai syarikat kerajaan dan kawalan untuk melalui Terusan Suez ditutup kepada Israel dan ini amat *menyulitkan lagi kapal-kapal Israel untuk belayar ke benua Eropah.

Nota: Laluan shortcut ke Eropah dari Teluk Aqaba (berkongsi dengan Jordan, Arab Saudi, Palestin) bermula di Selat Tiran dan kemudiannya melalui Teluk Suez di mana terletaknya Terusan Suez. Jika tidak melalui jalan ini, kapal perlu mengelilingi seluruh benua Afrika untuk tiba ke Eropah.

Pada tahun yang sama setelah pengambilalihan kerajaan Mesir terhadap Terusan Suez, Israel telah menceroboh kawasan Sinai bersama sekutu mereka, United Kingdom dan France. United Kingdom dan France telah menurunkan paratrooper mereka di sepanjang Terusan Suez dan melakukan sabotaj dengan menenggelamkan 40 buah kapal di terusan tersebut dan menyebabkan Terusan Suez tidak dapat digunakan lagi.

Tekanan yang hebat oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat terhadap serangan ini (dalam usaha tiga buah negara menggulingkan Gamal sebagai presiden Mesir), menyebabkan United Kingdom, France dan Israel terpaksa berundur. Mereka bukan sahaja gagal dalam misi ini tetapi atas sebab ini juga menguatkan lagi kedudukan Gamal sebagai Presiden Mesir dan popularitinya di dunia Arab.

Walau pun demikian, Fateh tidak menganggap Perang Ke-2 Arab-Israel ini memberi sebarang manfaat kepada Mesir dan Gamal sendiri kerana apa yang berlaku, Israel mula menguasai sebahagian Semenanjung Sinai (yang dulu milik sepenuhnya Mesir) dan bebas untuk melalui Selat Tiran. Selain daripada itu, Mesir juga ‘kehilangan’ Terusan Suez. Jadi, sebenarnya walau pun Israel ‘dipaksa’ berundur bersama sekutu mereka tetapi, mereka sebenarnya telah menang besar dalam percaturan ini. Gamal seperti tidak sedar akan hal muslihat yang dia sendiri telah terkena 'getah' perangkap Israel.

Justeru, untuk Perang Ke-3 ini, Fateh sedar akan permainan yang bakal dimainkan oleh Israel adalah seperti ulang tayang ‘wayang’ yang sama. Mesir tidak peduli. Apa yang Mesir buat adalah dengan menubuhkan sekutu bersama Syria dan Jordan untuk menyerang Israel- sememangnya ini adalah niat Israel sendiri untuk menyeret ketiga-tiga buah negara tersebut dalam sebuah permainan besar dan memerangkap mereka.

Nasihat Fateh tidak diambil peduli oleh Gamal dan rakan-rakan sekutunya kerana yakin mereka tak akan kalah dengan sebuah negara haram yang kecil itu tetapi apa yang berlaku, perang selama 6 hari itu bukan sahaja memalukan Mesir, Jordan dan Syria sekaligus malah, seluruh Semenanjung Sinai berjaya dirampas oleh Israel, Syria kehilangan Bukit Golannya dan Jordan hanya berputih mata melihat Tebing Barat dan Jerusalem Timur bertukar milik kepada Israel. Sekali lagi, agenda Jesuits berhasil.

Entah mengapa, Fateh sendiri merasakan Gamal dan rakan-rakannya itu seperti buah catur Jesuits yang telah diaturkan. Tidak mungkin mereka akan kalah dengan sebuah negara haram yang kecil tetapi banyak isu seperti strategi dan kolaborasi ketenteraan yang jelas begitu longgar antara ketiga-tiga negara tersebut sepertinya dirancang-rancang sahaja.

Pada masa perang meletus, pada tahun 1967 itu- Fateh berada di Tebing Barat dan menziarahi Masjid Al-Aqsa. Pergolakan tersebut turut melibatkan keselamatan orang awam dan ada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang tercedera. Seramai 20 ribu tentera bersekutu (Mesir, Syria dan Jordan) telah terkorban berbanding Israel yang kira-kira 1 ribu sahaja. Akibatnya kepada orang awam adalah kira-kira hampir 400 ribu orang-orang Palestin di Tebing Barat, 100 ribu orang-orang Syria di Bukit Golan telah diusir dan kehilangan tanah dan rumah mereka.

Pada waktu getir inilah, Fateh bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang-orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Namun, sejauh mana kudrat yang dia mampu untuk menyelamatkan mereka semua. Tragedi menyayat hati ini sehingga kini masih berbekas dalam hati Fateh.

Di sinilah juga dia bertemu dengan seorang doktor muda warga Palestin yang baru berumahtangga bernama, Dr. Faisal Sedki Al-Yassin. Faisal merupakan seorang pakar kanak-kanak giat membantu merawat kanak-kanak yang tercedera pada masa perang tersebut. Oleh kerana Fateh dan Faisal kerap bertemu, mereka menjadi akrab.

Disebabkan keadaan politik dan kekacauan yang tidak menentu, tambahan pula pergolakan ini seperti tidak berpenghujung, Fateh menyarankan Faisal berhijrah membawa isterinya Ilham Yasmin dan bayi perempuan mereka Dina ke Kuwait- walau pun pada mulanya disangkal oleh Faisal kerana kecintaannya pada bumi Palestin. Namun, dia terpaksa akur dengan masa depan keluarganya jika terus menetap di situ.


Seperti mana ‘ramalan’ Fateh, bumi Palestin semenjak Perang Ke-3 selama 6 hari pada tahun 1967 itu, telah membawa rentetan kisah duka buat umat Islam sehingga kini. Fateh tahu suratan takdir ini telah tertulis lama di Lauh Mahfuz tetapi, sebagai orang yang merasai kisah sebelum bermulanya perang dan selepas tercetusnya perang- perasaan itu pasti terkesan tidak terhingga. Apatah lagi, dia sendiri telah cuba menghalangnya dengan bersungguh-sungguh. Benarlah, manusia itu hanya punya asa, Tuhan juga yang mempunyai kuasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience